Summer 1985. Summer pertama yang sudah sangat lama ditunggu. Enam bulan yang lama. Sangat lama. Maklumlah dari winter yang sejuk beku menerjah spring yang mewangi dengan bunga-bungaan. Yang mewarnai alam. Pepohon yang berbunga beraneka. Tidak sabar rasanya menanti summer yang menghijau. Orang barat gilakan summer yang panas. Menghijau saujana mata memandang. Pepohon mula berbuah. Sebahagiannya sudah agak besar. Menunggu dipetik di hujung summer. Begitu juga di awal fall. Kehijauan itu selalu dinanti. Mengujakan. Kita di sini memandang hijau sebagai sesuatu yang lumrah. Tidak ada yang mengujakan langsung. Panas setiap hari. Buah sepanjang tahun walaupun berlainan jenisnya. Walaupun ada buah yang bermusim tetapi masih banyak buah yang ada sepanjang masa. Tanpa bermusim. Persekitaran yang berbeza ini membentuk jalan fikir yang juga berbeza. Kadang-kadang perbezaan itu terlalu jauh. Terlalu banyak. Manusia yang ada dalam alam sekeliling yang berbeza membentuk tingkahlaku yang berbeza. Kehidupan yang berbeza. Tentu sekali kegilaan yang berbeza.
Summer itu buat pertama kalinya saya mengikut beberapa orang rakan pelajar yang ingin melihat dunia. Destinasi kami ialah Canada. Negara besar di utara USA. Saya tidaklah merancang besar untuk ke sana. Sekadar melihat-lihat negara orang cukuplah. Sebagai pelajar yang berkeluarga kos makan angin sangat tinggi. Setakat berjalan-jalan sahaja tidak begitu merisaukan. Yang besar kosnya ialah apabila kita mengunjungi tempat-tempat tumpuan seperti taman tema, zoo dan sebagainya. Destinasi seperti itu banyak pula di negara maju di barat. Dalam kesibukan hidup di bandar, dihimpit pula dengan rat race, ramai yang ingin mendamaikan hati di kala cuti. Memang setiap pekerja merancang bercuti setiap tahun. Begitu juga setiap keluarga yang berkemampuan. Lazimnya pilihan masa ialah semasa summer. Waktu ini sekolah cuti. Peluang untuk bersenang-senang. Seeing the world. Yang kurang mampu mereka mengunjungi tempat-tempat yang berhampiran. Yang mampu biasanya merentas benua. Ke Eropah, Amerika Latin dan sudah tentu ke Asia. Kepada meraka seeing is believing. Melihat dengan mata kepala sendiri. Bukan dari buku. Bukan dari filem. Bukan dari video. Bukan dari gambar. Melihat sendiri adalah lebih baik kerana mata kita fokus kepada apa yang menjadi minat diri sendiri. Bukan yang dilihat oleh mata orang lain. Fokusnya berbeza.
Melancong di Amerika Utara jauh lebih mudah dari memandu di tanah air sendiri. Entahlah saya merasakan begitu. Ada kaitannya dengan Geografi. Pengurusan Geografi. Geography made easy. The practicality of Geography. Ada kaitan dengan falsafah dan sikap. Ada kaitan dengan kemanusiaan. Ada juga kaitan dengan keterbukaan cara kita berfikir. World view kita. Barangkali itulah sebabnya bahawa melihat itu penting. Mentafsir juga penting. Mengambil iktibar lagilah penting. Bukan habis di situ sahaja. Pengalaman itu diterjemahkan dalam bentuk perancangan perubahan. Mengurus amalan. Membuat inovasi. Akhirnya menciptakan sesuatu yang lain hasil kreativiti. Kita terelak dari ketaksuban yang melampau hingga tidak langsung melakukan anjakan paradigm. Dalam dunia yang serba berubah ini kita tidak lagi relevan berada di bawah tempurung. Lihat keliling supaya kita membuat adaptasi. Melakukan asimilasi. Merealisasikan akomodasi. Tanpa kesemuanya itu kita menajdi statik. Walhal yang dituntut ialah kedinamikan diri untuk mengurus segala yang berada di sekeliling kita.
Summer itu saya bertujuh beranak ke utara. Canada, here we come. Bagi anak-anak pengalaman itu sentiasa mengujakan. Saya bawa mereka meneroka segalanya yang tidak pernah diimpikan di tanah air. Seeing the real world. Yang kami lihat segalanya worlds apart. Berbeza dan berbeza. Sepanjang perjalanan itu saya menikmati sesuatu yang bukan lumrah. Semuanya seperti menakjubkan. Inilah agaknya negeri kayangan yang selalu diceritakan dalam hikayat-hikayat lama. Bacalah Awang Sulung Merah Muda. Atau Merong Maha Wangsa. Negeri kayangan itu melebihi dari imaginasi biasa. Orang kita dahulu hanya mampu ternganga mendengar hebatnya negeri kayangan. Tidak pernah terlintas di hati gamak rupanya. Hanya lukisan minda. Menelan bahasa yang diungkapkan oleh orang-orang seperti Tok Selampit. Si tukang cerita yang menghubungkan masa lalu dengan semasa.
Untuk mengembara di Amerika Utara tidaklah sukar. Yang penting pandai membaca peta. Ada navigation skill. Dulu tiada internet, tiada telefon bimbit, tiada GPS/GPRS. Yang saya rujuk hanyalah peta. Tetapi bagi orang di sana peta sudah disempurnakan. Sangat terperinci hingga sukar untuk sesat. Jika sesat sekalipun masih boleh mencari jalan kembali. Lazimnya sampai juga ke destinasi yang dituju. Dari Pittsburgh saya plot perjalanan saya melalui Buffalo hingga ke Niagara di sempadan Canada-USA. Niagara adalah pilihan kami kerana di situlah kami mengalami sesuatu yang menakjubkan. Niagara Falls. One of the wonders of the world. Beberapa mukasurat peta menggariskan perjalanan yang perlu ditelusuri. Jalanraya di sana lebar-lebar belaka. Sentiasa disenggara. Keadaannya tip-top. Mereka secara lumrahnya ingin yang terbaik. Itu motto mereka. The best in the world. Jalanrayanya bukan sahaja lebar bahkan rata dan menyeronokkan pemanduan. Saya belum pernah melalui jalanraya yang bertampal-tampal seperti di negara kita. Jika ada lubang bukan lubang itu yang perlu ditampal. Tetapi dikaji satu kawasan sekitar lubang itu supaya bukan symtomnya yang diperbaiki tetapi the real cause. Maka yang dilaksanakan ialah menurap sebahagian yang lebar dari jalanraya itu. Itupun setelah dilakukan pembuangan lapisan jalanraya yang terlibat. Scrapping.
Di kiri kanan jalan mata tidak terlepas memandang. Sebagai pemandu mata saya memandang keluasan bumi USA. Yang terpampang ialah padang rumput semulajadi yang meluas. Saujana mata memandang. Hijau yang menghijau. Melaut hingga ke ufuk. Menyatu dengan bukit dan gunung. Itulah lanskap tanah mereka. Rata dan luas. The land of plenty. The terrain was always captivating. The undulating terrain was playing with my eyes. The contour simply pure excitement. Land and land. Flat land surrounding me. Engulfing my presence. Driving became pure pleasure. Saya tidak dapat pindahkan apa yang saya lihat hanya dengan kata-kata semata-mata. Isteri dan anak-anak saya keletihan sendiri. Mereka tertidur dan tidak dapat berkongsi pengalaman tersebut. Seperti biasa sebelum pergi isteri saya menyiapkan bekalan makanan. Memasak apa yang perlu untuk dimakan dalam perjalanan hingga ke malamnya. Membeli makanan siap agak sukar. Kedai Muslim sangat jarang dijumpa. Makanan tidak halal tentu bukan sebagai pilihan. Tidak ada dalam perjalanan. Memasak dan membawa perkakas memasak adalah pilihan yang praktikal. Sesuatu berlaku dalam perjalanan itu. Sila baca The Two Facet of Pittsburgh.
Perjalanan ke Canada itu lama juga. Beratus-ratus kilometer. Di sana masih menggunakan batu lagi. Dalam perjalanan itu juga saya mencari jawapan-jawapan kepada apa yang saya lihat. Melihat hal-hal yang tidak dapat saya cari jawapanya ketika itu. Baru sekarang saya banyak mengerti tentang kelainan-kelainan dari segala yang lain itu. Itulah perjalanan melihat dunia. Melihat tanda-tanda kebesaran Allah. Tanpa mengembara banyak yang tidak kita ketahui. Lalu kita akan selalu mengatakan yang kita ada ini adalah yang terbaik. Kita bercakap tidak merujuk kepada dunia. perbandinganya tidak ada. Kita jadi taksub. Bayangkan di tengah-tengah tempat yang sunyi tersergam hotel yang bertingkat-tingkat tingginya. Kawasan R & R yang luas. Lengkap dengan supermarket yang besar. Di tempat lain pula tedapat padang golf. Kesemuanya itu menenggelamkan pemikiran saya ketika itu. Tiada logiknya kepada saya. Namun hotel itu terang benderang setiap malam. Maknanya ramai penghuninya. Supermarket juga penuh dengan pelanggan. Padang golf ramai dengan kegilaannya. Sudah tentu padang golf itu public course. Sesiapa sahaja boleh bermain dengan membayar sejumlah yuran kerana menggunakan kemudahan yang ada. Gila kata saya. Sesuatu yang tidak saya pelajari sewaktu saya mengikuti kursus pentadbiran perniagaan di Universiti Malaya dahulu. Tiada suatupun isyarat yang menunjukkan bahawa kesemua itu ada di USA.
Kembali nanti dalam lanjutannya.