Siapa sebenarnya yang
paling penting di sekolah? Pengetua? Bukan. Guru? Lagi bukan. Pelajar? Yes. Bingo. Di sekolah insan yang paling
penting ialah pelajar. Disebut juga murid. Di IPT siswa. Ditambah di awalnya
dengan maha. Tidak diketahui maksudnya. Sama ada besar, tua atau terlebih
pandai. Walau apapun mereka dikatakan paling penting dalam institusi
pendidikan. Bangunan sekolah bergantung kepada jumlah pelajar. Bergantung kepada
unjuran pelajar pada masa akan datang. Buku perpustakaan bergantung kepada
bilangan pelajar. Guru yang didatangkan ke sekolah juga bergantung kepada
bilangan pelajar. Ada masanya bergantung kepada subjek yang diajar. Bilangan
masa mengajar. Banyak lagi perkiraan tetapi kesemuanya berpusat kepada pelajar
dan bilangan mereka. Ini tidak bermakna pelajar berhak menentukan apa sahaja
yang berkaitan dengan mereka. Keputusan di atas bergantung pula kepada
keputusan politik. Bergantung kepada political
will pemerintah. Tanpa political will
banyak yang tidak dapat dilakukan. Sebaliknya banyak pula yang ditiadakan. Lalu
bagaimana aspek pelajar ini harus ditangani.
Sekolah adalah
institusi masyarakat. Agen yang melestarikan hasrat dan hayat sesebuah
masyarakat. Sekolah secara berkesimbungan memanjangkan rupa bentuk sesebuah
masyarakat. Maka staf sekolah diperlukan untuk mengendalikan urusan pentadbiran
dan pengurusan sekolah. Agihan tugas, peruntukan kewangan, peruntukan sumber,
perkembangan kurikulum dan kokurikulum. Seorang CEO sekolah dilantik untuk
mengemudikan kejayaan dan kelangsungan sesebuah institusi pendidikan yang
dinamakan sekolah. Maka apabila masuk menduduki sebuah kerusi empuk di sebuah bilik
pejabat terbesar di sesebuah sekolah, pengetua boleh mentransformasikan dirinya
menjadi berbagai rupa. Ada yang akhirnya demokratik. Ada yang autokratik. Ada yang
benevolent. Ada yang leiszzeire faire. Mungkin ada yang tidak kisah langsung. Yang
mana yang terbaik? Tidak ada kata penentu. Yang penting kesemua urusan sekolah
berjaya dilaksanakan tanpa ada rasa takut atau tergugat. Semua staff akhirnya akur dan selesa dengan keadaan yang
ada. Yang penting juga ialah masalah
dapat diselesaikan. Keputusan dapat dibuat.
Walaupun pelajar
sangat penting, kedudukan mereka sebagai penerima. Tidak ada sumbangan
eksekutif. Suara mereka mungkin didengar. Menjadi pasif jika PIBG dianggotai
oleh orang yang pasif. Yang tidak ambil tahu hal keadaan di sekolah. Khususnnya
prestasi pelajar dan keperluan mereka. Di mana pula letaknya guru-guru? Ini sesuatu
yang perlu difikirkan dengan wajar. Dengan pertimbangan yang rationale. Dengan pertimbangan yang
profesional. Guru bukan buruh. Guru bukan kuli. Guru bukan budak suruhan. Tidak kira apa pembawaan guru itu, secara
peribadi ia adalah seorang profesional
yang terlatih. Yang diiktiraf sebagai guru. Dilantik sebagai guru. Tugasnya menjadi
guru. Memiliki kewibawaan (authority) untuk mengajar dan menjadikan
pelajar-pelajarnya belajar. Memiliki tanggungjawab (responsibility) untuk melaksanakan apa-apa
yang tertanggung ke atasnya. Mengajar dan melaksanakan tugas-tugas yang
berkaitan dengannya. Akhirnya guru digantungkan dengan acccountability iaitu tugas untuk menjawab apa-apa yang diperlukan
darinya berkaitan dengan tugasnya. Cuba lihat senarai tugas guru yang selalunya
over simplified. Tidak jelas dan
longgar di sana dan di sini. Pada baris terakhir ada klausa yang tidak
dimengerti maksudnya. Bunyinya ringan tetapi selalu memberatkan.
Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan dari masa ke
semasa.
Soalannya:
1
Arahan
siapa?
2
Bila?
3
Di
mana?
4
Untuk
apa?
5
Berapa
lama?
6
Ada
peruntukan kewangan?
7
Ada
peruntukan peralatan?
Situasi begini
berlaku:
1
Guru
banyak keluar wang dari sakunya sendiri tanpa sekolah membayar semula semua yang
dibelanjakan. Boleh ibu bapa bayangkan. Seorang guru menghantar pasukan kuiz
sekolah bertanding di sekolah lain. Guru menggunakan keretanya sendiri.
a.
Minyak
tuang sendiri.
b.
Sarapan
pagi pelajar-pelajar guru yang tanggung.
c.
Mungkin
makan tengahari juga guru yang tanggung.
d.
Tidak
banyak. Mungkin sekadar RM70. Itu baru dalam zon. Jika menang ke daerah,
negeri. RM70 X 3 = RM210.
e.
Tiada
elaun bertugas luar dan tidak mendapat elaun makan sehari.
f.
Untuk
tugas hingga ke peringkat negeri seorang guru mungkin terpaksa menanggung
hingga RM400. Atau lebih. Itupun tidur
di bilik darjah sekolah dengan membawa tilam, bantal dan selimut sendiri. Jarang
yang dapat tidur di hotel yang paling murah. Itu juga belanja sendiri. Sebesar mana
gaji guru. Kadang-kadang ibu bapa terlepas pandang semua ini. Mereka yang di atas
juga sengaja melepas pandang. PIBG yang kaya mungkin boleh membantu. PIBG
sekolah kampung bagaiman?
2
Banyak
masa guru dihabiskan di sekolah. Kokurikulum. Latihan sukan. Latihan drama. Kelas
tambahan. Kesemuanya percuma. Malah keluar wang sendiri.
3
Prestasi
tahunan ikut pengetua. Yang rapat lebih perhatiannya. Yang bekerja selalu
terabai.
4
Naik
pangkat ikut kekananan atau ikut prestasi. Prestasi yang mana? Yang banyak
berkorban harta benda kerana minat dan berminat tiada nilai.
Datanglah pengetua
dengan autoritinya. Kata putusnya. Kehendaknya. Di mana kedudukan guru? Siapa guru
akhirnya. Seharusnya wujud suatu iklim semangat berpasukan. Bersama mengendalikan
sebuah institusi pendidikan yang selamanya bertambah masalahnya. Perubahan sosial
semakin merumitkan. Perubahan demografi semakin menghantui perasaan guru. Perubahan
ekonomi dan teknologi juga merimaskan. Guru menjadi semakin kecil dan tidak signifikan.
Jika CEO sekolah hanya memandang kertas arahan dari atas tanpa disertai dengan
rasa kemanusiaan maka guru-guru menjadi sampah di sekolah. Menjadi tidak penting. Tidak dihormati. Tetang hormat menghormati ini saya cuba
gariskan seperti berikut:
1
Guru
sesama guru hendaklah hormat menghormati. Hormati kepakaran masing-masing. Kehebatan
masing-masing. Jangan transgress
profesion guru lain. Guru Geografi haknya Geografi. Guru Sejarah haknya
Sejarah. Jangan besar-besarkan perbezaan pendapat dalam bilik mesyuarat. Yang itu
proses membuat keputusan. Pelajar melihat semua permasalahan guru. Jangan buka
kepada pelajar.
2
CEO
sekolah wajib hormatkan guru sebelum dirinya dihormati guru. Setelah kita
memberi baru kita mendapat. Mungkin tidak perlu memberi. Layanan yang adil dan
saksama sudah cukup membahagiakan guru.
3
Jika
guru menghormati guru, pelajar akan menghormati guru. Apabila CEO sekolah
menghormati guru pelajar akan lebih menghormati guru. Akhirnya orang yang
paling dihormati pelajar ialah CEO itu sendiri. Situasi biasa. Mereka yang menghormati
orang lain akan dihormati sudahnya. Penghormatan yang berkekalan walaupun CEO
itu berpindah kerja. Walaupun sudah bersara. Walaupun sudah tiada lagi. Penghormatan
dalam minda orang-orang yang pernah berurusan dengannya tidak pernah padam.
Semua guru
dibekalkan dengan psikologi dan kaunseling. Prinsipnya satu. Hormati individu
lain. Mereka membantu. Mereka ingin yang terbaik. Salah silap mungkin berlaku. Tetapi
tidak mungkin bersesuaian CEO sekolah memarahi guru di hadapan pelajar. Sebarang
teguran, nasihat, kaunseling, bimbingan atau apa sahaja hendaklah dilakukan di
tempat tertutup. Sessi yang khusus. Empat mata. Rahsia. Di hadapan guru lain
semuanya baik-baik belaka. Di hadapan pelajar semua guru tiada cacat celanya. CEO
yang tidak profesional sebegitu tentu mencacatkan maruah guru. Harga diri guru
jatuh sehina-hinanya di hadapan pelajar. Mereka yang belum dita’rifkan sebagai
dewasa tidak mengerti erti aib dan maruah. Kepada mereka guru yang boleh
dimarahi CEO bukan yang terbaik. Mereka mengundur diri dari menghormati guru. Dari
mematuhi arahan guru. Mereka boleh sewenang-wenangnya mengadu kepada CEO. Kebenarannya
belum tentu lagi sahih. Menghukum tanpa usul periksa juga kezaliman yang
melampau. Jika semasa menjadi guru biasa dahulu dia pernah menerima situasi
yang sama, jangan balas dendam. Hindarkan situasi itu berulang kepada orang
lain.
CEO mestilah
profesional jika dia hendakkan sekolahnya mencapai prestasi yang terbaik. Yang terbilang.
Melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang. Menjadi ketua bukan bekerja sendirian. Memanglah
ada guru yang bersifat X. Perlu dikerah sepanjang masa. Tetapi ingat juga ada
guru yang bersifat Y. Beri panduan sudah cukup. Semuanya beres. Ada pula yang
bersifat X dan Y. Lihat situasi. CEO kenlah memainkan peranannya dengan saksama.
Mesti tajam pemerhatian. Setiap seorang guru perlukan pemerhatian yang berbeza.
Dibangunkan secara berbeza. Akhirnya guru yang sesuai dilambungkan ke paras
yang setinggi mungkin. Apabila seorang CEO sekolah melahirkan ramai CEO-CEO
baru di sekolah-sekolah lain maka namanya pasti gah. Dia berjaya membimbing
bakal-bakal CEO dengan jayanya. Legasinya berkekalan. InsyaAllah.