Sara hidup di neagra kita semakin meningkat kosnya. Yang di atas menarik ke atas. Yang di bawah terpijak hingga sukar hendak bangun. Maka semakin jauhlah antara dua pihak yang berhak berdekatan. Yang berhak bantu membantu. Bila perjuangan bukan pada yang hak maka banyak ketidakseimbangan dalam pelaksanaan kebaikan khalayak ramai. Dalam kelunakan melayari bahtera merdeka kita telah melupakan cerita lama yang indah. Bahawa suatu masa dahulu kita bersyukur memiliki jelapang padi yang mencukupi hasilnya untuk seluruh rakyat. Nostalgia apabila dikenang tempat-tempat padi menghijau. Tempa-tempat menguning. Di mana lagi padi yang berisi tunduk malu pada dirinya sendiri. Rupanya malu padi dijadikan alasan untuk tidak memberi perhatian kepadanya. Nama-nama seperti Sabak Bernam dan Sungai Krian tenggelam dalam srus pembangunan perkilangan.
Seorang bekas pembesar pernah berjanji bersunggguh-sungguh bahwa negerinya akan memperluaskan penanaman padi. Membuka semula sawah yang terbiar. Tanah yang tertinggal. Kita jadi hilang punca. Penulis pernah mengulas perkara ini. Tidak ada negara maju dalam dunia ini yang mengimport makanan. Tidak ada. Mereka menganggap bahawa makanan adalah sumber kekuatan dalaman. Tanpa makanan yang mencukupi sesebuah negara tidak merdeka sepenuhnya. Barangkali itulah sebabnya negara maju sangat yakin pada kedudukan mereka. Apabila makanan mencukupi kehidupan menjadi lebih selesa. Dengan redha Allah. dengan izinNya. Sehingga pembesar itu hilang dari persada politik arus perdana, janjinya juga hilang begitu sahaja. Penulis sangat khuatir kerana tidak ada seorang pemimpin yang bercakap dengan sesungguhnya ingin menambahkan sumber makanan. Sehari-harian yang kita dengar ialah pembangunan dan kemajuan. Bentuknya tidak dimaklumkan dengan segera. Rakyat banyak tidak arif dengan apa yang ingin dipersembahkan. Hingga kadang-kadang banyak yang dipersembahkan tidak syarieyah. Tidak selari dengan konsep islamik.
Kita belajar geografi sejak dari sekolah kebangsaan. Di sekolah menengah begitu juga. Geografi bukan subjek yang popular di IPT. Jika ada yang mempelajarinya mungkin hanya bakal guru. Untuk menyampaikannya semula kepada anak-anak didiknya. Geografi seperti suatu bidang yang tidak dimengerti oleh kebanyakan orang. Di IPT ramai yang memilih geologi, metereologi, ukur tanah, pertanian, ekonomi dan mungkin perniagaan tani. Di mana letaknya kesungguhan untuk menambah sumber dan bekalan makanan. Rakyat semakin ramai. Bukan sahaja makanan tidak selesa kuantitinya kepada warganegara bahkan kita menyediakan pula makanan untuk pendatang dan bukan warganegara yang ramai bilangannya. Kita pengimport tegar beras dari negara jiran dan negara sahabat. Jika tidak pandai mengimbangkan akaun perdagangan antarabangsa maka import kita membatalkan eksport kita yang tidak sebesar yang kita harapkan. Secara hakikinya kita tidak banyak mengeksport. Banyak barangan eksport adalah milik kilang-kilang multi-nasional seperti Jepun, German, United Kingdom, Korea, Australia, Canada dan Amerika. Kilangnya di negara kita tetapi hasil eksportnya bukan milik kita.
Ingat cerita Nabi Yusof a.s. di Mesir? Tujuh lembu kurus yang menelan tujuh lembu gemuk. Mesir dianugerahkan kemewahan pertanian oleh Allah SWT. Hasil melimpah ruah. Diwujudkan sistem penyimpanan bekalan makanan selagi makanan boleh disimpan. Tidak bermewah-mewah. Tanah yang ada diusahakan. Tujuh tahun berikutnya Mesir mengalami kemarau panjang. Tujuh tahun yang panjang. Kering, kontang dan panas memerit kulit. Alhamdulillah makanan yang terkumpul mencukupi untuk selama tujuh tahun. Moral ceritanya ialah:
1 Sumber makanan hendaklah diperbanyakkan. Negara kita bukan self sufficient dari segi makanan. Banyak yang boleh menyebabkan bekalan terputus. Banjir, ribut, kemarau, gempa bumi, perang dan sebagainya. Itu belum masalah hubungan diplomatik antarabangsa.
2 Stok makanan hendaklah mencukupi untuk jangkamsa yang panjang. Melebihi jangkaan biasa. Tujuh tahun mungkin terlalu lama. Mungkin 3 tahun memadai dengan izin Allah. Ini yang merisaukan. Banjir di Pantai Timur baru-baru ini seolah-olah memberi isyarat samar-samar bahawa bekalan makanan kita jauh dari mencukupi. Untuk persediaan banjir yang dijangka setiap hujung tahun kita tidak berkeupayaan menyediakannya. Itu untuk cerita seminggu atau dua minggu. Bagaimana jika berlarutan hingga beberapa bulan. Hingga beberapa tahun.
3 Kita perlukan perancang masa hadapan yang benar-benar jempol. Tokoh yang jauh pemikirannya. Menjangkau berabad-abad lamanya.
4 Cukupkan sumber makanan. Apabila perut sudah dijamin dengan makanan, barulah mata menjadi lebih cerah. Fikiran menjadi lebih ligat berfikir. Kitarannya membesar.
Kita tidak perlu berhenti membangun. Tidak perlu mengundurkan masa. Namun bekalan makanan hendaklah dipacu usahanya. Banyakkan sumber makanan.
1 Buka balik sawah padi yang tertinggal.
2 Tambahkan lagi kawasan menanam padi.
3 Jangan benarkan sebarang pembinaan seperti bangunan kilang, rumah atau apa sahaja di atas tapak sawah.
4 Gandakan penyelidikan untuk mendapatkan benih padi yang berganda buahnya. Yang tidka mudah diserang serangga. Yang tidak mudah rosak pokok dan buahnya.
5 Buat kajian di negara lain. Cambodia yang baru bangkit dari debu kehancuran sudah mampu mengeksport beras ke negara kita. Begitu juga Vietnam.
Kita sepatutnya malu kerana membeli makanan dari negara orang. Negara kita terletak di Khatulistiwa. Panas dan banyak hujan. Sangat sesuai untuk menanam padi. Tetapi kita terlalu banyak makan gula. Leka pula digula-gulakan. Kilang dan industri pembuatan menutup mata kita dari memandang yang tersirat. Yang mengancam masa hadapan kita. Tidak ada yang lebih baik dari cukup makan. Tiada yang lebih baik dari perut yang kenyang. Pergilah ke Amerika Utara, makanan berlambak-lambak. Ternakan diberi makanan yang terlalu lazat kerana sumber makanan terlalu banyak. Lembangan Mississippi menghasilkan beras yang disebut long grain and vitamine C added. Warganegaranya tidak makan nasi. Beras dan nasi bukan makanan ruji kepada mereka. Namun demikian mereka mengusahakan penanaman padi. Malah dijadikan senjata dalam bentuk bantuan makanan. Mesti ada reciprocal gain darinya. Makanan menjadi sumber diplomatic maneuver. Begitu juga Eropah, Jepun dan Korea. Kita masih terlalu lama bermimpi. Nyenyak yang tidak mahu dibangunkan.
Bagaimana dengan sumber makanan alternatif. Kita kena buat kajian baru. Tidak cukup dengan makan nasi sahaja. Mesti ada gantinya supaya kita banyak kusyen apabila jatuh terhempap. Kurang impaknya. Kurang sakitnya apabila kita memerlukan sesuatu untuk bergantung selalin dari beras dan nasi sahaja semata-mata. Orang Arab mithalnya makan roti atau makanan dari tepung. Mereka makan daging lembu, kambing dan ayam. Kentang jadi makanan yang mengenyangkan bagi orang Barat. Tidak kira apa bentuknya kita mesti berusaha mempercukup sumber makanan untuk seluruh rakyat. Sebahagiannya untuk stok makanan. Sebahagian lagi untuk eksport. Kadang-kadang penulis tidak begitu faham. Mungkin orang kita tidak lagi bijak politik. Atau tidak bijak ekonomi. Atau mungkin hal-hal yang simple bukan lagi agenda penting untuk difikirkan.
Di USA penulis menemui:
1 Durian dari Thailand.
2 Pisang tanduk dari Amerika Tengah.
3 Cili api jeruk dari Filipina.
4 Rebung tin dari Cina.
5 Rambutan dari Thailand.
Di Canada penulis menemui:
1 Durian dari Thailand.
2 Kerepek pisang dari Filipina.
Di Jordan ditemui pula:
1 Bihun dari Filipina.
2 Ikan sadin masin dari India.
3 Beras basmati dari India.
4 Kicap dari Thailand.
5 Kain ela dari Indonesia.
6 Pinggan mangkuk dari Indonesia.
Di Mesir ditemui:
1 Motorsikal dari Cina. Tidak ditemui Modenas umpamanya. Sesekali bertemu dengan kancil. Sesekali.
2 Kicap dari Thailand.
3 Bihun dari Thailand.
4 Susu pekat manis dari German. Di negara kita hanya krimer dari minyak kelapa sawit.
5 Beras basmati dari India.
6 Beras dari Thailand.
7 Santan kelapa dari Thailand.
Ada barangan dari Malaysia tetapi selected. Terlalu sedikit. Mungkin penulis salah tanggap. Mana barangan pengusaha Melayu? Barangan halal dari negara hab halal seperti yang selalu diuar-uarkan. Penulis lontarkan idea ini kepada pengusaha Muslim. Syarikat Muslim. Indivisu Muslim. Persatuan pengguna Muslim. NGO Muslim. Muslim Chamber of Commerce. Please wake-up. Get started. Open the door to the world. Get out of your small and crouded box. The world is abegging. Where is thy product?