Di semua negara maju warganya bekerja lima hari
seminggu. Hari Sabtu dan Ahad adalah kelepasan mingguan. Cara mereka menghabiskan hujung minggu tidak
pernah sama dengan kita. Itulah keunikan bangsa dan budaya. Kepada mereka
hujung minggu ialah home-made education.
Ibu apa sentiasa menanti saat itu. Anak-anak sentiasa teruja menanti datangnya
hujung minggu. Paling banyak ialah outdoor
activities. Senarainya panjang.
Hiking. Fishing. Camping. Hunting. Mountain climbing. Berada di negara
mereka benar-benar membuka mata. Pendidikan kepada anak-anak bukan sekadar
tanggungjawab guru. Bukan hanya di sekolah sahaja. Dunia adalah sekolah
terbaik. Segala-galanya pengalaman baru yang tiada tandingannya. Hujung minggu
mereka penuh dengan aktiviti keluarga. Quality
time yang santai. Satu-satunya masa yang dihargai.
Kita di sini berhujung minggu dengan acuan kita.
Lazimnya ramai sahabat dan saudara mara yang mengadakan majlis. Kenduri kendara
di sana sini. Tidak cukup waktu dari satu rumah ke rumah yang lain. Dari satu
taman ke taman yang lain. Dari satu kampung ke kampung yang lain. Dari satu
daerah ke daerah yang lain. Malah kadang-kadang melangkau negeri. Sabtu dan
Ahad bukan hari untuk bersantai. Kebanyakan hujung minggu bukan masa untuk
bersama anak-anak yang perlukan perhatian semasa pembesaran mereka. Ibu bapa
keletihan melakukan hal-hal yang berbentuk sosial. Bukan pendidikan. Anak-anak
pula didera untuk menghadiri kelas tuisen pada setiap masa lapang mereka. Pagi
atau petang. Malamnya juga begitu. Malang bagi mereka kerana mereka tidak
membesar seperti kanak-kanak. Bebas bermain. Meneroka dan memperluas
pengalaman. Sifat inquisitive yang
perlu dipenuhi.
Kami tiba di
Toronto pada petang hari Jumaat. Terasa juga berada di negara asing. Sunyi dari
mendengar kebiasaan sekeliling. Suasananya berbeza. Persekitarannya berbeza.
Toronto adalah bandaraya terbesar di Canada. Tentu sahaja banyak yang intimidating. Bangunannya tinggi-tinggi.
Jalanrayanya lebar. Pasti, orangnya besar-besar dan tinggi-tinggi
kebanyakannya. Hingga melewati Maghrib kami belum lagi sampai di rumah yang
diperuntukkan kepada kami. Ada dua pengalaman baru. Pertamanya tempat-tempat di
Toronto dizonkan. Setiap satu zon dipanggil precint.
Bunyinya seperti sedikit aneh. Kali pertama saya mendengar istilah precint. Rupa-rupanya keanehan itu
dibawa ke Malaysia. Ada pemimpin kita yang meletakkannya di Putrajaya. Ejaannya
sahaja yang diMelayukan. Bunyinya sama. Inggeris dan Melayu sama bunyinya.
Entahlah. Di mana hilangnya kota, desa, denai, lorong, lapis, solok, simpang, selekoh,
dan banyak lagi istilah Melayu yang dilupakan. Ada juga yang gilakan
istilah-istilah saintifik. Terlalu ganjil. Itu belum lagi istilah-istilah
matematik. Mungkin ada unsur motivasi. Namun bunyinya bukan Melayu. Bukan
Timur. Bukan kebiasaan.
Pengalaman kedua mungkin lebih santai. Kami dibawa
ke restoran India. Di Malaysia kita biasa dengan istilah Mamak. Di sini orang
Melayu seperti tidak hidup jika tidak makan di kedai Mamak. Ada tarikan yang
tersendiri. Secara jujurnya sudah bertahun-tahun saya tidak makan di kedai Mamak.
Pada saya masakan Melayu lebih sesuai. Orang Melayu lebih relevan. Melayu Islam
lebih toyyibah masakan dan makanannya. Banyak yang enak dan lazat. Lebih bersih
dari segi budaya dan amalan hariannya. Pada tahun 79 dahulu saya masih gemar
masakan Mamak. Beransur-ansur saya melepaskan diri dari kebiasaan itu. Banyak
yang tidak kena. Bukalah mata. Lebarkan pandangan. Perlu dilihat dari luar
hingga ke dalam. Dari jauh dan dari dekat. Rasanya sejak dari dahulu lagi orang
Melayu tidak banyak tulennya. Cerita Hindi bukan sahaja ditangisi. Lagunya di
bibir. Pakaiannya di tubuh badan. Nama pelakonnya juga di bibir mulut. Dalam
keadaan lain kita selalu ape the West.
Orang lain punya selalu cantik di mata kita. Kita ambil dan kita tiru semuanya.
Malam itu kami makan di kedai mamak. Nasi mamak.
Lauk mamak. Bukan di Kuala Lumpur atau di Pulau Pinanh. Di Toronto. Di sebalik
dunia. 180 darjah dari Malaysia. Dalam keadaan letih lesu semuanya enak belaka.
Perut memang kosong. Dalam kapalterbang tidak banyak yang boleh dimakan.
Sekadar mengisi perut. Perjalanan yang jauh terasa lapar selalu. Kenyanglah
perut. Tenang sebentar. Beberapa hari kemudian terfikir pula halal dan haram.
Halalkah makanan yang kami makan. Nasi tiada masalah. Sayur tiada masalah. Ayam
bagaimana? Daging bagaimana? Apa nak buat semuanya sudah masuk ke dalam perut. Bertahun-tahun
kemudian saya yakin bahawa yang saya makan adalah halal. Daging sembelihan ahli
kitab adalah halal. Full stop.
Ceritanya panjang. Tanyalah ustaz yang alimnya tinggi. Jangan Tanya yang
sebarangan. Nasnya mesti ada.
Akhir bulan Ogos 1990. Malamnya sudah agak sejuk.
Pakaian yang melekat di badan tidak dapat menahan sejuk. Orang Canada sudah
biasa begitu. Persekitaran mereka. Bagi kami yang baru sampai banyak yang perlu
diadaptasi. Cuaca dan suhu adalah sesuatu yang baru. Bagi sahabat yang kali
pertama sampai di negara beriklim sederhana tentulah suatu kejutan besar. The
first experience. Always the most significance.
Nampak kelainan yang baru dirasa. Di Malaysia suhu terasa sejuknya hanya
bila hujan berpanjangan sehari suntuk. Sebab itu orang putih selalu besedia
dengan pakaian yang sesuai. Pada musim sejuk mereka berbaju tebal. Pada musim panas
mereka buang semua pakaian mereka. Ikutlah yang sesuai. Syariat jangan
dicemarkan. Malam pertama itu teraa benar sejuknya. Walaupun kepada orang Toronto
suhu tiada yang luar biasa, kami yang baru tercampak di situ merasakan
kelainan-kelainan yang bakal berpanjangan selama tiga bulan penghunian kami di
sana.
Sebenarnya elok juga kami lewat ke rumah tempat kami
ditempatkan. Kami letih dan keletihan. Penat yang memenatkan. Terbang di
angkasa bukan yang paling santai jika tidak di business class. Badan tearsa
lengoh-lengoh. Banyak berjalan. Banyak transit. Banyak heret beg. Makan tidak
menentu. Tidur tidak menentu. Duduk dan berdiri tidak mengira sebab. Letih memang
amat terasa. Tidak dirancang apa yang hendak kami buat pada hari-hari pertama
di Toronto. Yang penting hendak berehat. Esok hari Sabtu. Diikuti hari Ahad
pula. Hujung minggu. Segala-galanya belum bermula. Dua hari yang panjang. Malam
itu kami tidur nyenak. Pagi esok awal pula bangunnya. Kenapa ya? Jika biasa ke
luar negara tentu tahu jawapannya. Nantilah saya beritahu. Sabar ya!