Satu masalah besar guru ialah pelajar yang tidak belajar. Tentulah banyak sebab mereka tidak belajar. Guru hendaklah tidak terburu-buru. Paling tidak baik ialah menjatuhkan hukum sebelum diadili. Menstereotaip sebelum menyelidik. Melabel sebelum tinjauan dibuat. Marah tetapi tidak membantu. Dalam hal murid yang tidak belajar ini tentulah sekali banyak sebab jika larat mencari jawapannya. Sebab itu guru hendaklah kembali ke landasan asalnya dan asasnya. Apa tugas guru sebenarnya? Jika hanya makan gaji, tidak banyak kepekaan guru. Tidak setinggi harapan negara. Jika mengisi masa, maka masa itu tidak pernah diisi.
Guru adalah ganti ibu bapa. Dia sekolah mereka parenting the students. Semua adalah anak. Anak didik yang perlu diambil perhatian. Dipantau kemajuannya. Ditinjau aktivitinya. Ditanya hal keluarganya. Ditinjau hati dan perasaannya. Ambil tahu sihat dan sakitnya. Senang dan susahnya. Anak-anak didik itu berbagai ragam dan bentuknya. Perbezaan individu yang selalu ketara. Sangat bererti bagi guru yang memandaikan anak-anak didiknya. Sangat besar hati guru yang berjaya memberi harapan kepada anak didiknya. Yang membuka jalan untuk ke hadapan. Yang memberi cahaya yang mungkin hampir terpadam. Yang meriangkan dengan kecindannya. Yang menajadikan belajar itu santai tetapi mengesankan. Yang menyenangkan dalam mengadapi kesusahan yang menyeksakan.
Di bahu guru terletaknya segala kemungkinan. Sandaran gemilang bimbingannya. Teguran yang menjadi penawar. Nasihat yang membersih serabut dalaman jiwa. Tunjuk ajar yang mentukan jalan lurus di hadapan. Alternatif sebagai pilihan terbaik yang perlu diredah dan diterjah. Di hadapan sana dunia kelabu yang disuluh. Yang nampak jelas bukan lagi berbalam. Kelihatan destinasi kejayaan yang menanti. Jika dahulu anak-anak didik itu teraba-raba mencari laluan. Guru menunjuk lurusnya harapan dan hasrat yang nanti dicapai dengan gemerlapan. Hati-hati kelam anak-anak didik yang menjadi cerah kerana hampak cahaya ilmu. Akan dibawa menelusuri hidup banyak likunya. Berkat bimbingan dan asam garam yang dibekalkan, anak-anak didiknya keluar ke alam semesta dengan akal budi yang terkawal. Mereka membina kehidupan dalam dakapan damai kesejahteraan.
Begitulah tugas guru yang kemuliaannya diperakui. Yang sentuhannya selalu menjadi. Kesabarannya cukup menguji. Yang harapannya selalu menjanji. Usahanya tidak pernah kenal lelah. Lesu tidak mengganti tenaga kuat subur terpancar pada rupa paras dan bahasa tubuh yang selalu terserlah. Dari sanubarinya keikhlasan menggunung tinggi. Senyumnya indah. Nafasnya usaha murni. Ungkapannya menancap di hati. Pandangannya menusuk tinggi. Bantunya mangganti kedunguan. Riak-riak gembira sejahtera dan bahagia yang selalu diberikan. Ketenangan pada hati-hati kecil anak didik yang dambakan sedikit pengertian. Pengubat kesusahan dan kemiskinan yang masih panjang memakan kesenangan yang dijanjikan. Untuk membangun keluarga dan bangsa. Lari dari igauan masa lalu yang entah kenapa. Setengah abad masih belum cukup untuk merubah segala. Masih perlu banyak masa untuk melangsaikan agenda yang belum terlaksana. Agenda bangsa yang masih banyak terlonta-lonta tanpa noktah.
Kajilah anak didikmu supaya diketahui sihat dan sakitnya.
Makan dan minumnya. Piramid makanan yang selalu diperolehinya.
Masa dan jadualnya di luar waktu sekolah.
Ibu bapanya dan kedudakan ekonomi mereka.
Adik beradik yang banyak bantu atau susahnya.
IQnya. Kerana banyak konsep yang mungkin tidak dapat digarap.
Kerana itu banyak kerja yang tidak dapat dilaksana.
Bimbingan bagi yang lambat menangkap. Usah layan samarata sedangkan mereka tidak sama hakikat dan kebenarannya. Banyak perbezaan yang perlu diketahui.
Apa kerjanya di rumah dan pada waktu lapang.
Emosi dan psikologinya perlu diketahuai juga. Dicari titik sentuhan ajaib yang perlu dibangunkan.
Nasihat dan tunjuk ajar yang tahapnya diambil kira.
Kaunseling peribadi untuknya sendiri.
Cari nilai-nilai dalaman dirinya yang takut belum dibangunkan. Yang belum digerakkan. Yang belum sedar adanya keperluan untuk bangun.
Apa maunya. Apa hendaknya. Apa cita-citanya. Apa garapannya. Apa akal bicaranya.
Bantulah bukan menghukum. Sokonglah bukan merebahkan. Positif bukan negatif.
Binakan untuknya lingkungan yang membantu. Yang membangun. Yang maju ke hadapan dan jangan biarkan ia undur ke belakang.
Tugas guru memanglah berat. Bukan untuk tunjuk dan tulis baca. Pada guru disandarkan segala yang perlu dan berkaitan. Guru harapan untuk membesarkan cita-cita dan julangan kejayaan. Sediakanlah anak-anak didik yang dahagakan sesuatu yang besar di hadapan mereka. Hari muka yang penuh cahaya. Bahawa harapan adalah milik semua orang. Bukan orang tertentu sahaja yang nampak masa hadapanya. Anak-anak didikmu mesti juga diberi lilin dan lampu suluh untuk menerangi masa hadapannya. Mereka nanti menjadi orang-orang yang terkehadapan dan bukan menarik ke belakang yang menyusahkan. Biar mereka memimpin dan bukan jadi pengikut yang suka menghalang. Jadilah mereka warganegara yang besar jiwanya. Yang tinggi cita-citanya. Yang besar menggunungkan harapan.
Yang guru tinggalkan nanti adalah warisan bangsa. Warisan budaya. Warisan zaman yng panjang memanjang zaman mereka nanti. Peluang ini mungkin datang sekali. Ruang yang sedikit untuk diisi. Tunaikanlah hajat anak-anak didikmu. Memenuhi kehendak ibu bapa mereka. Harapan masyarakat dan negara tercinta.