Perpustakaan Iskandariah ini antara yang terbesar di dunia. Tentunya banyak koleksi kelasik. Koleksi vintage. Koleksi zaman bahari.
Kembara manusia tidak ada sudahnya selagi hayat dikandung badan.
Ada sahaja tempat yang dapat diziarahi. Dinikmati keberadaannya. Yang
pastinya dalam kembara kita menemui banyak yang unik. Kelainan-kelaianan yang
seharusnya kita kembalikan kepada Yang Maha Mencipta. Bahawa kesemuanya itu
untuk kita akur dengan Yang Maha Besar. Yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang
disembah melainkan Allah. Lazimnya kita hanya bermimpi berada di sesuatu tempat
yang jauh. Tempat yang pada perkiraan kita tidak mungkin dapat kita jejaki
dengan kaki kita sendiri. Atau mungkin
kita hanya berkesempatan menatap gambar atau menonton filem, video dan
dokumentari sahaja. Kebanyakan kita berserah dengan ketidakmungkinan untuk
menziarahi tempat-tempat yang tidak terjangkau fikiran. Apatah lagi dari segi
kemampuan kewangan. Ketidakmampuan masa.
Namun begitu ramai orang yang berkesempatan berada di
tempat-tempat yang berbeza. Pada waktu yang berbeza. Pada suasana yang berbeza.
Kesempatan kembara mungkin datang tanpa diduga. Tidak dirancangkan dengan
pasti. Allah menggerakkan kita untuk berada di sesuatu tempat pada masa dan
kesempatan yang tertentu. Dari satu titik masa ke satu titik masa yang berbeza.
Dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Maka kembara kita itu semakin
panjang. Semakin lama. Tentunya banyak berjalan banyak pemandangan. Banyak
pengalaman peribadi yang terhimpun. Ianya bukan koleksi peribadi yang eksklusif.
Tetapi koleksi untuk dikongsi dengan orang lain kerana sesuatu yang terpendam
tiada manfaatnya. Perkongsian memberikan keindahan penceritaan. Keindahan
pengalaman. Keterujaan bagi yang membaca. Bahawa di luar sana banyak yang perlu
dilihat. Didengar. Diinsafi kewujudannya. Untuk disyukuri kerana kita diberi
kesempatan oleh Allah untuk menyaksikannnya. Secara peribadi. Pengalaman primer
dan bukan sekunder.
Sewaktu kecil dahulu penulis banyak membaca novel atau
cerita-cerita dari Timur Tengah. Nama-nama bandar di Mesir biasa dibaca. Laut Tengah
atau Laut Tenang selalu melewati pembacaan. Dalam subjek Geografi apatah lagi.
Laut Mediterranean rupanya dijejak juga akhirnya. Malah orang di Mesir
menamakannya laut Putih. Walau apapun namanya laut itu adalah laut yang sama. Melingkari
negara-negara yang dahulunya gagah perkasa. Siapa yang tidak kenal Yunani atau
Greece sekarang. Antara negara yang awal menunjukkan kegagahannya di sekitar
laut Mediterranean. Mereka membina kekuatan di bumi Anbia seperti Jordan, Syria
dan Mesir. Dari sejarah mereka wujudnya Alexander the Great. Pahlawan gagah
inilah yang dikatakan membuka Iskandariah. Alexanderia dalam bahasa mereka. Ketika
itu Alexander dalam perjalanan ke Siwa. Lokasi Iskandariah menarik
perhatiannya. Lalu dibangunkan sebuah bandar yang cantik di tepian Laut
Mediterranean. Cantiknya memukau hingga sekarang. Diwarnai pula dengan
sejarahnya yang tersendiri. Bangsa Rom pernah berada di sini. Semasa Perang
Dunia II, Utara Afrika menjadi rebutan antara German, Itali dan tentera bersekutu
yang lain.
Rasanya tiada lengkap berada di Mesir tanpa menjejak kaki ke
Iskandariah. Terlalu banyak yang perlu dilihat. Perpustakaannya antara yang
terbesar di dunia. Makam-makam beberapa orang nabi. Makam-makam sahabat. Makam Lokman
al-Hakim yang Allah abadikan dalam al-Quran. Begitu juga para ulamak yang
terkenal di Mesir. Iskandariah memang menarik dalam banyak hal. Pantainya memanjang
cantik. Laut Mediterranean yang tenang menghembuskan angin yang segar. Dari airnya
yang biru terasa damai di jiwa. Yang paling istimewa ialah terasa penuh dan
puas dalam hati dapat berada di suatu tempat yang dahulunya cuma dalam ingatan.
Dalam pembacaan. Rupanya realitinya Allah izinkan untuk ditatap dengan mata
sendiri. Syukur alhamdulillah. Langkah-langkah perjalanan bagai mimpi ini
mengizinkan sesuatu yang indah dalam ingatan. Tatapan mata yang selalu
menyegar. Andainya, ya andainya boleh kekal abadi di sini. Tentu sahaja ingin
bersama berada di setiap tempat yang indahnya bukan buatan manusia. Kita hanya
mampu mengusahakan dengan sedikit izin Allah. Yang Maha Berkuasa sahaja yang
menganugerahkan segala keindahanNya. Sedikit masa untuk menikmati segalanya. Seharusnya
kita menjadi makhluk yang perlu banyak bersyukur.
Sesungguhnya setiap perjalanan memberikan pengajaran. Kita memahami
perubahan yang tidak sama dengan yang selalu kita alami di negara sendiri. Perubahan
musim yang kitarannya menghambat antara satu sama lain. Sekarang sudah tiba
musim luruh (autumn/fall). Baru sahaja ditinggalkan musim panas (summer). Menjelang
tiba musim dingin (winter). Nanti akan tiba kemeriahan musim bunga (spring)
yang indah. Banyak yang bertukar. Pertukaran dan perubahan itu dinanti. Ada yang
diharap. Jika hati kita hidup dan dihidupkan kita akan berada dalam suasana
yang selalu mengharap pada Allah. Bersyukur atas nikmatnya. Menjadi hamba yang
taat. Menjauhi laranganNya. Sesungguhnya hidup ini pasti mati sudahnya. Nikmati
semasa hidup. Semoga mendapat nikmat dariNya sesudah mati. Insyaallah.
Berbulan merancang untuk sampai di sini.
Apa istimewanya dinding perpustakaan ini? Bagi yang teliti dapat mengamatinya. Setiap tulisan semua bangsa dalam dunia ini terdapat pada bahagian luar dinding perpustakaan ini.
Di hadapan Universiti Iskandariah. Fakulti Perdagangan.
Sebuah kota di pinggir laut.
Berselfie sebentar.
Laut dan nelayan terpisah tiada. Bot dan kapal mereka menyatukan seni dan laut.
Sebuah laut luas yang sesungguhnya tenang. Alun dan ombaknya cukup lembut. Biru yang mengasyikkan.
Sesekali menyendiri dalam keriuhan di sekeliling.
Di hadapan Institut Nasional Kajian Laut Mesir.
Sebuah kereta kuda.
Tidak naik kereta kuda. Cukup berdiri di sebelah kuda yang menariknya. Bukan gambar tetapi memang sebuah kereta kuda yang selalu membawa pelancong merasainya seperti orang-orang terdahulu.
Ibu-ibu yang bersama dalam rombongan kami. Seorang sahaja yang masih cik. Yang lain puan-puan atau madam bagi orang Arab.
Di luar makam Abu Dardak. Sahabat Nabi yang disemadikan di Iskandariah.
Sebuah makam yang istimewa di tengah kota Iskandariah.
Anak-anak yang mengikuti kuliah Perubatan di Universiti Iskandariah ini menjamu kami sebagai jamuan pra Eid al-Adha. Terima kasih banyak-banyak.
Di sebuah jalan lama. Di hadapan bangunan lama. Namun sangat hampir dengan Laut Mediterranean.
Bergambar bersama rakan serombongan. Hajjah Normadiah. Berasal dari Nilai.
Poster sebuah pementasan teater.
Berselfie lagi.
Di Mesir banyak banyak keledek. Mereka hanya membakarnya seperti dalam gambar ini. Tidak ada yang digoreng atau dibuat pengat. Tidak juga dibuat keria atau inti karipap. Atau dibuat kuih lain.
Esoknya ialah Eid al-Adha. Seekor lembu ditambat di situ. Lembu itu disembelih di situ juga.
Saiz lembu itu sudah cukup lumayan dagingnya. Mereka menyembelih lembu-lembu yang sihat dan berisi pebuh dengan daging. Jika diagihkan kepada yang berhak memang puas hati. Ramai yang merasa nikmatnya daging ibadah qurban dari lembu bersaiz sebegitu.