Ini adalah manusia sebenar yang Allah jadikan batu setalah beribu-ribu tahun di dalam bumi. Masih dalam keadaan asalnya. Begitulah sewaktu mereka dimatikan.
Mereka yang melalui pendidikan dalam bahasa Inggeris
atau yang didedahkan dengan satera Inggeris pastinya pernah membaca tentang
negara kota yang dinamakan Pompeii. Terletak di negara Italy. Kota ini telah
musnah beribu-ribu tahun dahulu. Allah memusnahkan kota ini dengan letupan
gunung Visuvius. Gunung ini pula tidur
berzaman-zaman lamanya selepas melaksanakan perintah Allah untuk memusnahkan
Pompeii. Pompeii selalu berperang dengan Troy yang dipimpin oleh Helen of Troy.
Pompeii sangat kebal pertahanannya. Pernah membaca cerita kuda kayu? Itulah muslihat
Helen of Troy untuk mengalahkan Pompeii. Tetapi Troy tidak memusnahkan Pompeii.
Kemurkaan Allah yang memusnahkan Pompeii. Tiada satupun yang bersisa. Baik tamaddunnya.
Baik penduduknya.
Mulutnya menggambarkan kengerian yang mereka alami ketika kemusnahan Allah timpakan ke atasnya.
Pompei sebuah negara kota yang gagah perkasa. Maju dalam
membina tamaddun. Negaranya mewah. Melimpah ruah dengan segala nikmat
kehidupan. Ketika itulah mereka lalai. Mereka merasakan bahawa mereka perlu
menikmati apa sahaja. Seperti manusia terdahulu penduduk Pompeii terjerumus ke
dalam seks bebas. Tiada halangan. Tiada sekatan. Dari orang dewasa hinggalah
kanak-kanak kesemuanya menjadi terlibat dengan seks. Ketika itu manusia sudah
bertukar wajahnya menjadi seperti sudah tidak lagi memiliki akal fikiran. Tidak
memiliki sifat manusia yang banyak malunya. Maruah diri sudah hilang dari
mereka. . Mereka melakukan apa sahaja mengikut kata hati. Tidak ada lagi ajakan
kepada amar ma’ruuf dan tiada lagi halangan nahi mungkar. Kesemuanya
halal bagi mereka.
Tamaddun dan kemewahan hanya sementara. Pinjaman dari Allah. Tetapi ianya wajib disyukuri.
Setelah berzaman-zaman lamanya penggalian telah
dilakukan di kawasan yang dikatakan kota Pompeii. Arkeologis menemui
bukti-bukti yang nyata tentang perlakuan seks bebas penduduk Pompeii. Manusia yang
telah menjadi batu kerana terlalu lama di perut bumi dilihat masih dalam
perlakuan seks semasa mereka Allah musnahkan. Dari orang dewasa hingga
kanak-kanak. Allah memperlihatkan kepada kita bukti-bukti larangan yang tidak
dipatuhi. Perlakuan yang melanggar hukum Allah. Mereka mengabaikan Allah dari
kehidupan mereka. Pada mereka nikmat sementara itu dianggap berkekalan
selama-lamanya. Kunci peristiwa yang
berlaku di Pompeii ialah seks terlarang. Melanggar hukum Allah. Kemurkaan Allah
ke atas mereka. Allah musnahkan segala-galanya yang ada pada mereka. Kegemilangan
mereka hanya sejarah. Yang Allah perlihatkan kepada kita ialah kejelikan yang
telah mereka lakukan. Kebejatan yang telah mereka amalkan. Apabila Allah
memusnahkan sesuatu kaum tiada seorangpun yang terkecuali.
Apabila sudah menjadi batu seperti ini, penyesalan tiada gunanya. Kesemunya kembali kepada Allah jua.
Sekarang ini penulis melihat situasi yang sama berlaku di
tanah air kita yang tercinta Malaysia. Manusia dianugerahkan dengan kemudahan
teknologi elektronik yang canggih. Dengannya Allah izinkan terciptanya berbagai
alat komunikasi. Bersamanya adalah berita bertulis, gambar pegun dan video,
warna dan suara. Komputer telah lahir berdasarkan algorithm seperti yang
dikembangkan oleh al-Khawaritzmi. Sarjana matematik Islam yang terkenal. Teori matematik
itu tidak dikembangkan oleh sarjana Islam selepasnya. Sebaliknya ia berkembang
di tangan sarjana bukan Islam. Sekarang kita melihat bagaimana besarnya impak algorithm
itu kepada manusia. Peralatan komunikasi pintar dan canggih yang kita miliki
sekarang rupanya memiliki dua muka yang menakutkan. Secara positifnya
perkembangannya sangat terlalu pantas. Penyelidikan tiada hentinya. Penemuan baru
tiada halangan dengan izin Allah. Ramai yang tidak dapat mengikuti kepantasannya.
Pada masa yang sama aspek negatifnya juga sangat menakutkan. Memerangkap minda
mereka yang belum matang. Menjadikan seluruh kehidupan manusia terperangkap
dalam dunia pintar teknologi.
Penulis dapati bahawa telefon bimbit adalah antara gadget
yang paling menakutkan dari segi impak sosialnya. Ianya sangat berbeza dengan
TV yang masih banyak sopannya. Filem dan video yang boleh ditapis. Media sosial
seperti facebook, twitter, instagram dan sebagainya masih boleh dikendalikan
dengan lebih mudah. Mana-mana yang tidak diingini masih boleh dipadam. Atau diabaikan
dengan kewarasan minda yang kita ada. Denga kematangan berfikir. Namun begitu
telefon pintar (lebih-lebih lagi I-pad dan yang semasa dengannya) telah
menjadikan minda manusia seperti haiwan dicucuk hidung. Setiap saat ada sahaja
imej terlampau yang terpapar. Kesemuanya yang terlarang. Yang songsang. Yang tidak
layak dipaparkan di media sosial. Keadaan menjadi terlalu parah apabila mereka yang
memuatnaik bukan lagi orang dewasa yang matang fikirannya. Ianya didominasi oleh
anak-anak muda yang tanpa kematangan berfikir. Kesemuanya atas nama teknologi
dan kebebasan. Atas nama kebebasan teknologi. Atas nama keseronokan tanpa
batas. Hedonism.
Facebook melalui kompter didapati berbeza dengan
facebook melalui telefon atau I-pad. Komputer yang berskrin besar lebih sopan
mengenengahkan paparan sosial. Mungkin sedikit cerita panas. Namun di dalam
telefon keadaannya terlalu bebas. Berbagai-bagai muatnaik yang menyalahi hukum
manusia, agama dan negara terpapar dengan bebasnya. Tidak ramai yang tahu
kaedah untuk mengelak atau memadamkannya. Kita perlu tahu bahawa audien telefon
dan internetnya adalah semua orang tanpa mengira jantina dan umur. Telefon pula
menerima dan memaparkan banyak kes seks bebas. Sejak beberapa minggu ini
penulis membuat pemerhatian bahawa perlakuan seks ini semakin membesar. Terlalu
banyak paparan yang sudah hilang malu. Ibu bapa sudah tidak dapat lagi memberi
nilai baik pada anak-anak. Semuanya diizinkan atas nama “moden”. Sikap membenarkan
kerana berpendapat bahawa orang lain boleh membuatnya. Apa yang dilihat di TV semuanya dianggap benar
dan diizinkan. Fasafahnya sangat mudah. Jika tidak boleh kenapa disiarkan di
TV. Pertimbangan bukan lagi akal fikiran tetapi contoh teladan yang salah. Yang salah itu pula yang dianggap semasa dan benar. Manusia menjadi keliru antara salah dan benar. Ramai memilih yang salah dan menolak yang benar.
Mayat-mayat batu ini bertaburan di Pompeii. Tiada tempat yang selamat bagi kaum yang ingkar.
Penulis tidak dapat membayangkan bagaimana kanak-kanak
tadika sudah dipaparkan melakukan hal-hal yang terlarang. Yang merakam tentulah
mereka yang lebih banyak usianya. Yang memuatnaik tentulah mereka yang lebih
banyak umurnya. Mereka yang masih terlalu kecil bukan dilarang sebaliknya
dibiarkan melakukan yang tidak baik untuk menjadi bahan rakaman. Penulis merasakan
sudah sampai hadnya bahawa kemurkaan Allah akan tiba pada bila-bila masa sahaja.
Apabila yang dewasa sudah hilang matangnya. Apabila yang kanak-kanak sudah
hilang kawalannya. Apabila yang alim tiada siapa yang mendengar. Apabila kepimpinan
tidak peka akan implikasinya terhadap agama. Bersediakah kita seperti Pompeii
yang Allah musnahkan sekelip mata. Hanya dengan kun fayaqun.
Kemuncak kejelikan dan kebejatan Pompeii apabila pelacuran menjadi hal biasa tanpa segan silu. Tanpa selindung. Seks pula menjadi terlalu bebas tanpa sekatan. Ketika itu sudah tiada lagi kebaikan yang boleh dipertahankan. Allah menarik semua yang ada pada mereka.
Gambaran pelukis mengenai kemusnahan dari Gunung Visavius di Pompeii pada 24 Ogos tahun 79 Masehi. Hampir 2,000 tahun dahulu. Gambaran ini tidak pernah lengkap kerana kemurkaan Allah tiada siapa yang dapat mengukur nisbahnya.
Kita perlu memikirkan semula peranan kita. Sudah terlalu
lama hal yang tidak baik berleluasa di kalangan kita. Jika kita tidak mampu menghalangnya
sekurang-kurangnya kita berusaha supaya orang lain tidak termasuk dalam kelompok
yang salah itu. Mereka yang paling
hampir dengan kita ialah anak dan cucu kita sendiri. Bimbinglah mereka ke arah
yag diredhai Allah. Dunia semakin mengerikan. Allahuakbar.