Kampung saya jauh di pedalaman. Sebelum tahun 1962 jalanraya bukan impian. 1990 saya sampai di Toronto, Canada. Rumah orang putih yang saya duduk. Awal September yang sudah mencengkam sejuknya. Di ruang tamu saya berdiang panas. Itulah Hearth yang memanas rumah. Heart memanas perasaan. bagi yang hangat bercinta, hangatlah ruang itu dengan kasih sayang. Pasangan yang baru mendirikan rumahtangga tentu hearth seperti itu menghangat kenangan. Warga emas menghabiskan sisa-sisa masa hadapan yang semakin hilang.
Kita selalu melihatnya melalui TV. Meriah dilihat
melalui filem. Begitu juga melalui gambar pegun, CD dan poster. Rumah orang
putih tidak sama dengan rumah kita. Rumah kita sekadar melindungi dari panas
dan hujan. Keselamatan ala kadar kerana kebanyakan kita tidak kaya. Lumrah
kepada kita rumah yang banyak perabot hingga sukar bergerak dalam rumah
sendiri. Bila malam lampu bergemerlapan. Rumah besar atau kecil hanya berbeza
saiz. Pengisiannya hampir sama. Tidak banyak beza. Malah kadang-kadang rumah
yang kecil lebih padat isinya. Malah TV di rumah kecil lebih besar dari TV di
rumah besar. Perabot di rumah kecil mungkin lebih mahal dari yang di rumah
besar. Keutamaan kita berbeza. Mungkin itulah bezanya orang yang lebih cultured dengan yang tidak. Berbeza
antara orang yang lebih advanced
dengan yang tidak. Berbeza antara orang yang lebih tinggi tahap pemikirannya
dengan yang tidak. Jika kita membina tamadun orang melihat kita jauh lebih
tinggi. Lebih gagah. Selalu didongak. Letaknya di atas.
Pemilik rumah besar pentingkan kualiti dan
keselesaan. Hiburan bukan keutamaan. Pendidikan dan keberkesanan hidup
berekonomi. Menyempurnakan tanggungjawab sosial. Membangunkan kesempurnaan
diri. Self-actualisation. Lain benar
di rumah kecil. Semua isinya out-of-propotion.
Isi rumah melebihi kadar pendapatan. Maka terabai kualiti dan kuantiti. Makanan
yang ala kadar. Santapan rohani yang terlalu sedikit untuk anak-anak dan diri
sendiri. Hiburan melampaui keperluan. Home
stereo mengaum di mana-mana ruang. Pendidikan anak-anak jauh dikebelakangkan. Bukan keutamaan membeli
buku. Tiada perpustakaan yang sesuai. Kadang-kadang banyak hal-hal yang tiada
perlu berbanding dengan semua yang diperlukan untuk mengangkat martabat
keluarga. Martabat agama. Martabat bangsa. Martabat diri sebagai individu yang
melebihi orang lain.
Rumah kita tiada keperluan menahan sejuk. Tiada
keperluan menahan panas. Bumbungnya tiada perlu menahan snow. Tiada angin kencang sengeri twister. Sebab itu banyak lubang di sana
sini. Hanya bila perlu kita lakukan pengurusan kerosakan. Rumah orang putih ada
yang besar. Biliknya berbelas-belas. Harganya jutaan USD. Namun banyak rumah
mereka yang menurut keperluan sahaja. Namun ukurannya berbeza. Rasanya kita
selalu dengar program merancang keluarga. Banyak datang dari barat idea seperti
itu. Kepada mereka membesarkan anak perlu secukupnya. Perlu sempurna. Seorang
anak sebuah bilik. Kita tidak pernah berfikir begitu. Yang kita fikirkan ialah
anak itu boleh makan. Asalkan kenyang. Khasiat? Nanti dulu. Manfaat? Jangan
difikir. Yang penting kenyang. Sekolah? Ikut
trend. Macam mana nak pandai? Pandai cikgulah. Mereka professional. Mana
hendak tidur? Mana-mana ruang boleh. Berkongsi apa yang ada. Implikasinya
terlalu jauh. Mungkin ada entri lain yang lebih sesuai.
Di rumah orang putih suasana selalunya damai.
Tenang. Santai. Cahaya lampu tidak begitu terang. Romantis barangkali. Perabot
seadanya. Bukan memenuhi semua ruang. Mereka tidak menyediakan perabot untuk
tetamu yang ramai. Sekadar empat orang kemungkinannya. Ada keutamaan yang
selalunya kita abaikan. Mereka pasti ada study
room. Mungkin juga perpustakaan. Di luar rumah mereka ada garaj yang juga
mungkinnya sebuah bengkel. Bertukang umpamanya dibuat di bengkel itu. Tidak ada
sepah. Tidak ada kecah. Tidak ada kecelaruan suasana. Rumah terpelihara dari
kekalutan membuat kerja tidak tentu tempat. Laman rumah, keliling rumah
semuanya terpelihara. Setiap aktiviti ada tempatnya. Ada ruangnya. Ada
prasarananya. Sistem dibangunkan. Prosedur dilakar. Proses ditentukan. Semua
hal adalah sistematik dan sistemik.
Kembali ke dalam rumah. Di ruang tamu ada
ruang memanas udara. Hearth. Heart adalah
hati. Hearth pula tempat memanaskan
udara. Kayu yang khusus dibakar. Tidak mengeluarkan asap atau bau. Arang batu
yang dilombong jauh di dalam bumi menjadi pembakarnya. Sekarang mungkin
digunakan gas atau elektrik. Hangat seluruh rumah. Boleh bertahan sejuk winter.
Hearth agak terlalu istimewa.
Tradisional. Bergaya lama. Sekarang rumah-rumah lebih banyak yang memasang heater. Alat pemanas daripada elektrik
atau gas. Lebih mudah. Sukar sebenarnya membakar arang atau kayu. Perlu
diservis secara berjadual. Jika terlupa pada malam yang panjang tiba-tiba sejuk
mendatang apabila kayu lambat dibakar untuk menyambung bara. Namun hearth lebih menarik. Lebih sentimental.
Rumah orang putih tidak cantik luarannya. Dibiarkan
terdedah kepada panas summer dan snow winter. Ada pula merayap berbagai
pokok. Namun bahagian dalaman rumah sangat dihias rapi. Diambilberat
susunaturnya. Diberi nafas pemiliknya. Mewarnai citarasa. Memenuhi hasrat
mencapai ketenangan. Kemasan dinding dan lantainya bertema. Lazimnya rumah
mereka diterangi dengan lampu berdiri atau lampu meja. Lampu siling hanya ada
di rumah yang besar agam. Yang pemiliknya mewah memakan dan yang membakar duit.
Di rumah orang kebanyakan sangat berbeza. Mereka hidup biasa, santai tetapi
berkecukupan. Barangan baru atau terpakai bukan ukuran. Yang penting selesa.
Lagipun di rumah orang putih tiada keperluan ruang besar dan luas. Mereka tidak
mengadakan kenduri kendara di rumah. Jika dijemput handai taulan mereka
mengadakannya di lawn. Laman rumah.
Jika di dalam rumah mungkin setakat dua atau tiga pasangan sahaja. Tanpa
kanak-kanak. Jiran rapat atau teman rapat sahaja.
Seperti pernah saya coretkan dahulu rumah kita mestilah ada perpustakaan. Ada ruang solat yang selesa. Ada setor untuk meyimpanan barang-barang yang gunanya
kadang-kadang. Jarang-jarang pula. Jika setiap ruang ada gunanya rumah pasti
tiada sepahnya. Mudah diurus sebenarnya. Setiap benda ada tempatnya.orang dewsa
ada ruangnya. Kanak-kanak ada ruangnya. Ilmu, hiburan dan agama dipisahkan
dengan ruang-ruang yang menjana keinsafan untuk bermunajat. Berserah kepada
Allah semata-mata. Rumah orang putih melengkapi seadanya keperluan mereka
berbudaya. Gaya mereka. Keselesaan mereka begitu. Ada yang boleh diikut dan ada
yang tidak boleh diikut. Kita boleh belajar untuk mengubah paradigma berfikir. Paradigma
bertindak. Membina keluarga mestilah berlandaskan
syariat. Berlapik teknologi. Bertongkat ekonomi. Mudah-mudahan hanya Allah
tempat mengharap segala harapan.
Di kiri Tuan Haji Mohamad. Orang Kelantan. Kali terakhir khabarnya di Kolej Twintech. Di sebelahnya Datuk Zakaria.Mantan Pengarah Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Mantan Pengarah Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Mantan Pengarah Pendidikan Negeri Perak. Kedua-dua mereka biasa di England. Bachelor mereka di sana.
Rumah sebuah ini santai juga. Ada beberapa bilik yang cukup luas. Ruang tamu, dapur dan ruang makan. Ada laman di sekelilingnya. Jalanraya di hadapan rumah agak luas. Lapan lorong. Maaf saya lupa nama jalan ini. Sudah 22 tahun saya tinggalkan.
Sebenarnya sudah ada notis bahawa rumah itu hendak dirobohkan. Dikira terlalu tua. Sewaktu saya duduk dahulu terasa bimbang juga jika tiba-tiba rumah itu dirobohkan.
Di tengah gambar ada tiang sebatang setinggi paras bahu. Itulah tempat bas berhenti. Ada jadual pada tiang itu. Bas datang tepat pada waktunya. Kami selalunya turun dari rumah dua minit sebelum bas sampai. Entah bila keadaan seperti itu boleh berlaku di Malaysia. Negara kita yang tercinta. Negara yang selalu disebut Satu Malaysia.
Pokok renek mengelilingi rumah. Tiada pagar. Daun pokok bila dibiarkan meliar, panjang dan berserabut. Pinjam mesin pemotong. Cantik juga kawasannya kami jaga.