Kebijaksanaan seperlunya disertai dengan pengalaman. Peribahasa Melayu mengatakan sibodoh makanan si cerdik. Begitulah yang celik menjadi raja ke atas yang buta. Dalam dunia in tiada siapa yang pedulikan kita tanpa ada ilmu. Tanpa ada kemahiran. Tanpa ada maklumat. Negara kita mengejar kemajuan. Namun masih ramai orang kita yang tertinggal dari segi pendidikan. Masih ramai yang diperlukan dalam berbagai bidang profesional. Arkitek masih kurang. Akauntan masih banyak kosong. Kejuruteraan masih banyak yang diperlukan dalam bidang-bidang yang khusus. Begitu juga doktor perubatan. Pakar-pakar perubatan berbagai bidang. Senarainya panjang. Usahanya ada. Motuvasinya juga ada. Tapi sejak beberapa lama kekurangan orang kita dalam bidang profesional masih terus berlaku.
Ramai anak kita berada di Korea dan Jepun dalam Program Pandang Ke Timur. Negara yang terkehadapan dalam kemauan teknologi. Usaha gigih mereka melepaskan diri dari belenggu perang. Dari belengu kemiskinan. Belenggu kejahilan ilmu. Sekarang Jepun dan Korea menjadi lebih maju berbanding dengan negara lain di rantau Asia. Maka diadakan Program Pandang ke Timur. Kenapa ke Barat jika orang Timur memiliki kelebihan yang boleh diminta kongsi. Yang boleh melimpahkan rasa kekitaan sesama orang Asia. Benarkah begitu? Program ke Barat masih terus dilaksanakan. Anak-anak kita keluar menerobos dunia luar yang berbagai. Di semua negara maju anak kita ada di sana. Paling ramai tentulah di Amerika Syarikat, Great Britain dan Australia-New Zealand. Jangan lupa anak kita ada di canada, Perancis, Germany, Spain, Italy, Poland, Russia, Mesir, Jordan, Indonesia, Arab Saudi, India, Cina dan berbagai negara lain. Mereka akan kembali dan mewarnai negara dengan kepelbagaian ilmu, kemahiran dan maklumat. Mereka menjadi acuan yang perlu diadun pula menjadikan mereka ramuan kejayaan masa hadapan negara.
Dalam pendidikan suka bertanya adalah amalan belajar yang dikira antara yang terbaik. Bertanya mungkin secara lisan. Secara hati. Secara ingin tahu. Di sini anak kita ada masalah. Anak-anak kita tidak dilatih untuk suka bertanya. Suka ambil tahu. Berminat mengetahui. Menjadi orang bermaklumat. Rajin membaca. Suka berdiskusi. Suka berhujjah. Anak-anak kita dibesarkan untuk tidak banyak bercakap. Tidak banyak bertanya. Akibatnya mereka hanya menerima apa yang disuapkan oleh ibu bapa. Yang disuap oleh guru. Oleh media. Oleh rakan sebaya. Tidak ada soalan menyanggah. Soalan yang menimbulkan keraguan. Anak-anak diprogram supaya menerima apa yang diberi oleh mereka yang lebih berumur. Yang lebih berkuasa. Yang lebih tinggi kedudukannya. Yang lebih lama hidup. Yang sudah banyak makan garam. Maka terdapat kelesuan berfikir. Keterbatasan bertanya. Ingin tahu yang selalu dipendam sendiri. Mengambil jalan jauh untuk mendapat jawapan.
Ilmu, kemahiran dan maklumat adalah aset negara yang mahal. Tiada negara yang dengan sewenang-wenangnya melepaskan ketiga-tiganya kepada orang lain. Yang berada pada tahap umum mungkin tiada masalah. Yang pada peringkat tinggi pasti disembunyikan. Pasti diselindungkan. Itu aset negara mereka. Kita dengan mudah ingin mendapatkannya. Program-program kerjasama diadakan. Namun hakikat pemilikan aset itu tidak dapat dielakkan. Semua orang sayang dengan aset yang mereka ada. Bukan mudah mendapatkannya. Mereka memilikinya setelah berusaha bersusah payah. Ibarat pokok, kita hanya ingin memetik buahnya sahaja. Kita latih anak-anak kita untuk memetik buah. Kita tidak mengajar anak kita cara berkebun. Cara membaja pokok. Cara melebatkan buah. Kita tidak ajar anak kita tentang cara yang susah. Semuanya hendak cepat kaya. Atau cepat muflis. Kerana keduanya berlawanan.
Di Canada saya menemui permasalahan begitu. Sebelum saya berangkat ke sana saya dan teman-teman yang lain telah diberi taklimat. Diberi maklumat. Diberi jadual belajar. Rasanya jika kesemuanya dilaksanakan kehidupan dalam kursus itu pasti menyeronokkan walaupun mungkin keletihan. Harapan saya meleset. Sangkaan saya tersasar. Setelah tamat sesi orientasi di Seneca College of Applied Technology, seorang pegawai yang menguruskan kami di Toronta bertanya,
“Well, I know Friday is off for you. Is there any other day that you want off?
Menyirap darah saya dengan pertanyaan itu. Saya bertanya kembali,
“I thought everything was finalised in KL?”
‘Nah! Put that aside. What do you really want to do?
Suatu alasan untuk meringankan beban tanggungjawab kontrak yang telah dipersetujui. Friday off bermakna hanya bekerja selama empat hari bagi kami dari Malaysia. Jumaat, Sabtu dan Ahad. Mereka beruntung. Kita rugi. Wang itu pula pinjaman dari Bank Dunia. Itu baru satu cerita. Semua bangsa yang berurusan di peringkat antara bangsa melakukannya. Mereka mengekalkan sifat kedekut. Tamak. Tidak banyak membantu. Meremehkan apa yang kita mahu. Hanya pegawai-pegawai yang tegas sahaja diperlukan untuk berurusan di peringkat antarabangsa.
Itu dialog di Toronto, Canada. Mungkin itulah yang berlaku di Jepun dan Korea. Mereka tidak mudah memindahkan teknologi mereka melalui anak-anak kita. Jika anak kita rajin bertanya, banyaklah yang mereka dapat. Jika mereka pemalu maka seganlah ilmu yang mereka ada. Mereka lulus tetapi sekadar lulus sahaja. Tiada kepujian atau kecemerlangan. Kalimah mumtaz tidak Sekadar cukup-cukup untuk lulus dalam keadaan daif ilmu. Daif kemahiran. Daif maklumat. Belajar bukan sekadar lulus ilmu. Itu hanya satu aspek. Ramai orang ingin melihat kertas. Kertas sahaja tidak memadai kerana akhirnya yang ingin diterjemahkan ialah keupayaan membina negara. Membina bangsa. Membina ummah. Kita perlukan orang-orang yang boleh merealisasikan impian dan hasrat negara. Sekadar kertas tanpa isi tentulah melemaskan sahaja jadinya.
Tidak ada bangsa yang dengan rela hati ingin menyerahkan segala khazanah negaranya kepada bangsa lain. Ilmu, kemahiran dan maklumat adalah vital kepada survival sesebuah negara. Walaupun anak-anak kita berada di negara mereka tidak smestinya mereka akan membawa pulang semua yang diperlukan. Technology transfer tidak semudah yang kita sebut antara dua bibir. Ia bukan di lidah. Ia adalah kerelaan melepaskan sesuatu yang berharga kepada sesuatu bangsa untuk dipindahkan kepada bangsa lain. Atau dikongsi ikmatnya dengan orang lain. Hatta dibayar mahal sekalipun ada teknologi yang tidak sedia dikongsi. Kerana itu kita seharusnya melatih anak-anak kita dengan sifat inquisitive. Meneroka semua bidang kerana ingin mengetahui. Akademik yang dasar. Matlamatnya ialah untuk kesejahteraan bangsa pada masa hadapan. Terkehadapan dalam teknologi. Taraf pendidikan yang tinggi. Biarkan mereka mencari jawapan kepada soalan mengenai apa, siapa, bila, di mana dan bagaimana selalu menjadi panduan membuat aktiviti untuki maju ke hadapan. Jangan sekat mereka. Jangan benarkan mereka berhenti dari mencari jawapan-jawapan lain. Aspek siapa lagi, di mana lagi, bila lagi, apa lagi, teknologi baru semuanya dicari jawapannya. Ibu bapa perlu memahami berbagai aspek pendidikan, teknologi, politik, ekonomi, hubungan antarabangsa, agama dan sosiologi.
Mulai sekarang didiklah anak-anak supaya rajin bertanya. Jawablah secara profesional. Ibu bapa hendaklah banyak belajar lagi. Banyak yang tidak diketahui. Banyakkan belajar lagi. Banyak bidang yang belum diketahui. Anak-anak kita cepat mengetahui melalui teknologi. Internet dan gadget lain terlalu banyak dan memudahkan. Maksudnya ibu bapa hendaklah terkehadapan bebanding dengan anak-anak mereka. Ibu bapa tidak boleh diperlekehkan oleh anak-anak. Anak-anak perlukan panduan. Mereka dahagakan nasihat. Mereka perlukan ibu bapa yang banyak tahunya. Yang banyak maklumatnya. Yang selalu membantu menyelesaikan banyak permasalahan anak-anak. Ibu bapa perlu memberi jalan yang luas, panjang dan mudah dilalui. Jangan disemakkan laluan anak untuk membesar. Untuk mengetahui.
Budaya kita hendaklah diubah. Amalan menyisihkan anak-anak dari arus perbincangan hendaklah ditukar. Banyak duduk bersama. Bersembang bersama. Ajak mereka berbincang. Tanya dirinya. Sukanya. Tidak sukanya. Harapannya. Cita-citanya. Ke mana arah tujunya. Apa yang boleh dibantu secara fizikal. Secara spiritual. Secara psikologi. Dalaman anak-anak yang selalu hendaklah dijengah. Ditinjau kosong dan isinya. Keutamaan pilihannya. Ibu bapa hendaklah melihat sebarang diviasi yang mungkin . kelainan dari kebiasaan yang perlukan bantuan. Yang paling baik ialah anak-anak yang laluan hidupnya tanpa hgangguan. Biarlah ia membangunkan dirinya secaa fitrah dan izin Allah. Ibu bapa membantu melancarkan jadual keluarga dan dirinya.