Akhirnya saya menemui manusia bernama Napoleon. Dalam zaman yang berbeza. Dalam persekitaran yang berbeza. Pertemuan antara fizikal dan jasad yang sudah tiada. Saya berdiri di sebelah patung lilin seorang manusia kecil. Kerdil mengikut standard orang Barat. Saya lebih tinggi daripadanya. Mungkin saya 8sm lebih tinggi daripadanya. Dalam tubuh kecil itu terserlah nama besar yang dikenang sejarahnya sepanjang zaman. Sejarah manusia Barat yang besar pengaruhnya. Yang merubah dunia. Bukan hanya sejarahnya sahaja. Malah kemanusiaan itu sendiri telah dirubahnya. Rupanya manusia bukan diukur dari saiznya. Bukan tinggi atau rendahnya. Bukan berat atau ringannya. Bukan besar atau kecilnya. Bukan usia tua dan mudanya. Manusia dikenang kerana impaknya. Impak positif yang lebih besar dari impak negatifnya. Manusia kecil yang bernama napoleon Bonaparte bukan orang besar. Bukan berdarah bangsawan. Bukan orang kaya. Tidak juga dikira sarjana. Namun tangannya menggugat dunia. Tindakannya menumbangkan suatu kerajaan mendahuluai zamannya. Daripadanya warisan dibina. Tamadun disebar. Manusia mengambil manfaat daripadanya. Siapa kata suatu revolusi tiada manfaatnya. Napoleon adalah buktinya. Masih ampuh hingga kini.
Napoleon menggerakkan hati manusia untuk memimpin suatu peristiwa yang belum ada sebelumnya. Ia menggemblingkan manusia Perancis menentang rajanya, Louis VI. Tumbang sebuah kerajaan beraja. Napoleon menjadi ikon sebuah revolusi. Maka berjajaranlah rentetan sejarah manusia. Hanya kerana seorang manusia kecil seperti Napoleon boleh merubah lanskap politik dunia. Sistem pentadbiran. Sebuah ideologi. Sistem pendidikan. Banyak sungguh impaknya. Firman Allah yang mafhumnya, yang lebih penting dilihat pada manusia ialah taqwanya. Saiz, keturunan, warna kulit dan lain-lain ciri bukan penentu. Dalam kes Napoleon yang membezakannya dengan mansuia lain ialah keupayaannya mencipta sesuatu yang baru. Yang belum pernah dilakukan orang. Yang belum ada saingannya. Ia mendahului zaman. Terkehadapan berbanding dengan orang lain. Ia berjaya. Hingga sekarang ia abadi dalam sejarah. Ia dikenang kerana terciptanya sistem demokrasi. Sistem metrik.
Dalam zamannya manusia tentu takut kepada pengaruhnya. Kemaraannya ke England tersekat kerana tentangan Lord Nelson yang mewakili raja England. Napoleon mara ke timur hingga ke Stalingrad di Russia. Salji dan frosbite yang menimpa askar-askarnya menggagalkan hasratnya menawan Russia. Negara besar Russia pernah kalah kepada Jepun dalam Sino-Japanese War. Seperti kegagalan Napoleon, Hitler juga gagal mengalahlan Russia kerana frosbite musim winter yang melanda askar-askarnya. Faktor Allah ju ayang menyelamatkan Russia. Namun begitu napoleon kembali ke Perancis membina negaranya. Ternyata semangat Perancis itu kental. Hingga sekarang ia menghebatkan dirinya. Dendamnya kepada British dan English masih berkekalan. Bercakaplah Inggeris dengan mereka. Maaf. Mereka pasti tidak melayan. Bukan sahaja di Perancis bahkan sewaktu saya di Canada dulu saya lalui pengalaman itu. Tidak dilayannya pertanyaan saya. Sapa saya tidak berjawab. Kata mereka yang ke Paris bercakaplah dalam bahasa Melayu nanti mereka sendiri yang meminta kita bercakap Inggeris. Sejarah dan suatu kebencian yang berpanjangan. Semangat sebuah bangsa yang merdeka dan berdaulat. Jati dirinya teguh. Entitinya pantang tercalar. Mereka pegang apa yang menjadi hak mereka. Warisan mereka. Sejarah mereka. Mereka tidak mengambil apa yang ada pada tangan orang lain sewenang-wenangnya. Mesti ada pertimbangan yang wajar. Kebijaksanaan yang memancar. Teringat saya tentan tulisan Jawi. Lara ia di Oxford Street, London. Warisan yang terbuang jauh.
Manusia seharunya mencipta sesuatu kejayaan dalam lingkungan keupayananya. Seorang lelaki sekurang-kurang hebat di mata isteri dan anak-anaknya. Isteri hebat di mata dan hati suami dan anak-anaknya. Hebat di mata jiran-jiran. Di mata saudara mara. Di mata teman, taulan handai. Di mata masyarakat. Beruntunglah bagi yang mendapat peluang menjadi hebat di mata negara. Di mata bangsa. Di mata agama. Semua orang boleh menjadi hebat. Carilah. Kehebatan itu ada pada diri kita sendiri. Serlahkan tanpa malu yang tidak bertempat. Pancarkan dengan suluhan yang tanpa batas. Asah bakat itu dengan hati cekal. Biarlah hati itu untuk mengiringi bakti menyumbang kepada memberi yang terbaik untuk maslahah umum. Ramai orang-orang yang menyumbang besar kepada persekitaran mereka. Diingat kerana memberi impak besar.
Sebenarnya setiap dari kita berbakat besar. Cumanya kita tidak boleh bandingkan diri kita dengan orang lain. Ada bidang yang sesuai dengan diri kita. Bakat-bakat itu diasah menjadi sesuatu yang besar. Bila waktunya sesuai akan ada menfaat yang dikongsi oleh orang lain. Tidak perlu untuk seramai mana sekalipun. Cukuplah untuk orang-orang yang tertentu. Berkongsikan apa yang kita ada membantu orang lain keluar dari kepompong masalah. Keluar dari sarung yang menghalang kejayaan. Lalu kita boleh membuka jalan untuk orang lain melalui susur kejayaan untui diri mereka. Seperti Napoleon, kejayaannya melakukan revolusi bukan untuk dirinya pun. Mungkin pada awalnya itulah yang mungkin dihasratkan. Ia menggelarkan dirinya raja. Tetapi akhirnya revolusi itu tidak menjanjikan kejayaan mutlak kepadanya.
Begitulah apabila sesuatu yang tinggi martabatnya perlu dijaga dengan rapi. Dari bawah kita selalu merangkak naik. Setapak demi setapak. Dari satu anak tangga kita naik hingga sampai di mercu tangga itu. Namun sesuatu yang di atas perlu dijaga dengan kerapian yang memanjang. Jika yang di bawah lambat naiknya lain pula bagi yang di atas. Jika jatuh terlalu pantas. Tiada akan ada penahan dan pengadang. Jatuh lepas melayang dan terhempas. Sakitnya juga terlalu. Sementelahan pula ditambah dengan rasa malu dan hina. Begitulah yang terjadi kepada Napoleon. Rakusnya menggila tanpa batas. Namun semakin lama kudratnya semakin menurun. Keupayaannya semakin menipis. Nafsu besarnya untuk menguasai dunia terhalang. Akhirnya dia jatuh dan dijatuhkan. Dari seorang biasa yang tiada nama, dia mencipta kehebatan. Seorang raja gugur kerananya. Ramai yang gerun mendengar nemanya. Penentuan karma juga sudahnya. Ia ditahan, diadili dan dihukum beberapa kali. Setiap kali hukumannya ke pulau di Laut Mediterranean. Akhirnya ia terdampar di pulau Elba. Riwayatnya tamat di situ. Namanya padam di situ. Yang tinggal ialah kenangan sejarah revolusi Perancis. Revolusi awal yang menggegar dunia. Belum pernah dilakukan orang sebelumnya. Sistem demokrasi subur hingga sekarang. Sistem ukuran metrik hampir menghapus sistem British. Dinukilkan orang Able was I ere I saw Elba. Kata-kata hikmah seorang yang gagal. Itulah kata-katanya di hujung usia. Lemah dan tiada lagi pengharapan. Yang ada ialah lamunan maasa lalu yang sudah berlalu.
Sebab itu segala kejayaan atau usaha hendaklah selari dengan syariah. Tunduk kepada tuntutan agama. Mentarbiah manusia untuk kekal taat kepada Rabnya. Namun Napolen gagal dalam melestarikan kejayaannya. Tercampak ke pulau Elba yang mengenang sejarah dirinya. Di situ dia kembali kepada alam. Kembali bersendiri. Able was ere I saw Elba. Kata-kata hikmah ini sangat puitik. Jika dibaca terbalik bunyinya tetap sama. Ada irama yang sayu. Penuh dengan makna. Kegagahan dan kehebatannya bersandar pada kata-kata Able was I. Kegagalannya menyelubungi Elba. Di situ dia memulakan segala yang tidak pernah diimpikan. Dari istana dia turun ke pulau di tengah laut. Tiada hubungan dengan manusia lain. Tiada siapa yang menghubunginya. Terpencil bak pulau Elba itu sendiri. Daratan terlalu jauh untuk direnang. Menjadi statik seperti pulau itu sendiri.