Berbuat sesuatu biarlah berilmu. Dengannya perbuatan dan tindakan kita
selari dengan kehendak agama. Berbuat baik dan mendapat ganjaran pahala.
Terhindar pula dari berbuat yang derhaka, sia-sia dan mendapat dosa.
Benar, ramai antara kita berilmu dalam profesion masing-masing. Namun
demukian hidup kita tidak selalunya terlalu khusus sehingga tidak boleh
langsung untuk diisi diri kita dengan
sesuatu yang baru dan segar. Sesuatu yang menambah nilai diri.
Apabila kita terlalu fokus terhadap profesion yang kita cintai, kita
lupa untuk memikirkan destinasi terakhir kita dalam berkerjaya. Sampai masanya
kita bersara atau dipesarakan. Usia hanya penanda aras yang kadang-kadang
subjektif. Andainya sihat maka usia bersara akan dihadapi. Kepada ramai orang
ianya sangat menguja danmenggembirakan. Andainya faktor kesihatan yang
menyebabkan kita bersara ianya akan menjadi episod yang sukar.
Penulis kagum dengan Americans. Tidak ramai antara mereka yang
setia dalam satu profesion sahaja. Mereka akan belajar sesuatu sebagai tuntutan
akademik. Dalam mana menjawat sesuatu jawatan mereka menceburi bidang akademik
yang lain. Mereka setia selama 10 tahun sahaja. Memenuhi keperluan
undang-undang seperti insuran pekerja, skim persaraan ataupun kumpulan simpanan
pekerja. Kemudiannya mereka menceburi profesion lain yang memiliki kemudahan
seperti profesion sebelumnya.
Maka kepada mereka profesion yang berubah adalah sesuatu yang lumrah.
Hari ini mereka jurutera, 10 tahun kemudian mereka seorang guru. 20 tahun dari
sekarang mereka mungkin seorang akauntan. Kerana itu Americans full uf
surprises. Politik mereka sahaja yang
condong kepada Israel. Rakyat mereka down to earth. Cumanya kita belum mencapai pemikiran seperti
mereka. Kita banyak:
1
Melabuhkan kesetiaan yang
terlalu panjang pada satu-satu kerjaya hingga kadang-kadang melampau.
2
Selesa dalam zon selesa.
3
Enggan berubah dan bergerak.
4
Takut meneroka bidang baru.
5
Membosankan diri dan jemu
dengan kehidupan yang mendatar, kaku dan pasif.
6
Tiada usaha menambah nyawa
dalam kehidupan.
7
Kita kehilangan roh kehidupan.
Adakah profesion kita sekarang yang terbaik untuk masa sekarang dan masa
hadapan kita? Tidak adakah persediaan untuk hidup selepas bersara. Cuba fikirkan
yang mana pilihan kita apabila bersara:
1
Bersara untuk berehat.
2
Bersara untuk berdiam diri.
3
Bersara untuk berkebun.
4
Bersara untuk menceburi bidang
baru yang gagal diceburi sebelum bersara.
5
Bersara untuk berhidmat
sukarela.
6
Bersara untuk berkongsi
pengalaman.
7
Bersara untuk menambah amal
soleh sesama manusia.
8
Bersara untuk menyumbang bakti
kepada ahli masyarakat.
9
Bersara untuk membahagiakan
diri sendiri dan diri orang lain di sekeliling kita.
Ramai antara kita yang bersara
hilang bayangnya dari publik. Pangkat besarnya hilang. Pengalamannya
mansuh. Kehebatannya muram. Gahnya menjadi malap. Alangkah baiknya jika kehebatan semasa
bertugas dahulu dilimpahkan kepada generasi baru. Generasi muda. Malah mereka
yang sezaman dan seangkatan dengan kita berminat juga dengan bidang baru yang
kita kongsikan bersama mereka.
Mempelbagaikan pengalaman sebelum besara adalah amat penting.
Mempelajari berbagai bidang ilmu sama ada secara formal atau tak formal
membantu persaraan yang lebih membahagiakan. Persaraan membolehkan kita keluar
dari kebiasaan dahulu semasa bertugas. Menceburi bidang baru yang lebih santai,
memberi banyak inspirasi dan nikmat bersosial dengan golongan lain.
Tentunya syarat penting untuk keluar dari kepomponhg diri ialah ilmu.
1
Carilah ilmu baru yang
bermanfaat seperti bidang agama dan yang berkaitan.
2
Sertai apabila ada ilmu yang
baik dan berguna disebarkan.
3
Luangkan masa untuk meminati
bidang lain selain dari profesion yang sedia ada. Sesungguhnya ia memberikan
rencah yang lebih membahagiakan apabila kita discharge tugas kita.
4
Heret kaki dan perasaan untuk
keluar dari kebiasaan yang biasa-biasa.
5
Luaskan skop dan jaringan ilmu
dan kemahiran.
Adakah wang menjadi penghalang? In sya Allah ilmu yang baik memberi
rezeki lain yang lebih baik. Wang yang dibelanjakan untuk mencari ilmu, Allah
kembalikan dalam bentuk lain.
1
Kesihatan dan tenaga yang
berpanjangan. Stamina yang ampuh.
2
Kebahagian yang lebih bermakna
dalam hidup.
3
Boleh berbakti tanpa rasa
gugup atau kekok.
4
Hidup lebih santai berhadapan
dengan sesiapa sahaja.
Buka minda kita untuk menerima sesuatu kelainan. Sesuatu yang baru.
Sesuatu yang asing pada awalnya. Mulakan langkah demi langkah. Kita pasti
menjadi lebih bahagia.
1
Terhindar dari rasa jemu dan
bosan.
2
Terhindar dari rasa sunyi.
3
Terhindar dari saya terabai.
4
Terhindar dari rasa sekadar
cukup.
5
Terhindar dari tertekan tanpa
sebab.
6
Terhindar dari kebuntuan kerana
malas atau tidak berfikir.
Ilmu itu mahal nilainya. Mahal harganya. Mahalnya kerana banyak berlapis,
berstrata dan bertingkat-tingkat. Mahalnya kerana lama untuk menghimpunkannya. Mahalnya
kerana kesukaran membina minat, membina kewarsaan berfikir. Mahalnya kerana
jauh melalui kembara. Mahalnya kerana
hanya dengan ilmu darjat manusia meningkat tinggi. Berada di paras yang tinggi
berbanding dengan orang lain. Namun dengan ilmu kita boleh menunduk malu kerana
Yang Maha Berilmu hanya Allah sahaja.
Yang penting ialah kita perlu keluar dari kepompong kita. Kepompong yang
menjadikan kita terlalu stereotaip. Kita
boleh menjadi bebagai watak yang bermanfaat kepada orang lain. In sya Allah
jika diusahakan dengan minat dan motivasi diri yang tinggi.