Kebanyakan makanan diketahui halalnya. Bahannya halal. Secara nyatanya kita tahu ianya halal. Masalahnya dalam makanan ada bahan-bahan campuran. Ada bahan tambahan. Namanya bermacam-macam. Saintifik. Orang biasa memang tidak faham. Yang faham pula tidak berkongsi maklumat. Tidak berdakwah. Buat-buat tidak faham. Maka orang lain menjadi pengguna buta. Tidak dapat melihat yang halal secara hakiki. Tidak nampak yang syak. Yang disyaki ada campuran yang dikira tidak halal.
Di US perkara ini amat terhindar. Kita yang cerewet tentang halal dan haram ini, dibantu untuk memilih yang diyakini halal. Undang-undang dan peraturan label barang di sana sangat jelas. Sangat telus. Sangat meyakinkan. Setiap perincian isi kandungannya dinyatakan dengan pasti. Saya dapati USA adalah satu-satunya negara yang saya yakini labelnya benar. Yang halal diyakini halal. Yang lain diyakini haram. Dengan panduan-panduan itu orang Islam seperti saya dan keluarga berasa selamat. Rasa terhindar dari membuat pilihan yang salah. Jika salah beli saya yakin memang salah beli. Rasa ragu itu tidak ada. Semuanya pasti. Positive. Sangat pasti.
Sebagai orang Islam, saya meyakini label barangan di sana. Sebenarnya keadaan terjadi begitu kerana besarnya pengaruh orang Yahudi. Mereka tidak makan babi dan lain-lain produk yang berkaitan babi. Bilangan orang Yahudi di sana sekitar 15% sahaja. Walau bagaimanapun suara mereka kuat. Kehadiran mereka ada impaknya. Semua label barang mengambil kira kehadiran orang Yahudi. Orang Islam menumpang manfaat dengan adanya label yang jelas ini. Suara orang Islam tiada siapa yang ingin mendengar. Apatah lagi mengikutnya. Kita bukan penentu ekonomi dunia.
Saya tidak melihat peraturan label ini di Canada. Tidak juga di United Kingdom. Lagilah di Malaysia. Kita dikaburi dengan istilah-istilah jargon. Orang awam tidak faham. Orang Islam lebih-lebihlah lagi. Pengetahuan kita tentang sains atau kimia sangat terbatas. Kita mungkin tahu namanya yang biasa. Namanya dalam bahasa pasar. Nama saintifiknya tidak. Memang banyak barang makanan yang dilabel halal. Hakiki dan hakikat halalnya tidak ada siapa yang dapat mempastikannya. Masih banyak lagi bahan campuran dalam makanan dan minuman yang tidak dinyatakan. Yang dianggap halal walaupun pada hakikatnya tidak halal. Kita selalu berhadapan dengan pewarna yang dibenarkan. Hakikatnya apa? Dibenarkan adakah sama dengan suci dan halal? Ubat penaik yang dibenarkan. Pengawet yang dibenarkan. Siapa yang membenarkan? Siapa yang menentukan bersih, suci dan halalnya. Adakah segala rukun dan syaratnya telah disempurnakan? Jika tidak ada kesungguhan mengenai hal itu, maka orang Islam selamanya terjebak dengan makanan yang diragui halalnya. Persatuan Pengguna Islam tidak terdaya untuk memantau semua. Cansumer Association of Penang tentu tidak terdaya. Kita perlukan concerted effort untuk menjamin halalnya sesuatu makanan dan minuman. Suatu usaha yang integrated.
Sewaktu di US saya yakin bahawa roti yang saya beli itu halal. Saya pilih yang benar-benar meyakinkan. Roti banyak yang megandungi lard (minyak babi). Ada disebut animal shortening. Bila disebut animal tidak ada yang lain kecuali babi. Begitu juga animal emulsifier. Dari babi juga. Lecithin pastinya juga dari babi. Lalu saya memilih yang mengandungi vegetable oil. Soy lecithin. Dan lain-lain yang berkaitan dengan sayur. Dalam aiskrim ada bahan dari minuman keras. Mungkin rum. Sejenis arak. Untuk tujuan pengawet. Begitu juga dalam kek-kek mahal seperti mix-fruit cake. Ada rum atau mungkin brandy di dalamnya. Maka saya pilih yang bebas dari arak.
Dalam susu segar ada bahan D3 added. Saya bertanya pelajar yang mengambi jurusan kimia. Katanya, bahan itu pati dari arak. An exract from alcohol. Saya tidak tahu fatwanya di sini. Jika kita ambil minyak wangi yang mengandungi alcohol dikira halal, bagaimana dengan susu? Minyak wangi tidak dimakan. Tidak diminum. Senarainya tidak berhenti di situ. Dalam ubat gigi ada beef tallow atau pig tallow. Dalam sabun mandi begitu juga. Bila di baca ada yang mengandungi beef tallow. Yang lain pula mengandungi pig tallow. Bagi yang tahu membaca mereka ada pilihan. Bagi yang memahami mereka ada pilihan. Bagaimana dengan kebanyakan orang kita yang tidak tahu tentang hal ini? Siapa yang perlu membantu? Apakah media yang dapat menyampaikan kepada mereka? Gawat sebenarnya kita. Gawat untuk orang Islam. Kita dikelilingi. Kita dikepung dengan banyak keraguan.
Sudah nampak ada usaha-usaha untuk mengeluarkan makanan halal. Usaha ke arah itu seharusnya digandakan. Selesaikan dulu makanan dan minuman asas. Yang mesti dibeli. Yang mesti dimakan. Yang tidak pernah dikecualikan. Yang memang dianggap kemestian kepada orang Islam Melayu. Yang adatnya mesti ada. Mesti dibeli. Mesti dimakan. Yang tidak pastinya ialah asal usul makan itu. Sumbernya. Bahan-bahan utamanya. Campurannya. Tambahannya. Warnanya. Awetnya. Begitu juga dengan hiasan-hiasan pada makanan itu. Itu belum lagi cerita tetang siapa yang menyediakannya. Tangan siapa yang memegang dan menyentuhnya.
D mana kita sebenarnya. Kita tiada kekuatan untuk mempastikan kita mendapat yang sebenarnya halal. Yang diyakini halal. Yang secara hahiki dan hakikatnya halal. Siapa yang dapat mempastikan tanpa keraguan. Yang dilihat di kilang memang halal. Yang dipantau memang halal. Kita kena pantau yang berada dalam pasaran. Yang dijual di merata tempat. Yang melambak di sana sini. Yang memabeli orang kita. Yang makan orang kita. Yang melanggan tetap orang kita. Malangnya yang membuatnya bukan orang kita. Yang mengolahnya bukan orang kita. Kita hanya ingin makan dan minum. Tarikannya cukup kuat. Sekali lagi kita tidak ada kekuatan untuk menyatakan dengan pasti bahawa kesemuanya halal. Halal seperti tercatat pada labelnya.
Siapapun tidak memahami konsep halal sejelas-jelasnya tanpa merujuk kepada pakarnya. Di sinilah peranan ulamak. Sudah terlalu lama kita memendam rasa. Terlalu lama keinginan yang tidak terlaksana. Tiada siapa menjamin bahawa halal itu sebenarnya halal. Hakikatnya benar-benar halal. Pakar kimia harus tampil membantu. Para penyelidik harus chip in untuk membetulkan keadaan. Ini hal berat. Ini hal serius. Ini hal-hal yang menyangkut iman kita. Makanan dan minuman menjadi darah daging. Bagaimana iman kita jika disalut dengan benda-benda haram di sekelilingtnya. Iman itu tenggelam. Anak-anak kita jadi gelap jiwanya. Gelap matanya. Gelap telinganya. Gelap hatinya. Mereka anak-anak kita. Generasi kita. Pewaris kita. Keturunan kita bersusur gakur pada mereka. Kita yang perlu menyelamatkan mereka. Jika tidak mereka tidak dapat menyelamatkan diri mereka. Mereka sudah tenggelam ketka itu. Tinggalkanlah mereka dalam keadaan terapung. Dalam selamat sejahtera. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment