Gambar ini saya rakam semasa dalam perjalanan menuju Ottawa. Saya mempelajarinya dalam subjek Geografi. Imaginasi saya tidak sampai ke tahap tepat. Bagaimana kapal boleh berulang alik melalui terusan yang berperingkat-peringkat. Istilahnya lock. Melihat sendiri secara live begini memahaminya dengan benar. Teknologi membantu untuk melancarkan kehidupan manusia.
Pengangkutan yang paling awal dalam sejarah adalah
pengangkutan air. Peegangkutan udara
semakin canggih. Pengangkutan maya belum lagi menjadi realti. Dalam sebuah
negara yang besar keperluan warganya juga besar. Pengangkutan udara tentu tidak mungkin. Yang
ringan dan menjadi keutamaan sahaja diangkut dengan melalui udara. Yang besar,
berat dan kuantitinya besar tentulah tidak ekonomik menggunakan pengangkutan
udara. Amerika Utara yang merentasi empat zon waktu tentu tidak mampu jika
hanya menggunakan pengangkutan darat. Masalahnya ialah pelabuhan terlalu jauh
bagi negeri-negerinya yang terletak di bahagian tengah negara itu. Trak atau
trailer tidak dapat menampung kuantiti keperluan yang sangat banyak. Kita tahun
lima tasik besar di sempadan US dan Canada. Dari tasik-tasik tersebut air
mengalir jauh ke lalu. Laluannya ialah Saint
Lawrence River. Sungai ini tidak sebesar Mississippi atau Amazon. Walau bagaimanapun
inilah sungai yang muaranya bertemu dengan Lautan Atlantik. Muaranya di Canada.
Muara Sungai Sr Lawrence di Timur-Laut Amerika Utara. Terletak di Canada. Mengalir ke Lautan Atlantik. Menjadi nadi yang mengalirkan keperluan warga yang ramai di sekeliling tasik besar Amerika Utara.
Lock. Petak-petak air yang dipasang dan disurutkan airnya. Paras air disamakan dengan paras air lock yang bersebelahan supaya kapal dapat bergerak ke arah yang diperlukan dalam keadaan seperti belayar di lautan.
Saiz bukan isu dalam urusan menerusi lock yang dibina sepanjang laluan yang memerlukannya.
Kapal-kapal besar hilir mudik melalui Sungai St Lawrence.
Sangat banyak bandaraya-bandaraya yang wujud si sepanjang sungai St Lawrence dan di sekeliling tasik besar.
Membina sejarah bukan hanya dengan galeri dan muzium. Family outing. Outdoor education. Quality time. History made easy. Tempat-tempat sejarah dihidupkan kembali untuk generasi semasa dan akan datang. Reliving the past. Glory or gloom. Ada sesiapa terfikir idea seeprti ini? Destinasi sejarah ini banyak di sepanjang laluan St Lawrence.
Waktu di tingkatan empat dahulu (tahun 1964) dan
tingkatan lima saya mempelajari Geografi dunia. Cerita Sungai St Lawrence ini
masih saya ingat lagi. Selain dari Terusan Panama, Suez maka terusan di Sungai
St Lawrence ini antara yang sangat penting di dunia. Amerika Syarikat
bergantung kepada terusan ini. Dear life
kepada bahagian tengah Amerika Syarikat. Jika terusan ini musnah lumpuh ekonomi
Amerika. Kerana itu The Great St Lawrence
Waterways menjadi nadi penting ekonomi Amerika dan Canada. Dua negara besar
yang berjiran dekat. Memiliki cirri-ciri yang hampir sama. Keperluan yang yang hampir
sama. Budaya Amerika Utara terkesan kerana Sungai St Lawrence yang penting ini.
Orang di negara maju tidak melihat sesuatu dengan
satu pandangan mata. Tidak lurus seperti kuda lumba. Hanya melihat balapan yang
lurus di hadapan mata sahaja. Sebaliknya mereka Nampak semua yang ada di sisi. Kerana
itu banyak situasi yang dimanfaatkan. Ada bermacam-macam kategori aktiviti. Namun
kesemuanya boleh dikomersilkan. Ada juga yang dibangunkan semata-mata kerana
generasi akan datang. Tempat-tempat
sejarah dipulihkembali. Reenacted. Maksudnya
mereka kembalikan suasana asalnya. Terdapat pelaku-pelakunya yang memakai
pakaian tradisional. Dengan segala yang asal. Lama dan kuno. History made perfect. Made easy.Anak-
anak dibawa mengembara back to the past.
Sejarah jika disejarahkan begitu sahaja tidak memberi impak. Muzium dan galeri
adalah dua gambaran mati. Tidak dilihat sebagai realiti.
Sejarah Canada dan US berkisar antara Inggeris,
Perancis, Sepanyol dan tentu sekali Red
Indians. Banyak post, out post, fort yang ada di sepanjang Sungai St Lawrence
dibina semula. Dikunjungi oleh pelancong dalam negara dan asing. Ibu bapa
membawa anak-anak mereka untuk melihat sendiri peradaban mereka diperjuangkan. Tertanam
dalam jiwa meeka rasa kecintaan. Memahami. Semangat mempertahankan keutuhannya.
Patriotik untuk melebarkan kewujudannya ke serata pelosok dunia. Menyedarkan mereka
dari mana mereka datang. Bahawa senang mereka adalah hasil pengorbanan nenek
moyang mereka. Apa yang mereka ada bukan datang bergolek begitu sahaja. Banyak darah
yang tertumpah. Perjuangan hidup mati.
Pendidikan di Amerika Utara atau di negara maju
bukan tanggungjawab sekolah sahaja. Bukan kerajaan sahaja. Bukan guru sahaja. Ibu
bapa hendaklah menyekolahkan anak-anak mereka di luar lingkungan sekolah. Sejarah
dilihat sendiri melalui family outing. Excursion.
Geografi difahami melalui penerokaan. Hujung minggu dimanfaatkan sebagai
aktiviti keluarga. Mereka realisasikan quality
time. Keluarga keluar rumah untuk melihat dunia dari kacamata mereka
sendiri. Sumber maklumat yang primer. Ibu bapa menjadi guru yang utama. Lebih tinggi
wibawanya berbanding dengan guru-guru di sekolah. Malang bagi kit akerana
budaya kita tidak begitu. Hujung minggu ibu bapa sibuk menghadiri kenduri
kendara saudara mara dan sahabat handai. Anak-anak terkapai-kapai di rumah. Kita
tenggelamkan pula dengan maklumat sekunder melalui kacamata orang lain. Objektifnya
lain. Matlamatnya lain. Itulah sajian TV dan internet.
Kita bercerita mengenai alam sekitar melalui buku,
cerita dan gambar. Pentingnya kehijauan dan oksigen diceritakan melalui
kata-kata guru. Ianya tidak dialami sendiri. Tidak dilihat dan dirasa sendiri. Di
Barat memeliharaan alam sekitar menjadi agenda penting. Kesilapan nenek moyang
mereka telah disedari lama dahulu. Mereka berusaha menghalang orang lain dari
melakukan kesilapan yang sama. Kesemuanya atas nama pembangunan. Atas nama
kemajuan. Atas nama ekonomi. Akibatnya eko-sistem kita rosak. Musim tidak
menentu. Hujan dan banjir tidak menentu. Panas dan sejuk tidak lagi ditentukan
bulan dan musimnya. Di bandar-bandar
besar tidak agenda untuk menghijaukan suasana. Kita tiada park untuk warganya bersantai. Beriadah. Berhimpun menyedut oksigen
yang diperlikan untuk kesihatan.
Perancangan Bandar tidak mengamalkan konsep hijau
yang dilaungkan secara tidak melepas suara. Institusi pendidikan sahaja yang
sibuk dengan berbagai program menghijaukan persekitaran. Tidak ada aktiviti
yang disegerakkan dan berintegrasi. Seharusnya semua agensi terlibat sama. Di setiap
bandar kawasan hijau dijadikan nadi bandar itu. Di situlah warganya menyambung
nyawa. Mengembalikan kesegaran. Menikmati flaura
dan fauna semulajadi. Pergilah ke
mana sahaja di negara maju, kawasan hijau mereka sangat bermanfaat. Padat dengan
warga yang dahaga kesegaran udara. Sarat dengan aktiviti riadah dan sukan luar.
Di situ mereka berjalan, berbasikal, melontar frisbee (US), melontar boomerang
(Australia), berkejaran dan family
outing. Malah kadang-kadang jamuan ringan diadakan di park yang ada.
Rekreasi dan sukan air. Extreme sports. Banyak riam dan jeram. Ramai yang memanfaatkan situasi seperti ini.
Bukan calang-calang ikan yang dipancing. Ikan-ikan besar seperti ini sangat mengujakan pemancing. Kekadang mereka bukan memakannya. Mereka hanya seronok memancingnya. Merakamkan keseronokan itu.