Pada awal tahun biasanya banyak keputusan yang perlu dibuat untuk anak-anak. Terlalu banyak hingga kadang-kadang membebankan pemikiran ibu bapa. Sehingga keputusan SPM, STPM dan STAM ibu bapa dan anak-anak akan berperang dengan pemikiran yang berbagai. Anak-anak banyak bergantung kepada kebijaksanaan ibu bapa. Ibu bapa pula memiliki hanya sedikit maklumat tentang masa depan anak. Masa depan keluarga. Masa depan negara. Malah masa depan dunia ini. Maklumat yang limited edition ini banyak mengganggu keputusan yang akan diambil. Sampai ketikanya keputusan yang akan diambil pastinya meliputi dua keadaan yang payah dipisahkan. Dalam satu keadaan ibu bapa berkeras anak-anak mengikut apa yang difikirkan baik untuk anak-anak. Dalam keadaan lain anak-anak memilih apa yang mereka rasa sebagai masa depan yang ingin mereka terokai dan ceburi. Mana-manapun pilihan, yang merasa bebannya ialah anak-anak itu sendiri. Mereka yang tanggung. Azab dan seksa belajar anak itu yang tanggung. Ibu bapa hanya melihat secara tidak nampak dari jauh. Ikut rasa dan naluri sahaja.
Ada masanya kadang-kadang guru juga sukar memberi bantuan. Seperti ibu bapa, guru juga limited edition tentang maklumat yang diperlukan oleh anak-anak didik mereka. Ada masanya ibu bapa datang menemui saya di rumah. Luahan kekecewaan. Anak mereka gagal tersenarai ke IPTA. Bila disemak keputusan SPM banyak khilafnya. Kursus yang dipohon sekadar layak untuk dipohon. Untuk mendapat tawaran rasanya terlalu jauh. Hanya yang kelayakannya tertinggi sahaja layak menerima tawaran. Yang keputusannya cukup makan memang sangat tidak layak untuk ditawarkan. Bila ditanya sangat senang jawabnya. Cikgu yang cadangkan untuk pilih kursus itu. Malang sungguh.maaflah, cadangan sebegitu terlalu mencuba. Hanya cuba-cuba. Mudah-mudahan dapat. Realitinya tidak benar. Tidak begitu. Mohon kursus ke IPTA bukan cuba-cuba. Matching mesti betul. Kursus yang dipohon mestilah yang kemungkinan untuk dapat setinggi 90% atau lebih. Kurang daripada itu kemungkinan untuk berjaya mungkin sekadar 0% sahaja. Nihil. Mintalah pertolongan daripada yang tahu. Carilah di mana-mana.
Walau bagaimanapun semuanya perlu ditangani dengan betul. Semua keputusan yang perlu diambil mestilah berpaksikan maklumat. Melihat kepada ramalan. Berpandukan kepada perancangan kerajaan. Bersandarkan kepada keadaan dunia seluruhnya. Melihat dari luar sahaja mungkin lebih senang. Melihat ke dalam diri anak-anak kadang-kadang lebih kompleks. Terlalu sedikit yang ibu bapa fahami tentang anak mereka sendiri. Duduk sebumbung, makan semeja dan selalu bertentang muka. Tetapi yang tersembunyi di dalam pemikiran dan hati anak-anak kadang-kadang menjadi terlepas pandang oleh ibu bapa. Tidak diketahui apa hendaknya. Apa maunya. Apa azamnya. Apa cita-citanya. Yang paling asas ialah apa sebenarnya yang paling layak untuk anak kita. Kerjaya yang paling membahagiakan dirinya. Jiwanya. Psikologinya. Memadankan diri anak dan jiwanya dengan kelayakan akademik yang mereka capai. Objektifnya ialah membina kerjaya yang memberi kepuasan maksimum. Dengannya mereka memaksimumkan potensi diri mereka. Baktinya tidak payah disuruh. Sumbangannya tidak sukar ditagih.
Kompromi mestilah dicapai. Situasinya mestilah win-win (menang-menang). Ego ibu bapa hendaklah dikesampingkan. Jika masa hadapan anak yang hendak dipertaruhkan maka ibu bapa mestilah bersedia untuk tidak berkeras dengan pendirian mereka. Anak pula terlalu mentah untuk membuat pilihan. Untuk membuat keputusan. Ada rakan yang memperngaruhi mereka. Ada guru juga begitu sikapnya. Anak-anak banyak terdedah dengan persekitaran di luar rumah. Mereka membentuk pemikiran mereka sendiri. Namun begitu mereka boleh disedarkan. Berikan mereka maklumat yang benar. Yang lengkap. Yang mencukupi. Bimbing mereka supaya dapat melalui jalan yang lebih jelas lurusnya. Yang lebih luas dan jelas. Mesyuarah antara anak dan ibu bapa perlu juga diselesaikan. Akhirnya anak-anak mesti diberikan kesempatan untuk meneruskan hidup masa hadapan mereka. Kelangsungan hidup mereka. Susah senang mereka. Ibu bapa tugasnya membantu. Mendoakan mereka. Memenuhi keperluan mereka. Nanti akan ada balasannya. Antara balasan itu mesti ada keikhlasan. Kerana Allah. Hanya keranaNya.
Cita-cita adalah untuk masa depan. Sesuatu yang ditancang tetapi hasilnya hanya suatu ramalan semata-mata. Apapun yang dirancang namun hasilnya tidak siapa yang akan tahu sebenar-benarnya. Begini senarionya. Kita ingin melihat masa hadapan melalui situasi masakini. Pemain utamanya ialah anak-anak. Pembantunya ialah ibu bapa, masyarakat umum, media dan semua manusia dewasa. Input lain yang termasuk wawasan negara. Asas agama. Situasi politik. Dasar pendidikan. Dan lain-lain yang berkaitan. Walau apa sekalipun akhirnya ekonomi sangat penting. Perut yang perlu difikirkan. Dari kenyang itulah datangnya kesihatan, kesejahteraan dan kebahagiaan. Pendidikan akan membawa semua yang terlibat memikirkan pencapaian ekonomi diri, keluarga, negara dan manusia semuanya. Jangan pula lupakan Allah Yang Maha Besar. Yang tidak selalu direalisasikan ialah settingnya. Lokasinya. Propnya. Anak itu akan tercabar sepanjang perjalanan akademiknya. Susah senangnya dia sendiri yang akan tanggung. Ibu bapa hanya boleh melihat. Tidak mungkin merasa empathynya. Kasihanpun tidak pernah memadai. Bahu ibu bapa kosong tetapi bahu anak-anak penuh. Bahu anak-anak yang tanggung. Kamera hanya merakamkan sesuatu yang pegun untuk sesuatu masa. Prosesnya tidak pernah berhenti. Anak itu yang menanggung prosesnya. Cuma bila berjaya tiada siapa yang ingat proses susah yang telah dilalui. Yang punya badan sahaja yang tercalar di sana sini.
Lihatlah anak itu. Fizikalnya. IQnya. Perangainya. Kebiasaannya. Ketahanan dirinya. Sikapnya. Ketabahannya. Kesabarannya. Semangatnya. Dalam bahasa psikologi kita ingin melihat sama ada dia introvert atau extrovert atau amvibert. Tiga jenis manusia yang berbeza. Tentu sahaja kerjaya yang berbeza. Maka pendidikan yang bakal mereka lalui akan berbeza. Cara mereka belajar adalah berbeza. Matlamat hidup mereka berbeza. Tentu sahaja pencapaian mereka akan berbeza. Semua maklumat dan data ini adalah asas untuk memplot perjalanan hidup anak-anak. Ke mana arah mereka. Di mana destinasi mereka. Dengan memahami semua yang berkaitan, ibu bapa boleh membantu seadanya. Bantuan profesional tetap diperlukan kerana tidak semua ibu bapa memiliki kemahiran atau pengalaman yang relevan mengenai anak-anak dan kerjaya mereka. Contoh-contoh yang praktikal tentu perlu untuk membantu ibu bapa membuat keputusan. Berkongsilah pengalaman denga orang-orang yang ada pengalaman yang lebih luas. Yang anak-anaknya lebih dilihat berjaya secara akademik. Mungkin berjaya dari segi ekonomi. Atau mungkin kerjaya. Ada iktibar yang boleh dipelajari. Boleh diamal. Boleh disebarkan.
Ekstrovert. Siapa mereka. Anak yang agak lepas laku. Bebas mindanya. Begitu juga tingkahlakunya. Anak-anak seperti ini hidupnya akan mencari keriangan. Mungkin menjadi pelakon. Suka berhadapan dengan audien. Depan kamera. Selalu in-frame. Mungkin wartawan terkemuka. Mungkin juga pendidik berwibawa. Ekstrovert suka kerja luar, tidak malu dengan orang lain. Berbeza dengan introvert yang sukan kerja lebih menyendiri. Sesuai menjadi pengarang, akauntan, juruaudit, pengkaji, penyelidik dan mungkin memnadi pelukis. Ambivert pula boleh ke tengah dan ke tepi. Semuanya bergantung kepada pilihan dan minatnya. Pandu dia ke arah yang lebih diberi keutamaan. Apapun masa hadapan anak-anak tiada siapa yang dapat menentukan kejayaannya. Akhirnya serahkan kepada Allah. InsyaAllah ada bantuan dariNya. Tuga sibu bapa ialah belajar. Banyak bertanya. Luaskan pembacaan. Merujuk kepada pakar. Minta bantuan profesional. Belajar dari kesilapan masa lalu. Kesilapan orang lain. Keluar dari kepompong tidak tahu. Ada masanya berfikir dalam kotak. Pada masa yang lain keluar dari kotak itu. Takut-takut tidak cukup luas.
Kursus IPT adalah landasan untuk mengarahkan anak ke arah kerjaya yang akan menjadi pilihannya nanti. Apapun kursus di IPT bukan isu yang besar. Apa sahaja boleh sebenarnya. Yang penting anak-anak dapat dua perkara besar untuk bekal hidupnya pada masa hadapan. Yang pertama kemahiran menyelesaikan masalah. Yang keduanya mereka boleh membuat keputusan berdasarkan data dan maklumat yang diberikan kepada mereka. Keputusan semasa dan keputusan masa hadapan. Jika ada wawasan lebihlah lagi tinggi nilai ilmunya. Ia boleh meramalkan secara saintifik. Dalam pada itu dia bukanlah ahli nujum yang mensyirikkan Allah. Dia sangat mengahrap pertolongan Allah. Di negara Barat kursus apapun di IPT ramai pelajarnya. Mereka inginkan kemahiran membawa diri pada masa hadapan. The volatile world. The turbulent world. Apabila melepasi peringkat IPT makajadilah anak-anak selangkah terkehadapan dalam membentuk pemikiran yang lebih terbuka. Langit dan melepasi ufuk luasnya. Tanpa ke IPT banyak yang tersekat. Lantaran pengalaman yang tidk diperluaskan. Belajar bukan sahaja melihat tetapi the ability to expound on ideas. Any simple idea.
Apabuila anak-anak dewasa ibu bapa tentunya dapat beesandar dengan santai. Hatra benda tidak dapat dibekalkan. Yang ada ialah harta intelek yang jauh lebih selamat apabila digunakan dengan berhemah. Dengan kesedaran untuk berbkti kepada Allah. Dengan manusia di kelelilingnya. Dengan seluruh alam sekitar yang melingkari hidupnya. Doa ibu bapa supaya anak-anaknya menjadi manusia berguna kepada ummahnya. Soleh. Berakhlak mulia. Pada masa ib bapa memejamkan mata, mereka akan tenang kerana meninggalkan keturunan dan warisan yang akan menyumbang kepada agamanya, negaranya dan masyarakatnya. Meninggalkan semuanya dengan rsa tenang yang damai. InsyaAllah.