Saya biasa naik bot sangkut semasa berulang dari kampung saya ke pekan Parit Sulong. Tidak laju tetapi tenang. Sungai Batu Pahat (Simpang Kiri) menjadi saksi perjalanan kira-kira sejam itu. Air sungai tenang dan masih bersih ketika itu. Tahun-tahun 50an dan 60an. Pada tahun 1969-1974 bot biasa saya gunakan untuk menelesuri Sungai Terengganu dan ke Pulau Kapas. Tahun 1990 saya naiki bot ini di sebuah tasik di Canada. Musim luruh sudah hampir melabuh akhirnya. Tepian tasik ini tenang, damai, sunyi. Tranquility personified.
Tinggal di kawasan Khatulistiwa banyak baiknya. Bagi
mereka yang tinggal di kawasan gurun juga banyak baiknya. ‘Ala kuli hal, di
mana sekalipun manusia boleh menghuni pasti banyak baiknya. Begitu juga bagi
mereka yang mendiami kawasan beriklim sederhana. Ada panas dan ada sejuk. Musim
berganti mengingatkan manusia supaya bersyukur. Supaya ingat kepada Allah.
Hanya Dia yang mampu memberi segala-galanya. Maha Kaya Allah. Maha Suci Allah.
Segala-galanya menjadi milikNya. Dalam negara beriklim sederhana musim yang
berganti membawa hikmah dan keindahannya yang tersendiri. Mana mungkin manusia
terperosok dalam kelam dan kemurungan ciptaannya sendiri. Segala yang Allah
hidangkan adalah untuk nikmat manusia.
Kita mengatakan bahawa kita beruntung kerana panas
sepanjang masa. Musim kita hanya dua. Panas atau hujan. Kita mesti bersyukur
kerana panas tidak pernah sampai kemarau bertahun-tahun. Hujan tidak pernah
hingga banjir berpanjangan. Di gurun panasnya sepanjang masa. Di Lembangan
Amazon, Brazil hujan membawa banjir hingga tiga bulan lamanya. Siang dan malam
kita seimbang. 12 jam siang dan 12 jam malam. Di kawasan kutub, malam selama enam
bulan dan siang enam bulan. Di kawasan iklim sederhana siang dan malamnya
besilih ganti. Semasa winter malamnya
panjang. Malam melebihi siang. Jika malamnya 16 jam siangnya hanya lapan jam
sahaja. Sewaktu summer keadaan
sebaliknya berlaku. Siang lebih lama dari malamnya. Subuh jam 3.00 pagi
sementara maghrib pula jam 10.00 malam. Kerana itu di negara beriklim sederhana
panasnya semasa summer menggigit.
Sejuknya semasa winter mencengkam.
Namun begitu manusia di kawasan beriklim sederhana
tidak membiarkan hidup mereka dibelenggu suhu. Mereka mempelbagaikan aktiviti
hidup supaya setiap musim ada manfaatnya. Namun begitu musim yang paling meriah
tentulah summer. Namanya bergetar
dengan rasa riang. Mengujakan. Penuh dengan ria. Muzik beralun. Siang dan malam
dirayakan selama tiga bulan. Musim singkat yang dimanfaatkan sepenuhnya. Ramai
yang bercuti. Melancong di dalam negeri atau ke luar negara. Panas matahari
dihirup siang dan malam. Bermandikan cahaya terik pada tubuh badan yang
rindukan matahari pada bulan-bulan sebelum dan selepasnya. Mereka berpesta dengan
cahaya matahari. Dari pagi hingga terbenam matahari ada sahaja yang mereka
lakukan. Bayangkan dalam masa hingga 17 jam mereka merayakan cahaya
matahari. Lihatlah di luar rumah, di mana
sahaja ada kawasan lapang, pasti ada manusia yang berbaring, bersantai,
berkelah, berkelana, memanjat gunung, memancing, canoeing, memburu, menari dan
menyanyi.
Di hujung summer
waktu menyusut semakin pendek. Panas semakin terik pada suatu ketika.
Bebuah ranum dan masak. Dusun buah riuh
dengan gelak ketawa. Musim panen sudah tiba. Musim menuai pada fall yang menanti. Suhu semakin menurun.
Semakin hari semakin rendah. Ketika itu
dedaun mula menguning, memerah dan kering. Gugurlah satu persatu. Melayang
turun dibawa angin fall yang masih
ada panasnya. Fall semakin berlalu.
Dedaun semakin berguguran. Lagu Autumn
Leaves nyanyian Andy Williams menggarap dua makna serentak. Fall yang akan berlalu. Dedaun merah dan
kuning yang bergururan. Panaroma yang mengasyikkan. Di keliling rumah atau di
bukit dan pergunungan sama sahaja yang dilihat. Warna-warni fall. Suasana fall tidak semeriah summer.
Mungkin mereka sudah keletihan sepanjang summer.
Ada rasa damai, sunyi dan menggenang rasa.
Bulan Oktober 1990, kami dalam perjalanan ke Ottawa.
Pukul 10.00 pagi dari Toronto. Esoknya kami dijangka tiba di Ottawa. Dua hari
perjalanan. Petang itu kira-kira pukul 3.00 kami singgah untuk bermalam di
sebuah resort yang sudah lengang. Pastinya sewaktu summer yang baru berlalu hiruk pikuk tempat itu. Berbagai ragam
manusia menghabiskan masa panas yang singkat. Sebuah rumah yang besar disewa
oleh agensi yang menguruskan kami. Cukup bilik untuk kami tidur dengan nyenyak.
Memang sunyi dan lengang. Dalam rimbunan pepohon yang menguning dan memerah itu
saya santai memandang alam yang sangat indah. Suasana begitu tidak mungkin
berlaku di tanahair. Barangkali anak-anak kampung yang dikelilingi pepohon
getah merasakan sedikit pengalaman sebegitu. Tetapi suhu di sini tetap tinggi
dan panas. Di sana suhunya rendah dan tentulah lebih sejuk. Tetapi masih
nyaman. Belum terlalu sejuk.
Resort di tepian sebuah tasik itu tentunya sangat
meriah pada musim summer. Pastinya
selain dari hiking ada aktiviti
memancing, boating, swimming, water
skiing. You name it they got it. Jarang antara mereka yang tidak menikmati summer setiap tahun. Lazimnya mereka
merancang aktiviti summer tahun
hadapan semasa sedang merayakan summer
tahun semasa. Semuanya advanced planning.
Tidak ada yang come what may.
Perancangan menjadi mainan kepada mereka. Yang ad hoc hal-hal yang luar biasa sahaja. Fall yang berulang-ulang
saya alami mengesankan jiwa kembara. Dalam hidup kita ini ada peristiwa yang
berulang. Ada masanya ulangan yang tidak dijangka. Paling manis tentulah
ulangan yang sentiasa ditunggu. Tanpa jemu. Malah ada rindu di hati.
InsyaAllah selagi usia masih ada, masih ada ruang
dan peluang untuk mengalami keindahan yang berulang-ulang. Rindu terubat. Manis
mengujakan.
Di bawah pohon Maple yang menguning daunnya. Waktu-waktu untuk muasabah diri. Mengenang yang jauh ketika itu. Isteri dan anak-anak di tanah air. Rindu besama fall di Canada.
Tasik yang damai. Hanya ada riak-riak air. Pasir yang memutih. Dedaun yang memerah. Air yang mula mendingin.
Tenang dan damai. Suhu menurun. Saki baki kepanasan yang semakin suam.
Hanya kami yang berada di kawasan ini. Lihatlah betapa sunyinya keadaan. Cukup indah untuk bersendirian.