Alam Melayu diperkayakan dengan budaya sungainya. Mungkin juga tepi laut yang menjadi serokan. Mengenang semua itu kita selalu teruja dengan muara sungai. Teruja dengan tepian laut. Lihat sahaja Teluk Intan, Bandaraya Melaka, Bandar Maharani, Muar dan Kuala Terengganu. Tetapi apabila disebut Kampung Air kita akan terus teringat Negara Brunei Dar Al-Salam. Sebuah negara kecil yang terapit di kawasan Limbang di Sarawak. Berada di negara yang kaya minyak ini tidak mungkin mengabaikan wujudnya perkampung di muara Sungai Brunei. Sebuah perkampungan yang sangat sinonim dengan warga negara-negara ASEAN. Sebuah perkampungan di atas air yang sangat dekat di hati penduduk Seri Begawan pastinya. Bagi pelancong yang berada di Negara Brunei ziarah ke Kampung Air menjadi suatu kemestian. Di situlah bermulanya sejarah dan warisan Negara Brunei Dar Al-Salam.
Dari kejauhan pantai, Kampung Air seperti benar-benar di atas air. Terhampar luas. Di atas kocakan air. Di atas alun dan ombak kecil. Lalu lintas bak tiada putusnya. Simpang siur luncur dan hentinya. Beralunlah ambaok-ombak kecil memecah lembut ke pantai. Begitulah lalu lintas bot-bot laju di sekitar Kampung Air. Satu-satunya mod pengangkutan di atas air. Di tepi pantai berderet kenderaan penduduk Kampung Air. Ada pick-up, van, Mercedes dan berbagai lagi kenderaan yang dimiliki penduduk Kampung Air. Di darat ada kenderaan empat roda. Di air mereka memiliki bot laju. Ramai juga yang memiliki kapal nelayan. Kaya atau miskin bukan ukuran. Manusia berusaha di mana-mana. Yang berjaya dapatlah kayanya. Disalut kemewahan.
Kita selalu memandang sesuatu dengan pandangan yang berbagai. Dari sudut yang berbeza. Bergantung siapa kita. Bergantung posisi kita. Bergantung di mana kita. Begitu melihat Kampung Air kadang-kadang kita tidak melihat yang hakiki. Kita hanya melihat yang hadir di hadapan mata. Realitinya belum kita ketahui. Selalu pula mata kit atidak melihat yang wajar. Yang sebenar. itu juga bergantung kepada emosi kita sewaktu melihatnya. Barangkali penulis beruntung kerana pernah selalu dengan air. Pernah melaui kemiskinan dan selalu bermain air. Selalu benar air dihubungkaitkan dengan kemiskinan. Lemah dan daif. Sifatnya lembut dan meluncur.
Penulis dan kelarga terasa tidak sempurna berada di Brunei tanpa melihat dari dekat tentnag Kampung Air yang sangat terkenal. Kerap melihat gambarnya. Selalu membaca ceritanya. Barangkali seluruh dunia mengenalinya. Apatah lagi setelah Negara Brunei memulakan Undang-undang Hududnya pada tahun 2016 yang lalu. Kampung Air selalunya dilihat dari sudut yang positif. Lestarinya suatu kehidupan yang banyak bergantung pada air. Hidup dan mati mereka dekat dengan air. Air dan air dari bangun tidur pada waktu pagi hingga tidur semula pada waktu malam. Air yang hidup dan menghidupkan.
Rasanya ramai antara kita berfikir bahawa air hanya wadah suatu impian. Menyukarkan. Banyak pula badainya pada ketika-ketikanya. Hidup ini pastinya berhadapan dengan pilihan. Warga Kampung Air memilih air untuk meneruskan kehidupan mereka. Ternyata setelah berzaman Kampung Air tetap gah di mata dunia. Tetap gagah menempuh zaman. Kepada orang biasa tentu tidak terfikir bagaimana mereka menangani keselamatan. Membina kemajuan. Mendepani pendidikan. Menlangsungkan kehidupan sosial. Mereka membina kebahagian pilihan mereka. Hanya mereka yang merasakan kebahagiaan itu. Kita yang melihat dari jauh mungkin tidak dapat menghayati kebahagiaan mereka.
Kampung Air adalah suatu kembara hidup. Kembara zaman yang tiada putusnya. Melihat kesemua ini merupakan hadiah dari Allah. Bahawa kehidupan ini berbagai bentuknya. Berbagai olahannya. Berbagai yang membuat kehidupan ini bahagia. Kita yang merasa dan menikmati kebahagiaan itu. Mensyukuri keadaan adalah sebesar-besar nikmat. Di mana pun kita berada, kesemuanya dalam pemeliharaan Allah belaka. Begitulah nikmatmu adalah nimatku. Allah sentiasa bersama kita. Bersyukurlah. Nikmatnya akan berlimpah menyelimuti hati-hati yang rindukan kebahagiaan Allah yang hakiki.
In sya Allah bertemu lagi. Brunei Dar Al-Salam. 31 Januari 2017.
Kampung Air dari arah darat Bandar Seri Begawan
Kampung Air dari darat

Wafi merenung air
Posing sebentar. Dapat touring sekeliling Kampung Air
Kita selalu memandang sesuatu dengan pandangan yang berbagai. Dari sudut yang berbeza. Bergantung siapa kita. Bergantung posisi kita. Bergantung di mana kita. Begitu melihat Kampung Air kadang-kadang kita tidak melihat yang hakiki. Kita hanya melihat yang hadir di hadapan mata. Realitinya belum kita ketahui. Selalu pula mata kit atidak melihat yang wajar. Yang sebenar. itu juga bergantung kepada emosi kita sewaktu melihatnya. Barangkali penulis beruntung kerana pernah selalu dengan air. Pernah melaui kemiskinan dan selalu bermain air. Selalu benar air dihubungkaitkan dengan kemiskinan. Lemah dan daif. Sifatnya lembut dan meluncur.
Sebuah arka di tepi pantai
Menikmati keberadaan di sini
Family outing
Penulis dan kelarga terasa tidak sempurna berada di Brunei tanpa melihat dari dekat tentnag Kampung Air yang sangat terkenal. Kerap melihat gambarnya. Selalu membaca ceritanya. Barangkali seluruh dunia mengenalinya. Apatah lagi setelah Negara Brunei memulakan Undang-undang Hududnya pada tahun 2016 yang lalu. Kampung Air selalunya dilihat dari sudut yang positif. Lestarinya suatu kehidupan yang banyak bergantung pada air. Hidup dan mati mereka dekat dengan air. Air dan air dari bangun tidur pada waktu pagi hingga tidur semula pada waktu malam. Air yang hidup dan menghidupkan.
Satu sisi Kampung Air
Laluan air yang agak sibuk
Rasanya ramai antara kita berfikir bahawa air hanya wadah suatu impian. Menyukarkan. Banyak pula badainya pada ketika-ketikanya. Hidup ini pastinya berhadapan dengan pilihan. Warga Kampung Air memilih air untuk meneruskan kehidupan mereka. Ternyata setelah berzaman Kampung Air tetap gah di mata dunia. Tetap gagah menempuh zaman. Kepada orang biasa tentu tidak terfikir bagaimana mereka menangani keselamatan. Membina kemajuan. Mendepani pendidikan. Menlangsungkan kehidupan sosial. Mereka membina kebahagian pilihan mereka. Hanya mereka yang merasakan kebahagiaan itu. Kita yang melihat dari jauh mungkin tidak dapat menghayati kebahagiaan mereka.
Pemandangan dari darat
Menikmati susasna air dan angin
Dapat juga Wafi melancong
Sebuah masjid di pantai
Perkampung di tepian pantai
Sebuah masjid dilihat dari Sungai Brunei
Sebuah masjid di Kampung Air
Pemandangan lebih dekat
Empat beranak sedang seronok bersama
Seronok nampaknya
Pengendali bot dan pemandu pelancong kami
Pengalaman begini yang memperkayakan minda anak-anak
Sebuah jeti. Penumpang naik dan turun di sini.
Rumah Kampung Air
Kampung-kampung di pesisir pantai
Hidup di Kampung Air bukan bermakna mereka memilih kemiskinan, kedaifan dan semua yang lemah. Mereka membuat pilihan untuk hidup dengan cara begitu. Meskipun saudara-mam dan sahabat-handai mereka di darat, mereka kekal di rumah atas air. Perkampungan sepertinya sempurna dari segi bekalan air bersih dari darat, bekalan elektrik, sekolah rendah dan menengah, masjid, balai polis, perkhidmatan bomba dan lain-lain keperluan sosial. Kampung Air adalah lambang suatu kehidupan. Kehidupan di atas air. Aman dan tidak pernah terasa terancam dengan kebimbangan. Bayangkan hal-hal ini:
1 Sebuah rumah harganya DB5,000 sahaja. Sekira-kira RM15,000 sebuah.
2 Sebuah bot berharga DB2,000.
3 Sebuah outobard motor berharga DB8,000.
Motor lebih mahal dari sebuah rumah. Namun motorbot yang nilainya DB10,000 dapat melestarikan kehiduoan sebuah keluarga. Hasil tambang perkhidmatan kira-kira BD100 sehari dikira mencukupi selain dari bantuan kerajaan kepaa penduduknya.
Mahkamah dari air
Bukan main lagi menikmati angin dan air Sungai Brunei
Sebuah lagi masjid
Sebuah sekolah dari kejauhan
Sebuah bangunan agam di atas air
Masjid Kampung Air
Dari celah-celah bangunan
Balai bomba Kampung Air
Sebuah sekolah
Dari jauh