Kisah 1:
Saya berbual dengan beks seorang MP (Ahli Parlimen). Seorang sahabat sejak dari waktu di sekolah
menengah. Kebetulan sama belajar di universiti. Dialog kami berdua.
Saya: YB, saya
bercadang untuk menyumbang di kawasan YB.
YB: Apa yang hendak you sumbng?
Saya: Dalam bentuk
sesi motivasi di kalangan pelajar sekolah
menengah.
YB: Bagus jugak. Tapi you pegawai division one kan?
Saya: Ya
Perbualan kami
terhenti setakat itu. Tersentap hati saya dengan sebutan division one itu. Saya banyak juga makan garam. Mengerti apa
yang tersirat di sebalik pertanyaan YB
tersebut. Seorang sahabat yang saya kenal hati budinya tetapi memberi respons
yang menjengkalkan hati saya. Saya tidak dapat mengagak apa yang pembaca faham
dari dialog ringkas tetapi padat itu. Dialognya kecil. Namun implikasinya
sangat mengesankan. Sebagai bukan orang politik saya memahami hati seorang YB.
Menjaga domainnya
sebagai orang politik. Seorang ahli politik banyak bertindak dengan syak
wasangka. Cuba membaca yang tersirat. Memberi respons
sewajarnya. Pembaca ingin tahu jawapannya?
1
Orang
division one
tidak boleh aktif dalam politik kepartian. Jawatan saya ketika itu dalam
kategori tersebut. Division one.
2
YB
tersebut khuatir saya membina kekuatan melalui ceramah motivasi di kawasan YB
yang juga kampung halaman saya. Takut saya menjadi pesaingnya. Rakan-rakan saya
di kawasan itu. Saudara mara saya di kaswasan itu/
3
Ungkapan
, you
division one sangat menghiris hati saya. Saya orang akademik.
Politik hanya sekadar mengambil tahu sahaja.
Pada dasarnya
penjawat awam yang berstatus division one dilarang terlibat dalam politik. Saya
pernah menghadiri mesyuarat sebuah parti politik. YB yang menjadi pemerhati
bahagian sangat berwaspada terhadap orang-orang yang berkelayakan division one.
Bercakap tidak boleh. Bertanya tidak boleh. Berhujjah tidak boleh. Membangkang
jauh sama sekali. Yang menjadi kemusykilan saya ialah mengangkat tangan dalam konteks
menyokong atau membantah sesuatu cadangan dibolehkan. Bercakap tidak boleh
tetapi menangkat tangan boleh. Maknanya dalam
parti politik orang yang dalam kategori dividion one dibisukan. Pada masa yang sama
tangan mereka diperlukan dalam kiraan undi. Seorang pegawai division one adalah ahli pasif. Orang
pandai jangan harap mendapat tempat dengan mudah dalam parti politik. Dalam
suatu kisah yang lain seorang ahli politik yang memiliki ijazah PhD tidak
terpilih dalam pertandingan untuk jawatan ketua pemuda bahagian di sebuah
negeri. Yang menang hanya seorang yang berkelulusan SPM. Bukan bermakna
kelulusan SPM tidak bijak. Namun persepsi masyarakat begitu. Ada kekurangan
dari segi akademik. Tidak terasah kognitifnya ke peringkat tinggi. Dalam apa
keadaan sekalipun, kelayakan akademik adalah penting.
Kisah 2:
Saya menghubungai
seorang YB yang baru menang dalam PRU13 yang lalu. Beberapa kali saya buat
panggilan tidak berjawab. Datang pula sms meminta saya membuat sms sahaja. Kami
berbalas mesej.
YB: sms je. Saya sdg mesyuarat.
Saya: Assalamualaikum
YB. Saya Haji Yusof dari Batu Pahat. Saya cadang nak jumpa YB. Bila agaknya YB habis mesyuarat. Saya di JB sekarang.
YB: Berkaitan dgn apa ye? Boleh jelaskan.
(Saya jelaskan
maksud hajat saya yang sebenar. Maaf ada kerahsiaan.)
YB: Siapa ni?
(Saya terangkan
butiran mengenai diri saya)
Selepas itu saya
hantar gambar wajah saya supaya mudah dikenali.
Dialog melalui sms
hanya setakat itu sahaja. Saya menjadi tawar hati. Tidak menghubunginya lagi
hingga sekarang. Kecewa hingga ke dasar hati. Apa masalahnya dalam hal ini? Dalam
kes pertama YB tersebut menjaga domainnya hingga tidak membuka ruang langsung
untuk menambah baik dirinya dan domainnya. YB yang baru ini bekas seorang penjawat
awam. Saya mengenalinya sekian lama. Banyak kali bersamanya dalam majlis-majlis. Setelah menjadi
ahli politik dia masih lagi memakai baju penjawat awam. Transformasi belum
berlaku pada dirinya. Ada banyak perbezaan antara penjawat awam berbanding
seorang ahli politik. Khususnya apabila mereka menjadi YB.
1
Domain seorang penjawat awam hanyalah organisasinya sahaja. Dalam
satu kawasan takluk yang kecil. Tugasnya khusus dan dikhususkan. Pegawai Tadbir
Tanah hanya menjaga hal-hal yang berkaitan dengan tanah. Qadhi pula berkaitan
dengan agama Islam. YB pula tugasnya mencakup semua perkara mengenai orang
hidup dan mungkin juga orang yang sudah meningggal dunia. Tidak ada pengkhususan yang khusus. Jika menjadi
EXCO dia diberi tugas khusus di peringkat negeri tetapi melayani semua hal
dalam kawasannya sendiri. Tanpa had.
2
Penjawat
awam bertugas lapan jam sehari. Lima hari seminggu. Bercuti semasa cuti umum. Cuti
rehatnya mungkin 30 hari dalam setahun. Seorang YB bertugas 24 jam sehari. Tujuh
hari seminggu. Tidak ada cuti semasa cuti umum. Tidak ada cuti rehat.
3
Politik
parti dan politik pejabat tidak sama. Ada kesamaan tetapi tidak sama. Politik pejabat
melibatkan kewibawaan (authority), tanggungjawab (responsibility) dan
penanggungjawaban (accountability). Dasar pejabat adalah jelas. Skop kerja
adalah jelas. Spesifikasi jobnya jelas. Dalam politik parti everything is not
impossible but not everything is possible. Orang politik jarang
mengatakan yes.
Tidak juga mengatakan no.
4
YB
baru tidak diberi pendidikan untuk menjadi true politician. Mereka menjadi ahli politik
biasa-biasa sahaja. Dalam banyak hal YB gagal dalam berkomunikasi. Alat paling
penting kepada ahli politik.
Apabila seorang
rakyat berhajatkan wakil rakyatnya sewajarnya tidak ada hijab antara mereka. Terus
dan telus. YB tidak perlu banyak soal. Banyak songel. Rakyat tahu YB sibuk. Namun
rakyat didahulukan terutamanya pengundinya. Mereka yang memilihnya. Yang mengangkatnya
berada dalam posisi itu sekarang. Bagaimana jika dialog berikut berlangsung?
Rakyat: Assalamualaikum
YB. Saya nak buat temujanji dengan YB.
YB:
Waalaikum salam. Maaf saya sibuk sekarang. Boleh hubungi saya pukul 5.00
petang ini?
Rakyat: InsyaAllah
YB.
Tidak perlu
bertanya siapa. Ada hal apa. Apa masalah. Boleh jelaskan. Dengan telefon mana
ada ruang untuk memperincikan hajat hati. Letih jari mengetik teks panjang
berjela. Tidak perlu hingga minta penjelasan siapa nama rakyat yang ingin
membuat temujanji. YB adalah wakil rakyat. Bertugas untuk rakyat. Kata orang
bijak pandai YB adalah hamba rakyat. Rakyat yang menjadi raja. Malangnya tidak
ramai YB yang menghambakan diri. Rakyat kekal dirakyatkan. Untuk mereka yang
beraspirasi untuk menjadi YB eloklah belajar protokol komunikasi. Bahasa diplomasi.
Pendekatan diplomatik. Beradab dan berhemah. Usah sedikitpun terkurang adab. Secarikpun
tidak. Jika itu berlaku cemarnya diri kekal diingat rakyat sampai bila-bila. Kadang-kadang
rakyat bungkam dengan masalah mereka kerana YB tidak sensitif mengenal masalah
rakyat. Tidak pula arif walaupun sekadar mengambil perhatian. Menyejukkan hati
rakyat. Fikir-fikirkan.