Beginilah anak pokok getah dalam program menanam semula kebun getah, Anak-anak getah kawin lebih produktif berbanding pokok getah biasa.
Sebenarnya banyak usaha yang dilakukan oleh Haji Abas
dalam kelangsungan hidup keluarganya. Kerja utamanya adalah sebagai penoreh
getah. Suatu ketika berlaku banjir seperti yang berlaku secara tahunan di kawasan
Parit Sulung. Air yang melimpah dari hulu Sungai Simpang Kiri dan Kanan, Batu
Pahat melalui Pekan Seri Medan dan kawasan sekitarnya. Air yang melimpah itu
membanjiri juga Parit Mohamad yang didukuki oleh Haji Abas dan keluarganya. Pada
waktu itu (tahun 1950an hingga 1960an) belum ada penempatan mangsa banjir. Belum
ada bantuan kepada mangsa banjir secara menyeluruh. Jika ada mungkin secara terpilih. Di Parit Mohamad tiada bantuan seperti itu. Masing-masing hanya duduk di rumah. Semua
kegiatan di luar rumah terhenti secara automatik. Yang tinggal hanyalah
aktiviti makan dan tidur. Itupun tidak berapa lena kerana khuatir juga ular,
lipan, biawak dan haiwan lain memasuki rumah. Tugas Haji Abas mengawal
keselamatan keluarganya.
Biasanya terdapat sebuah pondok di tengah kebun. Tempat berehat. Walau bagaimanapiun pondok Haji Abas beratapkan rembia. Bukan zing.
Ketika banjir melanda kawasan sekitar Parit Mohamad,
keluarga Haji Abas makan apa yang ada. Lazimnya tiada isyarat banjir. Walaupun
banjir kerap berlaku di hujung tahun namun kedaifan orang di luar bandar tidak
memungkinkan mereka menyimpan stok bahan makanan seperti seperlunya. Banjir kadang-kadang
menjangkau masa sehingga lebih sebulan. Beras cepat pula habisnya. Semasa
banjir selera selalunya sangat terbuka. Seperti makan semasa berkelah di tepi
laut atau sungai atau tasik. Air di sekeliling rumah. Beralun kerana gugurnya
buah. Atau kocakan ikan yang bebas di dalam air. Berenang di atas darat
sekali-sekala. Apabila kehabisan bekalan makanan, Haji Abas bersampan ke kedai
runcit yang berhampiran. Beruntung juga memiliki sampan. Memang diperlukan
ketika itu. Bagi yang lain mereka
bisanya membuat rakit dari batang pisang. Itulah kenderaan untuk ke masjid atau
untuk membeli barang-barang keperluan di kedai runcit.
Haji Abas menggunakan sampanya untuk mengambil upah mengangkut mereka yang hendak ke Bandar Penggaram. Dalam masa banjir sekalipun urusan pejabat atau urusan rasmi tetap berjalan. Ada yang pergi untuk membayar cukai tanah. Yang lain mendaftar kelahiran anak. Atau juga untuk mengambil kad pengenalan. Bagi mereka yang memiliki simpanan yang lumayan, mereka ke bandar untuk membeli keperluan peribadi teruatamnya pakaian untuk hari raya. Banjir separas pinggang diredah juga kerana tiada pilihan lain. Sampan Haji Abas berada pada masa yang bertepatan keperluannya. Walaupun arus sungai agak deras, sampan itu mudah dikendalikannya. Begitulah tugasnya berulang-alik membawa penumpang ke jeti di kuala Parit Mohamad.
Haji Abas menggunakan sampanya untuk mengambil upah mengangkut mereka yang hendak ke Bandar Penggaram. Dalam masa banjir sekalipun urusan pejabat atau urusan rasmi tetap berjalan. Ada yang pergi untuk membayar cukai tanah. Yang lain mendaftar kelahiran anak. Atau juga untuk mengambil kad pengenalan. Bagi mereka yang memiliki simpanan yang lumayan, mereka ke bandar untuk membeli keperluan peribadi teruatamnya pakaian untuk hari raya. Banjir separas pinggang diredah juga kerana tiada pilihan lain. Sampan Haji Abas berada pada masa yang bertepatan keperluannya. Walaupun arus sungai agak deras, sampan itu mudah dikendalikannya. Begitulah tugasnya berulang-alik membawa penumpang ke jeti di kuala Parit Mohamad.
.
Apabila pokok getah tumbang ke tanah, beberapa minggu kemudian akan tumbuh cendawan kerikit. Enak dimasak gulai atau sambal. Mungkin kerabu cendawan kerikit. Sesekali masih terjual di Parit Sulung.
Upah yang kira-kira 30 sen hingga 50 sen cukup untuk
menampung keperluan semasa banjir. Tentu tidak makan yang enak-enak atau
bermewah-mewahan. Jika sekarang di penempatan mangsas banjir semua keperluan
disediakan, pada waktu dulu tiada siapa yang memikirkannya kecuali ketua
keluarga seperti Haji Abas. Alhamdulillah anak-anak waktu itu tidak besar
seleranya. Tidak meminta ayam goreng atau burger atau pizza.
Mereka mengenyangkan perut dengan apa sahaja yang disajikan. Kesemuanya
menyelerakan kepada mereka. Semasa banjir antara juadah yang kedua banyak
dimakan selain dari nasi ialah ubi kayu. Berbagai kreativiti untuk mendatangkan
selera. Biasanya direbus begitu sahaja. Dimakan berlaukkan sambal tumis atau
dibuat getuk (ditumbuk atau dilenyek dicampur dengan kelapa parut, gula dan
garam secukup rasa). Getuk itu diratakan di dalam dulang. Bila hendak
memakannya dipotong-potong seperti wajik. Enak dimakan. (Terliur pula
mengingatnya). Pada waktu yang lain dibuat lempeng, belebat atau pais ubi, bingka, pengat
atau digoreng. Aduhai! Sebenarnya kesemua makanan tersebut menyelerakan. Tetapi
tidak sempurna dari segi keperluan makanan seimbang. Terutamanya kepada
anak-anak Haji Abas yang sedang membesar dan bersekolah.
Di tanah yang lapang, bermacam-macam pokok tanaman kontan. Antaranya pisang, lada dan ubi. Sayur dan buah melengkapkan pemakanan keluarga Haji Abas.
Itu cerita banjir. Cerita warisan zaman itu. Pada
waktu tidak banjir anak-anak gadis Haji Abas turut membantu menambah pendapatan
keluarga dengan mengambil upah menoreh di kebun mereka yang agak berada.
Seperti penoreh lain, mereka biasanya menyuluh. Menggunakan lampu suluh minyak
tanah yang dipasangkan di kepala. Menyuluh bahagian pokok yang hendak ditoreh.
Cukuplah untuk menambah pendapatan.
Mencukupkan mana yang kurang. Selain dari sudah pandai mengurus rumah, mereka
boleh diharap membantu meningkatkan ekonomi keluarga. Sama-sama membesarkan
adik-adik. Cerita kakak atau abang membantu keluarga masih berlaku hingga
sekarang. Anak sulung berat bahunya menanggung semua itu. Hanya adik-adik yang
perlu banyak berfikir mengenang jasa kakak kakak dan abang ketika masa lalu yang payah.
Suatu ketika dahulu ramai orang kampung yang menanam
semula kebun getah mereka. Pokok yang sudah tua diganti dengan pokok-pokok
getah yang lebih produktif. Yang getahnya lebih banyak. Menambahkan pendapatan.
Namun untuk menanti pokok-pokok itu besar memerlukan sekurang-kurangnya
kira-kira empat tahun. Haji Abas antara pesertanya yang menyertainya pada akhir tahun 1960an. Sementara menunggu pokok
getah boleh ditoreh Haji Abas menoreh kebun getah orang lain. Kebetulan
jirannya sendiri yang tinggal di hadapan rumah. Namanya Haji Mansur. Orang
Banjar yang pelembut dan baik hati. Lazimnya apabila getah dijual hasilnya
dibahagi dua. Pemilik tanah separuh dan penoreh separuh bakinya. Oleh kerana
Haji Abas bukan orang senang acap kali dia meminjam wang dari Haji Mansur.
Dibayar apabila menjual getah pada giliran berikutnya. Apabila keperluan
mendesak ansuran membayar hutang itu diminta tangguh. Alhamdulillah Haji Mansur
amat mengerti orangnya. Semoga rohnya berada di sisi para solihin.
Pokok lada
Tebu. Bila berehat pokok tebu dimakan untuk dihisap airnya. Tidak perlu pisau atau parang. Biasanya dengan gigi sahaja.
Pokok benbe. Subur di tanah baru. Banyak lagi sayuran yang ditanam. Apabila hendak memasak petik sahaja mana-mana yang menuntut selera.
Pada masa itu anak lelaki Haji Abas sudah bekerja di Johor Bahru. Empat orang lagi yang masih bersekolah. Kedudukan ekonomi Haji Abas mula bertambah baik. Waktu itu pakaian bukanlah yang menjadi keutamaan. Tetapi anak gadis Haji Abas sangat berminat dengan baju baru. Kebetulan setiap minggu datang dua orang penjual kain. Mereka datang berbasikal pada hari yang berlainan. Seorang bernama Rasyid datang pada hari Isnin dan seorang lagi bernama Samy datang pada hari Khamis. Orang India Muslim. Kedua-duanya dari India. Sepasang baju antara RM15 hingga RM20 sahaja. Boleh berhutang dan dibayar beransur-ansur sebanyak antara RM3 hingga RM5 setiap minggu. Suatu kehidupan yang sangat memudahkan. Penjual kain seperti itu hidup menjaja kain dari kampung ke kampung yang lain dengan berbasikal. Haji Abas membelikan pakaian untuk ahli keluarganya dari kedua penjual kain tersebut kerana sangat memudahkan. Pilihan tidak terlalu banyak. Tetapi tidak terlalu rambang mata. Lagipun untuk ke pekan atau bandar mengambil masa yang lama. Kerja banyak yang perlu disiapkan.