Kita di Malaysia sudah biasa memandu kenderaan yang sterengnya di sebelah kanan. Kita memandu di sebelah kiri jalan. Di sebelah kanan kenderaan yang datang dari arah hadapan. Hampir di semua negara yang pernah menjadi tanah jajahan British mengikut sistem British. Hampir kesemuanya. Tidak kesemuanya. Patuh kepada tuannya. Setia kepada gembalanya. Maka segala-galanya tentang jalanraya adalah British. Undang-undangnya begitu. Road Traffic Ordinance masih terpakai hingga sekarang walaupun kita sudah merdeka berpuluh tahun. Tiada pengubahsuaian yang besar. Kadang-kadang praticalitynya tidak ada. Undang-undang yang di atas kertas tidak diaplikasikan dengan budi bicara. Tanpa melihat perubahan zaman dan perubahan teknologi.
Negara-negara lain yang bukan British memandu di sebelah kanan. USA yang pernah berada di bawah British mengubah kebiasaan British. Mungkin tradisi. Bilangan orang British di USA tidak ramai. Yang ada adalah Irish. Suatu waktu dahulu mereka yang mula berhijrah ke sana. The Pilgrim Father, kapal pertama yang membawa mereka ke sana pada tahun 1640 jika tidak silap tarikhnya. Kebetulan sejak dahulu mereka memusuhi orang English yang menjadi tuan kepada mereka. Orang Irish inilah yang menguasai politik Amerika hingga sekarang. Contoh paling utama ialah keluarga Kennedy. Begitu juga tentangan orang Scots dan orang Welsh terhadap apa sahaja yang namanya British. Apabila Amerika membebaskan dirinya dari cengkaman British maka mereka mencipta sistem yang berbeza dari sistem British. English British tidak sama dengan English USA. Berbeza dari segi ejaan, sebutan, susuk bahasa dan istilah-istilahnya. Begitulah juga dari segi amalan hidup. Mazhab agama Kristian yang dianuti berbeza. Falsafah berbeza. Banyak sangat perbezaannya.
Semua negara di Eropah tidak sukakan British. Mereka juga memandu di sebelah kanan jalan. Stereng di sebelah kiri. Yang menghairankan saya ialah negara Canada. Negara tersebut masih menganggap Queen Elizabeth II sebagai raja mereka. Ada jawatan governor general British di Canada. Walaupun bekas jajahan British Canada mengikut jejak Amerika dari segi peraturan jalanraya. (Ada cerita istemewa tentang ini bila saya cerita saya sampai di Canada nanti). Banyak bangsa dalam dunia ini bencikan British. Tetapi kita yang pernah dijajah dengan licik sangat terarah ke Britain. Nampak indahnya sahaja. Bahaya dan jahatnya British kepada orang kita dahulu terlupa begitu sahaja. Benarkah orang Melayu mudah lupa?
Apapun bila saya sampai di USA saya terpaksa mengambil lesen memandu di sana. Saya membawa lesen memandu antarabangsa tetapi sah hanya untuk sebulan sahaja. Oleh yang demikian untuk mendapat lesen memandu, saya kena membaca undang-undang jalanraya yang kebanyakanya agak berbeza dengan amalan kita di sini. Banyak undang-undang mereka lebih praktikal. Sesuai dengan tamadun yang mereka bina. Untuk mengambil lesen memandu saya tidak menduduki ujian bertulis atau ujian memandu di jalanraya. Sesiapa yang mengambil ujian untuk mendapatkan lesen memandu dianggap sudah boleh memandu. Tempatnya juga istimewa. Pendaftarannya di pejabat seperti JPJ di Malaysia. Lesennya hanya boleh diambil di balai polis tertentu. Saya mendaftar ala kadar sahaja. Very simple and very brief. Yang penting ialah ID. Pengenalan diri dan alamat yang jelas. Saya serahkan borang di kaunter. Lalu disuruhnya saya ke satu booth yang memaparkan ujian yang perlu saya ambil. Terpapar soalan pertama. Saya tidak ingat soalannya. Saya tekan butang jawapan. Begitulah seterusnya. Ada 20 soalan kesemuanya. Jika betul maka keluarlah tulisan warna hijau yang bergemerlapan. Congratulation! Pada kali pertama banyak soalan yang tidak dapat saya jawab. Jika salah keluar pula tulisan berwarna merah. Wrong! Bila keluar congratulation seronoknya bukan kepalang. Pada hal mesin yang memberi ucapan itu. Tiada apa-apa perasaan. Namun jika dihubungkan dengan manusia yang merekaciptanya baru dapat kita rasakan nikmat berjaya itu. Ada orang yang menghargainya. Bila wrong pula terasa pipi seperti ditampar-tampar. Ada orang marah kerana salah jawab. Terimalah hakikat bahawa bila salah itulah konsekuennya. Tidak ramai orang yang menerima kesalahan kita. Mereka tidak memaafkan. Pembetulan perlu dibuat. Usaha perlu digandakan untuk berjaya.
Dalam sistem pengambilan lesen ini jika gagal pada kali pertama, kita boleh datang kembali pada hari berikutnya. Tidak seperti di sini kita kena tunggu berbulan lamanya. Pada kali pertama saya menjawab hingga hampir soalan yang ke-20. Malangnya sebelum sampai ke penghujung saya menjawab salah sebanyak empat kali. Secara automatik saya gagal. Komputer memaparkan perkataan, “Sorry. Come back again.” Sepanjang hari itu hingga ke malamnya saya mengulangkaji semula silibus memandu. Undang-undangnya simple tetapi perlukan pemikiran yang waras, rasional, civic mindedness. Falsafahnya sangat senang. You have no right to use the road unless you share with other people. Sebab itu mereka sangat perihatin di jalanraya terutama bagi yang berkenderaan sangat menghormati pengguna lain. Yang berjalan kaki paling diutamakan.
Kali kedua saya ambil ujian itu saya lulus. Dari soalan pertama hingga soalan ke-16 semuanya betul. Ujian hingga setakat itu sahaja. Saya telah disahkan lulus. Tidak perlu menjawab soalan-soalan berikutnya bila sudah lulus. Lulus adalah lulus. Di sinilah practicalitynya. Jika di sini kita kena habiskan juga. Perbezaan falsafah. Congratulation ! You passed. Saya hendak lesen. Itu sahaja. Saya hendak memandu. Hendak melancong. Tempat pertama destinasi saya dan keluarga ialah Canada. Sebelum itu saya kena belajar terlebih dahulu memandu dengan stereng di sebelah kiri. Kereta di USA semuanya automatik. Untuk memandu yang bukan automatik perlu special request. Pada kali pertama memandu kekok juga. Perlu membiasakan giar automatik. Memandu hanya menekan pedal minyak dan brek sahaja. Kena tahu bila kereta boleh start atau tidak. Memotong dari arah kiri pula. Brek kereta mereka memang efficient. Tekan sikit mencekam bunyinya. Mereka perlukan itu. Pemandu yang perlu tahu mengawal kenderaannya sendiri. Mereka semua dididik begitu. Learn to control things. Not to be controlled. Or being out of control.
Mengembara di USA adalah suatu pengalaman. Banyak berjalan luas pemandangan. Banyak yang dilihat. Lama hidup banyak dirasa. Negaranya luas. Lanskapnya berkejauhan. Ada hal-hal yang diluar kebiasaan. Jalanrayanya rapi. Kawasan rehatnya luas. Persimpangan-persimpangannya ditunjukarah dengan jelas. Papan-papan tandanya membantu. Dipendekkan cerita jika boleh membaca peta, insyaAllah tidak akan sesat. Ini kerana sistem jalanrayanya dibina untuk memudahkan. Apabila kita memandu seolah-olahnya ada navigator bersama kita. Teliti peta yang kita ada. Semua arahan ada di dalamnya. Kita boleh plot arah yang menjadi destinasi kita. InsyaAllah sampai dengan selamat. Now everything was set. Canada here I come. Saya bertujuh beranak warga kampung Parit Mohamad, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor adalah keluarga pertama yang menjejak Amerika Syarikat dan Canada. Sejarah yang tidak akan berulang. Hanya untuk keluarga tercinta ini. We made it. We had a great experience. Though it is only a distant memory nevertheless it is there. Still vivid. Yearning to be repeated again and again. Alas! An experience is an experience. To experience it is an experience in itself.