Tuesday, November 4, 2014

Bingkisan Dari Kaherah: Melayu Layu Di Sekolah Berasrama



Telah banyak kali viral di facebook mengenai keganasan anak-anak Melayu di sekolah berasrama. Di sekolah berasrama penuh atau di asrama harian. Anak Melayu membantai sesama anak Melayu. Ramai yang memerhati. Mereka tumpang memberanikan diri turut memukul atau hanya memandang dari jauh tanpa berbuat apa-apa. Kegilaan ini berlaku sama ada pelajar lelaki atau pelajar perempuan. Akhlak buruk yang sukar dibeza antara jantina.  Dalam setiap video yang terpapar akan kelihatan watak-watak:

1                   Mangsa yang hanya menahan sakit. Tidak melawan. Tidak melarikan diri. Seolah-olah mereka menjadi mangsa yang rela paksa.
2                   Jurupukul utama dan jurupukul pembantu.
3                   Penonton yang aktif dengan bersorak dan tumpang memaki hamun.
4                   Jurukamera.
5                   Penonton yang menjadi pak pacak.
6                   Pelajar lain yang tidak ambil peduli. Anggap sahaja urusan orang lain.

Pembantaian ke atas mangsa dilakukan dengan:

1                   Penumbuk bertubi-tubi.
2                   Lempang.
3                   Tampar.
4                   Menggunakan lutut.
5                   Menarik rambut.
6                   Menghumban mangsa ke lantai.
7                   Menghentak kepala mangsa ke tembok konkrit.
8                   Terajang.
9                   Pijak.
10              Ada yang memukul dengan kayu.
11              Menarik baju.
12              Sepak di kepala dan badan.


Di mana autoriti?

1                   Pengetua.
2                   Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
3                   Ketua waden.
4                   Waden blok.
5                   Pengawal.
6                   Ketua pelajar.
7                   Ketua blok.
8                   Ketua aras.
9                   Ketua dorm.

Di mana ibu dan bapa ketika ini. Penulis pernah menyiarkan artikel mengenai keselamatan anak-anak di sekolah. Pada pengamatan penulis tiada siapa yang dapat menjaga keselamatan anak-anak di sekolah kecuali pelajar dan dirinya sendiri.

Sensitiviti guru dengan menggunakan pengamatan dan deria rasa seorang pendidik yang mewakili ibu dan bapa serta masyarakat. Juga mewakili generasi bangsanya. Tentulah kelihatan beberapa simtom ke atas pelajar yang menjadi mangsa:

1                   Tanda lebam, calar, luka atau sakit pada anggota mereka.
2                   Pergerakan yang tidak cergas kerana menahan sakit.
3                   Lesu kerana sakit yang amat sangat.
4                   Pendiam.
5                   Murung.
6                   Mudah terkejut bila terdengar suara yang kuat atau jika disentuh.
7                   Mata meliar melihat pergerakan pelajar senior.

Kasihan kepada ibu dan bapa yang anaknya menjadi mangsa:

1                   Berharap sangat anaknya selamat.
2                   Anaknya berada bersama anak-anak yang soleh dan solehah.
3                   Anak-anak yang bantu-membantu.
4                   Anaknya bahagia untuk menjadi warganegara yang bermanfaat.

Kita harus bertanya semula. Masih wajarkah sekolah berasrama walau bagaimana bentuknya sekalipun. Pemerhatian penulis menunjukkan bahawa:

1                   Anak-anak Melayu hilang arah .
2                   Ibu dan bapa bukan lagi tempat bergantung.
3                   Guru bukan lagi tempat harapan.
4                   Autoriti sekolah bukan lagi pembela.

Ianya menjadi menifestasi rupa bentuk masyarakat Melayu Islam akhir zaman:

1                   Ganas.
2                   Mahu hidup sendiri.
3                   Naik dengan membantai orang lain.
4                   Menunjukkan kekuatan yang tiada makna, tiada faedah, tiada masa hadapan.
5                   Hilang kebijaksanaan sebagai bakal umat masa hadapan.

Malangnya ia berlaku kepada anak-anak Melayu sahaja. Ragging atau pembantaian di asrama hanya satu titik kecil masalah remaja Melayu-Islam. Senarainya panjang.

1                   Rempit.
2                   Ragut.
3                   Berhibur keterlaluan.
4                   Lari dari agama.
5                   Melawan ibu dan bapa.
6                   Lari dari rumah.
7                   Ketagihan dadah dan arak.
8                   Seks bebas.
9                   Pergaulan bebas.


Ke mana kita selepas ini. Di mana haluan dan di mana kemudi. Siapa di haluan dan siapa nakhoda. Apakah bahtera merdeka yang kita bawa pulang dari penjajah  sudah banyak bocornya. Bersediakah kita untuk tenggelam bersama kedaifan cara kita berfikir.

1                   Tidak berfikir panjang.
2                   Tidak memikirkan masa hadapan diri, bangsa dan negaranya.
3                   Yang kuat menunjukkan kekuatannya ke atas yang lemah.
4                   Yang lemah tidak boleh bersuara. Hanya mampu menahan derita tanpa pembelaan yang wajar.
5                   Pemikiran menjadi tepu. Minda digunakan di bawah paras waras.
6                   Orang dewasa sibuk dengan dunianya. Materialism. Pangkat dan kerjaya. Status sosial.

Di mana agama dan agamawan?

1                   Peranan ulamak sudah agak lama dibunuh sama ada perlahan-lahan atau secara sewenang-      wenangnya. Mereka dikatakan pandai buat fatwa sendiri. Memutarbelitkan al-Quran dan            hadith.
2                   Al-Quran dikesampingkan. Tidak dirujuk dalam urusan. Hadith pula tidak digunakan kerana diangap usang. Obselete.
3                   Al-Quran dianggap mencakup segala-galanya sehingga tidak perlu merujuk kepada Hadith.     Malangnya al-Quran tidak diberi keutamaan. Hadith dikesampingkan. Ulamak disisih. Roh al-         Quran dicabut mengikut nafsu.
4                   Amalan agama hanya yang berbentuk ritual. Akidah selalu dipersoal. Akhlak selalu terpisah.   Dunia dan akhirat dijauhkan.
5                   Mereka yang pintar tidak dirujuk sewajarnya. Yang alim tidak juga dirujuk.
6                   Yang pintar tidak memimpin. Tidak menjadi imam. Tidak menjadi ketua. Malah kadang-        kadang dianggap tidak layak memegang apa-apa jawatan.

Kita sudah terlalu jauh sesatnya dalam mengendali diri. Perlu rawatan jangka panjang dan rawatan jangka pendek.

1                   Kembali kepada al-Quran dan hadith.
2                   Kembali kepada mengamalkan ajaran Islam.
3                   Pendidikan agama yang segerak dan berintegrasi.
4                   Orang dewasa yang menjadi pendidik, pemimpin yang Islamik, mentor yang taatkan perintah   agama.
5                   Penghakisan semua gejala maksiat khususnya oleh autoriti negara dan autoriti setempat.

Tidak ada penyelesaian segera. Ianya perlu diurut dari masalah yang besar hinggalah kepada masalah yang sekecil-kecilnya.

1                   Semua pemimpin di semua peringkat menjalankan peranan masing-masing. Akauntibiliti    hingga ke akhirat.
2                   Pendidikan agama Islam diperkukuhkan. Diberi nafas baru. Diberi keutamaan sebagai wadah   untuk membentuk masyarakat baru Islam yang patuh agama dan pada masa yang sama                       mencegah kemungkaran.

Tanda-tanda kiamat kecil sudah habis Allah perlihatkan kepada kita. Tanda-tanda kiamat besar semakin banyak satu persatu. Apabila matahari timbul dari Barat nanti semuanya sudah menjadi terlambat. Marilah kita berusaha sebaiknya mengubah ke arah yang lebih diredhai Allah. Sebelum semuanya menjadi sangat menakutkan.

Isu terakhir:


Tutup sekolah berasrama secara berperingkat-peringkat. Kembalikan tanggungjawab mengurus anak kepada ibu dan bapa. Bukan kepada guru. Bukan kepada autoriti. Tanda-tanda yang ada menunjukkan kita gagal membina rupa bangsa melalui sekolah berasrama. Yang berjaya kecil nisbahnya berbanding dengan yang kaki pukul. Menjadi antoganis dalam masyarakatnya. Menjadi musuh kepada semua orang. Warganegara berketerampilan seperti yang dihasratkan Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara tidak terjangkau usaha.