Kita sering merasakan bahawa diri kita adalah yang terbaik
di kalangan semua manusia yang berada di sekeliling kita. Ada dua implikasi
terhadap perasaan ini.
Pertama: impak positif.
Kedua: impak negatif.
Secara positifnya kita merasa yakin diri. Banyak yang
perlu disumbangkan. Semangat kita selalu bergejolak untuk melakukan yang
terbaik dalam hidup kita. Kita ingin mempengaruhi orang lain supaya menjadi
kita yang istimewa. Kita ingin mengubah
dunia. Banyak yang perlu kita lakukan untuk merealisasikan impian dan hasrat
diri yang selama ini terpendam. Andainya peluang itu tiba, maka keinginan untuk
mempamer yang terbaik kebarangkaliannya sangat tinggi akan berjaya.
Secara negatifnya dapat dilihat dari dua sudut. Orang di
sekeliling kita mungkin tidak suka cara kita kerana mengganggu hidup damai dan
harmoni yang sedang mereka lalui selama ini. Mereka tidak berapa akur untuk
berubah, tidak membantu perubahan berlaku, mekanisma perubahan tidak boleh
berlaku. Impian untuk melihat perubahan akan mengecewakan. Dari sudut ini,
hanya mereka yang benar-benar memiliki keyakinan diri yang tinggi sahaja yang
akan survive.
Oleh yang demikian, fitting into the system adalah
alternatif yang terbaik. Dari dalam, kita cipta dinamisme perubahan. Untuk berubah:
1 Ubah diri
sendiri dulu. Ubah penampilan, ubah pertuturan, ubah pergaulan, ubah
tingkahlaku lebih positif, ubah cara berinteraksi dengan orang lain. Bersikap terbuka.
Banyak belajar kendiri, belajar kerana di”sekolahkan” oleh orang lain, belajar
dari kesilapan.
2 Melihat
sekeliling untuk mengesan di mana perubahan paling sesuai boleh dilakukan.
3 Lakukan perubahan
yang tidak terlalu ketara. Cuma orang mungkin mengesan suatu perubahan telah
belaku.
4 Ingat, tidak ramai
orang yang perlukan perubahan, tidak mahu perubahan, tidak mengetahui perlunya
perubahan dan tidak akan membantu sebarang perubahan.
Di pejabat, meja kita mengadap kaunter dan pintu. Lazimnya
begitu. Pada perasaan semua orang kita boleh mengesan jika ada orang datang. Tetapi
pada hakikatnya ketika orang itu sudah berada di hadapan meja kita, baru kita
perasaan. Ini kerana sewaktu melakukan tugas di meja, kita lebih banyak
menundukkan kepala melihat apa yang kita lakukan dan bukan melihat apa yang ada
melangkaui meja kita. Sebaliknya jika
meja kita selari dengan kedudukan kaunter ekor mata kita memainkan peranan. Ia fizikal
dan psikologikal. Ekor mata kita boleh mengesan pergerakan lebih jauh dari yang
kita bayangkan. Sebelum pelanggan sampai di kaunter, kita sudah berdiri
menyambut kehadirannya. Melakukan perubahan yang sangat kecil sebegitu pasti
mendapat tentangan. Bukan dari rakan sekerja bahkan dari ketua pejabat. Pengalaman
peribadi penulis.
Menyesuaikan diri dengan perubahan dilihat sukar jika
kita:
1
Tidak mahu berubah.
2
Tidak mahu
menyesuaikan diri.
3
Tidak membantu
perubahan supaya berlaku.
Sebagai staf yang tidak ada kuasa, banyak yang boleh kita
lakukan:
1 Jadi ahli yang
aktif dalam mesyuarat, taklimat dan perubahan. Jangan simpan perasaan, cadangan,
idea atau saranan-saranan yang boleh dikongsi dengan orang lain.
2 Belajar menyampaikan
idea dan hujjah dengan bahasa, istilah dan intonasi suara yang mengesankan.
3 Apabila sesuatu
cdangan dikemukakan, buat kajian segera sepantas kilat. Kesan jika ada
kelemahan. Buat cdangan balas yang lebih menasabah, lebih ekonomik, lebih
menasabah kebarangkalian untuk berjaya.
4 Mereka yang
banyak bercakap tidak disukai. Itu fakta. Tetapi jika disampaikan dengan bersahaja
tanpa emosi, orang lain akan memberikan perhatian mereka. Isi dengan data,
dengan dapatan kajian, dengan fakta semasa.
Dalam organisasi kita mungkin bukan siapa-siapa. Jangan jadikan
itu sebagai alasan untuk:
1
Tidak aktif.
2
Tidak melahirkan
idea.
3
Malas bercakap.
4
Kecewa, merungut,
mengumpat dan memperlekehkan orang lain.
5
Meninggalkan amalan
yang baik.
Menyesuaikan diri ini amat penting dalam jangka panjang. Kerja
bukan mudah diperolehi. Apa yang ada perlu dijadikan kerjaya yang berjaya pada
masa hadapan. Ada kesabaran untuk mencapai cita-cita diri. Kejayaan tidak boleh
dicapai dalam masa singkat. Bukan sehari atau dua hari. Jika kita menjadi
unfit dalam organisasi, lebih baik keluar sebelum dikeluarkan. Kadang-kadang
kita turun merendah diri untuk membiasakan diri dengan hal-hal di peringkat
bawahan. Apa salahnya pegawai:
1
Menyusun meja
dan kerusi.
2
Menyapu sampah.
3
Membuang sampah.
4
Membancuh kopi
sendiri.
5
Bancuh kopi
untuk orang lain.
Melakukan kerja-kerja “bawahan” lebih memesrakan diri,
dihormati dan dihargai. Malah disegani orang keliling. Kita tidak boleh jadi detached
dengan realiti hidup bermasyarakat. Lebih banyak yang boleh kita lakukan, lebih
hormat orang kepada kita. Syaratnya bukan menunjuk-nunjuk dan bukan pula untuk diwar-warkan
atau dikomersilkan. Yang paling baik ialah lakukan dan senyapkan. Biar dilihat
bukan untuk didengar.
Sebenarnya ramai orang gagal bermasyarakat atau bersosial.
Sebabnya:
1
Mereka hanya
banyak melihat dan bukan membantu.
2
Mereka membantu
sedikit dan melepaskan kerja itu untuk dilakukan oleh orang lain.
3
Mereka tidak memiliki
rasa malu kerana hanya mampu melihat bukan membantu.
4
Mereka perlu “diketuk”
untuk bergerak. Inisiatif tiada pada diri.
5
Mereka meninggalkan
orang lain untuk melakukan kerja sementara mereka lesap tanpa bayang.
6
Suka menyalahkan
orang lain (blame game). Orang lain sahaja yang salah.
Ramai orang lupa bahawa diri kita diperhatikan orang
lain. Baik kita, ketara. Buruk kita juga ketara. Dalam peribahasa Jawa, “Seng
apik ketitik, seng olo ketoro.” Maksudnya yang baik itu dilihat baiknya. Yang buruk
pula dilihat juga buruknya. Dalam organisasi ramai ahli yang mengelak untuk
melakukan kerja dan tugas yang terbaik. Tetapi merekalah yang ingin bahagian
ganjaran yang lebih banyak. Mereka lupa menilai diri. Setakat mana sumbangan mereka
untuk melaksanakan sesuatu aktiviti. Kualitinya entah di mana. Kuantitinya tidak
kelihatan.
Memperbaiki diri perlu dengan cara refleksi diri atau
muasabah diri:
1
Apakah kita telah
melakukan yang terbaik?
2
Apakah cukup
kuantiti tugas yang kita lakukan?
3
Adakah kualitinya
melebihi keperluan?
4
Adakah ianya
menyumbang kepada kejayaan bersama? Atau terlalu sedikit?
5
Adakah kita memiliki
perasaan “cukuplah tu”?
6
Apakah lagi yang
perlu kita perbaiki? Diri kita, hasil kerja kita, pencapaian kumpulan, pencapaian unit, pencapaian jabatan, pencapaian organisasi.
7
Apakah bidang
lain yang perlu kita pelajari?
8
Bagaimanakah cara
untuk menjadi lebih efektif dan lebih efisien?
Carilah di luar sana dengan banyak membaca, banyak
bertanya, banyak melihat, banyak berseminar dan banyak berinteraksi dari mereka
yang lebih arif. Belajar dari mereka yang banyak pengalaman. Mereka yang
berjaya. Mereka yang lebih tua dalam industri atau organisasi. Belajar untuk
menjadi lebih baik dan terbaik.