Dalam hidup kita ini ada beberapa perkara yang perlu diambilberat. Kita tidak boleh sibuk dengan hal kita sendiri sahaja. Menganggap kerja kita sahaja yang lebih penting. Masa kita sahaja yang berharga. Atau diri kita sahaja yang utama. Sebagai anggota masyarakat kita ahli dalam berbagai konteks. Mungkin dalam konteks rakan sekerja. Ada masanya dalam konteks profesional. Pada masa yang lain dalam konteks kejiranan. Ada pula dalam konteks situasional . Kita ditemukan dalam suasana tertentu. Hanya beberapa ketika. Lazimnya dalam peristiwa yang dikongsi bersama. Mungkin beberapa detik seperti dalam bas. Mungkin beberapa jam seperti dalam perjalanan jauh. Atau beberapa hari seperti dalam majlis-majlis tertentu. Ada pula dalam konteks yang lebih lama. Berkampung kerana menuntut ilmu. Semasa menunaikan haji umpamanya.
Pada waktu yang tertentu kita bersama dengan rakan sementara. Dalam keadaan yang singkat. Kebersamaan dan keberadaan itu dikongsi dengan cerita. Dengan perkongsian maklumat. Dengan minum atau makan bersama. Duduk dan santai bersama. Pendek kata masa yang singkat itu dimanfaatkan bersama. Secara positif pastinya. Kita berusaha mengelak dari berlaku sebarang yang negatif. Kebersamaan menjadi cacat cela jika ada perlakuan negatif yang berlaku. Mungkin disebabkan hanya sepatah perkataan yang tidak enak diungkap. Atau tidak sesuai dengan masa dan tempatnya. Sebab itu dalam pertemuan-pertemuan singat dengan orang lain kita berusaha menjaga akhlak. Menghormati orang-orang yang bersama kita ketika itu.
Manusia adalah makhluk sosial (sosiologi: haiwan sosial). Kecenderungan kita untuk bersama orang lain sangat tinggi. Ada naluri kehangatan interaksi. Berkomunikasi tanpa banyak batasan rahsia. Kebebasan berbicara bersama dengan orang yang terpercaya. Bidalan Inggeris berbunyi, "Birds of the same feather flock together." Yang ini mungkin sedikit extreme. Terlalu selektif. Sebagai manusia kita tidak perlu sehingga memilih bulu. Buka sedikit minda untuk bersama dengan orang lain. Terlalu memilih kita menjadi overt. Terlalu pentingkan diri sendiri. Kerana itu banyakkan berkawan. Luaskan persahabatan. Panjangkan senarai kenalan. Mereka yang kita kenali inilah apabila tiba masanya memberikan huluran bantuan dan sokongan. Kita tidak tahu bila masanya. Percayalah. Datangnya tanpa dirancang. Tanpa kita jangkakan. Allah datangkan segala-galanya dengan kehendakNya.

Kasihan orang Arab di Dahab. Kedai makan mereka memang lengang. Tempatnya cantik. Lokasinya menarik dan strategik. Hanya kami bertujuh sahaja yang ada. Enam dalam gambar. Seorang bertugas sebagai jurufoto. Bukan kedai ini sahaja. Kedai yang lain sama sahaja nasibnya.
Pasca revolusi tahun 2011 memberi tamparan hebat kepada industri pelancongan di Mesir. Terlalu merosot. Pelancong asing menjauhi kawasan yang dianggap panas ini. Ramai yang tidak mahu dibawa ke mari. Banyak lokasi lain yang lebih selamat pada pendapat mereka. Kami yang berada di lokasi tidak merasa apa-apa. Hanya perlu berjaga dan berwaspada. Apa sahaja boleh berlaku. Walau apapun masa yang ada kami pergunakan semaksimumnya untuk dimanfaatkan.