Yang miskin dan papa selalu berdoa
supaya menjadi kaya. Yang kaya terus berdoa supaya menjadi bertambah kaya. Jika
boleh superkaya. Sejarah manusia terlalu panjang untuk memaparkan nilai kaya.
Nilai kemewahan. Nilai hidup dalam serba kelebihan. Miskin dan fakir dipandang
hina. Yang kaya selalu dipuja. Cerita ini cerita lama. Plotnya sama. Natijahnya
sama. Kita menilai dunia dan bukan akhiratnya. Beruntung mereka yang dunianya
bernilai akhirat. Tentulah malang bagi mereka yang akbiratnya ditukar menjadi
dunia. Kisah Qarun sangat diketahui oleh orang Islam. Ceritanya kekal selagi
ada al-Quran. Selagi al-Quran dibaca dan ditadabbur. Difahami maknanya. Diambil
iktibarnya. Cerita unik ini hanya terdapat dalam al-Quran. Dikatakan cerita
yang sama tidak terdapat dalam Zabur atau Taurah atau Injil. Ada sesuatu yang
dikatakan memalukan. Qarun adalah keturunan Bani Israel. Cerita Qarun mungkin
tidak baik untuk kaum Bani Israel. Oleh kerana al-Quran dalam Bahasa Arab kita bebas menikmati ceritanya. Sekiranya ada
dalam kitab-kitab yang lain ceritanya mungkin telah dbuang. Orang Yahudi pakar
dalam hal mengubah kitab. Mana-mana bahagian yang tidak memihak kepada mereka
kesemuanya dibuang dari mana-mana kitab yang mereka pegang. Hanya al-Quran
sahaja yang tidak dapat mereka ganggu gugat. Hatta hingga hari kiamat.
Cerita mengenai kaya sangat
menggerunkan. Rasanya hanya orang-orang
seperti Abdul Rahman bin Auf sahaja yang kekayaannya untuk dimanfaatkan agama
Islam. Orangnya warak. Pemurah. Banyak hartanya diinfaqkan kepada maslahah Islam
dan umatnya. Rasulallah menjamin bahawa Abdul Rahman bin Auf antara 10 orang
sahabat yang dijamin masuk ke syurga. Qarun pula adalah seorang yang alim. Seorang
abid. Sepupu kepada Nabi Musa. Dia memohon supaya Nabi Musa mendoakannya menjadi
kaya raya. Keinginannya tidak boleh
dihalang. Sangat berhajat menjadi kaya. Allah makbulkan doa Nabi Musa. Kayalah Qarun.
Semakin hari semakin melimah ruah harta bendanya. Pada kemuncaknya dikatakan
bahawa anak kunci gedungnya dibawa oleh 600 skor unta. 600 ekor unta. Zaman Nabi
Musa. Berapa nilai hartanya sekarang. Nilai semasa Ringgit Malaysia. Tiada manusa
lain yang menyaingi kekayaan Qarun pada zamannya.
Kaya membawa kepada tragik komidi. Berakhir
dengan kehampaan. Kerugian. Menzalimi diri sendiri. Jalannya tidak lurus. Yang dipilih
jalan ke jahanam. Apabila harta semakin banyak semakin lekalah Qarun dengan
hartanya. Mungkin lebih banyak membelek-belek. Mengira wang yang tidak pernah
habis-habis. Begitulah, semakin bertambah harta semakin kurang masa untuk
beribadat. Semakin pula hati menjadi keras membatu. Sampailah ketikanya Allah
mewajibkan zakat harta. Kedatangan Nabi Musa ditolak oleh Qarun. Pada anggapannya
kesemua hartanya adalah hasil usahanya sendiri. Bukan datang dari Allah. Kerana
itu perintah Allah supaya manusia menunaikan zakat dibantah oleh Qarun. Pujukan
dan nasihat Nabi Musa tidak dapat melembutkan hati Qarun. Malah ancaman azab
juga tidak dapat mencairkan hatinya.
Ada riwayat yang mengatakan bahawa selepas
peristiwa itu Qarun merancangkan suatu fitnah besar terhadap Nabi Musa. Dia
mengupah seorang pelacur untuk mencemarkan Nabi Musa. (Cerita fitnah yang serupa
dengannya masih berlaku hingga ke hari ini). Allah Maha Besar. Pelacur itu
menceritakan hal yang sebenar bahawa ia diupah oleh Qarun. Oleh kerana aib yang
tersangat-sangat Qarun mencabar Nabi Musa supaya beradu sumpah. Siapa yang sumpahnya
menjadi maka dialah yang menang. Qarun menyumpah Nabi Musa supaya mati.
Sumpahnya tidak diperkenankan Allah. Sampailah giliran Nabi Musa. Disumpahnya
supaya Qarun ditelan bumi bersama kesemua harta benda miliknya. Kun fayakun.
Terjadilah apa yang tidak disangka Qarun. Dia dan semua hartanya ditelan bumi. Oleh
kerana hartanya melaut luasnya maka terjadilah tasik yang luas meliputi kawasan
yang menenggelamkan harta bendanya itu.
Kisah-kisah dalam al-Quran bukan sekadar
cerita. Allah tinggalkan bukti nyata supaya kita mengimani cerita-cerita
tersebut sebagai menginsafi diri. Tasik Qarun yang luas mungkin tidak dapat
dihubungkaitkan oleh generasi sekarang. Tidak dilihat sebagai bukti nyata. Istana
Qarun yang masih Allah tinggalkan sedikit boleh menjadi bukti nyata bahawa
kisah itu benar berlaku. Begitu juga kisah seperti Firaun, kincir Nabi Yusof,
bulan terbelah dan banyak lagi. Peristiwa yang berlaku ribuan tahun sebelum
kelahiran Nabi Muhammad diceritakan dalam al-Quran juga ribuan tahun dahulu. Bukti
fizikalnya masih ada untuk tatapan orang sekarang. Orang kemudian.
Sayang. Kaya dan harta membawa kepada kekufuran.
Menjadikan seseorang itu angkuh. Lupa kepada Yang Khaliq. Yang mengizinkan
harta itu dipinjamkan kepadanya. Hanya landasan agama sahaja menjadikan harta
bermanfaat. Kaya iman dengan menginfaqkan hartanya seperti Abu bakar. Tiada satupun
yang menjadi kepentingan diri. Semuanya untuk maslahah umum. Untuk orang ramai.
Untuk agama. Untuk Islam. Alangkah baiknya jika ramai umat Islam yang kaya
harta. Pada masa yang sama kaya iman.
Jalan kampung menuju tinggalan istana Qarun
Sunyi sedikit jalan ni. Seperti berkabus pula. Seperti cerita seram.
Perkampungan berhampiran tinggalan istana Qarun
Pasu bakar seperti yang banyak dilihat di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh.
Tinggalan istana Qarun dari arah belakang.
Tidak ada apa-apa yang unik mengenainya
Dari hadapan nampak besar. Dikatakan ini adalah tingkat ke-enam. Lima tingkat lagi ditelan bumi. Laman bahagian bersama dusun dan ladang Qarun tenggelam menjadi tasik yang besar. Air sebagai makhluk Allah menghapuskan sebuah keangkuhan
Pintu masuk
Dari sisi
Bahagian dalam
Sudut yang sama
Di bahagian atas yang sudah mula rosak
Lagi bahagian dalam