Jika kita tanya siapa orang Islam, tentu ramai yang
dapat menjawab.
Mereka bersyahadah dan maklum akan rukun iman yang
enam
Menunaikan rukun Islam yang lima
Berakhlak islamiyah.
Apabila berada dalam kumpulan ramai manusia, mungkin
kita tidak dapat mengenalpasti mereka yang beragama Islam. Kerana Islam bukan
warna kulit. Bukan nama. Bukan keturunan. Bukan kedudukan ekonomi. Bukan taraf sosial.
Bukan pangkat. Bukan kelayakan akademik. Bukan gender. Banyak yang bukan dari
ya. Muslim lebih sukar dikenalpasti berbanding Muslimah. Ada usaha untuk
beridentiti Muslim seperti memakai jubah, memelihara janggut. Kopiah dan serban
bukan universal. Orang Arab jarang-jarang berkopiah dan bererban. Mereka sekadar
berjubah. Apabila mereka berpakaian Barat maka identiti Muslim terhakis. Hilang
entiti yang seharusnya membezakan antara Muslim dan bukan Muslim. Jangan terperanjat.
Orang Yahudi ramai yang berjanggut.
Suatu ketika dahulu pakaian Islam atau Arab yang
berjubah dan berserban dipakai oleh sarjana-sarjana Barat. Pensyarah-pensyarah
mereka berpakaian demikian. Pakaian berjubah dan berserban dianggap pakaian
intelektual. Orang awam tidak memakainya. Hanya mereka yang dalam bidang
kesarjanaan sahaja berpakaian begitu. Pakaian itu dianggap rasmi. Bila bertugas
mereka memakainya. Mungkin juga kerana ingin membuang imej Islam mereka
menggantikannya dengan mortar dan topi bulat seperti yang berada di kepala pemegang
ijazah PhD. Sekarang ini pakaian kesarjanaan itu tidak wujud lagi di Barat. Hatta
di negara Islam sendiripun. Hilang dentiti Islamnya. Entiti Islam dipadam dari
dunia intelektual. Di kesemua negara Islam sekalipun tidak ada yang sedar
hilangnya khazanah itu.
Muslimah Arab berbeza dengan Muslimah bukan Arab. Muslimah
yang tinggal di Asia Tengah memiliki banyak ciri-ciri yang sama. Di negara-negara
bukan Arab ciri-cirinya berbeza pula. Garapan yang berbeza mengikut adat dan
resam yang berbeza. Aurat Muslimah adalah keseluruhan tubuh badannya secara
fizikal kecuali muka dan kedua tapak tangan. Suatu ketika dahulu Muslimah Arab
menutup keseluruhan tubuh badan mereka dengan pakaian yang longgar. Malah mereka
memakai niqab. Menutup muka dan hanya menampakkan kedua mata sahaja. Tidak ada
kerumitan. Tidak ada keganjilan. Menutup aurat sepenuhnya adalah perintah Allah
SWT. Tidak ada apa yang hendak dipertikaikan. Kesemuanya termaktub di dalam
al-Quran. Sepintas lalu lebih mudah mengenalpasti yang mana Muslimah dan yang
mana bukan. Kita boleh bercakap mengenai keselamatan peribadi. Keselamatan sosial.
Malah tidak kurang juga keselamatan nasab. Pakaian Muslimah yang kelihatan tidak
menarik menghindar tarikan Muslim atau lelaki bukan Muslim.
Ingat kisah Nabi Nuh as? Banjir besar yang
menenggelamkan bumi mengubah lanskap manusia dan kemanusiaannya. Setelah beberapa
ketika kapal Nabi Nuh as terdampar di puncak gunung Judiy, ramai pengukut Nabi
Nuh as yang meninggal hingga akhirnya tinggal Sam, Ham dan Yapith sahaja. Ketiga-tiga
anak Nabi Nuh as ini memiliki cirri-ciri fizikal yang berbeza. Sam merupakan
susur galur keturunan Caucasian. Ham menjadi keturunan Negroid. Sementara Yapith
memulakan keturunan Mongoloid. Keturunan Sam berbadan agak tegap. Kulit putih
kemerah-merahan. Hidung mancung. Bibir nipis. Rambut berwarna perang, putih,
kemereh-merahan cokelat dan sebagainya. Mata pula biru, hijau, perak dan
cokelat. Keturunan Ham berbadan tegap. Kulit hitam. Rambut keriting. Hidung besar
tetapi tidak mancung. Bibir tebal. Keturunan
Yapith pula berbentuk sederhana. Kulit putih kuning. Mata sepet. Hidung kecil. Mulut
kecil. Rambut hitam. Mata hitam.
Keturunan Sam memenuhi semananjung Arab hingga ke utara
India. Mereka juga ke Barat dan menenuhi Benua Eropah termasuk Russia. Sekarang
di Amerika Utara kerana penghijrahan. Keturunan Ham kekal di Arfika. Dibawa ke
Amerika Syarikat. Keturunan Yapith pula menyebar ke Timur. Dari Turki hingga ke
Cina, Mongolia, Korea, Jepun, Asia Tenggara dan kepulauan Polynesia. Orang India
Merah di Amerika Utara dikatakan keturunan Yapith. Keturunan Yapith termasuk
kita orang Melayu. Melayu dan Cina dari keturunan yang sama iaitu Yapith, anak
Nabi Nuh as. Alhamdulillah kembara peulis ke beberapa negara menemukan penulis
kepada sumber keturunan Yapith. Orang Turki banyak ciri-ciri Mongoloid.
Berbadan sederhana. Mata sepet. Rambut hitam. Kulit putih kuning. Hidung kecil.
Mulut kecil. Lemah lembut seperti orang Asia yang lain. Sopan santun.
Penjajahan Barat ke atas banyak negara di dunia
mengubah lagi lanskap keturunan manusia. Yang paling berubah ialah identiti dan
entiti bangsa dan keturunan. Muslimah paling banyak terpenaruh dengan gerakan
emansipasi wanita Barat. Mereka mencari jalan keluar. Keluar dari identiti mereka
yang sediakala. Mereka ingin bebas. Ingin berkerjaya. Mungkin ada sedikit niat
untuk meniru wanita Barat yang lepas bebas. Media cetak dan media elektronik banyak
memainkan peranan menyebarkan pengaruh Barat. Lahirlah industri hiburan yang
tidak terkawal. Peluang pekerjaan dalam bidang ekonomi. Peluang-peluang lain
yang ditawarkan oleh berbagai industri. Muslimah yang dahulunya berjubah dan
berniqab berubah wajah. Kerana mengikut standard, maka pakaian Muslimah itu
ditanggalkan sedikit demi sedikit. Mereka gantikan dengan pakaian yang semakin
lama semakin sendat. Semakin lama semakin singkat. Semakin lama semakin
mendedah. Semakin lama semakin menipis.
Hilanglah rupa bangsa. Hilanglah rupa agama. Yang kita
lihat ialah wanita biasa yang serupa di mana-mana. Kadang-kadang hendak memberi
salam sesama lelakipun penulis menjadi teragak-agak. Sesama keturunan Yapith
tetapi beragama yang berlainan. Malah orang Melayu sendiri ramai yang ciri
Yapitnya sangat menonjol. Matanya lebih
sepert dari orang Cina. Kulitnya lebih putih kuning berbanding dengan orang
Jepun. Pakaian adalah petunjuk agama. Wanita penganut agama Kristian Orthodok
di Russia umpamanya memakai tudung mengalahkan Muslimah. Dari kanak-kanak
hinggalah orang dewasa. Muslimah pula enggan memakai tudung. Dikatakan tidak
mengikut edaran masa. Bagaimana orang Russia? Tidak pula mereka ketinggalan. Sampai
juga ke bulan. Kapal angkasa mereka sentiasa berada di angkasaraya. Maju menyaingi
Amerika. Mungkin lebih lagi. Media banyak menutup berita mengenai mereka.
Orang Islam kehilangan identiti dan entiti. Budaya
islamiyah pula tidak terpelihara. Dunia pula semakin di hujungnya. Pada ketika
orang Islam melupakan agamanya, orang yang bukan Islam mula tertarik kepada
Islam. Apa-apa yang tidak kita pelihara maka Allah berikan kepada orang lain. Setiap
hari terlalu ramai orang Barat menganut Islam. Baik di Britain. Baik di Amerika
Syarikat. Baik di negara-negara Eropah yang lain. Begitu juga di India. Ramai
yang mencari Islam kerana kebenarannya terserlah. Mereka mencari dan mereka
mendapatnya. Ramai antara kita mengejar yang lain hingga keciciran milik kita yang
hak. Jangan main-main dengan identiti dan entiti Islamiyah yang ada pada diri
kita sendiri.