Dalam kembara, kita tidak menemui hal yang sama sepanjang masa. Manisnya ialah kita menemui banyak yang baru. Yang lain. Yang bukan biasa-biasa. Nilai tambah untuk memperkaya diri ini disemadikan dalam ingatan. Setiap sesuatu yang baru adalah tambahan kepada yang sedia ada. Apabila kita membuka kotak pemikiran kita, kita nikmati sesuatu yang baru. Melihat yang baru. Mendengar yang baru. Menghidu yang baru. Merasakannya dalam hati dan naluri. Kerana kita melihat maka deria penglihatan kita menjadi tumpul. Begitu juga telinga kita tumpul pendengaran. Hidung kita tumpul hidu. Perasaan kita tumpul rasa. Segala-galanya kita serahkan kepada anggota yang dipaksa berfungsi. Naluri kita patah. Hati kita buntu.
Kita selalu berserah sahaja. Tidak mempertajamkan ingatan. Tidak menghidu dengan deria. Kita menghidu dengan pengalaman sahaja. Kebestarian menghidu tidak diasah secukupnya. Tidak seperti mereka yang hidupnya bersandar dengan deria. Seperti orang Red Indian umpamanya. Melihat bekas tapak kaki sudah diketahui siapa orangnya. Sudah berapa lama jejak itu. Sudah berapa jauh perjalanannya. Kadang-kadang dengan menyentuh bekas tapak kaki itu mereka boleh bercerita dengan panjang lebar siapa pemilik tapak kaki itu. Dengan menekap telinga ke tanah mereka mengetahui berapa jauh mereka berada. Berapa ramai mereka kesemuanya. Arah mana mereka berjalan.
Kita sebenarnya mencari manfaat atau memanfaatkannya. Kita mencipta manfaat atau setakat menggunakannya sahaja. Setiap sesuatu banyak manfaatnya. Bagi mereka yang berfikiran lateral, sesuatu tidak dilihat sebagai objek yang terlalu fizikal. Menjadi terlalu jumud, beku dan kaku. Banyak aspek yang tersurat atau yang tidak terlihat di sebalik sesuatu yang fizikal. Tentunya suatu pertemuan banyak maknanya. Suatu perkampungan banyak manfaatnya. Suatu titik masa yang dikongsi bersama. Suatu perhentian yang menghimpunkan fikrah dan fitrah suatu pertemuan.
Tidak ada sesuatu yang kekal selamanya kecuali di tempat yang dijanjikan sebagai abadi. Abadan abada. Yang lainnya hanya bersifat terlalu sementara. Mungkin beberapa detik. Atau mungkin beberapa hari. Jika ada kimia dan ada tali silatulrahim pertemuan biasa-biasa boleh berpanjangan yang mengindah hidup untuk jangkamasa yang lama. Apatah lagi jika kita mencipta guna. Mencipta nilai. Mencipta manfaat bersama. Kadang-kadang sesuatu yang dilihat terlalu kecil dan seni memberikan impak kepada diri. Membalut diri untuk selalu ingat. Memayungi diri untuk sentiasa berlindung. Bernaung dengan sesuatu yang manis dan berwarna-warni.
Hidup kita perlu banyak irama indah. Lagu rindu untuk mengepak ke hadapan. Warna berpanca untuk mencantikkan setiap langkah yang maju ke masa tambahan dalam hidup. Warna dan irama yang seiring itu memberikan cahaya untuk memacu diri dengan herga yang lebih bernilai tinggi. Semakin lama semakin sarat. Semakin lama semakin banyak warnanya. Semakin tajam iramanya. Gabungan harmoni antara kesemuanya menjadikan kita dilimpahi aura yang berkilau. Ianya dicipta dengan izin Allah. Tidak datang sendiri tanpa dicari. Apabila tiba saatnya semua yang terhimpun akan terpisah juga. Ada laluan terasing untuk setiap antara kita. Tidak semua orang jalannya sama. Destinasinya cukup berbeza.

Drebar bas ini membawa kami ke Sinai. Besar peranannya. Setiap seorang ada peranan yang dimainkan supaya hal-hal yang terasing diharmonikan menghasilkan suatu keindahan pengalaman yang terbina dengan sendirinya. Tidak ada yang berjaya sendirian. Kerja berkumpulan perlukan sumbangan. Lebih besar lebih baik. Paling tidak menghargai penat lelah orang lain. Jika kita yang ditugaskan belum pasti kita dapat melaksanakan tugas kita dengan lebih baik. Sebab itu menghargai perana orang lain cukup mendamaikan hati kita sendiri.
Tidak mungkin bas yang sebesar ini untuk kita seorang sahaja. Kita kongsi bersama. Secara individu mungkin kita tidak mungkin sampai di tempat ini. Tentu kita rasa kurang selamat dalam keadaan seperti sekarang. Kebersamaan adalah suatu anugerah Allah. Setelah kembali ke Malaysia nanti pastinya semua ini adalah kenangan indah. Kenangan manis.
Seorang lain pemandu yang memainkan peranannya. Dalam kerja berpasukan setiap ahli ada peranannya yang tersendiri. Kita perlu menghargai peranan orang lain. Bukan skala peranan itu yang dinilai. Cukup sekadar bahawa dia ada peranannya yang tidak terpisah dari peranan orang lain.
Bantu membantu perkara biasa yang digalakkan. Yang membantu ceria. Yang dibantu bersyukur. Yang melihat tumpang seronok.
Sekejap kita berkampung. Sekajap lagi kita berpisah. Adatnya begitu.
Berkampung dan berpisah adat manusia biasa.
Mungkin 10 atau 2 tahun dari sekarang gambar ini dijengah semula. Flashback itu akan datang. Bahawa kita pernah bersama.
Saat-saat hendak mula berlepas.
Sembang-sembang dahulu sebentar.
Sementara boleh bersama.
Bila lagi dapat bersama begini.