Apabila usia menganjak banyak berlaku hal-hal yang
sukar difahami oleh mereka yang muda. Paling ketara ialah kesukaran menyesuaikan
diri dengan keadaan.
1
Mungkin kerana budaya yang mencengkam sehingga sukar
untuk berubah.
2
Mungkin pendidikan yang tidak mencapai tahap
berfikiran aras tinggi.
3
Mungkin kerana usia yang sudah melampaui mudahnya
menyesuaikan diri.
4
Mungkin penyesuaian diri bukan agenda diri.
5
Mungkin faktor iklim dan cuaca antara lokasi berbeza.
Kadang-kadang kita rasa sangat berbeza apabila usia
berganjak banyak. Semakin kita bertambah usia semakin sukar menyesuaikan diri. Banyak
yang perlu dipelajari semula. Payah pula untuk mempelajarinya.
1
Usia tidak banyak membantu menyesuai diri.
2
Pengalaman tidak dapat banyak membantu.
3
Tempat dan suasana juga tidak membantu.
Berada di luar negara memberikan impak yang sukar pada
diri. Banyak yang diambil dari pengalaman di negara orang. Sewaktu kembali dari
USA pada tahun 1986 dahulu penulis merasakan bahawa Malaysia lebih panas dari
biasa. Kebetulan penulis kembali pada akhir musim bunga. Begitu juga sekembali
dari Canada pada tahun 1990 dahulu, Malaysia terasa agak panas. Ketika itu
penulis kembali pada musim luruh. Setelah kembali dari menunaikan ibadah haji pada
tahun 1999 terasa pula Malaysia lebih panas dari Arab Saudi. Kebetulam ketika
itu musim bunga. Sekarang penulis sudah lebih dua minggu berada di
Malaysia. Kembali dari Mesir yang
sekarang sedang bermusim bunga. Ternyata suhu di tanahair tercinta ini sangat
mencabar diri. Panasnya meruap. Berpeluh selalu. Sekali pakaian dipakai maka
perlu diganti kerana peluh. Setiap hari banyak berganti pakaian. Yang
merisaukan ialah diri ini sukar menyesuaikan diri. Jika dahulu proses
menyesuaikan diri sangat pantas tetapi kini ianya perlukan jangkamasa yang
lebih panjang. Lebih lama. Lebih sukar. Sepertinya ada yang menghalang dari
berlakunya penyesuaian diri kepada iklim dan cuaca yang dahulunya adalah
lumrah.
Di Kaherah dahulu ramai teman-teman dari Asia Tengah
seperti Karzakhstan, Kirgyzistan, Turki dan sebagainya tidak percaya bahawa di
Malaysia tidak ada peredaran musim. Mereka terkejut kerana kita tidak mengalami
musim dingin yang bersalji. Mereka tidak memahami bahawa kita hanya hanya ada dua
musim yang pasti iaitu musim panas dan hujan. Panasnya melekit dan merimaskan.
Hujannya mungkin mengakibatkan banjir. Tetapi itu adalah hakikat. Itulah
hakikat kita di negara tercinta ini. Diri ini agaknya yang merasa kesukaran untuk menyesuaikan diri.
Semakin lambat prosesnya. Sewaktu ke Canada dahulu penulis mengambil masa tiga
hari sahaja untuk menghilangkan jet-lag dan time-lag. Namun kali
ini penulis mengambil masa yang agak lama. Kaherah enam jam lebih lewat.
Kembali ke Malaysia kehilangan pula satu hari. Bumi berputar dan berputar. Pada
hari Sabtu pertama jam dan telefon masih lagi menunjukkan hari Jumaat.
Tertinggal satu hari. Perbezaan-perbezaan demi perbezaan sejak kembali dari
Kaherah.
1
Amalan agama yang berbeza.
2
Implikasi iklim dan cuaca yang berbeza.
3
Kompliksi budaya yang berbeza.
Cuaca panas semakin dipanaskan dengan suasana ekonomi
dan politik yang sentisa berkocak. Kejutan demi kejutan. Pelaksanaan GST bukan
sesuatu yang ganjil dalam mana-mana ekonomi tetapi maaflah hanya di Malaysia
sahaja yang ianya kelam-kabut. Lebih setahun diumumkan tetapi sistemnya seperti
tidak dibina. Orang tidak tahu landasanya. Tidak tahu prosesnya. Selama ini
yang ada hanya pencerahan yang tidak begitu cerah. Apabila dilaksanakan
semuanya seperti menepati ramalan. Peniaga tidak tahu. Mereka borong sahaja. Kesemua
barangan dikenakan GST. Pengguna tidak tahu. Mereka bayar sahaja kerana
beranbggapan kesemua barangan dikenakan GST. Yang nyatanya:
1
Kesemua barangan lebih mahal daripada biasa.
2
Tidak ada peniaga yang memberikan diskaun. Sebelum GST
peruncit biasa masih bersedia menawarkan diskaun. Sekarang semua harga dianggap
tetap.
3
Rakyat bawahan terasa beban harga yang meningkat dan
terus meningkat.
Penulis kepayahan untuk menyesuaikan diri dengan cuaca
tetapi terasa sangat payah dengan keadaan ekonomi seperti sekarang. Peniaga di
Malaysia adalah spesis yang kehilangan usaha untuk mengurangkan kos. Kerajaan dan
pemimpin tidak dapat turun ke bawah dan memahami keadaan. Pembangunan tidak
boleh hanya dengan menaikkan cukai sahaja. Pakar ekonomi selalu berhujjah
bahawa produktiviti boleh menjana pembangunan. Maknanya sesuatu mestilah
dilakukan untuk menjananya. Setiap kos memberikan pulangan. Setiap pulangan
pula selari dengan produktiviti. Tidak ada yang percuma dalam ekonomi. Udara yang
dianggap percuma kita bayar melalui pencemaran. Terlalu banyak yang percuma
hanya mempercepatkan ketirisan khazanah negara. Negara tidak boleh dibangun dengan
sesuatu yang tidak produktif. Subsidi adalah sesuatu yang positif untuk membantu
rakyat bwahan. Memang golongan kaya juga memikmatinya. Sewajarnya kita tidak
iri kepada orang kaya. Golongan berada. Banyak kewajaran bahawa mereka juga
perlu menikmati subsidi itu.
1
Golongan berada membayar berbagai cukai khususnya
cukai pendapatan. Wajarlah mereka menikmati subsidi seperti rakyat lain yang
tidak membayar cukai pendapatan. Untuk menikmati subsidi golongan berada telah
membayarnya. Golongan bawahan percuma 100% tanpa membayar cukai pendapatan.
2
Mereka menggerakkan ekonomi. Memiliki kilang,
perusahaan dan syarikat-syarikat besar. Mereka membayar cukai keuntungan. Kerana
itu apa salahnya mereka menerima subsidi seperti orang lain.
3
Mereka tidak menyusahkan kerajaan. Tidak juga
menyusahkan golongan bawahan. Malah mereka memberi peluang pekerjaan kepada golongan
yang memerlukan.
4
Ramai antara mereka membayar kos perubatan, insuran
kenderaan, cukai jalan, penggunaan elektrik dan air yang banyak, penggunaan
alat komuniksi yang banyak dan banyak lagi.
Sumbanan golongan berada kepada negara adalah banyak.
Maka subsidi yang ingin mereka kongsi seperti orang lain sangat sedikit
berbanding dengan sumbangan mereka. Perlukan golongan berada didera hanya
kerana mereka berada. Lebih malang rasanya ialah pegawai-pegawai kerajaan yang
juga membayar cukai tetapi tidak menikmati subsidi. Jika kita mengenakan GST
maka sewajarnya negara mengembalikan apa yang disumbangkan oleh rakyat sama ada
secara langsung atau tidak secara langsung. Kebajikan rakyat diutamakan seperti
di negara-negara lain yang mengenakan GST. Kebajikan rakyat sentiasa menjadi
agenda utama. Rakyat yang terbela adalah rakyat yang bahagia. Setia dan hatinya
tenang berhadapan dengan cabaran.