Yang tinggal hanya pusara. Bagi yang kakinya meziarahi pusara ini maka kenangan dalam minda sangat dekat. Masih kelihatan wajah tua yang tidak meminta apa-apa lagi. Hanya yang dirindui ialah kasih sayang anak dan cucu-cucu. Itulah yang selalu hilang apabila kita menjadi tua. Mudah-mudah jauh dari kecelaan mereka.
Hanya perjuangan yang
perlu diteruskan. Pejuangnya silih berganti dari satu generasi ke generasi berikutnya.
Mungkin anak. Mungkin cucu. Mungkin sahaja sanak saudara yang di hati mereka
tersemagt semangat perjuangan itu. Bagi pengasasnya usia membatasi perjuangan. Perginya
menamatkan sisa-sisa perjuangan yang berbaki. Ada yang terus berjuang kerana
penyakitnya. Kerana lupanya. Kerana ketidakupayaannya. Ada yang terus berjuang
dalam senyap kerana ketiadaan pendengaran. Pada akhir usia berjuang sendirian
kerana isteri berpergian terlebih dahulu. Dalam dunia sepi itulah seorang
pejuang seperti Haji Abas meninggalkan
kesemua yang disayanginya. Dalam usianya hampir 102 tahun ia pergi selang lapan
bulan setelah isterinya, Hajah Aminah, meninggalkannya.
Tuan masih ada ayah? Masih
ada ibu? Pandanglah mereka sekerap mungkin. Pada wajah mereka bak kaabah. Ada ketenangan
berzaman yang disembunyikan. Ada kegelisahan yang telah lama terpendam. Banyak diam
kerana butiran bunyi bibir dan mulut sudah tiada siapa yang mahu mendengarnya. Percayalah,
saat-saat akhir bersama pasti sukar dilupakan. Ada sesuatu isyarat yang
diperlihatkan kepada kita. Lazimnya kita mengabaikan isyarat itu. Kita tidak
menerimanya sebagai isyarat terakhir.
1
Kebiasaan gemarkan roti canai hilang dari seleranya.
2
Kebiasaan meminum the bersusu manis juga hilang dari kebiasaan.
3
Makan sudah tidak lagi mencari sendiri pada ketika-ketikanya.
4
Makanan kegemarannya hilang dari senarai seleraya,
5
Tidurnya tidak banyak diselang-seli dengan banyak terjaga di tengah
malam.
6
Makannya sekadar sesudu dua. Kenyang katanya.
7
Banyak bemimpikan arwah yang rapat dengannya. Mungkin isteri/suami. Saudara
mara, sahabat-sahabat dan yang lain-lain.
8
Mengingat hal-hal yang terlalu lama.
9
Banyak pesanan yang mungkin wasiat tentang sesuatu perkara.
10
Kadang-kadang kesabarannya hilang dengan tiba-tiba.
11
Tabiaatnya semasa muda terlihat kembali. Mungkin garangnya. Mungkin malasnya.
12
Sesekali memaklumkan yang ia ingin balik. Tidak dijelaskan bali ke mana.
Tidak ditanya balik ke mana.
13
Ada orang nak datang, katanya. Tiada yang bertanya siapa yang hendak
datang.
14
Tubuh badannya semakin lemah.
15
Buang air besar dan kecil yang mungkin di luar kawalan diri lagi.
16
Belum lagi tanda-tanda lumran seperti lidah sudah memendek hingga menyukarkan
memahami apa yang diucapkan.
Kesemuanya terpapar
semula setelah ketiadaannya. Mereka yang rapat dan kerap bersama sekalipun
tidak perasan dengan isyarat-isyarat yang diberikan. Teringat kembali setelah
ianya pergi meninggalkanya. kita. Sebenarnya kegagalan memenuhi permintaan-permintaan
terakhir dari mereka yang dikasihi jarang diambil peduli. Kita terlupa untuk
menangkap situasi bahawa ajal itu sudah tersangat hampir sebenarnya. Persoalannya
kenapa tidak kita yang mentap wajah terakhirnya. Mungkin senyumnya. Mungkin melihat
ombak dadanya. Mungkin lirik matanya. Mungkin dengus angin dari hidungnya. Kenapa
bukan kita yang memangku kepalanya. Yang mengusap ubun-ubunnya. Yang membisikkan
kalimah Allah untuk bekal menemani ajalnya.
Adakah seorang pejuang
hanya digagahi mengihinya semasa hayatnya? Semasa gagahnya? Semasa mudanya? Itulah
kesilapan kita. Melihat fizikal dan melihat yang selalu serta banyak yang
tersurat. Yang pandangan mata. Yang terhimpun beratnya. Yang kadang-kadang
tidak tergalas bahu. Kita lupa bahawa mereka yang tua itu sumber dari mana kita
datang. Kita selalu melihat celanya. Melihat kesalahannya. Kesalahan itupun
kerana sifat naifnya. Bukan disengajakan. Bukan direncanakan. Kit asebagai anak
dan segi yang negatif. Membuang segala
yang positif dari perjuang seorang ketua keluarga. Kita tidak bertanya kepayahannya.
Tidak mengkaji jerih dan perihnya. Sakit dan peningnya. Kita tidak pernah tahu
bagaimana ia merealisasikan sesuatu kejayaan kecil dalam keluarga. Kejayaan yang
selalunya tidak signifikan kepada orang lain tetapi sangat besar impaknya kepada
keluarganya pada ketika itu. begitulah hero yang jarang didendangkan oleh anak
dan cucunya sendiri sekalipun.
Kadang-kadang ada yang
lebih malang. Setelah ketiadaannya anak-cucu masih mempertikai kehidupannya. Mempertikai
sakitnya. Mempertikai matinya. Mempertikai anak-anak yang perihatin. Cucu-cucu
yang perhatin. Mempertikai jiran dan sahabat yang perihatin. Barangkali banyak
pengajaran dari mereka yang masih hidup. Tentunya dari
mereka yang sudah tiada.
1
Perjuangannya menjaga kebajikan keluarga. Bukan kepalang menyediakan
makan dan minum, perubatan, pakaian, pendidikan dan kebajikan yang lain.
2
Bukan kepalang perjuangan membesarkan anak-anak.
3
Perjuangan memandaikan anak-anak.
4
Perjuagan memerdekakan anak-anak dari kemiskinan tegar.
5
Perjuangan menentang fitnah, gangguan sosial dan gangguan-gangguan lain
dalam kehidupan seperti buruk sangka, kebiadapan, parsangka, cercaan dan banyak
lagi.
Perjuangan seperti itu
kadang-kadang diluakan oleh anak-anak. Sekiranya anak-anak tidak bercerita
tentu sekali cucu-cucu banyak yang tidak diketahui dari datuk dan moyangnya. Mungkin kerana itu
anak-anak kita lemah sejarah. Kita tidak memberi unjuran sejarah kepada
anak-anak kita. Kita hanya melihat yang signifikan kepada survival kita tetapi
bukan yang holistik. Yang melengkapi susur-galur sejarah itu sendiri. Kerana itu
kepada orang kita, sejarah keluarga dibawa bersama datuk mereka ke liang lahad.
Yang baik dan manis kesemuanya hilang. Yang tinggal yang tidak enak belaka.
1
Berapa ramai cucu kesemuanya? Berapa peratus yang untuk kali terakhir menatap
wajah yang dahulunya memungkin ibu dan bapa kita seperti sekarang?
2
Berapa ramai cucu-cucu yang membaca al-Quran dan disedekahkan pahalanya
arwah datuk dan neneknya?
Dalam masyarakat kita
kehidupan anak memutuskan antara ibu dan bapanya dengan datuk dan neneknya. Datuk
dan nenek hanya manis semasa kita kecil sahaja. Apabila kita menganjak dewasa
dan tua kita meluapakan datuk dan nenek. Dalam kamus pemikiran kita, mereka
berdua hilang dari kamus diri.
1
Kita lupa nenek yang mendodoikan kita. Yang memandikan kita. Yang membuai
kita. Yang mendukung kita. Yang merawat ketika kita sakit. Yang merawat ibu
kita semasa ia dalam pantang.
2
Kita lupa pada datuk dan nenek yang berusaha menyediakan juadah enak
setiap hari raya.
Kesemua kenangan itu
hilang signifikannya walaupun kita sudah mendewasa dalam serba kecukupan.
1
Kita semua mendapat pendidikan yang jauh lebih baik dari datuk dan nenek
kita.
2
Jawatan kita jauh lebih gah dari datuk dan nenek kita.
3
Makan pakai kita jauh lebih berkualiti dari datuk dan nenek kita.
4
Kehidupan sosial kita jauh lebih baik dari mereka.
5
Jelajah kita keliling dunia sedangkan mereka sekadar mampu ke Makkah dan
Madinah sahaja.
Namun kita hilang
seri. Pendidikan dan pengalaman tidak menjadikan kita:
1
Lebih rasionale.
2
Lebih berfikiran jauh.
3
Lebih menjangkau hal-hal yang dekat dengan keluarga dan pertalian darah.
4
Lebih untuk mengkoreksi situasi dan bukan untuk melebarkan jurang perbezaan berfikir.
Suatu hal yang
menakutkan bahawa the vicious circle (kitaran ganas) yang buruk dalam
diri kita akan diwarisi oleh anak-anak dan cucu-cucu kita. Pandanglah keliling.
Rasanya tanda-tanda itu sudah kelihatan. Anak-anak ada yang menjauh. Cucu-cucu
ada yang tidak pedulikan kita. Kita kita tidak dianggap penting. Buatlah sesuatu
untuk membetulkan keadaan. Walaupun ibu dan ayah kita sudah tiada, betulkanlah
keadaan anak-anak dan cucu-cucu kita. Mereka warisan kita. Pada merekalah kita
tumpahkan kuah warisan keluarga. Cela mereka maka celalah kita.