Tuesday, December 25, 2012

Solat Jumaat di Gereja




Şanlıurfa at Salahiddini Eyübi Mosque 3645.jpg

Sebuah gereja yang menjadi masjid dengan izin Allah. Di Toronto, Canada dan di negara Barat banyak gereja jenis ini yang menjadi masjid. Alhamdulillah.


 
Sebua masjid yang sudah menjadi gereja. Aduhai apabila amahan itu dianaikan maka Allah mengambilnya. Jadkanlah ia sebagai pengajaran. Pengalaman di Cordova, Andalusia sudah cukup memeritkan.


Membaca tajuk ini barangkali ramai yang keliru mengapa solat di gereja. Di Malaysia keadaan seperti ini tidak mungkin terjadi. Mati hidup semula perkara serupa tidak mungkin berlaku. Kecualilah ada hal-hal yang luarbiasa. Di luar negara keadaan seperti itu sangat biasa. Di negara-negara yang warganya dikatakan beragama Kristian gereja mereka tidak berfungsi lagi. Banyak gereja yang dijual kepada the highest bidder. Orang Islam mengumpul dana untuk membina prasarana Islam. Rangkaian Islam. Media Islam. Airtime Islam on TV. Paid TV. Di Bandar-bandar besar masjid tidak dibina tetapi fenomenanya ialah gereja di tukar menjadi masjid. Gereja itu dijual kepada Islamic community dengan harga murah kerana statusnya yang sudah terbiar sekian lama. Antara intipati perlembagaan negara maju ialah tiada diskriminasi walau dalam bentuk apa sekalipun. Tidak agama. Tidak warna kulit. Tidak keturunan, bangsa dan sebagainya. Maka apabila gereja dijual kepada komuniti Islam dan dijadikan masjid pula orang Kristian tidak membantah. Kepada mereka gereja itu tetap kegunaan agama. Full stop. Tetapi dari segi politik pandangan itu agak berbeza.
Komuniti Islam semakin ramai di Amerika Utara. Begitu juga di Canada. Muslim yang berhijrah bukan sebarang Muslim. Mereka kental dengan agama dan akidah. Amalan beragama sentiasa dijaga dan dipatuhi. Mereka kuat mempertahankan agama. Dakwah dilaksanakan melalui apa sahaja media yang ada. Kaedah yang ada. Walaupun Islamofobia melanda Barat Muslim di sana gigih membina kekauatan. Dana dikumpul untuk membina kekuatan itu. Alhamdulillah syiar Islam menyinar melalui gereja yang ditukar menjadi masjid. Tidak ada perubahan suruktur. Tidak ada renovations. Gereja itu as it is. Ruang dan binaannya diterima apa yang ada. Yang bertukar hanyalah lambangnya. Dulu di puncak gereja ada cross. Ada salib. Setelah statusnya bertukar salib sudah bertukar menjadi bulan dan bintang. Di dalam gereja ada altar tempat paderi memberi sermon. Masjid mengubahnya menjadi mimbar. Sermon bertukar menjadi khutbah.
Masjid di Toronto umpamanya sangat banyak. Banyak juga gereja yang bertukar menjadi masjid. Alhamdulillah. Berbagai ruang yang asalnya kegunaan gereja. Apabila sampai hari Jumaat, masyarakat Islam berpusu-pusu ke masjid itu. Terhimpunlah Muslim yang berbagai mazhab. Semuanya berpegang kepada rukun iman yang sama dan rukun Islam yang sama. Mereka berimamkan seorang imam. Menuju qiblat yang sama. Melihat keliling kadang-kadang memberi keinsafan bahawa mereka adalah saudara seagama. Perbezaan warna kulit tidak dilihat sebagai tersangat penting. Cantik dan hodoh hanya ukuran subjektif semata-mata. Islam dan iman menyatukan mereka. Bertapak di negara yang warganya menganggap Islam sebagai agama yang ada konotasi ganas. Yang nyata, mutlak dan hakiki orang Islam tidak seperti yang disangka. Telahan selalu meleset. Ajaran Islam berintipati keadilan, nasihat menasihat dan berkasih sayang. Islam adalah selamat. Agama bekasih sayang.
Apa yang berlaku di Spain (Andalusia) adalah suatu tragedi. Masjid Alhambra telah diambilalih oleh orang Kristian. Mereka menukarnya menjadi gereja. Masjid yang menjadi lambang bertapaknya Islam di Andalusia luput peranannya. Masih kekal tulisan khat yang memaparkan ayat-ayat al-Quran di dinding bahagian dalam bangunan itu. Sejarah yang menyayat hati. Apabila Muslim di Andalusia gagal melihat kelibat musuh, mereka tumbang hingga sekarang tinggal nama sahaja. Masjid yang bertukar kepada gereja. Sekarang orang Islam melihat itu sebagai penghinaan. Keruntuhan semangat keislaman mereka yang terdahulu. Bahawa perjuangan tidak boleh dikendurkan. Ianya mesti diperhebat dan diperkasakan. Kata orang sekarang diangkasakan. Orang Barat melihat Andalusia sebagai lambang kemenangan mereka. Kejayaan menghalang Islam dari berkembang ke seluruh Eropah. Mereka menebus kekalahan lama. Aid yan sudah berbalas. Sesuatu yang ditakuti oleh orang Barat ia perkembangan Islam. Kekalahan mereka sewaktu Perang Salib menghantui mereka. Kekalahan Richard The Lion Heart di tangan Salahuddin al-Ayyubi mengores hati nurani orang Barat. Kembali ke Barat mereka merancang dalam jangka masa yang panjang untuk akhirnya membebaskan Islam dari Andalusia.
Sekarang keadaan itu Allah terbalikkan. Kristian menjadi agama yang ramai penganutnya di seluruh dunia. Fakta terbaru dikatakan Kristian adalah agama yang paling ramai pengikutnya mendahului Islam. Barangkali kita perlu membuat pengamatan yang tulus mengenai perkara ini. Gereja di Barat sudah sunyi dari penganutnya. Gereja yang suatu waktu dahulu meriah dengan hari Ahadnya sekarang lengang. Akhirnya gereja menjadi gajah putih. Menyakitkan mata mereka kerana sudah tidak terurus. Depleting. Deterioriating. Apabila datang pembeli mereka tidak kisah latarbelakang mereka. Maka banyakah gereja yang dijual. Suasana bertukar menjadi meriah kembali. Kecuali bentuknya berubah. Dari Kristian kepada Islam. Orang Barat tidak juga kisah siapa Muslim. Mereka dilihat menjadi orang-orang yang patuh lima kali sehari ke masjid-masjid mereka. Namun mata dan hati politik tidak melihat hal itu sebegitu. Di mana-mana Islam dimusuhi. Baik di negara bukan Islam maupun di nagara yang dikatakan Islam.
Ada kebimbangan di kalangan ahli politik tentang lanskap agama. Islamofobia melihatnya sebagai suatu ancaman. Mereka takut Islam bertapak kuat kembali menguasai keadaan. Lama kelamaan usaha untuk membeli gereja supaya boleh dijadikan masjid semakin dihalang. Mereka takut Islam berkembang. Dalam suatu keadaan ianya berlaku di negara Barat. Dalam negara Islam keadaannya hampir menjadi serupa. Generasi muda menyisihkan agama. Menyisihkan institusi agama. Aktiviti agama kurang mendapat sambutan. Sementara itu mereka galak dengan hiburan. Wujud  suasana hedonisme. Hiburan melampaui keperluan asasinya. Naluri bersantai tidak dapat dipastikan lagi. Jika dahulu generasi muda jinak ke masjid sekarang keadaan itu berlaku di bandar-bandar besar. Semakin kecil status bandarnya semakin terhakis peranan generasi muda yang jinak ke masjid. Di kampung kadang-kadang lanskap Islam semakin terhakis. Mereka yang mengetahui lebih banyak tentang Islam berada di bandar-bandar besar. Ulamak dilihat di kaca TV, didengar di radio, di youtube dan media elektronik dan cetak yang lain. Untuk memanggil mereka secara live tinggi kosnya.
Pendidikan Islam sewajarnya dipertingkatkan. Guru-guru agama diperbanyakkan dengan pengalaman. Teknik berdakwah. Kaedah mendekati audien. Ustaz Don di TV9 begitu menonjol dalam masa yang singkat. Agamawan yang profesionnya bukan bidang agama semakin ramai. Maknanya agama mestilah dilihat dari sudut yang pebih praktikal. Teknologi dan garapan ilmu-ilmu berkomunikasi. Bahasa dan teknologi dipersatukan. Lenggok badan dan mimik muka yang diintegrasikan. Menarik audien bukan seperti menayang gambar semata-mata. Mesti ada wajaran lain yang menghimpun suara, intonasi, animasi, pujukan, deria ingin tahu, ketulusan penyampaian, rendah diri, ingin berkongsi pengalaman dan keikhlasan kerana Allah. Daie-daie yang dapat menggabungkan hal tersebut dilihat lebih berupaya menyampaikan Islam kepada audien.