Masjid Kabir di Matruh, Mesir. Terletak di pantai Laut Mediterranean.
Hari Ahad 31 Ogos 2014. Solat fardhu Zohor di Masjid اﻟﻜﺒﻴﺮ (Kabir), Matruh,
Mesir. Solat berjamaah adalah lumrah di mana-mana tempat solat diadakan.
Lazimnya di masjid. Atau memilih musola atau surau. Rasanya hanya tiga solat
berjemaah yang selalunya memenuhi masjid. Atau melimpah keluar. Hari raya Eid
al-Adha (dalam konteks negara Arab), solat Eid al-Fitr dan solat Jumaat. Di
Malaysia susunan 1 dan 2 mungkin terbalik. Penulis telah berada di beberapa
negara dan ke banyak tempat. Mungkin hanya di Masjid al-Haram dan Masjid
Nabawiy yang jemaahnya selalu ramai. Lebih ramai dari masjid lain dalam dunia.
Kerana kemuliaannya. Kerana kebesarannya. Penulis teruja sangat-sangat apabila
solat berjemaah di Masjid Kabir, Matruh. Jamaahnya hampir memenuhi masjid
semasa solat Zohor tengahari itu.
Sesuatu yang luar biasa. Apabila terdengar azan kami
ke masjid. Mengambil wudhu lalu masuk ke ruang solat. Penulis berada beberapa
saf dari hadapan. Berlangsunglah solat sebagaimana selayaknya. Emat rakaat dan
diakhiri dengan salam. Setelah tamat solat penulis dapati bahawa jamaah solat Zohor
itu hampir memenuhi masjid. Lazimnya di Malaysia solat Zohor mungkin setakat
satu atau dua saf sahaja. Apabila penulis mengira dari hadapan penulis berada
di saf yang keenam. Terpegun sebentar. Seperti baru kali pertama mengalami hal
yang luar biasa itu.
1 Matruh adalah bandar pelancongan. Mereka terdedah
kepada pelancong antarabangsa. Namun jatidiri Muslim kepada masyarakat tempatan
tidak terhakis walau sedikitpun.
2 Kebanyakan penduduk Matruh adalah peniaga dan
usahawan. Sekali lagi tarikan dunia tidak menghalang aktiviti untuk akhirat.
3 Dalam keghairahan melancong, pelancong tidak melupakan
tanggungjawab mereka untuk solat.
Ada kelainan solat di masjid di Mesir. Di masjid yang
dibina sebagai masjid secara khusus. Untuk solat Jumaat. Untuk makluman,
suraupun dipanggil masjid di negara Arab. Di tanahair jarang sangat masjid yang
penuh untuk solat berjamaah. Mungkin banyak faktor yang perlu difikirkan.
1 Kita mungkin tidak terfikir pentingnya muazzin.
Suaranya perlu lunak dan menarik. Makhraj dan sifat hurufnya tepat supaya
setiap huruf tepat fasohahnya. Laungannya bertajwid dan bertartil. Ia memberi
kesan kepada yang mendengarnya. Atau dalam konteks ini mereka yang dipanggil
untuk menunaikan solat berjamaah.
2 Mereka yang hendak berjamaah hendaklah menyediakan
diri awal sebelum azan. Yang bekerja umpamanya pastikan waktu solat tidak bertembung
dengan waktu makan. Rancang supaya solat dahulu sebelum makan atau makan dahulu
sebelum solat.
Masjid di Mesir dan di Jordan umpamanya berbeza dengan
bangunan biasa. Dilihat besar, kukuh, gagah dan tersergam. Bila kita
memasukinya masjid itu luas, tinggi, berukir dengan seni Islam. Siap dengan
lampu gantung (chandellier) yang besar, pendingin atau pemanas hawa dan
al-Quran yang banyak di sekeliling dalam masjid. Jarang ada jamaah yang
bersembang. Kebanyakannya membaca al-Quran walaupun waktu solat mungkin satu
atau dua minit lagi. Mereka capai al-Quran dan membacanya. Mungkin beberapa
ayat atau beberapa mukasurat. Maknanya waktu i’tiqaf dimanfaatkan. Solat itu
pahala. I’tiqaf adalah pahala. Membaca al-Quran adalah pahala. Bangunan masjid
itu dibina sebagai syiar. Lambang kebesaran Islam itu sendiri. Banyak
masjid-masjid kita di kampung seperti tidak menepati konsep masjid. Rendah,
leper dan suasananya panas kerana bumbungnya rendah. Hanya di pekan dan bandar
sahaja masjid dibina dalam konsep masjid.
Bagaimana caranya untuk meramaikan jamaah?
Yang ini tepuk dada tanya iman. Perlu
ada dakwah berterusan. Seruan khutbah dari mimbar dibuat secara berkala.
Mungkin ada papan untuk setiap waktu setiap hari atau setiap minggu. Contohnya:
Tarikh
Dan hari
|
Subuh
|
Zohor
|
‘Asar
|
Magh-
Rib
|
Isya’
|
Jumlah
|
Sabtu
|
18
|
67
|
56
|
79
|
70
|
290
|
Ahad
|
14
|
66
|
47
|
86
|
68
|
281
|
Isnin
|
35
|
120
|
43
|
67
|
78
|
343
|
Selasa
|
37
|
123
|
45
|
56
|
88
|
349
|
Rabu
|
34
|
118
|
53
|
87
|
77
|
369
|
Khamis
|
37
|
126
|
43
|
69
|
92
|
347
|
Jumaat
|
45
|
450
|
34
|
70
|
68
|
667
|
Jumlah
|
220
|
1,070
|
321
|
514
|
541
|
2,646
|
Jumlah ahli qariah = 980 orang
Papan kenyataan ini dipaparkan ditempat
yang mudah dipandang. Mungkin di tangga naik atau di pintu memasuki masjid. Cuba
buat papan itu dan sekadar dipaparkan sahaja. Semua jamaah akan membacanya.
Setiap jamaah akan aman jika dia termasuk dalam angka yang tertera itu. Mereka
yang sedar tidak termasuk dalam angka itu akan resah. Jangan lupa catatkan juga
jumlah qariah masjid atau surau. Biar ada perbandingan antara yang solat dengan
yang tidak solat di masjid atau surau.
1
Tanpa mereka sedari ada orang yang mengira siapa yang
hadir dan siapa yang tidak hadir. Orang yang mengira sahaja yang mengetahui.
Orang lain tidak tahu.
2
Nama yang hadir dan nama yang tidak hadir tidak
dihebahkan. Namun lazimnya mereka mengetahui siapa yang hadir dan siapa yang
tidak hadir.
Setelah beberapa minggu, cuba perhatikan
sama ada angka itu bertambah atau tidak.
Jika ada penambahan berilah semangat dengan mendoakan mereka yang hadir.
Sediakan doa yang istimewa tentang kesihatan mereka, kesejahteraan mereka,
mohon rambah rezeki, tambah keberkatan, tambah iman dan sebagainya. Jangan
sentuh mereka yang tidak hadir. Abaikan untuk sementara. Yang biasa hadir
berasa diri mereka dihormati dan dihargai. Yang tidak hadir tidak termasuk
dalam senarai itu. Mudah-mudahan ada antara mereka teringin mendapat tempias
doa tersebut. Kemudian adakan proses
mengenalpasti mereka yang tidak solat berjamaah.
1
Kenalpasti nama dan tempat tinggalnya.
2
Tugaskan seseorang untuk mengajaknya berjamaah dengan
lembut, bersahaja dan tidak ada tanda-tanda memaksa. Sambil lalu sahaja pada
peringkat awal.
3
Ziarahi rumahnya untuk bermesra dengannya.
4
Ajak untuk turut serta dalam aktiviti masjid atau
surau.
5
Berkongsi apa sahaja pengalaman untu membina
perhubungan akrab.
6
Ajak lagi untuk berjamaah.
7
Teruskan perhubungan untuk menambahkan pengukuhan amalan
agama seperti membaca al-Quran, kitab atau apa sahaja yang boleh menambah ilmu dunia dan akhirat.
Insyaallah jika diizinkan Allah akan ada
hasilnya. Kita kena berdakwah dengan bijaksana. Dengan lembut dan dengan
berhemah. Dalam dunia yang banyak tarikan lain ini dakwah bukan boleh dengan
menyerang. Atau menggempur. Zaman itu berlainan. Sekarang kita kena pujuk. Dunia
sudah berbagai cabarannya. Tanda-tanda akhir zaman semakin banyak. Semoga ramai
sahabat-sahabat kita kembali kepada kekuatan menambah iman. Kita hanya mencuba
sehabis yang terdaya. Hidayah milik Allah. Berdoalah sebanyak-banyaknya semoga
masjid dan surau kita lebih ramai jamaahnya. Cuma penulis berharap utamakan
masjid dahulu sebelum ke surau. Lebih afdhal. Semoga Allah membantu kita dalam hal ini.
Di luarnya terdapat ruangan lapang.
Menaranya tinggi
Selfie sebentar
Dari luar pagar
Ukiran seperti ini sangat sinonim di Mesir. Wujud hampir di semua masjid.
Serupa di mana-mana masjid.
Sebuah masjid di Iskandariah. Menaranya cantik.
Sebuah lagi masjid berhampiran.
Di pintu masuk sebuah masjid. Seni ukir Islam menyerlah di sini. Terasa kesyahduannya.
Ruang solat. Luas dan damai.
Pemandangan dalaman.
Ukiran pada kubahnya. Begitu juga pada dindingnya.
Ukiran di siling masjid. Tinggi, cantik, seni hingga merasakan diri ini terlalu kecil.