Sambutan kemerdekaan/Kebangsaan
Malaysia telah berlalu. Saban tahun kita menyambutnya. Saban tahun juga semangat
patriotisma kita tercabar dan teruja. Pada kesempatan ini penulis ingin
bicarakan sesuatu yang biasa. Sangat lumrah. Ramai yang merasa peritnya. Ramai yang
membicarakannya dengan penuh emosi tetapi tiada solusinya yang berupaya
menyelesaikannya. Kita seperti terpukau.
Mungkin juga jadi lesu kerana banyak isu lain yang lebih utama. Atau sengaja tidak
mahu untuk turut serta sementelahan sekarang ini terlalu banyak yang perlu
difikirkan. Mengelakkan diri dari menyibuk walaupun ianya perlu juga
difikirkan. Masalah yang perlu diselesaikan. Bukan dihadapi apa sahaja yang
datang.
30 Ogos adalah hari
yang penuh sengsara bagi mereka yang tinggal di ibu negara, ibu negeri dan bandar-bandar
besar. Sehari menjelang sambutan hari kemerdekaan keadaan lalu lintas sangat
menyeksakan. Hari raptai untuk persembahan
secantik dan sesempurnanya pada 31 Ogos. Banyak jalan ditutup. Laluan yang
asing digunakan untuk melencongkan lalu lintas. Maka terjadilah kesesakan lalu
lintas yang luar biasa. Dari pagi hingga ke tengah hari. Maka berlakulah
hal-hal yang dijangka tetapi tidak diberi solusi.
1 Laluan ke sekolah tersekat. Ramai guru dan murid lewat sampai di
sekolah. Maka pengajaran dan pembelajaran terganggu. Ramai juga guru dan
pelajar yang turut terlibat meyempurnakan sambutan hari Kebangsaan. Putrajaya
mungkin terlepas dari gejala ini.
2 Penjawat awam lewat ke pejabat. Pekererja swasta juga lewat. Maka produktiviti
terjejas. Masa terbuang. Malah banyak pejabat kerajaan yang tidak berfungsi
sepenuhnya. Sesetengahnya lumpuh kerana semua “boss” tiada di pejabat.
3 Banyak urusan awam tergendala. Pejabat kehilangan tenaga. Kembali dari
raptai mereka keletihan. Mereka perlu berehat. Esok perlukan tenaga yang lebih
banyak.
Kenapa 30 Ogos tidak
diisytiharkan sebagai cuti peristriwa? Cuti menjelang Hari Kebangsaan. Banyak yang
dapat diselamatkan pada hari tersebut.
1 Masa kualiti untuk ahli keluarga. Berkelah. Berhimpun bersama.
2 Untuk mereka yang tidak dapat bersama pada 31 Ogos, masih boleh
menyaksikan upacara raptai. Pakaian sahaja mungkin tidak seperti dibajetkan. Raptai
tanpa regalia penuh. Tanpa pakaian tradisi yang gemerlapan. Tidak mengapa.
Asalkan dapat juga menyaksikannya. Terubat juga rindukan kemerdekaan.
3 Pejabat jadi pusat operasi aktiviti menjelang Hari Kebangsaan.
4 Cuti membolehkan semua rakyat merancang memerdekakan diri, keluarga dan
negara. Mengenal erti kemerdekaan.
5 Tidak ada yang emosi dari pagi hingga tengah hari. Biar tenang, aman dan
damai.
Hari Kebangsaan perlu
dinikmati dengan keindahan nostalgianya.
Dilihat masa
hadapanya.
Dimanfaatkan keberadaannya,
Santai menghadapinya.
Fikir-fikirkanlah. Bukan
untuk siapa-siapa. Untuk kita semua.