Sistem pendidikan kita telah melalui beberapa fasa yang banyak. Panjang sejarahnya. Mengikut sejarahnya sudah ada sejak zaman kerajaan Sri Vijaya lagi. Atau mungkin sebelum itu. Mungkin zaman Demang Lebar Daun. Raja Suran. Daun-daun lontar yang akhirnya me njadi lambang Dewan Bahasa dan Pustaka itu menjadi saksi dan bukti bahawa orang Melayu sudah ada tulisannya sendiri ribuan tahun dahulu. Batu bersurat yang dijumpai di Kuala Berang, Terengganu pula membuktikan bahawa Islam dan tulisan Arab (Jawi?) telah sampai ke Semenanjung pada kurun yang ke-13. Sebelum dikatakan sampai di Melaka. Islam sahaja sudah lebih tujuh ratu stahun. Jika dilihat artifak di Lembah Bujang, maka sejarah orang Melayu jauh lebih lama dari yang disangkakan.
Dalam menelusuri sejarah gemilang masa lampau itu kita kehilangan arah. Kita tidak mengembangkan apa yang ada. Apa yang kita warisi. Apa yang kita sayangi. Apa yang menjadi pesaka kita. Apa yang dalam tangan itu tercicir entah di mana. Larut dan bocor di sepanjang jalan menuju kejayaan. Sebaliknya kita ambil budaya lain. Yang Islam sepatutnya menjadi keutamaan. Itupun kita lepaskan. Kita abaikan. Kita pinggirkan. Kita kesampingkan. Kita nyahkan dari halaman kita. Dari hadapan kita. Dari jangkauan dan garapan kita. Kita mencari yang lain walaupun yang lain itu tidaklah superior berbanding dengan yang Islam. Satu contoh yang unik dalam hal ini ialah penggunaan nombor Arab. Ramai orang menyangka bahawa nombor Arab ialah ۱‚۲‚۳ dan sebagainya. Walhal hakikatnya ialah nombor 1, 2, 3 dan seterusnya. Itulah nombor Arab yang sudah disempurnakan. Sarjana Islam yang memberi erti akan nombor 0 (nihil). Begitu juga konsep infiniti.
Ramai orang yang melihat bahawa sistem pendidikan di Amerika Syarikat sebagai yang terunggul. Jika kita buat sedikit kajian, sistem pendidikan kebanyakannya sama. Yang berbeza ialah falsafahnya. Yang lain ialah prasarananya. Yang mencipta kelainan ialah professionalism guru-gurunya. Yang membezakan ialah pelaksanaannya. Russia banyak kali meninggalkan Amerika. Jepun dibimbangi. Cina dicurigai. Eropah selalu menjadi saingan. Kita pula banyak bercerita tentang acuan sendiri. Kita bercakap tentang world class. Maaflah. Kadang-kadang kita lebih bercakap. Nampaknya yang hendak dilihat kurang pula. Pada tahun 1957 Russia melancarkan Sputniknya yang pertama. Itulah kapal angkasa yang pertama di dunia. Russia mendahuluai Amerika Syarikat. Bagai nak gila orang Amerika. Siang malam mereka merealisasikan impian mengungguli Russia. Hasilnya pada tahun 1960 Neil Young mendarat di bulan. Menanglah soraknya. Persaingan itu kekal hingga kini. Setelah tamat perang dingin – The Cold War- perlumbaan antara mereka masih sengit. Semuanya kerana prestij. Imej. Di hujung perlumbaan itu ada konotasi politik. Mahu menguasai dunia. Pada cabang yang lain mereka menghambat kejayaan ekonomi. Menguasai pasaran dunia.
Saya melihat pendidikan di Amerika sama juga dengan di negara kita. Silibusnya sama. Kurikulumnya sama. Apa yang membezakannya sebenarnya? Kenapa lulusannya lebih unggul? Anak-anak mereka difalsafahkan. Mereka adalah yang terbaik. The best there was. The best there is. The best they will be. Slogan “Malaysia Boleh” masih banyak sebagai slogan. Amerika sudah ratusan tahun merealisasikan impian mereka. Hastrat mereka. Imaginasi mereka. Bukan igauan lagi. Penambahbaikan sentiasa dilakukan. Yang terbaik disediakan. Anak-anak mereka menerima yang terbaik. Kerajaannya menyedikan yang terunggul di dunia. You name it you get it. You ask for it you get it. Maka excellence itu bukan lagi lip service. Ia adalah rempah ratus kehidupan mereka. Asam garam yang mesti ada. Perencah yang memang termaklum wujud.
Waktu di sana, kali pertama saya mendengar istilah hall of fame saya jadi keliru. Apa sebenarnya istilah itu? Sekarang ini sudah menjadi biasa pula saya mendengarnya. Apa sahaja yang mencipta sejarah akhirnya diabadikan sebagai hall of famer. Tercatat dalam senarai hall of fame. Selama setahun anak saya top the class dalam ujian matematik. Namanya tercatat dalam hall of fame di sekolahnya. Frick Middle School Itulah kali pertama saya mendengar istilah yang begitu gamat di sana. Mereka berlumba-lumba meletakkan nama mereka sebagai hall of famer. Satu kejayaan. Kata Maslow, self actualisation. Saya tercari-cari juga implikasinya yang menjadi motivasi. Alanglkah jika hal yang serupa itu ada di sini. Dalam sistem pendidikan kita. Dalam sistem yang sedang kita kembang luas dan lebarkan. Nampaknya masih belum tercipta secara sedar. Untuk memotivasikan pelajar. Ibu bapa mereka. Untuk masyarakat.
Di Amerika Sarikat kebanyakan guru besar memiliki PhD. Guru-gurunya sangat biasa yang memiliki MEd. Malah di tadika gurunya memiliki MEd. Bukan itu sahaja mereka terus dibangun dan dikembangkan menjadi profesional pendidikan yang berwibawa. Pakar dalam bidang-bidang yang utama. Setiap bulan mereka berkursus. Sekali setiap bulan sekolah ditamatkan awal supaya pada waktu seterusnya pada hari itu guru-guru menjalani proses professional development. Academic development. Setiap masa mereka bukan mengikut arus. Tetapi mungkin menyongsong arus. Atau mungkin membina arus. Falsafah pragmatism direalisasikan secara positif untuk mencabar kebiasaan. Dengan premis dan andaian dan hipotesis yang sentiasa dibuktikan benar Mereka mencipta pembaharuan. Kesemuanya disesuaikan. Disegerakkan. Diasimilasikan. Diakamodasikan. Kerangka pendidikan tetap kekal sama. Pengisiannya yang berbeza. Proses updatenya sentiasa berlaku. Maka ana-anak mereka sentiasa dalam keadaan advanced. Mereka tidak ada yang namanya national examination. Jika adapun bukan untuk mencipta kejayaan seperti UPSR, PMR, SPM, STPM. Mereka hanya ingin national norm. Di mana letaknya seseorang pelajar itu dalam konteks seluruh pelajar yang sebayanya di seluruh negara mereka. Mungkin top 5% atau the other extreme. bottom 5%. Yang lain berada antara kedunya. Atau mungkin sekadar menjadi pelajar-pelajar average sahaja. Penilaian kebangsaan tidak ada. Yang ada penilaian sekolah seperti yang sedang kita usahakan sekarang. Sedar atau tidak kita 30 tahun tertinggal jauh di belakang berbanding Amerika Syarikat. Renungkanlah. Wawasan 2020 tinggal sembilan tahun lagi.
Di mana pelajar kita berbanding rakan sebayanya di seluruh dunia? Kita dalam dunia global. Semakin kecil dan mengecil daerahnya. Di sebalik benuapun seperti di sebelah dinding sahaja. Maklumat di hujung jari. Kamera maya ada di mana-mana. Satelit sentiasa beredar. Google sentiasa melihat. GPS atau GPRS sangat biasa. Maknanya kita sentiasa dimata-matai. Apa yang kita buat mereka lihat. Malangnya apa yang mereka buat tidak kita ketahui. Lalu kita mabuk sendiri. Kita rasa kita mencipta yang terbaik. Meneroka yang terbaru. Mungkin jika kita buka mata sedikit kita dapat melihat bahawa kita di belakang. Jauh di belakang. Di seberang lebuhraya kejayaan dan kehebatan. Hanya Nampak berbalam. Entahkan ya entahkan tidak.