Semalam terkejut besar saya. Kejutan paling besar pernah saya hadapi dalam hidup yang mencecah 65 tahun. Bil elektrik saya RM356.00. Bilnya panjang berjela. Selalunya antara 130 hingga 170 sahaja. Kali ini dua kali ganda. Walaupun kadarnya dikatakan bertambah hanya beberapa peratus sahaja tetapi itu dari segi formula. Realitinya saya rasa ramai orang yang terkejut. Selepas ini barang-barang pasti menancap naik dengan gilanya. Giler kata orang sekarang. Sudahlah minyak naik, elektrik pula naik. Hati kecil saya membentak. Cukuplah setakat ini. Enough is enough. Kita bukan perlukan kegilaan. Kita perlukan kehidupan yang lebih selesa. Itupun matlamat kita sewaktu hendak merdeka dahulu. Membebaskan diri dari banyak belenggu. Bukan semakin dibelenggu. Nikmat hidup yang semakin mahal.
Gaji saya yang dikira ribu masih terasa bebannya. Bagaimana dengan mereka yang berpendapatan rendah. Entahlah. Jika masih mendongak ke langit juga buntulah saya memikirkannya. Sampai bila kita terus dilambung dengan gundah gelana. Benarlah firmah Allah yang mafhumnya, jika tidak kita usahakan apa yang kita hendak tentu kita tidak mendapat apa-apa faedahnya. 55 tahun orang Melayu masih tidak mendepani ekonomi. Sekarang beratnya bebanan hidup semakin menghimpit. Terasa ditekan-tekan. Untuk melepaskan diri tentu ada cara lain yang lebih mudah. Namun, mana mungkin kita tidak menggunakan elektrik. Jika seterika dikatakan paling kuat memakan elektrik, kita tidak berupaya menghentikan kegunaannya. Bagi yang ramai anaknya masih bersekolah tidak mungkin pakaian mereka tidak berseterika. Markah penampilan anak bakal menjunam kerana keterampilan dari segi berpakaian jatuh merudum. Mana mungkin seorang pegawai pakaiannya tidak berseterika. Musnah imej kepegawaiannya. Imej jabatannya. Imej syarikatnya. Imej profesionnya.
Kita memasak menggunakan elektrik. Peti ais. Kipas. Lampu. Mesin basuh. TV. Mengecas telefon. Radio. Pemanas air. Mandian panas di bilik air. Banyak lagi penggunaan elektrik. Kita selalu lupa tentang the game of numbers. Semakin banyak semakin menirus. Semakin kecil. Discounted. Keuntungan diperolehi dengan more numbers. The more the merrier. Di tanah air tercinta ini keadaan sebaliknya berlaku. Kita didenda kerana menggunakan banyak. Hakikatnya elektrik menjadi suatu kemestian. Keperluan keutamaan. Bukan mainan. Bukan suka-suka. Bukan kemewahan. Taraf hidup yang semakin tinggi memerlukan alat kemudahan yang semakin canggih. Kita sepatutnya berusaha untuk mengurangkan kos. Lagi sekali kita mesti bermain dengan nombor. Semakin banyak semakin murah. Economic of scale. Specialization. Jika semakin banyak semakin mahal tentu kita akan mengundur ke belakang. Less to be consumed means slowing down the economy. It will be the game of balance. Satu naik satu turun. Elektrik naik, ekonomi turun.
Kos hidup bukan lambang kemajuan. Bukan lambang tamadun sudah berkembang. Dari segi ekonomi ianya suatu kegagalan. Mengurangkan kos merupakan usaha paling baik. Di sini penyelidikan diperlukan. Penemuan-penemuan baru yang mesti dihasilkan. Pokoknya penjimatan kos pengeluaran. Kos pentadbiran. Maka teknologi perlu dilihat semula. Dasar digubal semula. Pentadbirannya dilihat semula. Pentadbirnya dilihat semila. Complete overhaul. Change and improvement has to be done. Watching is just too painful. Feeling greatly wretched. Dalam mengurus hal yang besar tentu sahaja kita tidak bermain dengan simple calculation. Tidak hanya mencampur 2 dengan 2 sahaja. Segala aspek yang perlu being improved mesti dilaksanakan. Upgrading mesti dilakukan. Tetapi bukan untuk menambah kos dengan alasan production bertambah. Jika itu alasannya, usahawan itu akan gagal. Usahanya nanti gagal.
Kadang-kadang saya rindu kembali sewaktu di US dahulu. Suatu ketika telur ayam hendak dinaikkan sebanyak 1 sen sebiji. Mind you one single cent per egg. Syarikat mengiklankan hasratnya itu melalui dua muka surat akhbar tempatan. Center fold. Kanan dan kiri. Berbagai alasan diberikan kepada pengguna. Mereka memohon supaya pengguna merestui tindakan mereka. Jika alasannya menasabah, pengguna memberi restu. Jika tidak pengguna menyatakan bantahan mereka dalam bentuk tindakan. Bukan dengan demontrasi atau piket. Mudah sangat tindakannya. Mereka tidak membeli. Syarikat pasti menanggung kerugian yang berganda-ganda. Telur akan melambak di pasaran. Banyak yang busuk dan dibuang begitu sahaja. Di sana pengguna adalah raja. Bukan pengeluar yang menjadi raja. Usahawan hanya memberi perkhidmatan. Perniagaan itu pekhidmatan. Bukan pemerasan. Pemerasan berdosa dari segi Islam. (Sila baca artikel saya sebelum ini mengenai cara orang Amerika berniaga besar – Mengapa Ada Jualan Gudang ).
Mulai sekarang kita kena menstruktur semula kehidupan kita. Kita sudah semakin tidak mampu untuk menikmati affluent living. Baliklah hidup seperti orang kampung zaman saya pada tahun-tahun 60an dahulu. 50 tahun dahulu. Mungkin lebih senang menggunakan pelita minyak tanah. Bilnya sangat minimum. Kos minyak tanah sahaja. Alat perkakas rumah tidak perlu digunakan. Makan makanan segar. Peti ais gunakan untuk menyimpan baju. Pakaian kotor basuh gunakan tangan. Pakaian tidak perlu diseterika. Ikut cara P Ramlee. Letak bawah tilam eloklah dia. Are we backtracking? Sama-sama kita renungkan. The ball is in your feet. It is for you to kick. Saya hanya mampu memandang dari jauh. Dengan hiba yang tersangat-sangat.