Maznah binti Abas
Dan
Md Yusof bin Jamar @ Jamil
ABSTRAK
Al-Quran pada asalnya ditulis atas arahan Sayyidina
Uthman r.a. yang menjadi Khalifah Ketiga ketika itu. Al-Quran peringkat awal
ditulis dalam bahasa Quraisy. Ianya terkenal dengan istilah Rasm Uthmani. Penulisan
Rasm Uthmani diusahakan kerana telah terjadi banyak peselisihan tentang
pembacaan al-Quran. Satu elemen penting dalam perkembangan itu ialah bertambahnya
orang Ajam. Berlaku kesukaran membaca al-Quran kerana tiada dhobt untuk
membantu mereka. Maklum tentang pemasalahan tersebut Sayyidina Uthman r.a. cuba
mengatasinya. Perbezaan dari aspek dialek dan pengaruh budaya setempat diatasi
dengan Rasm Uthmani.. Penulisannya mengambilkira penurunan al-Quran dalam tujuh
ahruf. Hanya Rasm Uthmani yang memenuhi keperluan membaca al-Quran semua qiraat
tanpa kecuali.
1.0
PENDAHULUAN
Al-Quran
yang ditulis mengikut Rasm Uthmani adalah al-Quran yang disepakati dan diterima umum sebagai yang paling sahih. Mashaf
al-Quran mengikut Rasm ini ditulis sesuai dengan bacaan Hafs ‘an ‘Asim. Lebih
85% umat Islam di seluruh dunia membaca al-Quran Hafs ‘an ‘Asim. Al-Quran sejak
dari zaman Sayyidina Uthman bin ‘Affan r.a. ditulis dengan Rasm Uthmani. Ianya
disandarkan kepada Khalifah Uthman r.a. Semua bacaan qiraat menggunakan
al-Quran yang sama walaupun diusahakan secara khusus al-Quran yang lain untuk
qiraat-qiraat yang tertentu. Secara spesifiknya al-Quran Rasm Uthmani boleh dibaca oleh semua bacaan qiraat. Ini
bermakna Rasm Uthmani menepati hukum bacaan Qiraat ‘Asara.
2.0
RASM UTHMANI DAN KELEBIHANNYA
Banyak
perbincangan mengenai penulisan al-Quran dalam Rasm Uthmani. Jika kita
menyingkap sejarah penulisan al-Quran dari zaman Rasulullah s.a.w. hingga zaman Sayyidina Uthman r.a. kita dapati
penulis-penulis wahyu yang terlibat masih bersama Sayyidina Uthman r.a. semasa
al-Quran ditulis secara standard yang dinamakan Rasm Uthmani. Sejarah
merakamkan bahawa semua bentuk tulisan al-Quran dimusnahkan. Hanya yang
diusahakan oleh Sayyidina Uthman sahaja yang dikekalkan, dipelihara dan
dillestarikan hingga ke hari ini. Usaha ini sesuai dengan firman Allah:
إِنَّا
نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَفِظُونَ
Maksudnya: Sesunguhnya Kamilah (Allah) yang menurunkan
al-Quran dan Kamilah (Allah) yang memeliharanya. (al-Hjr 15:9)
Rasm
Uthmani ialah sistem penulisan al-Quran mengikut yang disepakati di zaman
Sayyidina Uthman r.a. Prosesnya dengan pengumpulan dan penulisan
kalimah-kalimah al-Quran yang terdapat pada mashaf-mashaf yang ditulis oleh
para sahabat sejak dari zaman Rasulullah s.a.w. hingga ke zaman pemerintahan Sayyidina Uthman Bin Affan r.a. Kaedah ini dinamakan Rasm Uthmani kerana pada zaman
pemerintahan Khalifah Uthman Bin Affan r.a. ayat-ayat al-Quran ditulis dan
dihimpunkan secara khusus seperti mashaf yang ada pada hari ini. Pengumpulan
al-Quran dan penulisannya yang diketuai oleh Zaid bin Thabit r.a. adalah berdasarkan
tulisan orang Quraisy. Demi memelihara bacaan al-Quran yang tepat hanya
al-Quran Rasm Uthmani sahaja yang difatwakan sebagai yang sahih. Membaca
al-Quran yang bertulis dengan Rasm Uthmani memenuhi rukun membaca al-Quran.
Terdapat beberapa keunggulan Rasm Utmani. Antaranya:
2.1
Mengikut
Sunnah Rasulullah s.a.w.
Al-Quran
diterima Rasulullah s.a.w. secara langsung daripada malaikat Jibril a.s.
Rasulullah s.a.w pula memperdengarkannya kepada sahabat untuk dihafal. Pada masa
yang sama Rasulullah s.a.w. memerintahkan sahabat yang mahir menulis untuk
mencatatkan wahyu dalam bentuk tulisan. Baginda memberi arahan spespik mengenai
cara menulisnya. Apabila Rasm Uthmani direalisasikan Sayyidina Uthman r.a. mengekalkan
kaedah yang telah dimulakan oleh Rsulullah s.a.w. Ini bermakna Sayyidina Uthman
r.a mengekalkan sunnah Rasulullah s.a.w.
2.2
Menepati
Semakan Terakhir
Diriwayatkan
bahawa Zaid bin Thabit r.a. hadir sama semasa Rasulullah s.a.w. dan malaikat
Jibril a.s. membuat semakan terakhir al-Quran yang telah diturunkan hampir 23
tahun lamanya. Pada semakan terakhir itulah Al-Quran disusun dari al-Fatihah
hingga ke an-Nas. Justeru itu Zaid bin Thabit r.a. menjadi orang yang paling
layak mempengerusikan jawatankuasa pengumpulan dan penulisan al-Quran.
2.3
Berdasarkan
Kepada Riwayat Mutawatir
Jumlah
sahabat yang menghafal al-Quran sangatlah ramai. Ini bermakna ramai sahabat
yang boleh menjadi guru al-Quran. Kerana itu penulisan al-Quran Rasm Uthmani
adalah berdasarkan riwayat yang mutawatir.
2.4
Menepati
Tujuh Ahruf Al-Quran
Ulama’
mengambil kata sepakat bahawa Rasm Uthmani mengambil kira tujuh ahruf dan bacaan
Al-Quran. (Lihat para 5.0).
2.5
Memenuhi
Keperluan Rukun Bacaan Al-Quran
Bahawa
hanya Rasm Uthmani sahaja yang dianggap sahih untuk dibaca dengan betul. Selain
sanadnya sampai kepada Rasulullah s.a.w., membaca al-Quran hendaklah berlahjah
Arab dan akhirnya membaca al-Quran hendaklah menggunakan Rasm Uthmani.
3.0
SEJARAH RINGKAS PENULISAN RASM UTHMANI
Pada
awalnya Rasm Uthmani adalah tulisan tanpa harakat dan tanpa baris. Bahasa Quraisy
yang digunakan sesuai dengan umat Islam peringkat awal ketika itu. Walau
bagaimanapun Al-Quran tanpa dhobt tersebut menimbulkan keberagaman pembacaan.
Gambar 3.1 hingga Gambar 3.3 yang berikut menceritakan kesukaran membaca
al-Quran bagi orang Ajam tanpa berlatarbelakangkan Bahasa Arab.
Gambar 3.1:Tulisan
Kuffah kurun
ke-7 tanpa harakat
dan dhobt.
Al-Quran Rasm
Uthmani Surah
Al-A’Raf
7:86 - 87.
Manuskrip kurun ke-9 H
Manuskrip Samarkand di Tashkent. Dpercayai
antara yang tertua sewaktu pemerintahan Sayyidina Uthman bin 'Affan r.a.
Al-Quran waktu kegemilangan Andalusia
4.0 USLUB
PENULISAN RASM UTHMANI
Rasm
Uthmani direalisasikan pada zaman Saiyyidina Uthman r.a. menjadi Khalifah ketiga. Hakikat keadaan
ketika itu memerlukan al-Quran yang tunggal. Dialek, tahap kemahiran dan
penghayatan al-Quran semakin banyak perbezaan kerana umat Islam semakin ramai.
Kawasan takluk Islam juga semakin meluas. Al-Quran pada asalnya dihafal. Selain
dari qiraat yang membezakan bacaan, ramai umat Islam yang
membaca al-Quran terlalu berbeza antara satu daerah dengan daerah yang lain.
Kerana itu Sayyidina Uthman r.a. mengambil inisiatif untuk menulis al-Quran
dalam usaha untuk menyatukan umat Islam. Al-Quran Rasm Uthmani adalah usaha awal ke arah itu. Umat Islam
berpecah belah dari segi pembacaan al-Quran. Sudah tentu wujud perbezaan dari
segi interaksi mereka dengan al-Quran. Tindakan mereka juga berbeza.
Sahabat-sabahat yang dekat dengan Rasulullah s.a.w. yang tepat bacaannya kerana
mereka bertalaqqi dan bermusayafahah dengan baginda. Sejarah merakamkan bahawa
ada sahabat yang membaca al-Quran berbeza dengan sahabat yang lain. Oleh kerana
Rasulullah s.a.w. masih boleh dirujuk
ketika itu maka tidak timbul sebarang perbalahan antara mereka. Pada zaman
Sayyidina Uthman r.a. keadaan sudah berbeza. Perbezaan membaca al-Quran tidak dapat
diperbetulkan kecuali ada sesuatu yang mengembalikan mereka untuk bersatu. Sayyidina Uthman r.a. memilih untuk menulis
al-Quran dengan satu Rasm sahaja. Suatu
standard yang tiada tolok bandingnya. Kaedah penulisan Rasm Uthmani banyak yang
tidak menepati lafaz bacaan. Kalimah-kalimah yang ditulis meliputi al-hazaf,
al-ziadah, al-hamzah, al-ibdal, al-wasl wa al-fasl dan ma fih qira’atan (dua
wajah). Jadual 5.1 di bawah menggambarkan keadaan-keadaan tersebut.
Kaedah
|
Rasm
Uthmani
|
Catatan
|
Al-Hazaf
|
الْعَلَمِينَ
|
Dihazaf
alif pada huruf ain
|
Al-Ziadah
|
يَا
أُولِي
|
Ziadah
huruf selepas hamzah
|
Al-Ithbat
|
لَيَكْتُمُونَ
|
Huruf
lam digandingkan kepada kalimah selepasnya
|
Al-Hamzah
|
Awal
kalimah – أَلَمْ ,إِرَمَ
,أُم
Pertengahan
kalimah – خَائِفًا
,امْرَأَتَيْنِ
Hujung
kalimah شَاطِئِ
,جَاءَ ,الْمَلَأُ
|
Hamzah
di pertengahan kalimah
Hamzah
di akhir kalimah
|
Al-Ibdal
|
ءَامَنُوا
|
Hamzah
yang kedua diibdalkan menjadi alif
|
Al-Wasl
|
فَأَيْنَمَا
|
Huruf
fa disambungkan kepada kalimah selepasnya
|
Al-Fasl
|
وَحَيْثُ
مَا
|
Kalimah
mim alif dipisahkan dari kalimah sebelumnya
|
Jadual
5.1: Kaedah penulisan Rasm Uthmani
5.0 TUJUH AHRUF
Rasm Uthmani mengambil kira tujuh ahruf
seperti yang disabdakan Rasulullah s.a.w.
ﻋﻦ
ﻋﻤﺮ ﺑﻦ ﺍﻟﺨﻂﺎﺏ ﺭﺿﻰ ﺍﷲ ﻋﻨﻪ................
...........ﺇﻥ
ﻫﺬﺍ ﺍﻟﻘﺮﺀﺍﻥ ﺃﻧﺰﻝ ﻋﻟﻰ ﺳﺒﻌﺔ ﺃﺣﺮﻑ ﺃﻭ ﻓﺄﻗﺮﺃ ﻣﺎ ﺗﻴﺴﺮ ﻣﻨﻪ
Maksudnya: Dari Umar bin al-Khattab r.a. katanya:
Saya mendengar Hisyam bin Hakim membaca surah al-Furqan di masa hidup
Rasulullah s.a.w. Saya mendengarkan bacaannya dan kebetulan dia membaca menurut
beberapa huruf yang tidak dibacakan Rasulullah s.a.w. kepada saya. Hampir saya
menyerangnya ketika dia sedang solat. Tetapi saya dapat menyabarkan diri sampai dia
memberi salam. Lalu saya tarik dia dengan merentapnya dan mengatakan:
“Siapakah yang membacakan kepada engkau surah yang saya dengar engkau
membacanya?” Dia menjawab: “Rasulullah s.a.w. yang membacakan kepada saya.”
Kata saya: “Engkau dusta. Baginda membaca kepada saya berlainan dari yang
engkau baca itu.” Lalu saya menariknya kepada Rasulullah s.a.w. dan mengatakan
kepada baginda: “Sesungguhnya saya mendengar orang ini membaca surah al-Furqan
berlainan dari yang engkau bacakan kepada saya.” Kata Nabi: “Lepaskan dia!
Bacalah hai Hisyam!”Lalu dibacanya
menurut bacaan yang saya
dengar tadi. Rasulullah s.a.w. berkata: “Begitulah ayat itu diturunkan.”
Kemudian baginda berkata: “Bacalah, hai Umar!” Lalu saya membaca menurut bacaan
yang dibacakan oleh baginda kepada saya. Nabi berkata: “Begitulah ayat itu
diturunkan! Sesungguhnya al-Quran itu diturunkan dalam tujuh huruf. Maka
bacalah mana yang mudah antaranya!” (HR
Bukhari 2025).
Sayyidina Umar r.a. dan Hisyam membaca surah yang sama tetapi
dengan bacaan yang berlainan. Walaupun tidak ada petunjuk secara pasti tetapi
seolah-olah terdapat perbezaan qiraat. Oleh kerana Rasulullah s.a.w. masih
hidup, perselisihan bacaan itu diharmonikan, diterima dan tidak menimbulkan
perbezaan yang membawa petaka kepada umat. Hadith ini juga membuktikan bahawa
pada zaman Rasulullah s.a.w. lagi sudah wujud wajah-wajah pembacaan al-Quran
yang berbeza. Banyak pandangan ulama’ mengenai tujuh ahruf.
5.1 Ramai yang berpendapat mengenai perkara
ini tetapi berbeza senarai bahasa yang dimaksudkan. Antaranya pendapat
al-Hatim yang menyatakan al-Quran diturunkan
dalam bahasa Quraisy, Huzail, Tamim, Azad, Rabi’ah, Hawazin dan Sa’ad bin Bakar.
5.2 Tujuh bahasa yang berlainan dan bertaburan
dalam al-Quran.
Walaupun dimaklumi bahawa al-Quran diturunkan dalam bahasa
Quraisy namun bahasa-bahasa Huzail, Saqif, Hawazin, Kinanah, Tamin atau Yaman
terdapat dalam al-Quran. Bahasa-bahasa itu bertaburan dalam al-Quran dan bukan
mengenai satu-satu kalimah sahaja.
5.3
Tujuh wajah.
Ada pendapat mengatakan bahawa tujuh ahruf adalah berkaitan
dengan amr, nahyu, halal, haram, muhkam,
mutasyabih dan amsal.
5.4
Tujuh
macam hal yang terjadinya khilaf.
Terdapat tujuh macam khilaf yang meliputi:
5.4.1
Ikhtilaf asma’ iaitu
kata-kata yang berbentuk mufrad dan muzakkar seperti tasniah, jamak dan ta’nis. Contohnya
وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَٰنَٰتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ
al-Maarij 70:32
Kalimah yang berbentuk
jamak dibaca mufrad
لِأَمَٰنَتِهِمْ oleh
Ibn Kathir
5.4.2
Ikhtilaf
i’rab. Ianya menunjukkan harakat akhir yang berlainan mengikut bahasa
yang berlainan. Contohnya كَلِمَٰتٍ dibaca ﻛلِمَٰتٌ
فَتَلَقَّىٰ آدَمُ مِن رَّبِّهِكَلِمَٰـتٍ فَتَابَعَلَيْهِ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
al-Baqarah 2:37
Ibn Kathir membaca كَلِمَٰتٍ dengan tanwin
dhommah ﻛلِمَٰتٌ
5.4.3
Ikhtilaf
tasrif. Contohnya
وَأَزْوَاجٌ مُّطَهَّرَةٌ وَرِضْوَٰنٌ مِّنَ اللّهِ وَاللّهُ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ
Ali Imran 3:15
Syu’bah
membaca وَرِضْوَٰنٌ dengan وَرُضْوَٰنٌ .
5.4.4 Ikhtilaf taqdim dan ta’khir. Contohnya
فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لَا أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ
مِّنكُم مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ بَعْضُكُم مِّن بَعْضٍ فَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِن
دِيَارِهِمْ وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُوا وَقُتِلُوا لَأُكَفِّرَنَّ
عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلَأُدْخِلَنَّهُمْ
تَجْرِي
مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ثَوَابًا مِّنْ عِندِ اللَّهِ وَاللَّهُ عِندَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ جَنَّـٰتٍ
Ali Imran 3:195
Qiraat Hamzah dan Kisaie
membaca وَقَاتَلُوا .وَقُتِلُوا
Susunannya terbalik.
5.4.5
Ikhtilaf
ibdal. Ianya melibatkan penggantian huruf dengan huruf atau lafaz
dengan lafaz. Contohnya فَتَبَيَّنُوا dibaca فَتَثَبَّتُواْ oleh Hamzah, al-Kisaie dan Khalaf.
يَا أَيُّهَا
الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا
قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
al-Hujurat 49:6
فَتَثَبَّتُواْ Hamzah, Al-Kisaie dan Khalaf membaca dengan
5.4.6 Ikhtilaf
ziadah atau hazaf. Dalam keadaan tertentu
berlaku hazaf min seperti hazaf min
seperti pada الْأَنْهَارُ جَنَّٰتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا(at-Taubah 9:100) juga dibaca dengan ziadah min seperti pada مِن تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ جَنَّٰتٍ تَجْرِي (at-Tolaq 65:11).
5.4.7
Ikhtilaf
lahjah. Dalam keadaan ini bacaan mungkin ditafhim atau ditaghliz,
ditashil, imalah atau taqlil. Contohnya kalimah مُوسَىٰ dibaca sama ada
imalah atau taqlil.
رَبِّ مُوسَىٰ وَهَارُونَ (as-Syuara 26:48)
رَبِّ مُوسَىٰ وَهَارُونَ (as-Syuara 26:48)
5.5
Tujuh
yang membawa erti kesempurnaan.
Dalam era itu tujuh dianggap sinonim dengan banyak. Tujuh ahruf menjadi
lambang kepada maksud itu. Tujuh yang menandakan sempurna.
5.6
Tujuh ahruf yang merujuk
kepada tujuh qiraat.
Terdapat banyak perbezaan membaca al-Quran. Pada masa Rasulullah
s.a.w. sendiri sudah wujud perbezaan itu. Kepada sahabat, apapun bacaan yang
diajar oleh Rasulullah s.a.w. adalah seperti ianya diturunkan. Mereka semua
mengambil sanad daripada Rasulullah s.a.w. Bilangan qiraat yang masyhur ialah
sab’a. Banyak juga qiraat yang syaz tetapi kesemuanya ditolak. Yang diterima
ialah yang bersifat mutawatirah.
Setelah meneliti hadith tentang tujuh ahruf, Imam Ibnu Jazari
membuat rumusan yang berikut.
5.7
Berkaitan dengan perubahan baris tetapi tidak pada huruf, makna
dan bentuk tulisan.
يَحْسَبُأَنَّ مَالَهُ أَخْلَدَهُ
al-Humazah 104:3
Nafi’, Ibn Kathir, Abu Amr, Al-Kisaie, Yaaqub dan Khalaf membaca يَحْسِبُ
iaitu dengan sin dibaca kasrah.
5.8 Berubah pada baris dan
makna sahaja tetapi tidak pada huruf dan bentuk tulisan.
Sila rujuk 5.4.2. mengenai perkara yang berkaitan
5.9 Berubah pada
huruf dan makna sahaja tetapi tidak pada baris dan bentuk tulisan.
هُنَالِكَ تَبْلُواْ كُلُّ نَفْسٍ مَّا أَسْلَفَتْ وَرُدُّواْ إِلَى اللّهِ مَوْلاَهُمُ الْحَقِّ وَضَلَّ عَنْهُم مَّا كَانُواْ يَفْتَرُونَ
Yunos 10:30
Yunos 10:30
Hamzah, al-Kisaie dan Khalaf membaca تَتْلُواْ
ﭐهدِنَــــا ﭐلصِّرَاطَ ﭐلمُستَقِيمَ
al-Fatihah 1:6
Qunbul ‘an Ibn Kathir
dan Ruwais ‘an Yaaqub membaca sod dengan sin ٱلسِّرٰطَ Hamzah pula
membaca sod dengan isymam.
5.11 Berubah pada huruf, baris dan bentuk
tulisan sahaja tetapi tidak pada makna.
Rujuk para 8.
5.12 Berubah pada takdim dan ta’kir.
Rujuk para 5.4.4.
5.13 Pertambahan dan pengurangan huruf.
Rujuk para 8.0.
Perbincangan mengenai maksud sebenar tujuh ahruf terlalu
panjang. Secara ringkasnya ramai ulama’ yang menyimpulkan bahawa Rasm Uthmani
perlu diberi kedudukan utama kerana bertepatan dengan wajah
qiraat yang diajarkan Rasulullah kepada sahabat-shabatnya. Pendapat jumhur ulama’
ialah tujuh bahasa yang berbeza ungkapannya tetapi membawa makna yang sama. Penulisan
al-Quran menggunakan Rasm Uthmani mengambilkira semua tujuh ahruf. Lain-lain
rasm tidak dapat menyempurnakan maksud tujuh ahruf seperti dalam maksud hadith
di atas.
Tujuh ahruf adalah hikmah anugerah
Allah.
5.14 Ketujuh-tujuhnya menjadi benteng untuk
memelihara al-Quran.
5.15 Memudahkan semua orang Islam tanpa mengira
bangsa dan loghat.
5.16 Rasm Uthmani yang berdasarkan bahasa Quraisy
menyatukan seluruh umat Islam
dengan al-Quran menjadi lambang penyatuan itu.
dengan al-Quran menjadi lambang penyatuan itu.
6.0 DEFINISI QIRAAT
Qiraat adalah perbincangan tentang kalimah-kalimah
al-Quran dan keadaan kalimah tersebut dari segi panjang dan pendeknya,
farasynya dan berbagai lagi. (Jusoh, M.R. 2001). Menurut Al-Qattan, M.K. (2001)
qiraat ialah salah satu mazhab pengucapan al-Quran yang dipilih oleh seseorang
imam qurra’ yang membezakannya dengan mazhab bacaan yang lain. Ibrahim M.Y.
(1992) pula menyatakan bahawa qiraat adalah bidang ilmu yang membincangkan
mengenai cara-cara melafazkan al-Quran dan segala perbezaan yang menyusulinya. Walau apapun yang dibicarakan mengenai qiraat
ianya mestilah memenuhi tiga syarat penting. (Subhi As-Saleh, S. 2004).
Pertama, memenuhi mashaf al-Quran Rasm Uthmani. Kedua, memenuhi sistem bahasa
Arab. Ketiga, benar isnadnya hingga kepada Rasulullah s.a.w. Secara umumnya
qiraat adalah berkaitan dengan al-Quran dan kaedah membacanya dengan berbagai
wajah yang melibatkan hal-hal seperti naql, tashil, ibdal, imalah, taqlil,
taghliz, silah, idgham dan farasy.
7.0 RASM
UTHMANI DAN QIRAAT
Situasi
umat Islam pada zaman Sayyidina Uthmani r.a. agak gawat. Sejak Sayyidina Umar
dibunuh umat Islam mula mencambah perbezaan. Al-Quran yang merupakan wahyu yang
selalu dikongsi oleh para sahabat dengan Rasulullah s.a.w. perlu dipelihara
dengan rapi. Namun begitu berlaku banyak perbezaan dari segi bacaan. Di antara para sahabat ada yang tidak menghafal
al-Quran kesemuanya dan ada yang menghafaz semuannya dari Rasulullah s.a.w. Perkara
yang sama juga berlaku pada huruf Qiraat. Ini kerana semasa wahyu
dturunkan tidak semua sahabat yang sama hadir. Sabahat yang tidak hadir
mendengar wahyu itu pada waktu lain dari sahabat yang mendengar dan sudah
menghafalnya. Begitulah yang terjadi antara Sayyidina Umar dan Hisyam bin Hakam.
Mereka menghafal apa yang diperdengarkan kepada mereka oleh Rasulullah s.a.w.
Pada waktu yang lain sahabat lain pula yang mendengar wahyu yang baru
diturunkan.
Perbezaan yang berdasarkan tujuh
ahruf membuka ruang kepada perbezaan pendapat. Rasulullah s.a.w. memberi
peluang kepada sahabat-sahabat memilih kaedah bacaan yang paling sesuai dengan
fitrah mereka. Tujuh ahruf itu membebaskan mereka memilih kaedah yang paling
mudah. Apabila al-Quran hendak dibukukan ramai penghafal-penghafalnya yang
dirujuk. Sahabat yang paling sahih catatan al-Qurannya ialah Zaid bin Thabit
r.a. Oleh kerana itu Rasm Uthmani banyak bersandarkan kepada catatan
beliau.
Melihat kepada banyaknya perbezaan
pendapat mengenai tujuh ahruf tentulah jawatankuasa penulisan al-Quran
mengambilkira kesemuanya. Perbezaan qiraat pula ketara antara seorang sahabat
dengan sahabat yang lain. Kesemuanya ini perlu diharmonikan dalam satu mashaf
sahaja. Beberapa formula ditetapkan untuk menepati tujuh ahruf dan pada masa
yang sama meraikan qiraat iaitu qiraat sepuluh. Semua aspek tujuh ahruf seperti
yang dibincangkan dalam para 5.0 tidak dikecualikan dalam penulisan Rasm
Uthmani. Semua bacaan qiraat boleh menggunakan al-Quran Rasm Uthmani. Walau
bagaimanapun berlaku khilaf di bahagian-bahagian tertentu seperti dibincangkan
dalam para 6.0. Kerana itu untuk mempelajari qiraat perlu mempelajari uslubnya.
Farasy huruf umpamanya hanya diketahui melalui penerangan guru. Qiraat tidak
boleh dipelajari tanpa guru. Terlalu banyak yang perlu diketahui sebelum dapat
membaca al-Quran dengan betul mengikut qiraat.
Selain
daripada teori yang banyak, mempelajari qiraat perlukan minda yang tajam untuk
mengingat dan memahami turuqnya. Setengah farasy huruf perlu dihafal dan
diingat kerana kadang-kadang farasy itu berlaku dalam satu surah sahaja tetapi
tidak berlaku dalam surah yag lain. Sesuai dengan mu’jizatnya al-Quran sesuai
dengan semua qiraat. Yang perlu dilakukan hanyalah mengingat usul. Setiap
qiraat ada kelainan yang unik untuk qiraat itu sahaja. Ada masanya khilaf itu
berlaku juga pada qiraat yang lain. Pada keadaan lain khilaf yang sama diberi
olahan lain. Umpamanya fathah yang menjadi imalah atau taqlil, naql yang boleh
disaktahkan.
8.0 RASM UTHMANI MERAIKAN QIRAAT SEPULUH
Mashaf
al-Quran Rasm Uthmani mengekalkan kelangsungan meraikan qiraat sepuluh.
Penulisan Rasm Uthmani memberi perhatian yang universal mengenai
perbezaan-perbezaan bacaan antara berbagai qiraat. Kalimah-kalimah yang dikira
khilaf ditulis dengan kalimah yang lestari. Dengan demikian khilaf yang berlaku
diberi perhatian supaya boleh dibaca oleh semua qiraat. Ayat-ayat di bawah
memberi gambaran sebahagian daripada besarnya peranan Rasm Uthmani bagi
mengekal dan meraikan qiraat sepuluh.
8.1 Ibn kathir, As-Susi dan Yaaqub membaca
dengan sukun ra
أَرْنَا. Ad-Duri membaca
ra berbaris kasrah أَرِنَا
secara
ikhtilas. Yang lain membaca seperti
Hafs.
يَسْأَلُكَ أَهْلُ الْكِتَابِ أَن تُنَزِّلَ عَلَيْهِمْ كِتَابًا مِّنَ
السَّمَاء فَقَدْ سَأَلُواْ مُوسَى أَكْبَرَ مِن ذَلِكَ فَقَالُواْ
أَرِنَا ﭐللّهِ جَهْرَةً
فَأَخَذَتْهُمُ ﭐلصَّاعِقَةُ بِظُلْمِهِمْ ثُمَّ ﭐتَّخَذُواْ ﭐلْعِجْلَ مِن بَعْدِ
مَا جَاءتْهُمُ ﭐلْبَيِّنَتُ فَعَفَوْنَا
عَن ذَلِكَ وَآتَيْنَا مُوسَى سُلْطَانًا
مُّبِينًا
an-Nisa 4:153
Abu Amr dan Yaaqub membaca lam dengan fathah وَيَقُول . Yang lain membaca seperti Hafs.
وَيَقُولُ اْلَّذِينَ ءَﺍمَنُوأَأَهَٰـؤُلَاءِﭐلَّذِينَ أَقْسَمُواْبِٱللّهِ جَهْدَ أَيْمَٰنِهِمْ إِنَّهُمْ لَمَعَكُمْ حَبِطَتْ أَعْمَـٰلُهُمْ فَأَصْبَحُواْخَــٰسِرِينَ
al-Maidah 5:53
8.3 As-Susi membaca
dengan mengidgham lam
bertemu lam قِيلَ لَهُم
. Hisham,
al-Kisaie dan Yaaqub membaca qaf dengan isymam. Yang lain
seperti Hafs.
membaca dengan mengubah
kedudukan ta sementara lam ditasydidkan يَتَأَلَّ. Yang
lain membaca seperti
Hafs.
وَلَا يَأْتَلِ أُوْلُوا الْفَضْلِ مِنكُمْ وَالسَّعَةِ أَن يُؤْتُوا أُوْلِي الْقُرْبَى وَالْمَسَاكِينَ وَالْمُهَاجِرِينَفِي سَبِيلِا اللَّهِ وَلْيَعْفُو وَلْيَصْفَحُوا
أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغْفِرَ ﭐللَّهُ
لَكُمْ وَﭐللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
an-Nur 24:22
8.5
Qalun, Ibn Amir dan Abu
Jaafar
membaca وَوَصَّىىٰ dengan mengidhal
alif fathah
وَأَؤصَىٰ . Wau pula disakinkan. Warsy membaca sod dengan taqlil. Hamzah, al- Kisaie dan Khalaf membaca sod dengan imalah. Yang lain membaca seperti Hafs.
وَوَصَّىٰ بِهَا إِبْرَٰهِــمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَابَنِيَّ إِنَّ ﭐللّهَ ﭐصْطَفَى لَكُمُ ﭐلدِّينَ فَلاَتَمُوتُنَّ إِلَّ اوَأَنتُم مُّسْلِمُون
al-Baqarah 2:132
9.0 TALAQQI DAN MUSYAFAHAH
Setelah
meneliti perbincangan mengenai tujuh ahruf dan Rasm Uthmani kita dapati bahawa mempelajari
al-Quran perlukan guru yang mahir. Bertalaqqi dan bermusyafahah adalah wajib
kerana Rasm Uthmani bukan berdasarkan lafaz yang umum. Oleh kerana Rasm Uthmani
menyalahi lafaz maka hanya guru sahaja yang mampu mengajar dengan betul kaedah
membaca sesuatu kalimah. Mereka yang mempelajari al-Quran hendaklah banyak
bersabar demi menerapkan segala keperluan untuk menjadi pembaca yang baik.
Antaranya dapat membezakan makhraj huruf, sifat huruf, hukum hakam tajwid,
wakaf dan iftida’. Tidak ada jalan pintas untuk menguasai al-Quran melainkan
usaha yang istiqamah dan penuh sabar.
Mempelajari al-Quran tidak boleh
berhenti dengan seorang guru sahaja. Banyak ilmu yang jarang tersingkap pada
seseorang guru. Setiap guru memiliki kelebihan yang tidak ada pada guru yang
lain. Dalam pencarian itu kita belajar, mengambil segala kebaikan ilmu,
memanfaatkannya kepada orang lain dan mentarbiahkan al-Quran kepada khalayak
umum. Talaqqi dan musyafahah menemukan kita dengan guru yang berbagai. Dari
mereka kita mempelajari gerak mulut dan bibir, intonasi huruf dan suara. Hanya
dengan talaqqi kesempurnaan membaca al-Quran Rasm Uthmani dapat direalisasikan.
Contoh
ayat yang dibaca dengan pelbagai qiraat:
وَجَاءتْ سَيَّارَةٌ فَأَرْسَلُواْ وَارِدَهُمْ فَأَدْلَىٰ دَلْوَهُو قَالَ يَٰبُشْرَىٰ هَٰـذَاغُلٰمٌ وَأَسَرُّوﻩبِضَٰعَةً وَاللّهُ عَلِيمٌ بِمَا يَعْمَلُونَ
Yusof 12:19
قَالَ
لَا يَأْتِيكُمَا طَعَامٌ تُرْزَقَانِهِﮮ إِلَّا نَبَّأْتُكُمَا بِتَأْوِيلِهِﮮ قَبْلَ أَن يَأْتِيكُمَا ذَٰلِكُمَا مِمَّا عَلَّمَنِي رَبِّي إِنِّي تَرَكْتُ
مِلَّةَ
قَوْمٍ لَّا يُؤْمِنُونَ بِٱللَّهِ وَهُم بِٱلَٔاخِرَةِ هُمْ كَـٰفِرُونَ
Yusof 12:37
Nota:
Semua kalimah yang bergaris adalah khilaf sama ada satu qiraat atau beberapa
qiraat.
10. KESIMPULAM
Penelitian mengenai
tujuh ahruf dan qiraat sepuluh membawa kita kepada suatu rumusan bahawa dalam
Rasm Uthmani tersimpul semua aspek tujuh ahruf dan merangkumkan semua aspek
qiraat sepuluh. Ijmak sahabat yang diketuai oleh Sayyidina Uthman merealisasikan
al-Quran yang standard. Sifatnya agung, lestari dan terpelihara hingga hari
Qiamat. Tujuh ahruf dan qiraat sepuluh saling melengkapi. Semuanya embedded (tersimpul) dalam satu naskhah yang
autentik sepanjang zaman.
10.0
IKTIBAR
Rasulullah
s.a.w. telah meninggalkan pesannya, “Aku tinggalkan kepada antum dua perkara
iaitu al-Quran dan sunnahku.” Pembukuan al-Quran yang diusahakan oleh Sayyidina
Uthman r.a. disepakati sebagai al-Quran yang autentik. Walaupun ramai Orientalis
mempertikaikan kesahihannya, orang Islam tidak ragu-ragu beriman dengannya.
Al-Quran menjadi pandauan bahawa apabila umat Islam berselisih dalam apa jua
perkara yang perlu dirujuk ialah al-Quran kerana ianya kalam Allah dan telah
diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. Hanya al-Quran Rasm Uthmani sahaja yang
diperakukan untuk tujuan itu.
11.0
PENUTUP
Rasm Uthmani telah
dapat menyelamatkan banyak perkara. Umat Islam bersatu kerana mereka membaca
al-Quran yang satu. Perpecahan di kalangan Muslim dapat dihindarkan daripada terlalu banyak perbezaan membaca al-Quran
sehingga menimbulkan ketegangan. Ternyata semua qiraat boleh membaca mashaf
al-Quran yang sama sejak dari zaman Sayyidina Uthman r.a. Rasm Uthmani memenuhi
syarat sanad hingga kepada Rasulullah s.a.w., bersandarkan lahjah dan bahasa
Quraisy dan memenuhi rukun membaca
al-Quran. Hanya al-Quran Rasm Uthmani sahaja yang diperakui menepati bacaan
semua qiraat. Lain-lain rasm penulisan al-Quran menimbulkan kecelaruan dalam
membaca al-Quran. Sesungguhnya Rasm Uthmani berjaya memelihara al-Quran.
Sifatnya yang autentik seperti yang dijamin oleh Allah S.W.T.
12.0
RUJUKAN
Basmeh, A. (2000). Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian
Al-Quran. Kuala Lumpur:Darul Fikir
|
……………http://www.scribd.com/doc/19207054/Penulisa Rasm
Uthmani. Capaian pada 28 Oktober 2012
|
Abu Mardhiyah. (2007). Tajwid Al-Quran. Jilid 1 dan 2.
Gombak:Al-Jenderaki Enterprise.
|
Ahmad, M.Y. (2004). Sejarah dan Kaedah Pendidikan Al-Quran.
Kuala Lumpur:Penerbit Universiti
Malaya.
|
Al-‘Asya, S. (2004). ﺍﻟﺒﺴﻄ ﻓﻰ ﺍﻟﻘﺮﺍﺀﺍﺕ ﺍﻟﻌﺸﺮ . Damsyik:Maktabah Islam.
|
Al-Bukhari.
(1997). Terjemahan Sahih Bukhari.
Jilid IV. Klang:Klang Book Store.
|
Al-Qattan,
M.K. (2001). Studi Ilmu-Ilmu Quran.
Jakarta:Litera AntarNusa.
|
Al-Zarqaniy,
M.A.A. (1999). Menyingkap Rahsia Ilmu
Al-Quran. Batu Caves: Pustaka Ilmi.
|
As-Salih,
S. (2004). Membahas Ilmu-Ilmu Al-Quran.
Jakarta:Pustaka Firdaus.
|
Jamar, M.Y. (2011). Pengajaran dan Pembelajaran Qiraat:Pengalaman
Di UIAM. Dibentang pada
19-20 November 2011.
|
Jusoh,
M.R. (2001). Pengenalan Ilmu Qiraat.
Batu Caves: Mahsuri Timur Sdn. Bhd.
|
Jusoh,
M.R. (2008). Tarikh Al-Quran dan Rasm
Uthmani Jilid 1. Batu Caves:Pustaka Khodim Al-Mashaf.
|
Mohd Saleh, Amiruddin. (2009). http://www.scribd.com/doc/17516972/Rasm-Uthmani. Capaian pada
29 Oktober 2012.
|
Yamint,
A.M. (1985). Ilmu Qiraat Al-Quran.
Kuala Lumpur:Pustaka Antara.
|