Banyak sekali komen-komen yang dirasa kurang enak yang
mengatakan bahawa graduan Melayu ramai yang menganggur. Implikasinya banyak.
Antaranya mungkin:
1
Graduan Melayu lemah
kecerdasan akademik.
2
Graduan Melayu lemah
kecerdasan sosial.
3
Graduan Melayu tidak
mencapai standard deskripsi untuk sesuatu job atau tugasan.
4
Graduan Melayu
didiskriminasi.
5
Graduan Melayu mangsa
rasis.
6
Graduan Melayu tidak
kreatif, tidak inovatif dan tidak imaginatif.
Apa pun tanggapan mengenai hal ini, kita wajar membuat
tinjauan atau sorotan mengenai apa yang sebanarnya berlaku. Penulis ingin menelusuri
permasalahan ini melalui pengamatan diri menjadi pendidik selama lebih 32 tahun
dari sekolah kebangsaan, sekolah menengah, politeknik dan universiti. Apabila
seseorang graduan meninggalkan alma mater mereka ada beberapa perkara
yang mereka bawa keluar ke dalam pasaran pekerjaan. Mereka yang mudah mendapat
pekerjaan berbeza dengan yang lama menganggur.
1
Sikap asas yang inkuitif.
2
Latihan kepimpinan di IPT.
3
Sifat versatile.
4
Penamilan diri yang up-to-date
5
Bijak berkomunikasi dalam
Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu atau Bahasa lain jika ada.
6
Latabelakang keluarga dan
budaya korporat.
Selepas beberapa bulan pelajar-pelajar menjadi graduan dari
sebuah politeknik, penulis meninjau status beberapa orang graduan.
1
Mendapat pekerjaan sebulan
selepas keluar dari politeknik.
2
Selepas dua tahun belum
lagi mendapat pekerjaan.
Dalam situasi pertama, graduan tersebut:
1
Banyak bertanya di dalam
kelas.
2
Berani menyatakan
pendapatnya dalam banyak keadaan.
3
Bersifat lepas laku atau
mudah bersosial.
4
Dalam banyak keadaan, ramai
rakan sekelasnya yang kurang senang dengan keletah dan cakapnya. Dia dianggap
banyak cakap.
Barangkali itu resepi graduan bakal pekerja yang dinanti
oleh pihak korporat. Pekerja yang tidak pernah berpuas hati. Berani memberi
pendapat dalam situasi yang ketat umpamanya. Mereka mahukan pekerja yang mudah
bersosial dan berinteraksi dengan semua orang. Team building ingredient.
Mungkin ramai rakan sejawat yang kurang senang tetapi dia tetap ke hadapan – moving
forward dengan aspirasinya – graduan yang berwawasan dan mengejar impian
untuk berjaya.
Dalam situasi kedua pula, graduan itu:
1
Kurang bercakap.
2
Tidak banyak melibatkan
diri dalam perbincangan.
3
Lebih banyak mendengar dari
menyampaikan pendapat.
Majikan pastinya tidak suka pekerja yang ‘baik’ tetapi tidak
vibrant dalam syarikat. Tidak versatile. Tidak ramai kawan dan
tidak mudah berkawan. Hanya menyimpan pendapatnya sendiri. Tidak dikongsikan
dengan orang lain. Dalam psikologi, majikan lebih sukakan ekstrovert berbanding
introvert. Kebanyakan pekerjaan lebih sesuai dengan mereka yang bersifat
ekstrovert. Mungkin sebahagiannya untuk mereka amvibert. Sifat sukakan
bersosial ini dipupuk dari rumah, diperkuat di sekolah dan diperhalusi di
IPT.
Maka permasalahan graduan Melayu banyak menganggur perlukan kajian
mendalam atas pencapaian akademik mereka dan kemahiran sosial mereka. Setelah
menjadi graduan mereka perlu menjadi
bahagian penting masyarakat. Bukan tempelan kerana mereka sudah ada status
akademik. Malangnya kesedaran untuk menjadi ahli masyarakat tidak diperolehi di
IPT. Tidak dialami sewaktu menjadi pelajar. Apabila mereka kembali kepada
masyarakat mereka menjadi alien -makhluk asing. Misfit dalam
banyak hal. Menjadi jumud sebelum teruji sepenuhnya.
Seorang pelajar diberi tawaran kerja setelah menjalani ujian
individu dan ujian berkelompok. Ramai pelajar tidak berani bercakap dalam temuduga
kelompok kerana:
1
Gemuruh.
2
Gentar.
3
Tidak yakin dari segi
kemahiran berkomunikasi.
4
Lemah Bahasa – gagal menggunakan
istilah khusus dan berkaitan.
5
Malu tidak bertempat.
6
Penampilan kurang sesuai
dengan jawatan yang dipohon.
7
Lemah protokol dan etiket
di hadapan oran ramai.
Graduan yang control dan dominan mungkin ditawarkan
pekerjaan di akhir temuduga itu, di hadapan calon-calon yang lain. Yang tidak
banyak bercakap atau yang tidak berani terlibat dalam perbincangan terpaksa
hanya mendengar dan menerima hakikat orang lain yang menerima sesuatu tawaran
pekerjaan. Majikan perlukan pekerja yang:
1
Boleh menjadi jurucakap.
2
Boleh mengajar staf baru.
3
Berkongsi idea.
4
Memperluas idea orang lain.
5
Banyak cadangan praktikal
dan ekonomi.
6
Mudah diajak berbincang dan
berunding.
7
Berfikiran positif.
Benarlah telahan ramai orang lain bahawa apabila dikatakan
ramai graduan Melayu menganggur maka yang dituding ialah diskriminasi. Mana
mungkin telahan itu dianggap benar. Mari kita lihat realitinya.
1
Selain dari kerajaan berapa
ramai sebenarnya majikan Melayu yang memiliki korporat besar di tanah air
tercinta ini.
2
Kita tiada ladang ribuan
hektar.
3
Tiada supermarket atau
hypermarket di semua bandar besar.
4
Tiada kilang besar yang
ramai pekerjanya.
5
Tiada syarikat pembinaan
yang besar atau pemaju yang benar-benar besar.
6
Ramai orang kita yang kaya
tetapi tidak ramai yang mencipta peluang pekerjaan.
7
Ramai yang kaya tetapi
statusnya senyap. Mengutip dividen tahunan sahaja.
Salah siapa sebenarnya? Dan paling mudah kita katakan
kesemuanya kerana diskriminasi. Etnik lain mencipta peluang pekerjaan untuk
etnik mereka sendiri tentunya. Mereka tidak akan menyusukan kera di hutan. Keutamaannya
ialah etnik mereka dahulu. Bakinya diberikan kepada etnik lain. Itu pun mungkin
jawatan peringkat rendah. Tidak adil
menyalahkan mereka. Kita yang diberi peluang selama lebih 60 tahun tidak
membawa diri kita ke persada yang sewajarnya. Hingga sekarang orang kita hanya
berharap kepada sektor awam. Kepada kerajaan sahaja.
Kadang-kadang kelihatan lucu. Kita boleh berbahasa Inggeris
yang fasih. Boleh berbahasa Mandrin. Tetapi selagi nama kita Muhammad atau
Salmah, maka nama itu tidak boleh fit dalam mana-mana syarikat ethnik
lain. Kita bukan Ah Chong atau Mei Hwa. Maka untuk lebih menyelamatkan
anak-anak kita, mereka yang berada dari segi ekonomi perlu memikirkan kaedah
terbaik mencipta pekerjaan dengan cara terlibat secara aktif dalam bidang
keusahawanan, perkilangan, pengangkutan, penggudangan, pengedaran dan industri
servis yang sangat banyak. Bola di kaki tuan sekarang. Sepaklah ke dalam gol.
Hanya bilangan dan kelebihan gol yang memenangkan. Bukan sekadar permainan
semata-mata.