Realiti berada di al-Quds seperti membuka suatu lembaran
sejarah yang terlindung. Jauh di belakang maklumat sebenar. Banyak yang disalah
faham. Tanggapan menjadi berbeza. Persepsi hilang tanpa melihat sendiri dengan
mata kasar dan mata hati. Kita sebenarnya banyak menggunakan kalimah Bahasa
Arab tetapi maksud sebenar tidak terpakai seperti yang kita gunakan. Berada di
lapangan al-Quds banyak yang perlu diorientasi semula. Benarlah kata Imam
Syafie bahawa perjalanan yang jauh menemukan kita dengan bukti-bukti kebesaran
Allah. Iklimnya berbeza. Begitu cuaca dan suhunya. Orangnya berbeza budaya.
Makanannya berbeza. Tempat tinggal mereka berbeza. Kita bukan memcari perbezaan
tetapi yang terbaik ialah memahami perbezaannya. Lalu kita harmonikan kesemunya
supaya manusia yang Allah cipta berbangsa-bangsa ini dimengertikan dari asal
yang sama iaitu Nabi Adam as dan pasagannya Hawa. Yang Allah bezakan ialah
tahap taqwanya masing-masing.
Di Malaysia masjid dan jami’ difahami dan digunapakai sebagai
masjid jami’. Dalam Bahasa mudahnya Masjid adalah Bahasa Arab. Jami’ juga
Bahasa Arab. Kita gabungkan menjadi masjid jami’. Secara murninya masjid dan
jami’ adalah dua kalimah yang berlainan maksud hakikinya. Masjid adalah kawasan
lapang untuk solat berjamaah. Di negara-negara Islam keadaan ini berlaku di
mana-mana. Solat Jumaat di Kawasan lapang. Begitu juga solat Aid al-Fitri dan
Aid al-Adha. Jami’ pula kawasan berbangunan dan berbumbung tempat orang
berlindung dan berkumpul untuk solat. Kepada orang Arab masjid di Malaysia
kesemuanya adalah jami’ bukan masjid. Kerana itu disebut Masjid al-Haram,
Masjid al-Nabawiy dan Masjid al-Aqsa. Ketiga-tiganya Kawasan terbuka tanpa
bumbung. Sebahagiannya sahaja berbumbung. Di sini penulis menemui kebenaran
makna dua kalimah yang dianggap sama di tanah air.
Di hadapan jami’ berkubah hitam.
Masjid al-Aqsa adalah Kawasan tanah lapang seluas 14 hektar.
Kawasannya berbukit dan di tengahnya terdapat busut kecil atau anak bukit.
Orang zaman dahulu solat berkiblatkan batu atau busut tersebut. Sewaktu
Rasulullah as solat sunat ketika sampai dari Masjid al-Haram (dalam peristiwa
Isra’ dan Mi’raj) Rasulullah as mengimami 124,00 roh para anbia. Solat di
Kawasan lapang pada waktu malam. Mungkin bercahayakan bulan dan bintang yang
terang tanpa mendung. Keadaan sudah
berubah. Kawasan masjid ini sudah ditinggikan sebahagiannya dan diratakan
bahagian datarannya. Datran yang lapang inilah yang menghimpunkan Jemaah
tempatan dan pelancong yang bertali arus ke al-Quds.
Persekitaran Masjid al-Aqsa menghimpunkan penganut tiga
agama samawi iaitu ajaran al-Quran, Taurah dan Injil. Yang Islam mereka sujud.
Yang Yahudi meratap di tembok luarnya dan yang Kristian dengan programnya. Di dalam
masjid adalah kawasan untuk orang Islam. Di sekeliling masjid ada bahagian
untuk Yahudi dan dan bahagian Kristian dengan berbagai gerejanya. Yang mana
yang dinamakan Masjid al-Aqsa yang selalu kita tonton pergolakannya. Mereka
yang bukan Islam tidak boleh masuk ke kawasan masjid hatta ke kawasan lapang di
dalam kawasan masjid. Apa pula kubah kuning dan kubah hitam. Ia salah faham
yang besar sebenarnya. Penulis menyangka selama ini bahawa masjid al-Aqsa
adalah jami’ yang berkubah hitam. Dalam media cetak dan eleltronik masjid
al-Aqsa dikatakan yang berkubah kuning. Yang mana masjid al-Aqsa? Bukan kubah
hitam dan bukan kubah kuning. Tentu kita keliru.
Bangunan berkubah kuning.
Bangunan berkubah kuning adalah sebuah bangunan yang
menempatkan batu yang menjadi qiblat pertama umat Islam. Juga sebenarnya qiblat
orang Yahudi. Bangunan berkubah kuning bukan masjid dan bukan jami’. Untuk
solat sunat tiada masalah. Jami’ yang sebenarnya ialah bangunan yang berkubah
hitam. Dilakukan solat fardhu berjemaah di dalamnya. Pada hari Jumaat, Aid
al-Fitri dan Aid al-Adha jamaahnya melimpah ruah memenuhi seluruh kawasan Masjid
al-Aqsa. Sama ada di dataran atau di kawasan lapang yang ada. Jika ada sekatan
keselamatan mungkin jumlah jamaahnya berkurangannya. Kerana ada juga jamaah
dari Malaysia yang tidak dibenarkan masuk. Yang kadang-kadang berlaku kekecohan
penganut agama lain di dalamnya ialah di jami’ berkubah hitam. Kekecohan itu
pula bukan setiap masa. Bukan berkala dan bukan selalu. Hanya pada
ketika-ketika tertentu. Apabila keadaan seperti itu berlaku barulah tiada
pelancong dibenarkan masuk sama ada oleh pihak berkuasa tempatan atau oleh
pihak negara luar seperti negara kita. Pada waktu yang lain keadaan di al-Quds aman seperti di
tempat lain.
Bangunan berkubah kuning
memerlukan penelitian untuk memahaminya. Ia bukan jami’ dan bukan masjid tetapi
terletak di tengah kawasan masjid al-Aqsa yang seluas 14 hektar. Sekali lagi
dimaklumkan bahawa masjid al-Aqsa adalah seluruh kawasan lapang seluas 14
hektar. Bangunan berkubah hitam dan kuning berada di dalam kawasan 14 hektar.
Maknanya sekarang ini di masjid al-Aqsa dibina jami’ yang berkubah hitam dan
bangunan berkubah kuning. Bangunan berkubah kuning dibina oleh khalifah Marwan
sementara bangunan yang berkubah hitam dibina oleh anak khalifah Marwan. Di
tengah banguna berkubah kuning terletak busut atau batu tempat Rasulullah berpijak
untuk memulakan mi’raj. Selepas peristiwa Isra’ dan Mi’raj ramai pengunjung
yang mengambil batu bukit kecil tersebut kerana dianggap barakah bekas tapak
kaki Rasulullah saw. Khalifah Marwan bimbang bahawa satu hari nanti batu itu
akan habis diambil orang. Maka bangunan berkubah kuning dibina bagi tujuan
melindungi dan menjaga batu tersebut.
Panorama Masjid al-Aqsa