Manusia mengetahui bahawa hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui. Malah mereka yang tidak beriman kepada Allah masih beranggapan di dalam diri mereka ada apa yang dipanggil God's Spot. Mereka yang menganggap diri mereka Atheis masih mengungkapkan istilah, "Oh my God!" Apabila terkejut. Dalam terkejut mereka masih teringat Allah. Dalam siuman dan waras mereka sengaja melupakan Allah. Setelah lebih 1,400 tahun Rasulallah meninggalkan kita ramai mereka yang mengatakan dirinya beriman terlalu lemah dan berjinak dengan musuh orang beriman iaitu syaitan dan suku sakatnya. Maka landasan Islam dan iman yang diasaskan oleh Rasulallah dirobak rabik menjadi tidak ada rupanya lagi. Kejernihan beragama tercemar kerana andaian yang terlalu memudahkan. Antara paganism dan animism bercampur aduk hingga tidak diketahui yang mana satu antara keduanya. Pun begitu ramai yang masih boleh menerimanya. Masih menganggap ianya dibenarkan kerana ada ungkapan dan mantera yang menyebut nama Allah. Aduhai.
Puluhan tahun dahulu Allahyarham Tan Sri Dr. P Ramlee telah mencipta lawak untuk menghibur. Semata-mata hiburan. Itu yang kita faham ketika itu. Selama ini kita mengulang tonton filem-filem P Ramlee dan tetap mengatakan semuanya sebagai lawak untuk menghibur. Berapa kali sekalipun kita mengulang tonton filem P Ramlee kita tetap ketawa. Tetap gelak kuat kerana lucunya berzaman-zaman. Tiba-tiba tanpa kehadiran P Ramlee lakonan lawaknya diulang lakon. Kita tetap ketawa kerana ianya bukan lawak. Sebaliknya ia adalah lakonan habis lakon yang langsung tidak relevan dengan seriusnya situasi yang kita hadapi. Ramai yang telah mengingatkan bahawa situasi yang genting ini perlu ditangani secara arif beragama. Bermunajat kepada Allah. Prosedurnya jelas. Rukun dan wajibnya jelas. Maka apabila dilakukan sesuatu yang bertentangan ianya bukan di atas landasan Islam. Benarlah sindiran P Ramlee mendahului zamannya. Berpuluh tahun kemudian kita melihat realiti masyarakat kita yang sebenar. Hilang pandai dan malunya.
Dalam media perdana kita selalu disogok dengan cebisan mereka yang alim tentang agama. Apabila seorang juruterbang profesional berbicara tentang kuasa Allah dunia jadi terpegun. Media beranggapan juruterbang profesional yang berpengalaman dengan peralatan canggih tentu bercakap mengenai dunia teknikal. Kita selalu akan terfana apabila mereka yang profesional bercakap mengenai sesuatu beyond sains dan teknologi. Melampaui batas kecanggihan buatan manusia. Dia mengajak kepada yang hak. Kembali kepada fitrah. Kembali kepada Allah. Merendahkan diri terhadapNya. Menyerahkan kembali diri kita kepadaNya. Pertolongan Allah sahaja yang kita perlukan ketika ini. Bukan lagi peralatan canggih. Teknologi sudah diperbatasan. Hanya Allah Yang Maha, dalam segala-galanya. Tidak ada yang lain.
Sesudah lima hari kita masih juga teragak-agak. Masih lagi bergayut dengan teknologi yang sudah diketahui daifnya. Memang kita tahu banyak kelemahannya. Seperlunya kita menginsafi diri bahawa seluruh dunia menghimpunkan kecanggihannya. Bangsa yang menghuni angkasa berada di sini. Bangsa yang meneroka batas angkasa berada di sini. Segala satelit fokus kepada Malaysia. Segala alat digerakkan. Namun hakikatnya makhluk akan tetap kerdil. Tetap lemah. Itupun kita masih enggan kembali kepada Allah. Masih berkeras bahawa peralatan yang ada cukup canggih untuk menyelesaikan segala misteri. Kenapa tidak dari awal lagi kita menyedari kelemahan kita? Sejarah manusia terdahulu telah Allah paparkan di dalam al-Quran. Hayatilah kisah Namrud. Kisah Firaun. Kisah Jalut. Mereka hidup dalam kesombongan. Sewaktu mereka menerima hakikat bahawa diri mereka lemah semuanya sudah terlambat. Ketika nyawa sudah di kerongkongan.
Kecanggihan sewajarnya mengajar kita untuk lebih menginsafi kelemahan diri. Tidak ada kecanggihan yang bertaraf ultimate. Terlalu luas jurang yang bernama beyond. Ilmu yang Allah beri kepada kita terlalu sedikit. Terlalu dan terlalu sedikit. Sangat sedikit. Sedikit dan sangat sedikit. Mungkin kita telah tersasar, kembalilah. Kita masih belum jauh dari yang hak.Yang diakui benar. Kita masih kenal iman dan Islam kita. Kembalilah pegang tali Allah yang Rasulallah tinggalkan untuk kita hingga hari Qiamat. Perjalanan kita masih panjang. Sebelum terlanjur lebih jauh kembalilah kepada al-Quran dan al-Sunnah. Itu sahaja petunjuk jalan lurus yang tiada pilihan lain. Kembali ke jalan Allah. Lebih mudah dan lebih jelas benarnya.