Setelah berlegar beberapa ketika di perkarangan bangunan PBB, kami beredar. Sebenarnya kami tidak tahu ke mana hendak pergi dari situ. Setelah berbincang seketika kami mengambil keputusan untuk ke World Trade Centre (WTC). Rasanya pada tahun 1986 ianya adalah bangunan tertinggi di dunia. Kami sampai di bangunan itu sebelum waktu Maghrib. Lupa hendak cerita. Untuk mengambil kenderaan di tempat parkir kami terpaksa menunggu lebh 15 minit. Staf di kaunter menggunakan pembesar suara untuk mengarahkan atenden di bawah membawa keluar kereta kami. Saya tidak dapat hendak menceritakan bagaimana besar dan dalamnya tempat parkir itu. Tiada kesempatan menjengahnya. Percaya sepenuhnya kepada sistem yang ada. Yang penting selamat. Cukup. Jika dijengah sekalipun yang dilihat hanyalah barisan kereta. Penuh pula dengan asap. Segalanya racun jika tiada alat penapis udara. Tentu berbahaya jika tidak memakai alat pelindung pernafasan yang betul.
Tinggal sejarah. Bangunan kembar WTC pada zaman kebanggannya. Bangunan yang lain jauh di bawah. Agaknya bangunan berkembar Petronas di Kuala Lumpur mengambil semangat WTC ini.
Pada hari Sabtu WTC tidaklah sesibuk pada hari-hari lain. Tentu tidak sama hari kerja dan hujung minggu. Apatah lagi ketika itu sudah hampir malam. Kami cari kaunter tiket untuk ke observation deck. Balai tinjau. Sudah tidak berapa ingat. Mungkin USD3 seorang dewasa. Hampir 100 tingkat di atas. Tingginya 110 tingkat. Liftnya sangat pantas. 60 saat sahaja. Teruja berada di atas. Seluruh New York (NY) dapat dilihat. Kebetulan bangunan Empire State Building tidak jauh dari situ. Bangunan yang sangat gah di NY itu bergemerlapan pada waktu siang. Tetap bergemerlapan juga pada waktu malam. Pada waktu siang begemerlapan kerana cermin dan bahan siapannya. Pada waktu malam kerana lampu warna-warninya. Dari jauh kelihatan majestic. Tinggi dengan puncaknya menancap ke langit. Langit di hujung spring. Dingin dan lembab. NY bagai muzium pencakar langit. Tiada banguna rendah kerana hartanah yang snagat tinggi nilainya. Bangunan hanya ke atas. Tidak melebar di tanah.
99 elevators. Pilih mana yang sesuai. Yang kelihatan WTC menyendiri antara kesesakan NY. Sebab itu agaknya gila orang Amerika bila ianya dimusnahkan.
Di celah-celah bangunan ini saya pernah memandu. Waduh seperti tidak benar. Namun itulah kenyataannya. Faktanya begitu. Tiada mimpi dari kampung sewaktu kecil dahulu. Mana mungkin dari atas lantai batang pinang ada mimpi seindah melalui jalan-jalan di NY.
Patung Liberty di NY Harbour tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan WTC. Semangat Amerika disentap di sini.
Ini adalah Empire State Building. 102 tingkat. 73 elevators. Bangunan tertinggi sebelum terbinanya WTC.
Cahaya Empire State Building berubah-ubah mengikut mood dan peristiwa. Sebab itu bangunan ini sentiasa dipenuhi peristiwa. Tidak sunyi dengan aktiviti. Di belakangnya ialah Chrysler Building. Rasanya bangunan ini latar filem Batman. Tidak pasti saya.
Pada malam itu lampu berkilauan di seluruh Manhattan. Seluruh NY. Dari pantai ke New Jersey. WTC menjadi vantage point NY ketika itu. Vista. Mengkagumkan. Bangunannya berkembar. Bentuknya identical. Dua yang sama. Seronoknya berada di puncak NY. Kotaraya paling besar di US. Mungkin juga di dunia. Banyak tumpuan pelancong di NY. Selalu disebut Central Park. Kawasan rekreasi yang besar di tengah-tengah kesibukan NY. Terasa rugi tidak menjejak kaki di situ. Suatu kebangaan apabila dapat berada di sana. Suatu tempat yang damai dalam kesibukan dan hiruk pikuk NY. Dalam dunia ekonomi pula New York Stock Exchange (NYSE) sangat aktif setiap masa. Di situ ada petunjuk keadaan ekonomi dunia. Baik atau tidak. NYPD bukan antara tarikannya. Itu hanya siri TV. Bukan realiti. Walaupun begitu NYPD yang sebenar memang sentiasa sibuk. Jenayah jangan disebut. Berlaku setiap saat. The Bronx bukanlah tempat yang perlu diziarahi. Banyak negatifnya. Keburukan di mana-mana bandaraya besar. The Ghetto pula tidak menjanjikan apa-apa. Itu adalah bayangan kemiskinan seperti juga di negara lain. Di bandaraya lain.
Waktu tidak membenarkan kami menjelajah NY sepuas hati. Ditakdirkan kami hanya sempat singgah sebentar. Cukuplah berada di situ. Sebentar juga suatu pengalaman. Melalui celah-celah bangunannya yang mencakar langit. Menelusuri jalanrayanya yang lebar. Maknanya saya pernah memandu di situ. Beriring dengan pemandu Amerika. Pemandu tegar teksi NY dengan kereta kuning yang selalu kita lihat di TV atau dalam filem. Wow! Bila diingat kembali seperti mimpi sahaja. NY yang besar itu pernah saya redah rupanya. Walaupun saya mula memandu hanya pada tahun 1982, empat tahun kemudian saya menjelajah US. Menjelajah Canada. Menjelajah Washington DC. Menjelajah NY. Terasa pula seperti di awang-awangan. Memandu stereng kanan atau kiri sama sahaja. Prinsipnya sama. Kita tetap bergerak ke hadapan. Cuma orang Amerika merevolusi minda mereka bertentangan dengan prinsip dan falsafah jalanraya orang British. Musuh mereka sewaktu sebelum merdeka dahulu.
Barangkali itulah kejayaan negara bangsa yang menghebatkan dunia. Menduniakan negaranya. Terlalu banyak yang direvolusikan. Ekonomi mereka melangkaui bukan sahaja British bahkan juga Eropah. Pendidikan mereka jauh terkehadapan. Kata orang merika, you name it, you get it. Sistem persekolahan mereka sangat berbeza dengan kita. Kita terlalu British. Pada aspek yang lain kita terlalu American. Waktu saya mula di sekolah menengah dahulu sekolah berasingan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Ikut cara British. Sesuiai juga dengan amalan agama kita. Memisahkan lelaki dari perempuan. Datang tsunami falsafah pendidikan Amerika. Mulalah sekolah bercampur. Co-education. Co-ed. Istilahnya cantik tetapi sekarang ini terlalu banyak masalahnya. Entahlah mungkin gejala sosial anak-anak ada hubungannya di situ. Entah. Kemungkinannya tetap ada. Berapa banyak sumbangannya tidak ada yang tahu kecuali dibuat penyelidikan yang menyeluruh. Tanpa bias.
Untuk bergerak maju orang Amerika mengubah bahasa mereka berlainan sedikit dari bahasa British. Ejaan berubah. Syntax bahasa berubah. Makna berubah. Ayak berubah. Fonim dan fonetiknya berubah. Lahrlah American English. Menyebutnya sedikit sengau tetapi lebih jelas. Ada kesungguhan untuk melafazkannya. Begitulah dalam aspek yang lain seperti sukan. British dengan football. Mereka uba menjadi gabungan rugby dan soccer. Sebenarnya American spotrs scene jauh berbeza dengan kita. Banyak sukan yang tidak ada pada kita. Jika memonton rancangan sukan mereka di TV ada-ada sahaja ciptaan sukan. Atau modifikasi sukan. Apa sahaja yang boleh disukankan mereka lakukan. Dijadikan profesional. Mereka hidup dengan sukan itu. Bukan sekadar cari makan. Tetapi bermewah-mewah dengan penglibatan sektor swasta, media dan siaran tetap TV. Profesional mereka menjadi celebrity. Nama mereka abadi. Tertulis pada hall of fame yang berbagai. Mendapat pengiktirafan negara. Begitulah komitmen dan dedikasi mereka terhadap sukan. Begitu juga mereka menghargai ahli sukan yang menggerakkan ekonomi negara. Yang menyumbang kepada gahnya senagar.
NY terlalu singkat buat kami. Sekadar sampling. Suatu detik waktu yang tidak mengizinkan untuk kami lama-lama. Cukup melintasinya. Cukup menjejakkan kaki di Manhattan Island. Di perkarangan bangunan PBB. Di WTC. Melalui terowong bawah laut yang panjang. Pengalaman itu kekal. Ingatan itu kekal. Malangnya WTC tidak kekal. Peristiwa 11 September 2001meruntuhkannya. Meranapkannya. Banyak pertanyaan tetapi tiada jawapan pasti apa yang mengakibatkan kemusnahan WTC itu. Banyak fakta silang yang belum dapat diharmonikan. Belum dapat disahkan. Manipulasi fakta tetap berlaku. Pertimbangannya tentu politik. Keselamatan. Hubungan antarabangsa. Maruah. Apa sahaja yang menghalalkan Bush untuk menyerang Afghaistan. Kekal di Iraq. Intimidate negara yang lain.
Pada malam itu juga kami tinggalkan NY. Ingin segera kembali ke Pittsburgh. Jam 9.00 malam kami tinggalkan WTC. Selamat tinggal NY. Masuk lagi terowong panjang yang berbelok-belok. Yang pastinya di hujung sana tanah besar Amerika di New Jersey.