Di Ajloun. Gunung ini kawasan qal'ah (kubu - kota) Sallahuddin al-Ayyubi.
Bas parkir di bahagian bawah. Kami berjalan kira-kira 400 meter.
Gambar dari get ke qal'ah.
Jalan naik ke qal'ah
Pandangan vista
Jalan masuk
Dari arah lain
Juga arah lain
Gunung ini tinggi puncaknya. Mengawasi kawasan sekelilingnya.
Jalan di bahagian hadapan qal'ah
Antara ruang dalam qal'ah
Temboknya tinggi sebagai keselamatan. rasanya musuh berfikir banyak kali jika ingin memanjatnya.
Laluannya sempit memenuhi keperluan
Ustaz Dr. Mohammad Said sedang memberi taklimat mengenai qal'ah
Sudut pengawal. Celahan ini sebenarnya sekadar 5 hingga 7 sentimeter sahaja. Boleh memanah dari dalam tetapi sukar untuk musush memanah dari luar.
Dahulu jambatan ini tidak ada. Yang ada ialah laluan yang boleh dinaikkan untuk menghalang musuh menyerbu masuk dengan senang. Sekarang jambatan ini untuk memudahkan pelancong.
Bahagian tapak qal'ah. Dari arah ini orang di bawah nampak kecil saiznya. Ini belum di puncak qal'ah.
Hampir di puncak qal'ah
Tangga laluan masuk
Tangga naik dan masuk ke dalam qal'ah
Dataran di luar qal'ah. Untuk bersantai.
Qal'ah ini cukup tinggi. Hasil seorang pejuang Islam yang gagah perkasa. Dari kubu ini antara tempat merencanakan terhasilnya pembebasan al-Quds dari puak salibiyyun.
Kita belajar sejarah. Sejarah ini selalu terlepas pandang. Sejarah kita sendiri.
Tangga besar ke bahagian atas qal'ah
Menara qal-ah
Hasil kerja arkeologi Jordan
Pemandangan dari atas menara qal'ah
Sistem bekalan air di dalam qal'ah
Ruang dalam yang luas
Batu kasar dan batu halus menyatu untuk membina tembok-tembok yang merentas zaman yang panjang sejarahnya.
Ruang kawalan yang menirus ke hujungnya. Cukup untuk memanah musuh yang berada di luar.
Antara gunung yang diawasi kedudukannya pada zaman Sallahuddin
Lagi ruang di dalam
Berjalan merentas masa silam yang hilang sudah berlalu. Kita yang tinggal sewajarnya meneruskan warisan itu untuk meneruskan kitaran masa hadapan yang memenangkan.
Qal'ah ini sesungguhnya sesuatu yang besar ertinya kepada perjuangan Islam yang tidak pernah surut payah dan besar cabarannya
Memandang ke bahagian atas ruang ini sangat menakjubkan. batu-batu yang disusun sangat rapi yang kelihatan indah. Terbinanya kerana Allah.
Ruang-ruang untuk hidup dalam qal'ah
Bandar Arjloun dari atas qal'ah. Nun jauh di bawah.
Pasukan salibiyyun sudah menjadi veteran di bumi Syam. Hampir dua kurun mereka menawan al-Quds (Jurusalem). Dalam jangkamasa itu orang Islam menjadi rakyat kelas kedua. Ditindas dan dianiaya. Kaum salibiyyun menjadi tuan yang ganas dan zalim. Derita zaman ke atas orang Islam selepas kekuatan mereka direntap ranap kerana mungkin kelemahan dalaman yang melupakan Yang Khaliq. Kekuatan Islam di Andalusia merudum jatuh kerana kecintaan dunia yang melampaui batasnya. Pejuang Islam menawan Andalusia melalu laut Mediterannean. Mereka membakar kapal mereka untuk menghadapi dua cabaran. Di hadapan mereka musuh. Di belakang mereka laut. Mengalahkan musush adalah objektif utama. Mengembangkan iman kepada mansuia yang belum beriman. Atau mereka mati syahid. Menemui Allah dalam keriangan kerana janji syurga. Jika mereka undur, mati juga padahnya tetapi bukan syahid. Tanpa perjuangan menegakkan perintah Allah, kejayaan yang diperolehi tiada harga dan nilainya. Cuba bayangkan senario itu. Sekumpulan pejuang yang bukan ramai berada di tengah-tengah antara musuh dan laut. Iman dan kebergantungan mereka kepada Allah dibalas dengan kemenangan.
Itu kenangan silam. Perjuangan yang sangat unggul. Syahdu jika kita dapat kembali melihat visual itu di mata kita. Pejuang-pejuang Islam yang tidak pernah takut mati. Yang dikejar ialah kemenangan dunia dan kemenangan akhirat. Menang di dunia bererti menegakkan iman. Kalah di dunia tetapi menang di akhirat apabila syahid di medan perang. Syahid mereka dalam senyum yang memanjang. Takut dan kesedihan tidak ada dalam hati. Malangnya sebuah sejarah silam. Manusia selalu lupa sejarahnya sendiri. Leka dengan keindahan dunia yang sementara. Dendam kuffar tidak pernah padam hingga kini. Berbagai cara dan helah mereka ciptakan untuk melemahkan Islam dan menguasai jiwa raga orang Islam. Mereka membina kekuatan. Mereka bergabung. Angkatan mereka datang dan menawan al-Quds. Sejarah mencatatkan bahawa kedatangan mereka penuh dengan dendam. Apatah lagi di belakang mereka adalah orang Yahudi yang sudah lama terbakar hatinya. Mereka membantu segala yang mungkin untuk sama-sama mengalahkan orang Islam. Maka datanglah mereka dengan penuh kejam. Tiada belas tehadap yang tua, wanita atau kanak-kanak. Kesemuanya dibunuh dengan sesuka hati. Orang perempuan Islam yang paling malang. Ada sahaja malang yang menimpa mereka kerana sifat mereka perempuan. Apabila sebuah ummah ditawan maka orang perempuan yang paling banyak ditimpa musibah.
Bertahun-tahun lamanya orang Islam kelesuan mencari jalan untuk bangkit menawan semula al-Quds dari tangan orang-orang salibiyyun. Pemimpin silih berganti tetapi Allah belum lagi memakbulkan perjuangan dan doa mereka. Tibalah giliran Sallahuddin al-Ayyubi mengepali angkatan Islam. Sallahuddin datang dari Kurdistan. Kawasan tempat tinggalnya bersempadan dengan Turkey, Iran dan Iraq. Orang Kurdisy bukan kepalang gagah perkasanya. Kepimpinan yang ada pada Sallahuddin berjaya memikat pejuang-pejuang Islam dari seluruh pelosok negara Arab dan Islam. Bergeraklah mereka ke beberapa penjuru bumi Syam. Bumi yang bergunung ganang itu dijelajah. Ada dua tempat utama Sallahuddin dan tenteranya berkubu. Pertama di Ajloun dan keduanya di Karak. Di Ajloun dibina qal’ah (kota –castle/citadel) di puncuk sebuah gunung yang tertinggi di kawasan itu. Dari menara qal’ah ini al-Quds dapat dilihat. Bayangkan bergejolaknya hati tentera Islam melihat bayangan al-Quds dari kejauhan. Tentulah semangat mereka terbakar kuat. Perjuangan mereka semakin kental.
Qal’ah Sallahuddin di Ajloun adalah tulen. Dibina oleh tentera Islam. Siapa arkiteknya tidak pernah dicatatkan. Tinggalan qal’ah itu masih utuh. Dikunjungi oleh pelancong dari segenap pelosok dunia. Mereka melihat sendiri kehebatan tentera Islam ketika itu. Strategi peperangan yang digarap oleh Sallahuddin dan tenteranya sangat berkesan hingga akhirnya al-Quds dapat ditawan semula. Ada sebuah lagi qal’ah Sallahuddin di Karak. Di selatan Jordan. Nantilah akan ada ceritanya yang tersendiri. InsyaAllah. Qal’ah di Ajloun sebenarnya memberi ilham kepada orang Barat untuk membina castle dan citadel. Dari gambar-gambar yang disertakan pasti pembaca dapat melihat kehebatan senibina Islam ketika itu. Sekolah kejuruteraan atau senibina belum ada tetapi akal budi mereka yang kuat beriman dapat membina bangunan besar yang tersergam kukuh hingga sekarang. Batu-batu besar dipotong atau dikutip dari gunung-gunung berdekatan. Entah berapa lama binaan itu disiapkan. Buatannya kemas dan kukuh. Tanpa simen. Tiada cat. Warna semulajadi.
Qal’ah Sallahuddin terletak di puncak gunung yang tertinggi. Dari situ Sallahuddin dan tenteranya dapat mengawasi keseluruhan kawasan bumi Syam yang menghala ke al-Quds. Pergerakan musuh dapat dipantau setiap masa. Qal’ah itu pula melengkapi keperluannya. Sumber air tidak pernah putus. Sebelum qal’ah itu dibina sumber air yang sangat penting itu dicari dahulu. Barangkali tidak ramai antara kita yang arif tentang besarnya peranan air di negara seperti bumi Syam. Padang pasir melaut. Gunung-ganang bukan basah dan penuh dengan tumbuhan. Pada musim bunga hujan hanya renyai-renyai. Maaf tidak pernah lebat. Kecualilah dengan izin Allah. Pada musim panas memang tiada hujan. Panas dan kering. Pada musim luruh mungkin sedikit hujan. Pada musim sejuk paling banyak hujan. Sama ada air atau salji. Bila cair kerana panas menghampiri musim bunga maka banyaklah air mangalir membasahi bumi Syam ini. Beberapa minggu yang lalu hujan turun sangat lebat di Amman. Tidak pernah berlaku sebelum ini. Penyarah saya yang berusia 69 tahun mengatakan itu adalah sejarahnya yang tersendiri. Bagi orang Jordan mereka berdoa hujan seperti itu tidak Allah turunkan lagi. Jika berulang-ulang tentu banyak tanah runtuh. Tanah gunung di sini peroi tetapi kering. Jika berair seperti kita di Malaysia rasanya banyak tanah runtuh. Itu tidak menakutkan. Yang menakutkan ialah binaan rumah dan bangunan di sini kesemuanya di lereng gunung. Jika runtuh satu yang di atas banyak pula yang tertimpa di bahagian bawahnya.
Sallahuddin dan tenteranya melengkapkan sebuah qal’ah dengan senibina tinggi. Bangunan itu siap dengan sistem pertahanan yang berlapis-lapis. Tangga dan laluan yang sempit. Terdapat pula lubang-lubang untuk pengawal atau untuk memanah musuh yang datang. Susah hendak menggambarkannya. Lubang-lubang pengawasan itu tirus menyempit keluar. Tentera Islam dari dalam dapat memanah musuh di luar dengan senang melalui lubang kecil itu. Musuh dari luar terlalu sukar untuk memanah ke lubang sempit itu. Tangga dan laluan yang sempit juga mudah dihalang atau dipertahankan. Pada pertahanan yang terakhir jika musush dapat menembusi kubu-kubu yang bersiri itu ialah suatu lubang memanjang yang digunakan untuk menjirus minyak panas, air panas atau kayu api yang membara. Sejarah pula tidak pernah mencatatkan bahawa qal’ah Sallahuddin ini pernah diserang atau ditawan oleh tentera salibiyyun. Yang pentingnya dari qal’ah ini strategi peperangan diatur. Akhirnya Sallahuddin al-Ayyubi dan tenteranya dapat mengalahkan tentera pimpinan Richard The Lion Heart. Raja England ketika itu. Kekuatan Richard yang mengepalai tentera salibiyyun dari seluruh Eropah itu bukan calang-calang tentera. Gagah perkasa dan sudah veteran dalam peperangan.
Sallahuddin adalah pejuang Islam yang besar sejarahnya. Senibina qal’ahnya menjadi ikutan di Barat. Siasah perangnya sangat menakjubkan. Sifat kemanusiaannya sangat tinggi. Apabila al-Quds dapat ditawan Sallahuddin membebaskan orang salibiyyun supaya mereka kembali ke negara mereka. Tidak ada dendam. Yang diutamakan ialah mendapatkan kembali al-Quds. Bukan melakukan kezaliman ke atas musuh. Walaupun itu yang ditakuti musuh tetapi kenyataannya ialah Islam itu adil dan meletakkan keadilah pada tempatnya yang hak. Banyak kisah Sallahuddin dari kacamata orang Barat sendiri. Antara cerita yang bersifat kemunusiaan universal ialah apabila Sallahuddin menziarahi Richard pada waktu malam di khemahnya. Ia datang sebagai manusia biasa. Sebagai sahabat. Datang untuk merawat Richard yang cedera dalam perang pada siangnya. Begitulah tersentuhnya hati orang-orang salibiyyun melihat adilnya hati orang Islam. Apabila kita melihat sekeliling sekarang ini, hati Sallahuddin sudah tidak ada lagi di hati orang Islam. Kerana itu barangkali kita menjadi lemah. Orang Islam banyak hilang keadilannya. Tanda-tanda Islam itu hilang. Tidak lagi menjadi sifat Islam yang sejati.
Al-Azhar adalah universiti yang tertua bagi umat Islam. Diasaskan oleh Sallahuddin. Untuk semua yang namanya Islam. Percuma kerana Sallahuddin mengasaskan dana untuk membiayainya. Hingga sekarang Al-Azhar tertegak atas semangat Sallahuddin al-Ayyubi. Kita beruntung kerana adanya pejuang-pejuang seperti Sallahuddin. Pertamanya mengembalikan kedaulatan Islam. Keduanya memelihara keselamatan dan keamanan. Ketiganya membangunkan ekonomi. Keempatnya mendepani pendidikan untuk generasi masa hadapan. Hingga sekarang Universiti Al-Azhar tetap gah walaupun mungkin ramai yang lupakan sallahuddin. Apabila kita tiada yang tinggal ialah nama. Yang diingat jasa dan bakti. Apatah lagi apabila masih ada lagi bukti tinggalan jasanya yang gemilang untuk umat akan datang. Generasi demi genarasi. Semoga jiwamu tenang wahai Sallahuddin. Semoga Allah menerimamu dan kau berada di sisinya. Sejahteralah kau bersama para solihin dan siddiqin. Bersama para syuhada.
Cerita Sallahuddin tidak berhenti di sini sahaja. Sejarahnya diingati oleh orang Barat selama-lamanya. Insan yang membuang mereka dari al-Quds. Maka siasah mereka berjalan menyusup dalam setiap sanubari orang mereka. Malangnya menjadi kaum Kurdisytan. Sallahuddin yang berasal dari Kurdisytan didendami sepanjang zaman. Dengan licik negara Kurdisytan dikecilkan supaya kekuatan mereka tidak muncul lagi. Maka terjadilah Kurdisytan Turkey. Kurdisytan Iran. Kurdisytan Iraq. Kelicikan orang Barat melampiaskan dendam mereka ke atas orang orang Kurdisy. Dendam Yahudi dan Barat berlarutan berzaman-zaman. Bumi Syam yang bertuah ini pada zaman-zamannya yang berlaku melalui zaman sedihnya. Jordan ditakluk oleh British. Lubnan dijajah oleh orang Perancis. Cebisan bumi Syam ini ialah Palestin. Sejarah sedihnya berpanjangan hingga ke akhir zaman. Orang Jordan ramai yang berbahasa Inggeris. Orang Lubnan ramai yang berbahasa Perancis. Bila kita renung kembali, ada yang tidak kena yang Allah timpakan ke atas umat Islam. Bumi anbia ini terumbang-ambing antara dua dunia yang maju membangun. Antara masyriq dan maghrib.
Menara qal'ah dari dekat
Di bahagian atas qal'ah
Semua pelancong berasa bertuah berada di atas qal'ah ini
Di kawasan menara qal'ah
Sesiapapun berasa takjub berada di sini. Pada zaman itu kejayaan membina qal'ah ini tentu lebih dari syukur yang sebanyak-banyaknya.
Sallahuddin dan tentaranya mengawasi setiap jajaran gunung di sekeliling gunung ini. Musuh diawasi dan kedudukan sendiri dijaga rapi.
Puncak yang memuncak. Berada di tempat tinggi bukan untuk menjadi tinggi. Sebaliknya untuk melihat yang rendah di bawah kerana kita berasal dari bawah dan rendah kedudukannya
Ustazah AAla ini entah berapa kali sudah berada di sini
Bahagian-bahagian qal'ah dilihat dari atas
Gunung-hunung di kejauhan
Manusia merancangkan untuk kegunaannya sendiri. Allah merancangkan untuk kesemua makhluknya. tanpa kecuali.
Pada musim-musim yang berlainan keseluruhan kawasan ini berlainan lanskapnya.
Pada tarikh itu antara kami masih rasa kesejukan. Ada yang berbaju tebal. Namun kunjungan itu menyeronokkan.
Gambar-gambar seperti ini hanya kenangan mengusik jiwa bila diimbau kembali suatu ketika nanti
Bila bersama ada sahaja yang dikongsikan
Corak mozek di muzium qal'ah
Lagi tinggalan sejarah
Warqah sejarah
Warisan
Dalam muzium
Catatan sejarah
Orang dahulu yang membuatnya. Kita masih lagi membuatnya hingga sekarang.
Mercu tanda di luar qal'ah
Susur keluar dari qal'ah. Kami tinggalkan Sallahuddin al-Ayyubi dalam lipatan sejarah Islam yang syahdu. Kita mananti lagi Sallahuddin yang baru. Sekurang-kurangnya semangatnya bersama dengan kita semua dalam perjuangan menegakkan Islam.