Evakuasi bukanlah
seperti yang selalu ditonton di TV atau filem. Dalam keadaan perang yang
sebenarnya mungkin itulah yang dilihat. Cemas dan mendebarkan. Bom, peluru
meriam, peluru senapang, peluru pistol, mortar, roket dan senjata lain berpintassan.
Api di mana-mana. Menjulang dan membakar. Reruntuhan bangunan bertindan-tindan.
Kacau bilaunya melampaui aksi. Dalam evakuasi kami dari Mesir tiada yang
mengejar. Tiada yang dikejar. Tiada yang tertinggal kapalterbang di padang
pasir. Tiada jerit pekik. Tiada lolongan. Tiada tangisan. Tiada yang jatuh. Tiada
yang terseliuh. Tiada yang dipapah. Tiada yang didukung. Semuanya teratur,
kemas dan mengikut jadual. Evakuasia yang yang dirancang awal. Mendahului petaka.
Mendahului jangkaan. Kerana itu kesemua pergerakan tiada permasalahannya. Lambat
atau kurang kemas bukan sesuatu yang perlu diperbesar-besarkan. Itu hanya asam
garam kerana urusan yang besar dan mega. Evakuasi ini ada nikmatnya yang
tersendiri.
Evakuasi yang kami
lalui bukanlah sesuatu yang tinggi urgencynya. Kesemua pergerakan diurusatur
dengan baik. Mengistimewakan jadual. Alhamdulillah senarai semak setiap
pergerakan telah disediakan. Ada pegawai di setiap checkpoint. Di pintu masuk, di
tempat menimbang bagasi, di pintu keluar, di tangga kapalterbang hingga di
pintu kapalterbang. Dalam penerbangan sewa khas hanya untuk evakuasi tempat
duduk bebas pilih. Duduklah di mana-mana yang boleh. Namun tetap diatur supaya
tidak timbul kekecohan. Yang naik dahulu duduklah di belakang. Semakin lewat
semakin di hadapan duduknya. Yang tua, yang bekeluarga dan yang membawa
anak-anak kecil biasanya diberi keistimewaan. Menghormati dan memberi
keselesaan. Maklumlah perjalanan jauh. Ada sahaja yang mengganggu masa dan
ruang tenaga. Sebenarnya yang lebih penting ialah ada tempat duduk. Boleh berehat.
Ada makan dan minum. Selamat sampai di destinasi tercinta yang selalu melambai
dan menggamit pulang. Memandang wajah-wajah kesayangan merindu.
Mudah-mudahan Allah
mempermudahkan perjalanan. Evakuasi yang terancang ini merealisasikan suatu
usaha berintegrasi. Segala tenaga, masa dan peruntukan kewangan disegerakkan
demi keselamatan anak bangsa. Warganegara yang disayangi. Terbang dengan MAS
MH8101 adalah suatu rahmat berganda.
1
Penerbangan
khas. Dari mengimbas bagasi, check in dan pemeriksaan dokumen kesemuanya
pantas dan diberi layanan khusus.
2
Kesemuanya
warganegara Malaysia. Dari kesemua negeri. Dari seluruh negara.
3
Didahului
oleh mereka yang berkeluarga. Kerana saya dilihat berumur saya yang memulakan
giliran berbaris panjang bersama isteri. Diikuti oleh tiga keluarga lain. Mereka
membawa anak-anak kecil.
Oleh kerana tempat duduk
adalah pilihan bebas, saya memilih tempat duduk baris kedua. Di kelas ekonomi. Baris
pertama dikhususkan untuk yang membawa anak. Kira-kira lima minit duduk, kami
dipanggil untuk memenuhi tempat duduk di kelas bisnes. Alhamdulillah. Merasa juga
akhirnya. Berpuluh tahun saya bertugas menjadi pegawai kerajaan. Belum pernah
walau sekali merasa terbang di kelas bisnes. Hanya dengar nikmatnya melalui
cerita orang lain. Kami memilih tempat duduk di baris kedua. Di sebelah tepi. Saya
toleh ke belakang. Rupa-rupanya penumpang lelaki yang sejak tadi beralah
berbaris di belakang kesemuanya mendapat tempat di kelas bisnes. Isteri saya
mengusik mereka. Lebar senyum. Rezeki makcik. Belum tahu masa kerja nanti dapat
duduk di kelas bisnes. Kasihan pula. Tiada seorangpun penumpang wanita yang
dapat duduk di kelas bisnes kecuali empat orang yang sudah berkeluarga. Setiap
sesuatu ada hikmah di sebaliknya. Allah mengaturnya dengan Maha Keadilannya. Berada
di kelas bisnes selalunya hanya diharap sahaja. Menyelinap dalam sanubari. Menjadi
hiburan hati sahaja.
Saya pernah menjadi
pegawai biasa sahaja. Pada waktu itu sampai juga Superscale G. Namun tidak pernah layak untuk naik kelas bisnes. Kelas
ekonomi sahaja yang selayaknya. Paling depan paras sayap. Kadang-kadang di ekor
sekali. Bagi yang biasa dengan kelas bisnes tentulah cerita saya ini melucukan.
Tidak ada nilai cerita. Bagi yang belum pernah saya ingin kongsikan sedikit.
1
Kerusinya
berkembar. Berganding dua. Saiznya besar. Elok untuk pasangan muda. Terutamanya
yang berbulan madu. Yang tua seperti saya lebih elok lagi. Kembali memudakan
diri. Kembali mengingat zaman dulu-dulu yang tidak pernah kesampaian. Duduk dengan
santai. Tiada yang mengganggu. Teringat lagu Emy. Di awan biru, tiada yang
mengganggu. Entah. Saya belum pernah melihat awan bitu. Putih, kelabu atau
hitam. Itu sahaja warna awan.
2
Gadgetnya lebih istimewa berbanding kelas ekonomi. Tempat duduknya
boleh digerakkan ke atas. Ka bawah. Ke hadapan. Ke belakang. Rata. Bengkok. Aduhai.
Suka hati mana posisi yang sesuai. Jika hendak tidur berhadap-hadapan dan
berpegang-pegangan tangan pun boleh juga. Romantiknya.
Penerbangan evakuasi
itu mengambil masa 10 jam. Penerbangan terus tanpa transit di mana-mana seperti
selalunya. Kami bertemu Maghrib, Isya’ dan Subuh. Melalui udara Malaysia dalam
keadaan cerah. Dilihat laut, pantai dan ladang kelapa sawit yang juga melaut. Mendarat
di lapanganterbang juga suatu nikmat. Tepat pada pukul 8.22 pagi kami cecah
tanah tercinta. Landasan lapanganterbang KLIA. Lembut mencecah landasan. Kapalterbang
yang beratnya bertan-tan metrik didaratkan dengan santai. Bak burung yang
megawal pendaratannya. Terima kasih Kaptan Azman. Peramah orangnya. Pangalamannya
banyak barangkali. Alhamdulillah. Apabila pintu dibuka terasa terlalu pantas. Ramai
yang teragak-agak di tempat duduk. Ketika diarahkan keluar lambat benar
pergerakannya. Terkeluar dari bibir pramugari, tak nak balik ke. Sekali lagi
saya mendahului baris keluar. Di hujung lorong keluar kami disambut oleh Yang
Berbahagia Datuk Ahmed Johari Yahya, CEO MAS.
Pembantu beliau
memperkenalkannya kepada kami. Kami menjangka akan terus keluar untuk bertemu
sanak saudara. Anak cucu. Sahabat handai yang menunggu lama. Sebaliknya kami
dihimpun dahulu di ruang menunggu. Bersama menyambut adalah Encik Ogu, Ketua
Setiausaha Kedua Majlis Keselamatan Negara dan Yang Berbahagia Datin Ruhani, wakil
dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Kami mengisi borang maklumat. Passport
kami diambil untuk memudahkan urusan imigresen. Ada pula taklimat yang
seperlunya bagi mereka yang melalu evakuasi seperti ini. Maklumat universiti
yang ditinggalkan. Maklumat peperiksaan yang tergendala. Prosedur-prosedur lain
yang berkaitan. Lama juga sebenarnya. Untuk mengurus pasport 294 orang mengambil
masa juga. Kami menunggu sehingga proses pemeriksaan passport selesai.
Untuk mengambalikan
semula passport juga memakan masa. Pegawai-pegawai imigresen memanggil nama
kami seorang demi seorang. Diasingkan antara lelaki dan wanita. Dalam dua
kumpulan. Laju langkah kami ke tempat mengambil bagasi. Kami ingatkan bagasi
kami berpusing-pusing tiada siapa yang mengambil tahu. Terima kasih kepada
petugas di lapanganterbang. Rupanya bagasi kami disusun dengan rapi. Terima kasih
sekali lagi. Kami cari, letak di atas troli dan disorong keluar untuk bertemu
dengan orang-orang yang menanti. Menanti juga wakil negeri-negeri. Kami tulis
senarai nama kami. Keluar dari lapanganterbang untuk makan dengan segera. Terasa
lapar kerana di dalam pesawat hanya mengalas perut sahaja. Bagai mimpi sahaja. Dunia
ini menjadi sangat kecil. Semalam di Kaherah. Hari ini di Kuala Lumpur. Sempurna
suatu proses evakuasi.
Bawa bagasi mana yang perlu sahaja. Adalah sedikit oleh-oleh untuk cucu-cucu.
Rumah Johor di Hayyu Thamin
Cuba sms anak-anak
Anak-anak Johor
Sementara belum bertolak ke lapanganterbang
Tuan Syed Ahmad yang banyak membantu rakyat Malaysia
Mengatur bagasi
Bersembang dahulu sebelum menaiki bas
Rumah Johor
Pada bas yang membawa kami tertulis walcoma. Saya tak tahu maksudnya. Mungkin welcome dalam bahasa Inggeris. Wallahu'alam
Rumah Johor
Pandangan jauh
Sebentar di pintu Rumah Johor
Menyusun baragasi ke dalam tramco
Sama-sama membantu
Bersama anak Johor
Saat hampir menaiki bas
Sebahagian bagasi di atas bas
Yang tua duduk dahulu di hadapan
16 orang kesemuanya
Di luar lapanganterbang antarabangsa Kaherah
Masih lapang pada awal pagi
Wakau bagaimanapun semu akerusi sudah penuh
Petugas evakuasi sedang membahagikan stiker bernombor
Bersembang dengan pelajar perubatan
Evakuasi tetapi tiada yang berasa cemas
Passport kami dikembalikan
Setiap satunya berisi 20 paun Mesir. Kira-kira RM10.
Semakin siang semakin sesak
Menyediakan bagasi untuk diimbas
Ramai
Sesak
Ada kerusi kosong apabila ramai yang sudah masuk ke dalam
Mula berkumpul
Mula beratur
Di ruang menunggu untuk berlepas
Sabar menunggu
Untuk menaiki shuttle
Yang berkeluarga dan yang wanita didahulukan
Menaiki pesawat MAS
Seorang demi seorang
Di pintu masuk
Dari tingkap
Ramai juga
Tangga Egyptair tetapi pesawat MAS yang menerbangkan kami
Mencari tempat duduk
Mereka yang terkemudian ditempatkan di kelas bisnes
Yang tua didahulukan. Nikmat tua agaknya.
Yang keletiha tidur dengan nyenyak.
Pramugari yang bertugas
Sepanjang masa
Taklimat di balai ketibaan
Tidak cukup kerusi
Antara mereka
Datin Ruhani
Wakil Kementerian Pelajaran Malaysia
Encik Ogu. Timbalan Ketua Setiausaha 2 Majlis Keselamatan Negara
Ramai yang duduk di atas karpet
Ada pelajar yang sudah berkeluarga
Tiga beradik dari Terengganu
YBhg Datuk Ahmed Juhari Yahya, CEO MAS turut menyambut kami.
Sempat berbual dan bergambar dengannya.
Banyak taklimat
Karpet baru
Mula beredar
Menanti passport dikembalikan
Penyambut anak-anak Johor memerlukan kami menulis nama
Seorang demi seorang
Keluar dari lapanganterbang bersama menantu, anak dan cucu