Antara 8 Mac 2014 dengan 24 Mac 2014
adalah hari-hari yang sangat panjang bagi Malaysia. Penantian yang beberapa
minit dianggap ribuan tahun selalunya. Betapa panjangnya masa menanti selama 17
hari. Akhirnya dalam ketiakpastian yang mutlak diisytiharkan bahwa MH370 sudah
tiada. Diyakini sudah berada di dasar Lautan Hindi. Lautan yang paling sunyi. The lonely sea.
Juga lautan paling ganas. Paling tidak diminati untuk direntasi. Bagaimana
bangsa Portugis, Belanda dan Inggeris mengharungi Tanjung Harapan di Selatan Benua
Afrika menyusuri pantai timur Afrika untuk mencari sumber rempah ratus yang
selama ribuan tahun dikuasai oleh pedagang Arab. Pelayar-pelayar zaman
pertengahan pula cuba mencari jalan pintas untuk ke timur. Ke Nusantara. Ke
Kepulauan Melayu. Akhirnya mereka menjajah keseluruhan yang namanya Melayu.
Dari fizikal, minda, perasaan dan psikologi. Hampir sahaja budaya kita terbalik
180%. Yang tinggal hanyalah beberapa yang namanya Melayu. Baju Melayu sudah
jadi pakaian kebangsaan. Bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan.
Lautan Hindi dihindari orang Barat dalam
pencarian mereka untuk meruntuhkan Timur. Teknologi mereka yang dikira canggih
tidak dapat menyelami gelora lautan yang ganas sifatnya. Ketentuan Allah
menjadikannya begitu. Kita yang perlu muasabah diri untuk mencari
jawapan-jawapan yang dekat dengan Allah. Bukan menjauhinya. Banyak harapan yang
tidak tertunai dalam kes MH370. Dalam pengamatan penulis banyak yang tidak kena
sejak dari mula. Teknologi tidak disantuni bersandar kepada pemilik teknologi
yang mutlak. Manusia seluruh dunia terlibat sama. Paling ketara Australia
berperanan seolah-olah mereka adalah negara yang memiliki MH370. Yang
seolah-olahnya penumpangnya adalah rakyat Australia. Parlimennya sangat
komited. Tiada percanggahan keperihatinan antara pemerintah dan pembangkang.
Seluruh sumber kekuatan teknologi mereka disegerakkan (syncronised). Menjadi
penyelaras kepada usaha pencarian hingga ke hari ini.
Kuasa-kuasa besar yang lain sibuk dengan
Crimea. Sibuk menghalang Kremlin dari mengganggu Ukraine. USA yang mencipta
teknologi MH370 itu bermain tarik tali. Negara-negara Islam tidak ada yang
memberi komitmen. Teknologi memang tidak secanggih milik kusa Barat yang sedia ada.
Sumbangan pula ditiadakan. Benarlah kata pepatah Melayu, kawan ketawa memang
ramai tetapi kawan menangis sangat-sangat tiada. Ketika krisis sebegini kita
mengerti siapa kawan kita sebenarnya. Siapa kawan yang mengerti derita
kemanusiaan sebenar. Sungguh, berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Kita pula keliru dalam menilai kawan. Sejak dari awal kita tidak mengenalpasti
kawan yang betul-betul setiakawan. Kita pula cuba mengagahi diri untuk
melakukan yang terbaik tanpa bantuan orang lain. Tanda-tanda awal yang
dikenalpasti dibiarkan berlalu begitu sahaja. Sekarang kita masih dalam
kategori bahawa MH370 telah hilang. Bukti nyata belum ada. Kerana harapan
semakin menipis kita anggap sahaja isnya hilang dan sukar dijejak. Masa yang
menentukan penemuannya,
Sangat menghairankan, kita seperti terlupa
menggunakan sumber yang ada. Sejarah merakamkan bahawa suatu ketika dahulu
apabila Israel menawan Semenanjung Sinai di Timur Mesir mereka membina suatu
benteng yang dinamakan Bar Lev Line. Kedudukannya sangat mencemaskan
Mesir. Ianya terletak benar-benar di tebing Timur Terusan Suez. Benteng
tersebut sangat canggih sehingga tidak boleh dihampiri oleh pesawat juang Mesir.
Israel sangat berbangga dengan adanya benteng itu. Seorang ulamak Universiti
al-Azhar yang warak Allah beri kelebihan padanya. Allah beri ilham kepadanya
bahawa Bar
Lev Line hanya boleh dilumpuhkan dengan air. Meriam dan pam air
mengalahkan keangkuhan Israel. Ada sesuatu yang menjadi iktibar dalam kes Mesir
ini. Ulamak dan umarak berganding bahu demi mempertahankan negara.
Mempertahankan agama. Mempertahankan bangsa dan harga diri. Ulamak dan umarak
berganding bahu dan bukan berpecah belah. Bukan menolak ulamak. Mereka pewaris
Anbia. Mereka dekat dengan Allah. Israel menolak Allah. Islam mengimani Allah.
Begitulah perlunya kita merujuk kepada Allah selalu. Sentiasa. Selagi kita
bernafas.
Dalam krisis yang menimpa negara seluruh
kekuatan fizikal perlu digunakan. Seluruh rakyat diajak membantu mengikut
kemampuan mereka masing-masing. Paling mudah ialah berdoa, solat dan membaca
al-Quran. Ajaklah ulamak tanpa mengira siapa mereka untuk memberi sumbangan
moral dan agama. Kita menjadi lupa kesemuanya. Ramai ulamak dunia yang boleh
dihubungi. Yang boleh membantu. Teknologi dan agama berpisah tiada. Kita berada
di jalan yang sama. Untuk manfaat manusia tanpa melupakan Allah. Bahawa kita
sentiasa mendahulukan Allah dari segala-galanya. Ada syarat yang selalu kita abaikan.
Kita tidak berapa suka untuk berterus terang. Bentangkan faktanya seperti yang
terpapar di depan mata. Seperti yang boleh dilihat. Yang boleh dibaca. Yang
boleh dikira. Yang boleh dijangka. Situasi boleh dikurangkan ketidaktentuannya
jika maklumat semasa yang relevan dikeluarkan seperti yang dilakukan oleh
Australia. No
holds barred. Elakkan dari berahsia. Krisin MH370 adalah milik
dunia. Bukan milik kita sahaja. Pesawatnya milik kita. Kehilangannya milik
dunia. Berterus terang lebih baik. Ramai yang bersedia menerima kenyataan.
Apa-apa yang tersembunyi tidak dapat kekal kerahsiaannya. Apabila terbuka banyak
masalah untuk mengendalikanya.
Rasanya sejak awal tentera kita telah
memberi isyarat bahawa MH370 membelok ke kiri dan menghala ke barat dan bukan
ke Timur Laut menuju Beijing. Walaupn
USA mengkagumi keupayaan tentera kita tetapi maklumat itu tidak diterima dengan
sungguh hati. Hanya apabila ramai pakar lain, maklumat lain, negara lain
memberi maklum balas barulah ada relevannya sistem pengesanan dan pertahanan
kita. Sayang, tidak pula pesawat kita menyonsong MH370 yang berada di luar
laluan. Kita ada ruang. Kita ada peluang. Krisis seperti ini membangunkan kita
dari kealpaan. Ada hemah dari suatu musibah. Kita masih menaruh harap yang
tidak seberapa. Namun begitu maklumat dan fakta yang kita ada seharuskan
menjadikan kita redha ketentuan Allah. Semuanya milik Allah. Pastinya kembali
kepada Allah.
Walau bagaimanapun kita masih lagi
berperang psikologi dan ideologi. Islam tetap dicemburui. Islam sengaja
disalahsangka. Barat melakukan apa sahaja untuk menutup kelemahan mereka. Islam
yang lemah menjadi bidak-bidak lemah dan lemas. Kecil dan sangat tidak
signifikan. Maka akhirnya kita yang salah. Kita yang tidak betul. Kita yang melakukan
kesilapan. Selagi kita Islam selagi itulah kesalahan ditimpakan kepada kita. Hanya
kita dan kita sahaja yang perlu bangkit membetulkan diri. Membetulkan pendirian.
Menambahkan ilmu. Mencari keutamaan arah. Keluar dari dibudak-budakkan oleh
kuasa Barat. Bertapak kukuh di atas tapak kaki sendiri. Barangkali kita tidak
berapa sedar bahawa kapalterbang bukan sahaja alat pengangkutan. Ianya juga
alat keselamatan. Terbangnya di udara berbagai negara kawan dan juga musuh. Berbagai
maklumat dihimpun melalui pesawat. Kita kembali bertanya siapa yang membina
pesawat itu. Maka kita kembali bertanya tentulah pembuatnya yang memiliki
teknologi mengawalnya. Fikir-fikirkan. Kita perlu percaya kepada Barat sekadar
percaya. Jangan sokong membawa rebah. Kita terdedah kepada semua ancaman. Kita perlu
mengetahui dengan ilmu. Ilmu dunia dan ilmu akhirat. InsyaAllah Allah bersama
kita.