Friday, December 7, 2012

Pengangkutan Yang Mengangkut


Street Car in downtown Toronto
 
Ini adalah sebuah tram. Bas elektrik. Punca elektriknya berada di atas bumbung. Laluannya khusus. Senyap. Menyeronokkan. Banyak merentasi Toronto.



Dalam sebuah bandaraya yang besar seperti Toronto sistem pengangkutan awamnya amat terpelihara. Sistemnya berintegrasi. Satu sistem yang menghubungkan empat jenis pengangkutan iaitu bas, keretapi, tram dan bot atau feri.  Bagaimana agaknya sistem ini dilaksanakan? Di negara maju, sistem pengangkutan awamnya sangat terpelihara. Memelihara kebajikan dan kepentingan awam. Seluruh rakyatnya bergantung kepada pengangkutan awam. Kereta sendiri ditinggal di rumah atau di setesen keretapi. Khususnya bagi mereka yang tinggal di pingir kotaraya. Kotaraya di Amerika Utara besar-besar belaka kawasannya. Tanah di sana luas dan kebanyakannya rata terutama di kawasan plain.

Downtown atau pusat bandaraya dihalang dari disesakkan dengan kenderaan peribadi. Bukan dipaksa tetapi diberi alternative. Disediakan kemudahan lain yang lebih baik. Lebih efisien. Lebih ekonomikal. Memuaskan semua orang. Saya dan teman-teman membeli tiket bulanan. Maka kami tidak ada masalah untuk ke mana-maan yang kami suka. Pada bila-bila masa. Tanpa had. Mula-mula kami rasa mahal. Sebulan kira-kira CD58. (CD - Canadian Dollar). Dengan satu tiket (tiket harian) kita sebenarnya sudah boleh naik bas, tukar menaiki keretapi, naik tram pula dan akhirnya menyeberang untuk ke sebuah pulau dengan menaiki feri. Sebuah kotaraya yang besar mampu mengintegrasikan sistem pengangkutan awamnya  seperti sangat mudah. Syaratnya, perjalanan itu mestilah satu arah yang ditetapkan. Arah pergi atau atah balik. Jika keluar dari laluan itu maka dikenakan tiket lain.

Saya sentiasa mengimpikan sistem pengangkutan awam yang efisien seperti di luar negara. Kita sentiasa berebut sebuku kek tanpa mahu berkongsi membuat kek yang lebih besar. Lebih efisien. Lebih cost-effective.  Sistem kita terlalu banyak. Masing-masing tidak cekap. Jadual tidak terjaga. Kekerapan tidak terurus. Dari saya kecil hingga sekarang kesesakan di bandaraya besar di Malaysia tetap sesak dan menyesakkan. Berselirat jejambat dan jejantas. Berlingkaran di Lembah Klang. Hakikatnya tiada alternatif untuk pemandu mendapatkan pengangkutan yang memudahkan. Murah, boleh dipercayai. Boleh diharap. Menepati masa. Functual. Al the times.  Selagi pengangkutan awam tidak diselesaikan selagi itulah jalanraya bukan tempat yang selesa untuk pemanduan. Pengangkutan kita masih terlalu tradisional. Tidak banyak perubahan yang dibuat untuk meringankan kesesakan yang berlaku setiap hari dan masa. Kita hanya berfikir dengan membanyakkan jalanraya kesesakan akan berkurangan. Kita perlukan pengangkutan awam yang efisien.

Sistem keretapi di Toronto seperti ladam kuda yang besar. Merentasi dan melingkari seluruh Toronto. Dibina setesen-setesen di sepanjang laluan keretapi itu. Tidak ada bas yang dipandu ke pusat kota. Bas hanya ada di kawasan pinggir kota. Bas mengangkut penumpang ke setesen keretapi.  Dari setesen keretapi ke jalan-jalan keluar. Bas pergi dan balik ke dan dari setesen keretapi. Tidak melintas ladasan. Tidak pula membuat laluan sendiri. Pada waktu puncak kesesakan terlalu pendek dan pantas selesainya. Sejauh setesen keretapi sahaja. Pengalaman menggunakan sistem keretapi di Toronto kadang-kadang mengasyikkan. Jarang sesak. Kerap ada. Jadualnya dijaga dengan tepat. Budaya mereka yang menepati masa. Tidak pernah dipakai jam Melayu. Jam Malaysia. Jam mereka sama. Tetapi mereka memberi nyawa kepada masa. Tepat tanpa kompromi. Masa itu emas. Sebab itu bangsa yang menghargai masa lebih maju dari bangsa yang meremehkan masa atau melengah-lengahkan masa. Begitulah peringatan Allah kepada kita. Sesungguhnya manusia selalu berada dalam kerugian, kecuali mereka yang selalu berpesan-pesan untuk kebaikan.

Nanti dalam entri lain akan saya ceritakan bagaimana keretapi dimanfaatkan secara optimum oleh penduduk Toronto. Penumpang keretapi diturunkan di tengah kotaraya Toronto di mana-mana setesen pilihan penumpang. Untuk ke destinasi lain pilihannya ialah tram. Bas juga tetapi menggunakan elektrik. Tiada pencemaran asap. Tiada carbon monoxide. Tiada bezanya antara bas dan tram. Sebenarnya tram menggunakan landasannya yang tersendiri. Elektrik dialirkan melalui talian seperti pendawaian elektrik atau telefon di Malaysia. Tidak berapa laju tetapi senyap. Tiada langsung bunyi bising seperti bas. Pemerhatian saya menunjukkan permukaan jalanraya di Canada atau di US sangat dipelihara. Licin. Lancar. Deriving pleasure. Driving pleasure as well. Jauh benar dengan pegangkutan kita. Di Bandar kecil seperti Batu Pahat dan Parit Raja sudah sesak pada waktu puncak. Memperluaskan jalanraya tidak menyelesaikan apa-apa. Kemalangan pula semakin bertambah. Mat Rempit menambah senarai. Jalan lain perlu dicari. Pemikiran lama sudah tidak berfungsi lagi. Maaf. Kena tukar yang baru.



Subway Train

Keretapi ini juga merentasi sekeliling Toronto. Jadualnya tepat. Berturutan antara satu sama lain. Jika memahami jadualnya kita tidak banyak membuang masa. Tidak perlu menungu. Kita yang menjaualkan masa kita sendiri.



TTC Bus

Bas menjadi pengangkutan pelengkap. Bukan segala-galanya. Di negara membangun bas yang menjadi pengangkutan utama. Di negara maju sistemnya lebih integrated. Semua yang boleh digabungkan diusahakan. Bukan keuntungan individu yang penting. Yang lebih penting ialah mendapat keuntungan dengan menawarkan perkhidmatan yang efisien, optimum, cost-effective.



Toronto Island Ferry
 
Feri ini sebahagian dari sistem pengangkutan Toronto. Dari bas ke keretapi ke tram da akhirya ke feri. Perjalanan yang melengkapi pengalaman. Sukar mendapat mpengalaman sebegitu di tempat lain. Toronta yang mengujakan.

Toronto Subway
 
Lingkaran kuning adalah laluan utama. Benar-benar seperti ladam besar. Setesen di setiap simpang. Kebanyakan kereta di parkir di setesen keretapi.


Toronto Subway

 
Garisan hijau adalah rentasan laluan sampingan yang menghubungkan laluan lain. Sistemnya tetap sama. Memudahkan pengguna. Benar-benar menjaga kebajikan rakyat banyak.