Hiudp kita penuh dengan saat dan waktu. Kiralah dari saat, minit, jam, hari, minggu, bulan, tahun, dekad, abad dan alaf. Kita buang alaf kerana manusia zaman kita tidak lagi mencapai usia hingga melebihi seribu tahun. Terlalu sedikit manusia yang mencapai usia melebihi 100 tahun. Ramai yang mencapai angka hingga 80an tahun sahaja. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Ada orang mengatakan bahawa usia tua ibarat kelapa. Semakin tua semakin banyak santannya. Semakin pekat. Semakin banyak minyaknya. Kita tanya kembali. Kelapa yang bagaimana. Tua bagaimana. Kelapa dari mana. Pernah lihat kelapa yang sudah dibuang sabutnya? Bagi yang tidak arif tentang kelapa, semuanya kelihatan sama. Biji kelapa tanpa sabut adalah konsep kelapa kepada orang Barat. Kepada mereka kelapa bertempurung tetapi tiada sabut atau kulitnya.
Hanya apabila dilihat sabutnya diketahui tua atau mudanya. Apabila dibelah baru diketahui tua atau mudanya. Apabila diparut baru diketahui nilai santannya. Banyak santannya. Pekat santannya. Apabila dibuat minyak barulah diketahui banyak mana minyaknya. Kualiti minyaknya. Maka untuk menjadikan kelapa yang kaulitinya terbaik tentulah banyak yang perlu dibuat. Tanah pilihan adalah tanah liat berpasir. Cukup panas dan airnya. Perlukan penjagaan yang rapi. Dipetik sesudah memang tua. Ditunggu gugurnya tentulah tidak berjadual. Terlalu lambat. Tidak dapat dijangka. Dalam hidup ini kita perlu banyak berencana. Menyusun agenda. Ada aturcara yang selari dan sejajar dengan usia dan keupayaan.
Kita menerima pendidikan dari tadika hingga ke IPT. Kita rasa masanya terlalu lama. Teruja hendak bekerja. Menerima sendiri ringgit yang boleh digenggam. Berbelanja dengan bebas meggunakannya. Sejak sekian lama kita rasa inilah masanya kita menjadi manusia. Membina harga diri. Jati diri. Nilai-nilai istimewa seorang yang mula berkerjaya. Masuklah dengan langkah lagak seorang pejuang ke alam kerja. Alam kerjaya. Mengira setiap sen untuk dilonggokkan menjadi ringgit yang banyak. Tetapi kerjaya bukan sesuatu yang statik. Perubahan teknologi mengubah status setiap kerja. Banyak yang perlu dilakukan untuk keep abrest dengan segala perubahan yang berlaku di sekeliling. Kita harus sedar ilmu yang kita ada tidak sampai setitis dengan ilmu yang orang lain miliki. Tidak banyak manapun. Kita masih diperlukan untuk menambah nilai diri. Menambah ilmu. Menambah kemahiran. Mempelbagaikan kesemuanya.
Usia menambahkan pengamalan. Seniority menambahkan produktiviti. Tanggungjawab yang bertambah bersama meningkatnya kewibawaan atau autoriti. Akauntibiliti tentunya menjadi pagar yang mengekang kejahilan. Kerakusan. Ketidakwarasan bertindak melulu kerana tidak mahu terikat. Kita kembali kepada kemanusiaan. Kita hanya dengan kekerdilan kita. Kita cuba panjat semua mercu yang kita lihat. Terbang ke awan yang kita sangka terlalu tinggi. Bagi yang telah terbang, awan hanya di bawah. Parasnya rendah. Dalam pada itu kita terus mendaki tanpa mengetahui ke mercu mana yang hendak dipacakkan tanda kejayaan. Akhirnya ramai yang tewas. Bukan kerana gagal berjuang. Sebenarnya mereka tidak mengetahui apa yang diperjuangkan. Apa yang ingin didaki. Mercu mana yang hendak dipacakkan bendera.
Banyak yang perlu kita lalukan untuk menghargai diri kita sendiri. Sebenarnya banyak potensi untuk membangun dan memperkembang diri. Dalam kita berkeliling ada yang tertinggal. Dalam kita berkelana kita melupakan hak-hak mutlak yang sangat kita perlukan. Kita adalah hamba Allah yang sangat kecil. Terlalu kecil. Terlalu seni. Banyak ketidakupayaan yang ada pada kita. Kerana itu kita perlu belajar. Perlu mengaji. Perlu menyelidik. Perlu banyak bertanya. Kita banyak kurangnya. Kita banyak tidak tahunya. Kita banyak kekosongan ruang pemikikiran yang bestari. Carilah. Belajarlah. Agendakanlah pembelajaran sebagai input utama dalam hidup. Dari buaian hingga ke liang lahad. Tiada ruang kosong tanpa mencari kebenaran. Mencari yang tidak kita ketahui.
Tiada yang lebih baik dari menambah keupayaan berfikir. Keupayaan menyelesaikan masalah. Keupayaan membuat keputusan bertaraf tinggi. Berimpak tinggi. Sebagai warganegara kita perlu banyak menyumbang. Sebagai penganut agama yang terunggul kita perlu banyak menyumbang. Sebagai individu kita perlu banyak menyumbang. Namun orang yang menyumbang mestilah memiliki sesuatu yang perlu disumbang. Untuk itu ianya perlu dicari. Memiliki harta yang banyak menjadi idaman. Ianya juga menjadi igauan. Harta sukar dipelihara. Selalu dalam ketakutan menjaganya. Takut hilang. Takut rugi. Takut dicuri. Takut terbakar. Ketakutan yang melibatkan semua perkara. Banyak harta banyak ketakutan. Begitulah jika kita terlalu bergantung kepada harta. Kita lupa untuk bergantung kepada pencipta harta tersebut.
Kita perlu belajar untuk mengumpul harta. Kita perlu belajar untuk memelihara harta. Kita perlu belajar untuk menginfaqkan harta. Hanya orang Muslim yang megetahui infaq hartanya paling bermanfaat. Kita semua tahu harta tiada hadnya. Tiada siapa yang pusan memilikinya. Malah mereka yang mengejarnya juga tidak puas-puas. Kita kembali kepada ilmu yang menyegarkan pemikiran. Yang penting kepada orang berilmu ialah mengetahui. Mendalami dan memperhalusi. Kita pusing ke belakang untuk menyamapaikan segala kebaikan ilmu kepada orang lain. Setiap yang baik pastinya benih yang mencambah menjadi pokok ilmu yang berguna. Buahnhyn berguna. Bunganya berguna. Daunnya berguna. Kayunya berguna. Naungannya berguna. Oksigennya berguna. Kehadiraannya berguna. Semakin besar semakin banyak gunanya. Semakin tua semakin banyak yang telah dimanfaatkan.
Masa kita terhad. Usia kita singkat. Tanpa agenda tiada acara yang dilakar. Tiada audien yang mendengar dan berkongsi mengenainya. Sebab itu kita hendaklah mengagendakan masa dan diri. Tidak ada siapa yang mengatur hidup kita melainkan Allah. Tetapi kita jendaklah berusaha memajukan diri untyk diri kita sendiri. Untuk Allah. Nanti kita sumbangkan kepada semua orang di sekeliling kita. Ilmu Allah tiada yang perlu disimpan untuk kepentingan diri kita sendiri. Semuanya perlu disampaikan kepada orang lain. Ilmu itu semakin berkembang semakin di sebarkan kepada orang lain. InsyaAllah Allah memberi kelapangan kepada kita untuk memperbaiki diri.