Masjid al-Fagalah di Kota Sallahuddin. Menyerupai masjid Biru di Istanbul. di Turki
Nama yang sangat besar dalam sejarah Islam pada kurun
yang ke 11 hingga 13. Setepatnya ketika berlakunya Perang Salib kerana menawan
semula Al-Quds dari King Richard The Lion Heart. Kisah ini pernah penulis
sentuh semasa penulis berada di Jordan pada tahun 2013 yang lalu. Nama Sallahuddin
selalu diulang sebut dan diulang baca. Seorang pejuang yang membebaskan al-Quds
setelah dijajah oleh orang Kristian selama kira-kira 200 tahun. Dua abad
lamanya. Ketika itu pemerintah Islam sangat lemah. Tiada siapapun yang dapat
merampas semula al-Quds dari tangan orang Kristian. Sallahuddin yang berasal
dari Kurdistan membunyikan semboyan perang ke atas orang Kristian di al-Quds. Bertahun-tahun
lamanya Sallahuddin bergerak membakar semangat juang pemuda-pemuda Islam. Dihimpunkan
mereka yang hatinya untuk Allah. Al-Quds wajib dibebaskan.
Hilangnya al-Quds bukan sahaja maruah besar yang
mencalar sejarah Islam malah kehadiran orang Kristian dan dalangnya orang
Yahudi membawa bencana besar kepada umat Islam yang ada di Palestin. Dalam operasi
untuk menawan al-Quds tentera Kristian melakukan kezaliman yang sukar difahami.
Mereka membunuh askar Islam sebagai musuh. Tetapi pada masa yang sama mereka
juga membunuh wanita, kanak-kanak dan warga emas tanpa belas kasihan. Salahuddin
datang ke Palestin khususnya ke al-Quds membawa bersamanya akhlak Islamiyyah. Apabila
al-Quds ditawan semula Sallahuddin tidak melakukan balas dendam terhadap orang
Kristian yang ketika itu dipimpin oleh Richard The Lion Heart dari England. Mereka
dibebaskan sebagai orang yang kalah. Senjata mereka dilucutkan. Tidak ada
gangguan terhadap keluarga mereka. Mereka dibebaskan. Kembalilah mereka ke Eropah
sebagai bangsa yang kalah. Agama dokongan mereka kalah.
Ingat kembali sejarah Islam. Orang Yahudi telah
dikeluarkan dari Madinah al-Munawwarah. Mereka menjadi bangsa yang minoriti. Merempat
ke seluruh alam. Tidak ada kekuatan sendiri. Mereka berhijrah ke negara-negara
lain seperti Eropah, Amerika, Canada dan Australia. Tetapi sifat dendam mereka
cuba dilunaskan beberapa kurun kemudian. Palestian yang dijadikan sasaran. Mereka
ingin menguasai al-Quds sepenuhnya dengan bantuan Eropah dan Amerika serta
sekutunya. Mereka nampak gagah sebab negara-negara kuat di belakang mereka. Secara
bersendirian mereka tiada apa-apa. Ramai askar mereka sebenarnya pengecut
belaka. Dengar bunya senjata api sudah cukup menggerunkan mereka. Hidup mereka
dalam kebimbangan. Malangnya semangat Sallahuddin tidak wujud lagi di kalangan
umat Islam. Sifat pemberani hilang dari jiwa kita semua. Kerana itu orang
Yahudi bermaharajalela di bumi Palestin.
Sallahuddin yang berkubu di ‘Ijlun dan Karak di Jordan
akhirnya dapat menawan al-Quds. ‘Ijlun di utara Laut Mati sementara Karak di
Selatan Laut Mati. Terletak di dua buah gunung yang tinggi. Gerak geri tentera
Kristian diperhati dari dua tempat tinggi ini. Sila baca siri Salam Dari Amman,
Jordan untuk pencerahan ceritanya. Setelah itu Sallahuddin membina kotanya di
sebuah pulau di Teluk Aqaba. Sebuah lagi kota dibina di Kaherah. Di sebuah
bukit yang paling tinggi di Kaherah. Dari puncak bukit ini Sallahuddin
mengawasi kawsan sekelilingnya dari ancaman musuh. Kota ini dipelihara dan
dijadikan sebagai mercutanda kebangsaan atau National Monument. Di akhir entry ini nanti dipaparkan imej rakaman
di Kota Sallahuddin di Kaherah. Khususnya maasjid al-Fagalah.
Perlu diingat jasa besar tinggalan Sallahuddin di
Mesir ialah tertubuhnya Universiti al-Azhar al-Syarif. Universiti ulung umat
Islam dalam membangunkan agama Islam. Pelajarnya datang dari seluruh negara
Islam dan bukan Islam. Darinya lahir mungkin jutaan sarjana Islam. Ilmuan Islam
dalam berbagai bidang. Setelah berada di Kaherah barulah penulis dapat
merasakan gahnya Universiti al-Azhar. Universiti hebat ini sedang melalui banyak
transformasi sejak revolusi berlaku di Mesir. Semoga semangat Sallahuddin akan
terus membara di sanubari pejuang-pejuang Islam hingg akhir zaman.
Masjid Sallahuddin di lihat dari Masjid Sultan Rafai
Dari arah yang sama.
Bukit berhampiran kota Sallahuddin.
Di kawasan parkir
Masih di kawasan parkir. Sebelum masuk ke dalam kota.
Kota dan masjid. Lambang dan syiar Islam.
Jalan masuk ke arah kota
Kota yang masih utuh hingga kini
Antara pusat jualan cenderamata
Di sini juga terdapat Museum Tentera.
Bangunan di sekeliling kota
Betapa tersergamnya masjid ini
Laluan masuk yang luas
Cantik menawan
Sisi kanan masjid. Kesenian zaman daulu.
Lorong yang luas untuk berlegar
Sisi kiri
Kesenian indah
Pintu keluar. Sama seninya dengan pintu masuk.
Ruangan dalaman yang luas dengan lampu berbagai bentuk
Lihatlah seninya pada kubah masjid
Tidak puas mendongak. Tinggi, luas dan memberikan gambaran kekerdilan manusia yang berada di dalamnya
Lampu gantung yang berat dan besar
Sayangnya masjid ini sudah jadi seperti museum. Pengunjung ramai yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Pelancong asing dibiarkan dengan pakaian mereka.
Tembok di sisi kanan masjid.
Di hujung tembok kelihatan sebahagian dari Bandaraya Lama Kaherah
Kota ini dikelilingi bandaraya Kaherah
Taman di kawasan masjid
Bandaraya Kaherah dari arah yang lain
Kelihatan sebahagian dari istana yang sudah ditinggalkan
Di kawasan masjid
Dari sudut yang lain
Dari arah kanan masjid
Cintaku di sini
Lagi Bandaraya Kaherah dilihat dari kota Salahuddin
Sebuah jalanraya dilihat dari puncak kota.
Pengunjung berlegar di sekeliling kota
Seni tamannya
Serumpun pisang di kawasan masjid. Terasa seperti di Malaysia
Mula meninggalkan masjid
Diabadikan di sini
Sebuah lukisan tembaga
Perjalanan keluar