Wawasan 2020. Terang dan jelas. Sangat terang dan jelas. Tetapi wawasan kita bukan setakat 2020. Itu hanya titik masa yang akan sampai bagi yang masih hidup ketika itu. InsyaAllah tarikh 1 Januari 2011 akan berlalu seperti hari-hari biasa setiap hari. Tiada bezanya. Matahari dari Timur. 24 jam sehari. Ada siang dan ada malam. Ada rezeki nampak bulan. Jika tidak gelap begitu. Terangi dengan lampu elektrik. Pernahkah kita sebagai ibu bapa melihat dengan terang. Ramai yang boleh berbuat begitu. Semuanya dilihat jelas. Tiada yang terlindung. Itu pada pandangan kita. Keyakinan kita. Namun dalam pengalaman kita terlalu banyak hal-hal yang terlindungan dari perhatian kita. Tidak dilihat walaupun dipandang. Seperti sewaktu kita memandu, ada blindspot (pandangan haizat) yang selalu membuatkan kita terlepas pandang objek di kana dan di kiri kita. Malah kadang-jadang yang di hadapan mata kita tidk melihatnya dengan saksama. Menjadikan kita salah jangka. Dekat dilihat jauh. Laju dilihat perlahan. Kerananya kita selalu membuat keputusan yang membahayakan diri. Tidak selari dengan keperluannya. Keselamatan terjejas. Kejayaan terganggu. Kebahagiaan terbantut. Banyak lagi musibah kerana kita mengabaikan pentingnya menjaga blindspot tersebut. Pada mata biasa ianya tiada apa. Pada pandangan biasa tiada besar masalahnya. Namun kepada ibu dan bapa jika blindspot ini tidak dijaga akan terlalu banyak musibah yang akan mendatang. Memberikan segala keburukan yang tidak pernah dirancang. Tidak pernah diundang. Datang menerpa kerana kelalaian menjaga blindspot.
Dalam keluarga, blindspot kita mungkin anak-anak remaja. Kita tidak berapa memandang dengan benar. Tidak teliti kerana terlalu yakin semuana dalam keadaan terkawal. Kita melihat yang lain. Yang pada pendapat dan keutamaan kita adalah lebih berhak. Itulah kesilapan kita. Kita sibuk dengan kerjaya. Bagi bapa semuaya diserahkan kepada ibu. Ibu pula sibuk dengan kewanitaannya. Sibuk juga hingga tidak melihat blindspot yang mengancam keluarga. Yang membahayakan keluarga. Semuanya boleh porak peranda kerana blindspot yang tidak selalu diambilkira. Kita selalu take things for granted. Segalanya akan selamat. Kita menjadi tidak peka dengan perubahan. Tidak perihatin dengan kelainan. Tidak kisah dengan apa yang berlaku di depan mata. Yang selalu dengan mudah kita terima sebagai biasa. Tiada hal. No big deal. Musibah yang orang lain alami kita andaikan tiada kena mengena dengan kita. Kita tidak melihat dan merenung. Tidak belajar untuk mengambil iktibar. Belajar dari kesilapan orang lain. Mengambil pengajaran dari apa yang dilihat. Yang didengar. Dinding dan tembok tidak kita bina. Perisai dan penahan tidak kita dirikan. Bahawa sesungguhnya anak-anak kita sentiasa terancam dengan dunia yang mengancamnya. Antara yang besar ialah pergaulan bebas.
Janganlah tertipu dengan kebebasan. Jangan terpedaya dengan ilusi kebebasan itu. Anak-anak kita tidak tahu erti kebebasan. Jangan. Saya yakin benar mereka tidak menghargainya jika tidak memahaminya. Ibu dan bapalah yang harus berusaha mengertikan. Bukan orang lain. Kebebasan hanyalah momokan. Hantu yang tidak dapat dilihat lembaganya. Maka terbukalah hati ibu. Hati bapa. Ini zaman anak- anak. Zaman ibu dan bapa sudah berlalu. Dahulu mereka sewaktu anak-anak tidak menikmati kebebasan itu. Biarlah anak-anak mendapat habuan mereka. Satu keputusan yang besar silapnya. Sangat-sangat silap. Kebebasan bukan untuk diperturunkan. Bukan warisan. Bukan pesaka. Bukan hadiah. Ia adalah sesuatu yang hak. Hanya yang berhak sahaja memiliki kebebasan seperti yang dituntut anak-anak. Pendapat mereka boleh dirujuk tetapi bukan kebebasan yang dihadiahkan. Terlibat dengan hidup bangun keluarga adalah suatu permainan untuk menjadi dewasa yang bertanggungjawab. Tetapi sekali lagi mereka tidak boleh diberi kebebasan. Ibu bapa hendaklah selective dalam memberi erti apa yang namanya kebebasan.
Ingattak sewaktu anak-anak kecil dahulu. Sewaktu selalu dibelai kerana kecilnya. Mongelnya. Waktu mereka sekadar boleh duduk. Mengesot. Merangkak. Bertatih. Berpapah. Kita yang mandikan. Kita yang bersihkan najisnya. Kita yang lapkan badannya. Kita yang pakaikan bajunya. Kita yang tidurkan. Kita yang suapkan makannya. Dalam sehari banyak kali kita periksa kulit dan badannya. Takut ada gigitan nyamuk. Takut ada ruam. Takut ada luka. Takut ada kotoran. Menjadi lumrahkan kepada kita. Namun masa dan usia anak yang semakin membesar rupanya mengendurkan keperihatinan kita terhadap mereka. Kita surut mengundur. Kita merasakan yang kita telah memberikan yang terbaik untuk mereka. Kita telah didik mereka dengan sangat sempurna. Ketika itu kita tidak lagi menyentuh kulit dan tubuhnya. Tidak melihat serangan nyamuk atau lalat. Tidak lagi ingin tahu jika ada gigitan lipan atau jengking. Kerana itu kita lalai. Kita leka. Kita alpa. Sekali lagi kita take things for granted. Kita rasa bahawa anak-anak kita tahu menjaga diri. Tahu menggunakan akal. Mereka telah diberi ajar. No. We are wrong. Kita membuat kesilapan yang sangat, sangat besar. Anak-anak sebenarnya tidak pernah belajar seperti yang kita harapkan. Mereka pada hakikatnya dibuai khayalan hingga terpana dengan ibu bapa mereka. Mereka tidak pernah belajar untuk melaksanakan apa yang diajar. Apa yang dididik. Apa yang selalu dipertaruhkan sebagai warisan keluarga. Mereka mejnadi makmum yang terlalu perlu dibimbing. Perlu selalu diimami.
Jagalah dari kealpaan itu. Bangunlah untuk melihat semula peranan ibu bapa terhadap anak seperti sewaktu mereka kecil dahulu. Tetapi dengan ubahsuaian yang tertentu. Ibu selalulah lihat semula anak-anakmu. Bapa bantulah ibu untuk mempastikan kesejahteraan anak-anakmu. Bagi anak perempuan ibulah yang paling dekat. Lihat semula tubuh badan mereka. Selagi mereka belum bersuami pastikan setiap hari luangkan masa untuk memerhatikan mereka. Menjengah tubuh badan mereka. Ibu yang harus selalu melakukannya. Jangan terlupa. Jangan tidak ambil peduli. Anak itu maruahmu. Harga dirimu. Arangmu. Pastikan dia tidak menconteng mukamu. Biarlah bersusah payah supaya tidak datang aib di kemudian hari. Bersusah payah dahulu untuk bersenang hati kemudian. Anak-anak perempuan sangat perlu dijaga. Kebebasan seharusnya tidak ada untuk mereka. Mereka perlu dibimbing. Dipantau. Dijaga. Dilindungi. Pada kebanyakan masa mereka dipingit. Hanya yang berhak sahaja layak memilikinya.
Anak perempuan bukan lagi yang lemah. Yang pemalu. Yang selalu buntu. Mereka sudah banyak terdedah dengan berbagai keburukan. Sedikit sebanyak ada pengaruhnya dalam diri mereka. Pandanglah. Amatilah. Siapa rakannya. Gaya hidup mereka. Keluarga mereka. Yang penting solat mereka. Ke mana mereka pergi. Apa mereka lakukan pada waktu lapang. Banyak lagi soalan-soalan besar yang mesti dicari jawapannya. Besar bukan kebijaksanaan. Anak tetap anak. Sebelum mereka dilepaskan keluar dari rumah ada alasan besar yang terlebih dahulu membenarkannya. Pertamanya apabila mereka menikah. Kedua apabila mereka mula bekerja. Yang pertama mereka sudah menjadi tanggungjawab suaminya. Sudah menjadi hak orang. Yang kedua tanggungjawab keluarga. Tanggungjawab masyarakat. Namun selagi mereka belum berumahtangga, 100% diri anak itu tanggungjawab ibu dan bapa. Khususnya tentulah bapa.
Jadual harianya dipantau. Rakannya dipantau. Perginya dipantau. Segalanya tentang anak perempuan adalah tanggungjawab ibu bapa. Akan bersambung.