Al-Quran merakamkan berbagai kisah sejarah manusia terdahulu dalam berbagai peristiwa. Allah merakamkan kisah-kisah terpilih yang ada kaitannya dengan akidah. Kisah-kisah itu bukan sebarangan bahkan Allah persembahkan dengan keteraturannya yang tertentu. Apabila kita baca al-Quran sejarah itu tersingkap satu persatu. Sekiranya kita memahami isi al-Quran Allah membawa kita menelusuri sejarah manusia sejak dari zaman dahulukala. Polanya seperti serupa. Manusia menempa kemajuan yang hebat kemudiannya mereka kufur kepada nikmat Allah. Semua yang berkaitan dengan tuntutan Allah mereka tolak. Mereka dustakan dalam istilah agama.
Sejarah dalam al-Quran bukan seperti sejarah moden. Kita menerima sejarah dengan hidangan pelaku, tarikh, tempat, masa dan implikasi sejarah itu. Cuma kerapkali implikasinya ditulis dengan kecondongan yang teratur. Ada yang tersembunyi. mata kasar kita tidak melihatnya. Begitulah British umpamanya menulis tentang sejarah kita. Semua yang menentang British dianggap sebagai penentang atau pemberontak. jadilah Datuk Bahaman seorang penderhaka. Jadilah Mat Kilau sorang penderhaka. Jadilah Datuk Maharajalelaa seorang penderhaka. Mereka menderhaka terhadap British tetapi dikiaskan menderhaka kepada Sultan dan Raja. masih banyak kesamaran dalam penulisan sejarah kit asendiri. dari kacamata seorang sejarawan yang profesional dan tulen ilmunya. Tidak condong ke mana-mana arah. Fokus kepada ilmunya sahaja.
Al-Quran tidak menamakan masa, hari, tarikh dan pelaku-pelaku lain selain dari Nabi dan Rasul kekasih Allah. Yang pastinya terdapat dialog-dialog yang mendidik kita supaya mengenal antara yang hak dan yang batil. Yang benar dan yang karut. Berulang-ulang sejarah manusia dari suatu zaman ke suatu zaman yang lain. Pada zaman kegemilangan sesuatu bangsa itu lazinya mereka melupakan Allah. Diperingatkan berulang-ulang kali. Rasul dan Nabi yang memperingatkan mereka ditempelak. Dihina. Disifatkan dengan sifat-sifat keji dan hina. Keindahan akhirat terhijab dari mereka. Yang mereka lihat hanya kegemilangan dunia yang fana. Yang palsu. Yang bersifat sementara.
Apabila kita membaca al-Quran yang penting ialah intipati setiap kalimah, ayat dan surahnya. Bukan sejarahnya per se. Ambul iktibar dari peristiwa yang Allah rakamkan itu. InsyaAlah banyak manfaatnya.

Ini dikatakan makam Nabi Harun. Terletak berhampiran dengan Fox Camp tempat penulis menginap bersama rombongan mendaki Bukit Tursina. Kira-kira sekilometer dar Fox Camp.
Kadang-kadang penulis menjadi jengkel juga di dalam hati. Banyak di tempat-tempat begini terdapat gereja kecil. Terganggu sedikit konsentrasi untuk syahdu di tempat yang dikatakan bersejarah. Ada orang lain yang memainkan peranan. Keadaan sebegini bukan di satu dua tempat tetapi di banyak tempat. Aduhai! Apabila kita lemah banyak ketidakmampuan untuk mengatur yang lebih baik. Toleransi menjadi terlalu longgar.
Dari dekat baru kita dapat fokus. Dari jauh tadi yang kita lihat bangunan lain yang lebih besar.
Tanah perkuburan di sekitar tempat permakaman Nabi Harun. Seperti misteri juga. Makam Nabi Harun dikatakan berada di Jordan. Di puncak sebuah bukit di Petra. Sebab itu kita tidak seharusnya banyak memepertikai pendapat manusia. Yang benar dari Allah adalah lebih penting. Tempat sejarah ini untuk kita mengenang kematian kita sendiri. Kita bakal ada pusara sendiri. Sejarah kita sendiri. Suatu ketika nanti kita juga menjadi orang lama. Hanya sejarah. Tiada siapa yang kenal.
Kita menghormati pusara. Sedekah Fatihah. Berdoa untuk keampunan empunya pusara. Mudah-mudahan Allah menerima rohnya. Mudah-mudahan juga kita bertemu pemilik pusara itu di akhirat nanti.
Dari jauh hanya batu-batu kecil sahaja yang dapat dilihat. Begitulah pengakhiran setiap manusia yang mati. yang Islam dan beriman. Yang ditinggalkan hanya batu-batu kecil sahaja.
Andaikan kita yang bersemadi di situ. Orang hanya melihat tanpa mengetahui siapa yang pusaranya di situ. Itulah tinggalan orang terdahulu. Hanya sedikit tanda. Itupun jika masih ada tanda. Tandapun tidak penting. Yang kita tinggalkan ilmu yang bermanfaat, anak yang soleh dan amal jariah. Cukup setakat itu sahaja.
Tanda sebegini hanya ingatan orang terkemudian. Hanya mereka yang tertentu sahaja diingat orang. Yang lain manusia biasa yang tidak perlu diingat. Allah simpan dalam lipatan sejarah yang mungki tidak dibuka oleh sesiapapun hingga akhir zaman.