Wednesday, February 16, 2011

Label Yang Halal

Kebanyakan makanan diketahui halalnya. Bahannya halal. Secara nyatanya kita tahu ianya halal. Masalahnya dalam makanan ada bahan-bahan campuran. Ada bahan tambahan. Namanya bermacam-macam. Saintifik. Orang biasa memang tidak faham. Yang faham pula tidak berkongsi maklumat. Tidak berdakwah. Buat-buat tidak faham. Maka orang lain menjadi pengguna buta. Tidak dapat melihat yang halal secara hakiki. Tidak nampak yang syak. Yang disyaki ada campuran yang dikira tidak halal.

Di US perkara ini amat terhindar. Kita yang cerewet tentang halal dan haram ini, dibantu untuk memilih yang diyakini halal. Undang-undang dan peraturan label barang di sana sangat jelas. Sangat telus. Sangat meyakinkan. Setiap perincian isi kandungannya dinyatakan dengan pasti. Saya dapati USA adalah satu-satunya negara yang saya yakini labelnya benar. Yang halal diyakini halal. Yang lain diyakini haram. Dengan panduan-panduan itu orang Islam seperti saya dan keluarga berasa selamat. Rasa terhindar dari membuat pilihan yang salah.  Jika salah beli saya yakin memang salah beli. Rasa ragu itu tidak ada. Semuanya pasti. Positive. Sangat pasti.

Sebagai orang Islam, saya meyakini label barangan di sana. Sebenarnya keadaan terjadi begitu kerana besarnya pengaruh orang Yahudi. Mereka tidak makan babi dan lain-lain produk yang berkaitan babi.  Bilangan orang Yahudi di sana sekitar 15% sahaja. Walau bagaimanapun suara mereka kuat. Kehadiran mereka ada impaknya.  Semua label barang mengambil kira kehadiran orang Yahudi. Orang Islam menumpang manfaat dengan adanya label yang jelas ini. Suara orang Islam tiada siapa yang ingin mendengar. Apatah lagi mengikutnya. Kita bukan penentu ekonomi dunia.

Saya tidak melihat peraturan label ini di Canada. Tidak juga di United Kingdom. Lagilah di Malaysia. Kita dikaburi dengan istilah-istilah jargon. Orang awam tidak faham. Orang Islam lebih-lebihlah lagi. Pengetahuan kita tentang sains atau kimia sangat terbatas. Kita mungkin tahu namanya yang biasa. Namanya dalam bahasa pasar. Nama saintifiknya tidak. Memang banyak barang makanan yang dilabel halal. Hakiki dan hakikat halalnya tidak ada siapa yang dapat mempastikannya. Masih banyak lagi bahan campuran dalam makanan dan minuman yang tidak dinyatakan. Yang dianggap halal walaupun pada hakikatnya tidak halal. Kita selalu berhadapan dengan pewarna yang dibenarkan. Hakikatnya apa? Dibenarkan adakah sama dengan suci dan halal? Ubat penaik yang dibenarkan. Pengawet yang dibenarkan. Siapa yang membenarkan? Siapa yang menentukan bersih, suci dan halalnya. Adakah segala rukun dan syaratnya telah disempurnakan? Jika tidak ada kesungguhan mengenai hal itu, maka orang Islam selamanya terjebak dengan makanan yang diragui halalnya. Persatuan Pengguna Islam tidak terdaya untuk memantau semua. Cansumer Association of Penang tentu tidak terdaya. Kita perlukan concerted effort untuk menjamin halalnya sesuatu makanan dan minuman. Suatu usaha yang integrated.

Sewaktu di US saya yakin bahawa roti yang saya beli itu halal. Saya pilih yang benar-benar meyakinkan. Roti banyak yang megandungi lard (minyak babi). Ada disebut animal shortening. Bila disebut animal tidak ada yang lain kecuali babi. Begitu juga animal emulsifier. Dari babi juga. Lecithin pastinya juga dari babi. Lalu saya memilih yang mengandungi vegetable oil. Soy lecithin. Dan lain-lain yang berkaitan dengan sayur. Dalam aiskrim ada bahan dari minuman keras. Mungkin rum. Sejenis arak. Untuk tujuan pengawet. Begitu juga dalam kek-kek mahal seperti mix-fruit cake. Ada rum atau mungkin brandy di dalamnya. Maka saya pilih yang bebas dari arak.

Dalam susu segar ada bahan D3 added. Saya bertanya pelajar yang mengambi jurusan kimia. Katanya, bahan itu pati dari arak. An exract from alcohol. Saya tidak tahu fatwanya di sini. Jika kita ambil minyak wangi yang mengandungi alcohol dikira halal, bagaimana dengan susu? Minyak wangi tidak dimakan. Tidak diminum. Senarainya tidak berhenti di situ. Dalam ubat gigi ada beef tallow atau pig tallow. Dalam sabun mandi begitu juga. Bila di baca ada yang mengandungi beef tallow. Yang lain pula mengandungi pig tallow. Bagi yang tahu membaca mereka ada pilihan. Bagi yang memahami mereka ada pilihan. Bagaimana dengan kebanyakan orang kita yang tidak tahu tentang hal ini? Siapa yang perlu membantu? Apakah media yang dapat menyampaikan kepada mereka? Gawat sebenarnya kita. Gawat untuk orang Islam. Kita dikelilingi. Kita dikepung dengan banyak keraguan.

Sudah nampak ada usaha-usaha untuk mengeluarkan makanan halal. Usaha ke arah itu seharusnya digandakan. Selesaikan dulu makanan dan minuman asas. Yang mesti dibeli. Yang mesti dimakan. Yang tidak pernah dikecualikan. Yang memang dianggap kemestian kepada orang Islam Melayu. Yang adatnya mesti ada. Mesti dibeli. Mesti dimakan. Yang tidak pastinya ialah asal usul makan itu. Sumbernya. Bahan-bahan utamanya. Campurannya. Tambahannya. Warnanya. Awetnya. Begitu juga dengan hiasan-hiasan pada makanan itu. Itu belum lagi cerita tetang siapa yang menyediakannya. Tangan siapa yang memegang dan menyentuhnya.

D mana kita sebenarnya. Kita tiada kekuatan untuk mempastikan kita mendapat yang sebenarnya halal. Yang diyakini halal. Yang secara hahiki dan hakikatnya halal. Siapa yang dapat mempastikan tanpa keraguan.  Yang dilihat di kilang memang halal. Yang dipantau memang halal. Kita kena pantau yang berada dalam pasaran. Yang dijual di merata tempat. Yang melambak di sana sini. Yang memabeli orang kita. Yang makan orang kita. Yang melanggan tetap orang kita. Malangnya yang membuatnya bukan orang kita. Yang mengolahnya bukan orang kita. Kita hanya ingin makan dan minum. Tarikannya cukup kuat. Sekali lagi kita tidak ada kekuatan untuk menyatakan dengan pasti bahawa kesemuanya halal. Halal seperti tercatat pada labelnya.

Siapapun tidak memahami konsep halal sejelas-jelasnya tanpa merujuk kepada pakarnya. Di sinilah peranan ulamak. Sudah terlalu lama kita memendam rasa. Terlalu lama keinginan yang  tidak terlaksana.  Tiada siapa menjamin bahawa halal itu sebenarnya halal. Hakikatnya benar-benar halal. Pakar kimia harus tampil membantu. Para penyelidik harus chip in untuk membetulkan keadaan. Ini hal berat. Ini hal serius. Ini hal-hal yang menyangkut iman kita. Makanan dan minuman menjadi darah daging. Bagaimana iman kita jika disalut dengan benda-benda haram di sekelilingtnya. Iman itu tenggelam. Anak-anak kita jadi gelap jiwanya. Gelap matanya. Gelap telinganya. Gelap hatinya. Mereka anak-anak kita. Generasi kita. Pewaris kita. Keturunan kita bersusur gakur pada mereka. Kita yang perlu menyelamatkan mereka. Jika tidak mereka tidak dapat menyelamatkan diri mereka. Mereka sudah tenggelam ketka itu. Tinggalkanlah mereka dalam keadaan terapung. Dalam selamat sejahtera. InsyaAllah.

Tuesday, February 15, 2011

Mencari Makanan Halal

Masih terlalu awal di Pittsburgh. Terlalu banyak yang perlu dipelajari tentang selok beloknya. Pertamanya tentulah di mana hendak mendapatkan makanan halal. Orang Malaysia seperti saya terlalu cerewet tentang perkara ini. Sentiasa mencari yang dikendalikan oleh orang Islam. Kedai ayam dan daging Islam menjadi tumpuan. Di Oakland hanya ada satu sahaja kedai yang halal sebegitu. Milik seorang Arab dari Arab Saudi. Di situlah saya mendapatkan bekalan ayam dan daging. Kadang-kadang ragu juga tentang status halal yang didakwanya. Seperti maksud dan kehendak Shafi’e atau bukan? Seorang rakan berbaik-baik dengan pemiliknya. Suatu hari dia mengikut di mana pekedai itu mendapatkan bekalan daging dan ayam. Melaluinya saya mendapat pengesahan. Ayam, daging lembu dan daging kambing itu disembelih sendiri di ladangnya. Maka terjaminlah halalnya.

Saya menjadi musykil juga kerana orang Arab rata-taranya membeli makanan tersebut dari Giant Eagle. Pasaraya besar yang terletak di seberang jalan. Tepat di hadapan masjid Dar al-Salam. Satu-satunya bangunan masjid di Oakland. Dalam hati selalu berkata-kata. Kenapa orang Arab membeli yang tidak disembelih sedangkan yang disembelih dijual oleh orang Islam.  Begitu juga dengan orang Indonesia. Mereka membeli juga dari Giant Eagle. Saya kasihan pada diri saya sendiri. Ketika itu, pada tahun 1985, sewaktu usia saya 39 tahun saya masih terlalu daif tentang agama saya sendiri. Terlalu naïf. Hukum hakam tentang makanan halal ini masih terlalu kabur. Senang cakap, memang langsung tidak tahu.

Makanan yang halal saya tahu. Halal dalam konsep halal itu yang saya tidak tahu.  Seperti dalam entry saya sebelum ini, konsep halal itu luas pengertiannya. Yang disembelih oleh orang Islam memang halal. Yang disembelih kerana Allah adalah halal. Yang disembelih sebagai makanan memang halal. Secara mudahnya ada dua kategori. Yang disembelih oleh orang Islam dan memenuhi syarat dan rukunnya, tidak ada keraguan padanya. Secara hakikinya halal. Noktah di situ. Tiada perbincangan. Tidak perlu diperdebatkan. Tidak perlu ditanya lagi. Tidak perlu ada penyelidikan. Kategori yang kedua ialah haiwan halal yang disembelih oleh orang bukan Islam. Mereka pula saya ketegorikan kepada dua. Sembelihan ahli kitab golongan Kristian dan Yahudi boleh dimakan. Sembelihan selain daripada dua golongan ini dikira tidak halal.

Orang Kristian dan Yahudi memang bukan Islam. Sejarah menunjukkan bahawa mereka dulunya adalah Islam. Tentunya sebelum kedatangan Islam yang kita anuti sekarang. Nenek moyang mereka memang ahli kitab. Apabila Islam bimbingan Rasulullah datang, ada antara mereka tidak menukar kepada agama Islam. Kekal dengan pegangan yang asal. Sebagai ahli kitab, sembelihan mereka diiktiraf  halal. Kerana mereka ahli kitab. Tetapi ingatlah, ahli kitab yang dibincangkan adalah ahli kitab yang sedari asal keturunanya menjadi ahli kitab. Keyakinan saya tentang hal ini sangat baru. Hanya dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Sebelum ini saya menolak halalnya daging sembelihan ahli kitab.

Orang Malaysia seperti saya gemar makan ikan. Di Pittsburgh ikan yang ada tentulah ikan beku. Ada juga ikan kembung dan ikan merah. Bukan dari Pulau Pinang. Bukan dari Pantai Timur. Ikan-ikan itu dari Thailand. Entahlah. Antara banyak negara-negara Asean rasanya Malaysia yang sukar didapati barangnya di Amerika Utara. Saya menemui durian dari Thailand. Cili api dari Thailand. Belacan dari Thailand. Nangka muda dari Thailand. Nangka masak dari Thailand. Kerepek pisang tanduk dari Filipina. Rebung muda dari Cina. Pisang tanduk dari Amerika Tengah. Ubi kayu dari Amerika Tengah. Hanya sagu rendang datang dari Malaysia. Lama kita bincangkan hal ini dalam seminar, dalam ucapan, dalam perdebatan. Barang buatan Malaysia tidak sampai ke negara-negara di Kutub Utara dan di Kutub Selatan. Tidak juga di Barat. Hasrat tinggal hasrat. Perancangan kekal on paper. Blueprintnya berdebu di sudut bilik operasi.

Saya makan lontong buatan isteri saya tidak ubah seperti berada di Malaysia. Kelapa segar ada. Nangka muda ada. Kacang panjang ada. Suun ada. Tauhu kering ada. Lada merah ada. Cili api ada. Sengkuang ada. Timun ada. Makan soto? Bukan masalah. Makan sup? Lagi bukan masalah. Isteri saya menjadi sangat inovatif dan kreatif. Selera ada. Adatnya di sana tiada. Maka menciptalah kaedah memuaskan selera. Nantilah dalam entry yang lain pula.

Dalam semester pertama berada di Pittsburgh, saya banyak mendengar. Banyak memerhati. Terpaksalah banyak bertanya. Pada minggu pertama itu, rakan-rakan yang lama di sana bercerita tentang warehouse sale. Ada pula yang ke flea market. Yang lain ke farmers’ market. Ada pula ke Penn Avenue kerana mencari buah, sayur dan ikan. Kerana masa itu musim sejuk, tidak banyak yang saya cuba. Pengalaman dibatas dahulu. Belajar masih terumbang ambing. Baru hendak belajar menari. Tingkahnya masih banyak yang sedang dipelajari. Gendangnya masih bertingkah-tingkah. Rentaknya masih sumbang selalu.

Pada semester kedua dan seterusnya kesemuanya menjadi biasa. Banyak ceruk yang saya pergi. Banyak tempat sebagai alternatif mencari bekalan makanan. Pittsburgh bukan tempat yang asing lagi. 18 bulan yang penuh dengan kepelbagaian. Menjejak banyak tempat yang mencipta sejarahnya. Persekitarannya yang mendamaikannya. Tahun 1985 itu Pittsburgh diisytihar sebagai the number  1 city in USA. The most liveable city. Sejarahnya panjang. Dari sebuah bandaraya yang gloomy and sooty dengan bijih besi dan arang batu ianya telah berubah menjadi bandaraya yang indah. Dari tempat yang selalu ditenggelami air, bandaraya ini berkembang indah.  Penyelidikan dan perancangan dilaksanakan hingga akhirnya bandaraya yang menakutkan dalam sejarahnya, menjadi bandaraya yang paling damai. Paling aman. Paling sesuai untuk bermukim di dalamnya. Saya bersyukur berada di sana. Mencari ilmu. Mencari pengalaman. Memartabatkan diri. Pada masa yang sama tidak pula hanyut. Kegiatan agama yang sentiasa berkembang. Masjid dan usrah adalah lumrah. Akhirat yang tidak pernah dilupa. Dunia ini hanya untuk transit sahaja. Tidak pernah ada manusia yang kekal menghuni di sini. Kita semua akan dikembalikan kepadaNya. DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali.

Monday, February 14, 2011

Indahnya Winter Waktu Malam

Berjalan pada waktu malam pada musim winter ada keindahannya yang tersendiri. Kesemua bangunan memang tertutup rapat. Lubang sebesar jarumpun pasti disumbat. Kesan sejuknya sukar digambarkan. Jika ada alat pemanas mungkin kalah dengan sejuk yang menerjah dari lubang sekecil jarum. Panas tidak dapat mengalahkan sejuk yang menyeliputi alam. Sebaiknya tinggal dalam rumah sahaja. The comfort of home. Pakai baju yang agak tebal sedikit. Buatlah apa yang patut. Boleh belajar dengan tenang. Boleh menonton TV. Cable TV. Seperti Astro di Malaysia. Atau santai-santaian begitu sahaja.

Berjalan keluar rumah hanya nampak putih salji pada waktu siang. Di mana-manapun hanya putih sahaja yang terlihat. Sesunggunya salji itu bersih. Suci. Ada keindahannya yang tersendiri. Air yang membeku dari langit ini tentu sahaja tiada pencemaran. Udara membeku. Segalanya memberat. Ke tanah juga. Udara jadi bersih. Nyaman. Kecuali sejuknya sahaja yang perlu dihadapi. Bila berjalan bukan sahaja berpakaian tebal, bahkan juga menutup leher, menutup telinga, menutup muka. Leher sejuk jika tidak dibalut muffler. Telinga terasa hilang jika tidak dibalut. Hidung pasti berhingus jika tidak ditutup. Semua anggota badan dilayan seadanya. Akur dengan ciptaan Allah. Hadapinya dengan olahan yang perlu. Sejuk itu datang dan datang lagi. Peringatan Allah bahawa qun fayakun sahaja sudah cukup untuk mencipta apa sahaja. Winter bukan azab. Bukan malapetaka. Bukan seksa. Bukan sia-sia. Segalanya ada manfaat. Allah Maha Mengetahui. Snow dan ais pasti ada gunanya. Snow yang putih adalah simbol kesucian. Syahdu. Tidak lain melainkan dari Yang Khaliq jua.

Yang agak nostalgik ialah apabila keluar rumah pada waktu malam. Maaf, malam mungkin pukul 4.00 petang. Cahaya ada di mana-mana. Semua bangunan bercahaya. Sebenarnya cahaya lampu atau neon tidak berubah. Cahaya yang sama pada musim summer atau musim-musim yang lain. Cumanya pada masa winter berlaku refleksi sinaran yang membias dari ais. Dari snow. Bagaimana hendak membayangkan keindahannya? Realitinya sukar digambarkan dengan perkataan. Dengan gambar sekalipun sukar untuk mentafsir dan menterjemahkannya. Video barangkali memaparkan sebahagian daripadanya. Tetapi berada sendiri di situ tentulah banyak kelebihannya. Tidak ada yang dapat mengganti pengalaman live. LintsaN langsung dalam sejarah hidup. Lintasan peribadi. Terlalu peribadi. Saya dikelilingi cahaya. Tidak terang benderang. Cukup mendamaikan. Hanya cahaya. Tiada suara. Malam musim winter memang sunyi sesunyinya. Tiada apa yang berbunyi kecuali sayup-sayup dari dalam rumah. Namun cahaya yang terpancar di mana-mana seolah-olah malam-malam sebegitu dunia tiada berpenghuni. Kosong tanpa manusia. Hanya ada cahaya. Hanya ada lampu. Hanya ada refleksi. Hanya ada biasan cahaya. Pantul memantul. Bersilang dan simpang siur. Pepenjuru yang terang. Sudut yang gemerlapan. Sesiapapun berasa tersendiri. Terasing. Mengisi ruang besar ciptaan Allah. Merasakan kerdilnya diri.

Di tengah-tengah winter yang sejuk itu Allah menciptakan banyak alternatif. Kesemuanya menghilangkan rasa jemu. Hilang rasa bosan. Banyak nikmat psikologi dari snow yang sejuk. Dari winter yang sejuk. Sejuk itu pula relatif. Bukan mutlak. Kita mengatakan sejuk. Saya mengatakan sejuk. Mereka yang dari kecil berhadapan dengan winter. Yang saban tahun pasti ditunggu datang. Tidak berapa menjadi hal kepada mereka. Masih tahan tanpa sarung tangan. Masih tahan dengan pakaian yang tidak berapa tebal. Mungkin juga fitrah di sana begitu. Allah menyejukkan suasana yang selalunya panas dengan berbagai gelagat manusia. Mungkin bagi setengah orang lebih banyak maksiat dari amal ibadat. Winter datang untuk meredakana suasana. Untuk mensucikan suasana dari pencemaran budaya. Mereka lebih banyak dalam bangunan berbanding pada bulan summer. Maksiat di serata tempat. Paling banyak maksiat mata.

Cahaya pada waktu malam membias ke mana-mana. Dari bawah tentulah membias ke atas. Malampun silau dengan cahaya. Cahaya biasa yang menjadi bergemerlapan. Ia realiti. Bukan fatamorgana. Bukan ilusi. Indah di mana-mana. Tolehlah ke mana arah sekalipun pasti ada cahaya yang kemilau. Dari celah-celah dahan ada cahaya kerana di situ ada snow yang tersangkut. Dari bumbung rumah ada cahaya kerana snow menimbun di situ. Di padang, di lurah, di bukit dan di tasik cahaya sentiasa bermain bila disuluh cahaya. Dancing lights everywhere. Very delightful. Dalam sejuk begitu hati jadi rindu. Ada rasa romantik. Pastinya hati terhambat ke kampung. Pada orang-orang yang ditinggalkan. Mereka yang dekat dan dikasihi. Pengalman-pengalaman sebegitu tidak dapat dikongsi. Apakan daya. Mana mungkin semuanya hendak dibawa. Bak lirik lagu Sayang Sarawak:

Hendak ku bawa perahuku sempit
Tinggallah kasih tinggallah junjungan


Saya rasa beruntung sangat dapat membawa isteri dan anak-anak. Sama-sama berkongsi pengalaman yang sangat mahal. Tidak mungkin mendapatnya lagi. Saat-saat itu tidak mungkin berulang. Sejarah sahaja yanag mungkin berulang. Tetapi berulang kepada pasangan lain. Kepada keluarga lain. Kepada saya ianya hanya episod yang berlalu. Anak-anak yang lima orang tentu ada yang masih ingat. Yang sulung dan kedua tentu kuat ingatan mereka kerana mereka mengulanginya beberapa tahun sewaktu berada di sana. Mereka kembali lagi ke suasana yang ditinggalkan itu. Bagi yang ketiga, keempat dan kelima barangkali melancong sahaja yang boleh mengembalikan ingatan itu kembali. Jika tidak itu sahajalah pengalaman yang mereka ada. Anak keenam merasa juga winter dan snow waktu dia di Lancaster dulu. Tentu tiga tahun yang penuh bermakna. Anak kelapan yang di Mesir tidak merasa snow. Hanya sejuknya sahaja yang dirasa. Padang pasir dan iklim Mediterranean sahaja yang dirasa,

Begitulah ketentuan Allah. Setiap kita berbeza. Pengalaman kita berbeza. Pengalaman itu bukan untuk disimpan tanpa guna. Ada iktibar yang mesti di manfaatkan. Harus dikongsikan dengan orang lain. Paling kurang dengan keluarga terdekat. Anak-anak yang pasti melestarikan legasi keluarga. Untuk berkurun-kurun lamanya nanti. Mudah-mudahan cerita snow dan ais ini akan berulang lagi. Untuk generasi pengganti nanti. Berulang dan ulang. Realiti yang telah lama diimpikan. Mimpi yang tentu menjadi. Direalisasikan dalam perjalanan masa. InsyaAllah. Ia akan datang lagi.

Sunday, February 13, 2011

Belajar Kerana Banyak Manfaatnya

Saya masih lagi dalam winter pertama di US. Kelas berjalan seperti biasa. Kebanyakan kelas pasca ijazah diadakan pada waktu petang aau malam. Paling cepat pukul 6.00 petang. Kenapa agaknya ya? Senang sahaja jawabnya. Pelajar-pelajarnya adalah orang-orang yang bekerja. Mereka tamat bekerja pada pukul 5.00 petang. Perjalanan mereka sejam dari universiti. Maka pukul 6.00 dikira wajar. Dulu saya menonton juga TV yang menunjukkan suasana back to school. Saya tidak faham lawak atau seriusnya telemovie seperti itu. Pada saya semuanya hanya fiksyen semata-mata. Setelah berada di sana baru saya tahu duduk perkara.

Pada kelas pertama dahulu semua pelajar memperkenalkan diri. Sedikit biodata masing-masing. Antara fakta yang saya berikan ialah saya telah menjadi guru selama 16 tahun. Seorang pelajar wanita terbeliak matanya. Terhamburlah kata-kata dari mulutnya, “ What 16 years! Just one profession?” “That’s right.” Kata saya. Bagi orang Amerika lazimnya mereka bertahan untuk selama 10 tahun bagi satu-satu jawatan. Mereka mencari profesion lain selepas itu. Ada sindrom yang berlainan di sini. Tidak berlaku di tempat kita. Kenapa pula 10 tahun? Kenapa tidak dalam angka yang lain? Itu berkaitan dengan undang-undang pekerjaan. Employment law. Selepas 10 tahun individu yang berkenaan jika berhenti, mereka dibayar gratuity. Jika kurang dari 10 tahun mereka kehilangan hak itu. Jika dapat sekalipun jumlahnya tidak sepadan seperti yang diharapkan.

Kenapa mereka menukar profession? America is a land of plenty. Opportunities is so abundant. Everything is for your picking. Great, great opportunities. Kebanyakan jawatan diberi tangga gaji yang hampir serupa. The nature of the job may differentiate the amount received. Kelayakan untuk sesuatu jawatan juga hampir sama. Minat mereka dalam sesuatu profesion boleh berubah. Mungkin ada peluang lain yang lebih lumayan. Mungkin mereka mencari cabaran baru. Mencari kepuasan baru. Mencari kejayaan baru. Seperti kata Abraham H. Maslow, mereka mengejar self-esteem dan self-actualisation. Sesuatu yang melebihi pendapatan kewangan. Mereka mencari kepuasan diri. Kemanfaatan kemanusiaan. Melestarikan diri kepada kebiasaan mencapai kejayaan. Membuat pembaharuan. Mengubah paradigma kebanyakan orang.

Untuk menukar profesion tentulah perlukan kalayakan yang berlainan. Maka dalam 10 tahun mereka sentiasa merancang. Ke mana selepas 10 tahun? Perancangan itu dilaksanakan dengan mempelajari sesuatu yang baru. Seorang akauntan ingin menadi guru. Mendaftarlah ia di kelas sarjana pendidikan di universiti yang terdekat. Selepas menjadi guru mereka ingin pula menjadi pemain dalam industri pengiklanan – advertising. Belajarlah dia untuk mendapatkan kelayakan akademik yang baru. Proses back to school sentiasa berulang-ulang. Bukan juga pelajar yang berlainan bahkan juga usia yang berlainan. Latar belakang yang berlainan.

Selain daripada kursus-kursus akademik terdapat juga kursus-kursus kemahiran. Tidak kira sama ada kemahiran generic atau kemahitan khusus. Selain daripada program-program universiti kursus untuk kelas dewasa juga diadakan. Falsafahnya juga sangat mudah. Mesti wujud pendemokrasian pendidikan. Democracy in education. Semua orang berhak untuk belajar. Kerajaan mesti menyediakan prasarananya. Natijahnya ialah jarang orang di sana yang memiliki satu opsyen sahaja. Mereka multi-discipline. Bermaklumat dan memang tahu apa yang dikatakannya.

Pemerintah menyediakan kemudahan. Yuran diberi diskaun. Jika tidak, bantuan kewangan diberikan. Banyak syarikat swasta yang membantu IPT di sana untuk merealisasikan hasrat negara untuk memandaikan warganegaranya. Kenapa? Kelayakan akademik adalah syarat awal kepada program-program yang dirancang untuk memakmurkan negara. Untuk menjana perubahan. Untuk memberi erti kepada kebebasan dan kemerdekaan. The feeling of being indefendence must be safeguarded by people who are learned. Enhancing their wisdom.

Institusi pendidikan di US melambak di sana sini. Bagi kita di Malaysia, hanya beberapa universiti sahaja yang diiktiraf sebagai mencapai standard Malaysia. Yang lain diabaikan. Orang US tidak memilih universiti. College dalam istilah mereka. Memanglah universiti yang ternama menjadi rebutan. Namun begitu tempat adalah terhad. Apa yang berlaku ialah anak-anak lepasan high school mendaftar di mana sahaja kolej yang menawarkan kurusus idaman mereka. Mereka memulakan pengajian IPT di kolej yang jauh tersorok entah di kampung mana. Namun akhirnya mereka graduat dari universiti yang terbilang. Bagaimana hal seperti itu boleh terjadi?

Pendidkikan di sana adalah milik masyarakat. Berbagai polisi digubal untuk memudahkan pendidikan berjalan demi untuk mamandaikan kesemua rakyatnya. Mereka yang mendaftar di kolej “koman” atau “kokak” boleh berpindah ke universiti yang berprestij. Ada peraturan credit transfer. Maknanya, seorang pelajar belajar bersungguh-sungguh dari tahun pertama hingga tahun kedua. Seboleh-bolehnya mereka berusaha mendapatkan straight A dalam kesemua subjek yang mereka ambil. Pelajar-pelajar seperti ini lazimnya mudah mendapat tempat di universiti-universiti ternama kerana mereka sudah membuktikannya. Pada tahun ketiga mereka sudah berada di universiti lain walaupun dulunya mereka di universiti yang lain. Akhirnya mereka menjadi graduan sebuah universiti ternama. Transkrip peperiksaan mereka tidak mencatatkan sejarah universiti yang dimasuki. Universiti yang terakhir sahaja dipamerkan namanya.

You name itu, you get it. Begitulah moto mereka. Itu di US. Saya dapati di Canada moto yang sama dipraktikkan. Warganegaranya boleh belajar apa sahaja. Mohon apa sahaja. Hingga ke peringkat demand. Mendesak itu dan ini atas nama pendidikan. Kerajaan tidak ada masalah tentang itu. Fasiliti disediakan. Pensyarahnya dicari. Kursus itu berjalan. Permintaan mesti diseimbangkan dengan penawaran. There must be balance between demand and supply. At the end of the day, that individual will contribute to nation building. How idealistic! Program back to school memberikan manfaat berganda kepada individu, keluarga, masyarakat dan dari segi politik dan perdagangan antarabangsa. Kelas-kelas pasca ijazah ada di mana-mana. Mereka boleh memilih apa sahaja yang menjadi minat mereka.

Terlalu banyak manfaatnya kepada warganegara US. Juga untuk lain-lain negara seumpamanya. Individu itu sendiri multi-discipline. Boleh menjadi bapa dan ibu yang bermaklumat. Dua ibu bapa yang sangat layak untuk mendidik anak. Memang profesional. Maaf, di US tidak ada kelas tuisyen seperti di Malaysia. Tidak ada anak-anak yang tuisyen. Tidak ada guru yang mengajar tuisyen. Semuanya selesai di sekolah. Homework juga tiada. Hairan juga. Walaupun begitu, mereka sampai ke dasar lautan paling dalam. Ke gunung yang paling tinggi. Meneroka angkasa. Ke merata planet dan bintang. Hingga ke peringkat kolej warganegaranya mendapat yang minimum. Untuk mendalaminya belajarlah pada peringkat sarjana atau PHd. Back to school adalah realiti kepada mereka. Memandaikan rakyat adalah usaha untuk memakmurkan neara. Anak-anak mereka mendapat tuisyen daripada ibu bapa mereka sendiri. Pelengkap kepada sistem persekolahan. Sebab itu guru di sana bukan any Dick, Tom and Harry. Mereka benar-benar profesional. Ibu bapa menjadi watchdog ke atas mereka.

Friday, February 11, 2011

Gawat Yang Gawat

Rasulullah telah berjaya menjadi penguasa di Madinah. Berjaya pula menghasilkan Piagam Padinah. Piagam ini ditiru hingga menjadi pelembagaan sebarang penubuhan organisasi dari sebuah negara hingga kepada persatuan yang kecil sekalipun. Kadang-kadang dipanggil juga undang-undang tubuh. Dalam melaksanakan manhaj Islamiyyah, Rasulullah menjalankan keadilan yang seadil-adilnya. Kadang-kadang sahabat tidak melihat keadilan itu dengan mata kasar. Hanya masa menentukan keadilan itu terbukti benar. Kebenaran terserlah mengatasi kebatilan. Pemimpin yang adil Allah beri jaminan bahawa tempatnya di dalam syurga.

Kepimpinan Rasulullah pada mulanya dipandang ringan. Tidak dengan sebelah mata sekalipun. Keadaan berubah apabila negara Islam tertegak di Madinah. Kejayaan Rasulullah menyatukan kaum Muhajirin dengan kaum Ansar adalah kejayaan besar Islam. Kemudian Baginda menyatukan kaum-kaum lain yang ada di sekeliling Madinah. Kekuatan itu digandakan lagi apabila kaum Yahudi juga menyertai Pakatan Madainah (istilah saya). Bila ini berjaya ditegakkan tidak sampai sepuluh tahun setelah berhijran dari Makkah, kehadiran Rasulullah telah menghantar gelombang dan getaran kepada dua empayar besar Rom dan Farsi. Dua kuasa besar di Barat dan di Timur yang sangat menghimpit bangsa Arab ketika itu. Kesannya ialah ketidaksenangan kedua empayar itu terhadap Islam. Rasulullah was causing jitters amongst them. What is next? Sejarah menyaksikan bahawa kedua empayar besar itu tumbang. Islam berkembang ke Barat dan ke Timur. Jika sewaktu saya kecil dahulu. Islam dikatakan menjadi anutan 20% penduduk dunia, data semasa menunjukkan 25% penduduk dunia sudah menjadi Islam.

Saya hendak membicarakan soal kepimpinan. Zaman Rasulullah dahulu, kepimpinannya menggetarkan kuasa-kuasa besar zaman itu. Ada kebimbangan bahawa agama anutan mereka mungkin hilang. Negara mereka menjadi Islam. Budaya mereka hilang. Berbagai lagi kebimbangan yang akhirnya menjadi kenyataan. Kebenaran Rasulullah terserlah juga akhirnya. Tetapi hanya agama sahaja yang bertukar. Negara mereka kekal. Budaya mereka kekal asalkan tidak bercanggah dengan syara’. Isunya ialah seorang pemimpin yang berwibawa mempengaruhi persekitarannya. Pemimpin yang berkepentingan mempengaruhi persekitarannya. Pemimpin yang memainkan buah-buah catur politik dunia mempengaruhi persekitarannya.

Kegawatan di Mesir sent rippers throughout the world. Sending jigtters around. Apa yang berlaku secara terpencil di Mesir melimpah impaknya ke serata dunia. Sebagai ingatan, Mesir adalah bidak penting antara Israel dan Amerika Syarikat. Ada peranan besar Mesir dalam percaturan politik di Timur Tengah. Kegawatan di Mesir memberikan rentetan besar kepada politik serantau. Tidak hairan untuk mengatakan bahawa ianya juga memberikan impak kepada politik dunia. There is a global charge. Polisi luar negara-negara Islam akan berubah. A paradigm shift. Maka akan terkesanlah polisi itu kepada negara-negara lain khususnya di kalangan European Union yang menjadi sekutu kuat Amerika.

Mari kita lihat ini sebagai satu proses biasa. Ketua tentulah untuk mengetuai. Yang kita faham ialah ketua bertanggungjawab untuk membawa perubahan yang mendatangkan kebaikan. Kemakmuran. Kebahagiaan. Keselamatan dan ketenteraman. Kestabilan. Keindahan bernegara. Kepincangan dalam mana-mana aspek menjadikan suasana tidak tenteram. Ada dua aspek kenapa ketenteraman tidak tercapai. Pertamanya datang dari luar. Wang tukaran luar tidak masuk. Barang-barang import semakin mahal sedangkan keperluannya mendesak. Mungkin untuk industri dalam negara. Mungkin juga untuk penggunaan akhir. Final consumption. Dari segi ini sudah cukup untuk menggusarkan pasaran. Perdagangan goyang.

Keduanya kegusaran datang dari dalam. Rakyat biasa menjadi tidak tenteram kerana keupayaannya sebagai individu tergugat. Keupayaannya sebagai ketua keluarga terancam. Pendapatannya tidak mampu membawa pulang sejumlah barang yang dahulunya cukup lumayan. Wang ringgit tidak berguna sebagai wang ringgit semata-mata. Tidak ada orang makan wang. Tidak ada orang memakai baju daripada wang. Tidak ada orang minum wang. Tidak ada orang berselimutkan wang. Yang penting ialah apa yang dapat dibeli dengan wang ringgit itu. Banyak mana barang yang dapat dibeli. Senang atau susah untuk mendapatkan barang-barang itu. Di mana barang-barang boleh diperolehi. Ada atau tidak sekatan untuk membelinya.

Ketidaklancaran dalam usaha kebebasan ekonomi ini mencetuskan kegawatan. Pemimpin zaman ini harus melihat impak globalnya apa-apa tindakan mereka. Ia bukan lagi isu terpencil. Ia bukan lagi isu local. Ia bukan lagi isu sampingan. Ia menjadi isu global. Seluruh penduduk dunia merasakan impaknya. Secara langsung bagi yang berkepentingan besar. Tidak langsung bagi yang lain. Nah cuba lihat. Jika isu di Mesir itu berpanjangan, harga minyak mentah akan melambung. Timur Tengah adalah stokis minyak. Kegawatan di situ pastinya melonjakkan harga minyak. Pembaca tentu maklum bila harga minyak naik, rentetan kenaikan harga barang will be spiral. Akan seperti puting beliung nantinya. Seorang bapa yang anaknya minum di Lapanganterbang Kaherah melenting kerana harga secawan kopi bernilai RM200. Maaf kopi di luar negara adalah tanpa gula dan tanpa krim atau susu. Kopi-O istilah Malaysia. Di Narita Airport, Jepun mungkin sekitar RM7. Di KLIA tidak sampai RM5. Itu baru satu barang.

Kenapa bila Mesir gawat kita turut gawat memindahkan warganegara kita. Mereka mesti dibawa pulang. Keselamatan mereka mungkin terancam dalam negara yang gawat seperti itu. Jika tidak keluar ajal maut di tangan Allah. Benar. Masalahnya ialah kegawatan yang berpanjangan menjejaskan bekalan makanan. Warganegara kita tinggal di bandar-bandar besar. Sumber makanan disediakan dan bukan ditanam sendiri. Mereka yang di kampung masih boleh makan buah-buahan atau sayuran. Yang dibandar kelaparan kerana semuanya akan terhalang.

Perniagaan tentunya ditutup. Bank tidak dibuka. Di mana hendak mendapatkan wang kerana lumrahnya kita menyimpan wang di bank. Pengangkutan mungkin terhenti operasinya kerana ketiadaan minyak. Atau tambangnya mahal. Itu belum aspek keselamatan di jalanraya. Saya sendiri berasa rungsing tentang bekalan air dan elektrik. Bekalan elektrik mungkin boleh diganti dengan lilin tetapi dalam musiam sejuk seperti sekarang elektrik adalah suatu kemestian. Alat pemanas mesti hidup untuk menghangatkan tubuh badan. Tanpanya ramai pesakit akan mati. Orang tua-tua akan mati. Kanak-kanak akan mati. Kesemuanya terdedah kepada kesejukan.

Industri menjadi lumpuh. Pernniagaan juga lumpuh. Nadi kehidupan ini tiada komprominya. Bila makanan tiada. Elektrik tiada. Jika air tiada, kehidupan dan kemanusiaan menuju kemusnahan. Bayangkan jika tiada air. Makan minum bagaimana. Mandi ada alternatifnya. Tidak perlu mandi. Tidak ada masalah. Tetapi bagaimana dengan udara yang mengandungi pencemaran. Tubuh badan yang penuh dengan virus dan bakteria. Penuh dengan kuman dan hama. Ibadat tidak menjadi masalah. Boleh tayamum. Kebersihan hakiki menggunakan air tidak dapat dilaksanakan. Banyak penyakit berjangkit pastinya mudah menular. Mungkin panau, kayap, kurap dan lain-lain penyakit kulit yang mungkin merbahaya dalam jangka panjang.

Dalam isu global, pasaran dan perdagangan antarabangsa terganggu. Mesir adalah penguasa Terusan Suez. Pergolakan di sana tentu menakutkan pelayar antarabangsa untuk melaluinya. Lalu mereka mengelilingi the Cape of Googhope – Tanjung Harapan di Afrika Selatan. Perjalanan yang berganda jauhnya. Berganda kosnya. Maka bergandalah harga barang-barang lain yang berkaitan. Berlaku lagi spiral effect. Yes! Pasaran saham tentu merudum. Ada ketidaktentuan dalam hubungan perdanagan antarabangsa. Hubungan diplomatik. Hubungan politik. Hubungan kemanusiaan. Kepada orang awam, isu di Mesir tiada apa-apa kaitan. Jika cuba memahaminya, kita akan terkejut bahawa kegawatan yang berterusan akan memberikan banyak kesusahan kepada kita.

Gandum kita dari Barat. Jalannya melalui Terusan Suez itu. Jangan terkejut tepung naik lagi. Roti canai akan naik juga. Maka orang awam seperti kita akan tetap kena tempiasnya. Bukan tempias politik tetapi tempias yang mengganggu wang yang ada dalam poket kita. Hidup menjadi semakin mahal. Maknaya hidup semakin susah.

Begitulah kesan kegawatan seorang pemimpin masa kini. Ia menggawatkan dirinya. Ia menggawatkan negara dan rakyatnya. Merudumkan ekonominya. Menyusahkan orang lain yang berada di negaranya. Mencetuskan kegawatan di kalangan negara-negara jirannya. Di kalangan negara sahabatnya. Malah dirinya mengakibatkan kesusuhan kepada selurauh dunia. Seluruh warga dunia. Seluruh kemanusiaan. Sebab itu no man is an island. Kita bukan bersendirian. Diri kita ada kaitan dengan orang lain. Ada hubungan dengan orang lain. Kadang-kadang kita adalah milik orang lain. Sama-samalah kita mengambil iktibar dalam perkara ini.

Saya ingin terbitkan entry ini esok Sabtu 12.2.2011. Tetapi perletakan jawatan Presiden Mohamad Hosni Mubarak yang saya dengar malam ini mempercepatkan entry ini. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi rasa lega ini. Sesuai dengan Medan Tahrir yang selalu ditayangkan. Benarlah pembebasan berlaku di medan itu. Tahrir bermakna pembebasan. Hanya dengan berhimpun. Hanya dengan mengepung istana presiden. Hanya dengan mengepung parlimen. Hanya dengan tuntutan suara. Hanya dengan kemarahan yang terkawal. Hanya dengan suara ramai. Hanya dengan hati yang penuh sedar. Hanya dengan suara yang perlu didengar. Hanya dengan berganding tangan dan bahu. Hanya dengan kehendak yang satu. Hanya dengan menyatakan pendapat. Menyatakan suara. Seorang presiden jatuh dari tahtanya. Sebuah kerajaaan bubar. Sebuah kuasa telah runtuh. Berakhirnya sebuah episod kemanusiaan. Terhapus fasad yang selalu diperingatkan akan memusnahkan.

That is the beginning. Langkah keduanya ialah kewaspadaan bahawa terlepas dari mulut buaya tidak sekali akan termasuk ke mulut harimau pula. They are threading on thin line. Banyak isu sensitif yang perlu ditangani. Banyak yang perlu dilakukan untuk membina semula Mesir. Imej Islam. Kerja besar perlu dilakukan supaya bangsa Mesir menjadi gagah semula. Not to be trampled again. Not again. Hitory must not be repeated. Ia bukan sesuatu yang manis. Mubarak membawa imej Islam. Ia mewakili Islam. Maaf. Kita semua terpalit sama. Sebab itu Allah mengingatkan kita untuk selalu ingat mengingati. Semoga iman dan Islam kita meletakkan kita di atas landasan kebenaran. Kita ada tugas sebagai Muslim. Tidak kira siapa kita. Jaga Islam. Bina Islam. Dakwah Islam kita. Damaikan dunia dengan Islam. InsyaAllah kita semua kekal menerajuinya. InsyaAllah. Amin.

Thursday, February 10, 2011

Pelarian Situasi

Semalam saya mengambil cuti kecemasan. Lazimnya biasa disebut emergency. Sudah biasa dengan lidah orang putih. Saya ke LCCT, KLIA untuk menjemput anak lelaki kelapan saya pulang dari Mesir. Kembali dalam Operasi Piramid yang dilancarkan kerajaan untuk membawa pulang warga Malaysia keluar dari kegawatan yang berlaku di sana. Saya pula tidak biasa dengan LCCT. Yang selalu kita tahu ialah KLIA. Maka tercari-carilah saya maksudnya. Cari dan cari. Rupanya Low Cost Carrier Terminal. Untuk penerbangan tambang murah. Saya pernah sampai di situ tetapi lama dahulu. Sudah lupa lokasinya. Mencarilah saya dalam peta. Carilah dalam Google. Buka GPS. Sampai jugalah dengan selamat.

Gawat adalah satu perkataan yang mudah menyebutnya. Pengalaman saya menunjukkan bahawa gawat itu bukan satu situasai yang terpencil. Ia adalah rentetan peristiwa-peristiwa yang gawat. Kegawatan itu pula menimbulkan kegawatan-kwgawatan yang lebih gawat. Sebab itu dalam ilmu pengurusan, tanda-tanda gawat selalu diperhatikan. Dikaji dan dipantau. Apabila terjadi gawat, baru hendak dirawat, rasanya sudah agak terlambat. Mungkin terlalu lambat. Keadaan sudah parah dan jalan sudah buntu untuk mengubahnya. Sama ada ia menjadi huru hara atau meruntuhkan segala-galanya.

Saya mendapat maklumat pada malamnya bahawa anak saya akan sampai di KLIA pada pukul 10.00 pagi hari Khamis 10.2.2011. Maklumat itu saya terima dari pegawai Amanah Raya Berhad yang menaja anak saya. Apabila saya buka laman sesawang Majlis Keselamatan Negara, penerbangan anak saya dalam dua fasa. Saudi Air yang membawanya terbang ke Jakarta dahulu. Dari Jakarta anak saya diterbangkan pula ke KLIA dengan Air Asia. Dijangka tiba pada pukul 10.00 malam 10.2.2011. Saya keliru dengan jadual itu. Saya rujuk dengan pegawai Amanah Raya. Dia sendiri tidak ada maklumat sempurna. Saya sahkan dengan Majlis Keselamatan Negara. Pegawainya mengesahkan bahawa jadual penerbangan itu adalah benar. Saya hubungi ketua pelajar kumpulan anak saya. Dia juga mengesahkan bahawa penerbangan itu akan transit di Jakarta. Dari Jeddah dengan Saudi Air penerbangan ke KLIA adalah dengan Air Asia. Isunya ialah bila kapalterbang itu mendarat di KLIA. Bila anak saya dapat dipeluk dan ditentuh kesempurnaan fizikal dan emosinya. Saya ingin melihatnya dalam one piece. Ibunya lebih-lebihlah lagi gusarnya. Saya selalu kalah dalam hal ini. Sebab itu maksud hadith Rasulullah menyimpulkan bahawa bakti kebaikan kepada ibu jauh lebih berat berbanding kepada bapa. Berganda-ganda banyaknya. Naluri ibu sangat halus. Oleh itu hargailah dia.

Saya berbelah bagi. Hendak bertolak awal pagi atau sebelah petang. Isteri saya mencadangkan supaya kami bertolak pagi. Ditakuti dalam situasi seperti itu jadual penerbangan boleh berubah atas apa sahaja alasan. Naluri seorang ibu. Rindunya. Bimbangnya. Selagi tidak melihat batang tubuh anak lelakinya tiada rasa tenteram di hatinya. Malam itu kami adakan sedikit perbincangan. Saya berpegang kepada maklumat sahih yang saya perolehi. Isteri saya mahu bertolak pada malam itu juga. Jika ada apa-apa keperluan, kami sudah berada berhampiran KL. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk bertolak pada awal pagi. Benarlah, pagi kami bertolak kira-kira pukul 5.00 pagi. Lewat sejam dari jadual asal. Solat Subuh di sebuah masjid menuju ke tol Tangkak.

Dalam perjalanan, pegawai dari Amanah Raya menghantar sms. Maklumat terakhir adalah benar. Anak saya akan sampai di KLIA pada pukul 10.00 malam itu. Kami sampai di Nilai pada pukul 8.20 pagi. Anak kedua saya di situ. Pagi itu hingga ke tengahari kami di situ. Menunggu petang. Pada pukul 12.30 anak saya menghubungi saya dari lapanganterbang Jakarta. Dia sudah sampai pada pukjul 10.00 pagi itu. Dijangka pula akan terbang pada pukul 2.00 petang dan sampai di LCCT pada pukul 5.00 petang. Tiga jam penerbangan. Saya yang sedang membeli makanan tengahari bergegas pulang ke rumah anak saya. Sejam kemudian anak saya membuat panggilan lagi. Maklumat terkini menyatakan penerbangannya pada pukul 3.00 petang. Ada perubahan jadual. Pelajar yang seramai 110 orang dibahagi ke dalam dua kumpulan. 10 orang dalam kumpulan pertama. Bakinya dalam kumpulan kedua. Anak saya dalam kumpulan kedua. Dalam gawat, menunggu juga gawat. Waktu berubah mengikut kesesuaiannya. Benarlah naluri isteri saya. Jadual boleh berubah.

LCCT adalah LCCT. Saya tidak dapat menghubungkan LCCT itu kos murah. Bila berada di sana barulah saya sedar bahawa murah itu ada konotasinya yang tersendiri. Mungkin saya sudah biasa dengan penerbangan antarabangsa. Hampir lupa dengan realiti yang ada di sekeliling. Di US umpamanya banyak syarikat penerbangan tambang murah. People's Air umpamanya diurus seprti bas. Penumpang berbaris untuk membeli tiket. Jika ada kekosongan, masuklah mereka ke dalam. Jika tidak tunggu kapalterbang yang berikutnya. Bayar tambang dalam kapalterbang. tempat menunggu dalam bangunan lapanganterbang yang sama. Menikmati fasiliti yang sama dengan orang lain. Istilah murah berbeza antara kita dengan dengan mereka. Murah kepada mereka adalah dengan mengurangkan fasiliti. Tiada kaunter check-in. Air Asia baru mencapai sebahagian dari ciri itu. Belum sepenuhnya.

Lebih sejam menunggu di LCCT. Fahamlah saya kenapa namanya LCCT. Parkirnya tidak berbumbung. Kereta di tengah medan yang panas. Bila hendak dipandu semula terasa panasnya setelah terdedah d bawah cahaya matahari berjam-jam lamanya. Ruang menunggunya panas. Maaf memang tiada pendingin hawa. Itu satu aspek murah yang dimaksudkan. Sama di stesen bas atau teksi. Kerusi untuk duduk menunggu juga tidak seperti di ruang penerbangan biasa di tingkat lima KLIA. Luas dan selesa. Lebih banyak lagi. Di LCCT banyak kekurangannya. Disesuaikan dengan kos murah yang dinyatakan.

Itu aspek teknikal LCCT. Saya bukan hendak menilai. Sekadar hendak memahami sahaja. Pukul 6.08 minit kapalterbang anak saya mendarat. Pukul 6.40 petang baru dia keluar di balai ketibaan. Still in one piece. Ibunya yang tidak sabar terintai-intai. Terjenguk-jenguk. Tidak senang duduk. Sebelumnya dia duduk tenang. Tetapi apabila dimaklumkan kapalterbang sudah mendarat. Resahnya mendatang. Gejolak hatinya menerpa. Ketidaksabarannya menerjah rasa. Rindunya memuncak. Sayangnya melonjak. Dirinya. Jalannya. Matanya hanya fokus ke laluan keluar di balai ketibaan itu. Orang lain sudah tidak menjadi persoalan lagi. Saya hanya memerhati keghairahannya. Dia menanti anaknya. Buah hatinya. Itu anaknya yang dinanti. Kasih seorang ibu yang membawa ke syurga. Kasih saya kasih bapa. Sayang saya tidak halus seperti isteri saya. Cuma saya boleh berkorban apa sahaja. Bak kata pujangga bapa boleh berkorban nyawa.

Bila sudah bertemu terlerailah segala kegelisahan. Terungkailah segala bukuan dalam perasaan. Debaran dan degupan menghilang. Santai datang. Damai terhidang. Sebagai pelajar-pelajar tajaan mereka dihimpunkan. Ditanya sepatah dua. Ditanya khabar berita. Pastinya pegawai yang menunggu ada tugas membuat laporan. Mesti ada bukti mereka sudah kembali. Gambar luplap diambil. Bukti teknologi. Bukti digital. Bergambar bersama ahli keluarga yang menanti. Mungkin tidak ramai yang sedar. Sebenarnya kepulangan mereka adalah atas urusan negara. Urusan menyelamatkan warganegaranya dari kesulitan dalam negara yang sedang bergolak. Ia adalah urusan rasmi. Formal. Urusan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung. Ada birokrasi yang perlu dipatuhi. Ada prosedur. Ada urusan diplomatik yang perlu diselesaikan. Ambillah makluman ini supaya tidak menyamakan kepulangan mereka seperti selalunya. Sampainya mereka mesti diperiksa benar-benar selamat sejahtera. Sihat walafiat. Pengangkutan balik disediakan. Tempat menginap sebagai transit disediakan. Kebajikan dan keselamatan dijaga kesempurnaannya. Tanggungjawab negara.

Perjalanan pulang yang senang. Alhamdulillah. Syukur kepadaMu ya Allah. Segala puji bagiMu. Tuhan semesta alam.

Wednesday, February 9, 2011

Winter Yang Panas

Bila hujan apa kita buat? Bila sejuk apa kita buat? Bila angin bertiup apa kita buat? Spontan orang akan jawab, berpeluk tubuh. Atau pakai baju tebal. Atau termenung merasa-rasakan sejuknya. Itulah, lain padang lain belalangnya. Lain tempat lain pula tingkah laku orangnya. Benarlah bahawa iklim, cuaca dan suhu membentuk jati diri bangsa. Mereka yang berlainan latitude garis lintang) lain budayanya. Mereka yang berlainan longitude (garis bujur) lain juga budayanya. Mereka membentuk norma yang lain. Nilai yang lain. Pandangan hidup yang lain. Falsafah yang lain. Amalan seharian yang lain. Terlalu banyak kelainannya. Kerana itu terbentuklah identiti mereka. Jika kita boleh mengerti, alangkah indahnya kerana Allah menciptakan sesuatu tidak pernah sia-sia.

Sesuatu yang tidak memberikan apa-apa makna kepada seseorang rupanya bernilai kepada orang yang lain. Sebaliknya sesuat yang kita berikan nila tinggi tiad gunanya kepada orang lain. Itulah kebijaksanaan Allah yang tiada tolok bandingnya. Dalam surah Ali Imran Allah berfirman:





(3:191)


Maksudnya: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan (pada) pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk, dan (semasa) mereka berbaring megiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

Saya kagum dengan cara orang putih menggunakan peluang. Winter memang sejuk. Tidak ada siapa yang berani menafikannya. Hakikatnya begitu. Winter sama dengan sejuk. Tetapi, ini hebatnya orang putih. Mereka tidak berpeluk tubuh. Mereka tidak berkurung dalam rumah. Winter adalah musim yang penuh produktiviti. Musim mencambah idea. Musim untuk merancang. Musim untuk belajar. Musim untuk membina ketahanan diri. Membina kekuatan dalaman. Membina keperkasaan diri.

Entry sebelum ini saya katakan bahawa kanak-kanak sukar dilihat pada waktu winter. Mereka ada tetapi di dalam bangunan. Semasa winter kanak-kanak memang tidak kelihatan di jalanraya. Bukan masanya untuk berkeliaran. Bukan waktunya untuk bemain di luar rumah. Orang dewasa juga tidak ramai kelihatan di jalanan. Jika ada, mereka berjalan pantas kerana ada urusan yang pasti perlu disempurnakan segera. Ingat, winter sangat pendek waktu siangnya. Cahaya matahari sangat mahal ketika ini.

Tentu hairan kepada kita. Semasa winter orang putih memakai kacamata hitam. Bukan panas. Kenapa pula mata perlu dilindungi. Bukan begitu. Semasa winter, matahari tetap memancar. Terap bersinar. Tetap terang benderang. Cuma kedudukannya condong jauh dari atas kepala. Ada di kejauhan. Namun bila memancar, cahayanya amat menyilaukan apabila terbias ais yang keras membeku. Lebih sakit silaunya berbanding semasa summer. Untuk itu orang putih memakai kacamata hitam semasa winter. Ironis sungguh. Berbagai industri berkembang untuk memenuhi tuntutan musim winter. Baju tebal. Kasut snow. Muffler. Penutup telinga. Topi. Setokin. Allahuakbar. Terlalu pelbagai setokin yang dijual. Yang tebal. Yang panjang. Sebut apa sahaja. Semuanya ada dijual. Ada sahaja yang membelinya. Jangan terkejut ada pelajar Malaysia membeli baju sejuk buatan Malaysia. Entah di mana kilangnya. Tidak pernah di jual di sini. Siapapun tidak tahu ada kilang sepertinya.

Industri sukan musim winter sukar dibayangkan banyaknya. Jika dilihat dari segi orang bermain ski sahaja sudah cukup. Dari topi, baju, kasut, sarung tangan, alat skinya. Termasuk juga sarung tangan dan kacamata atau yang berbentuk goggle. Bukan sahaja yang bermain dan terlibat, orang-orang yang menonton juga begitu. Yang datang setakat untuk meramaikannya juga begitu. Peralatan yang berkaitan dengan ski sudah cukup lumayan banyaknya. Itu belum cerita sledging. Belum lagi snowmobiles. Belum lagi trekking. Belum lagi tentang tinggal di cabin di bukit. Retreat in winter. Belum lagi resort musim winter. Penuh dan padat dengan pengunjung.

Dalam kehidupan seharian, winter adalah bulan mengeram. Hibernate. Bukan maksudnya duduk diam. Bukan duduk hanya duduk. Pada masa ini semua pejabat dibuka sepenuhnya. Stafnya bekerja sekehendak mereka. Sekolah dan universiti juga dibuka sepenuhnya. Inilah masa mereka bekerja. Inilah masanya mereka belajar. Sebenarnya mereka mula mengeram dari sejak fall. Dari bulan September. Sebab itu anak-anak kita yang keluar negara pergi pada bulan September. Bulan mereka mula mengeram. Kita pula terikut-ikut mereka. Sekarang semua IPT di Malaysia memulakan pengajian pada bulan September. Orang putihpun tamat pengajian menengah mereka pada bulan April atau Mei. Menunggu September tentulah lama. Kepada mereka Jun, Julai dan Ogos adalah summer. Musim mereka santai. Chasing the sun. Busking. Getting tanned.

Pada musim winter ini mereka panas dengan aktiviti. Ada sahaja yang perlu dibuat. Semuanya indoor. Kerja-kerja outdoor dibuat pada musim summer hingga fall. Sekolah juga full steam. Semuanya belajar dan belajar. Masa sejuk inilah kepala mereka berasap. Seluruh diri mereka dipusatkan untuk diasak dengan ilmu. Kesejukan di luar tidak mengganggu proses belajar. Di semua bangunan ada alat pemanas. Di dalam bangunan mereka berpakaian biasa. Semua baju tebal dibuka. Semua kasut snow ditanggalkan. Mereka memakai pakaian rasmi. Seolah-olahnya di luar sana tiada apa yang berlaku. Di dalam bangunan semuanya adalah natural. Life must go on.

Cara hidup kita berbeza. Kita banyak santai sepanjang tahun. Kerja pula ala kadar. Memang kita bercakap tetang produktiviti. Semangatnya tidak sampai di sini.