Sepanjang 18 bulan di bumi Uncle Sam saya lalui berbagai pergantian musim yang setiap satunya amat mengesankan. Sebelum ke US saya hanya dengar empat musim. Hanya membaca buku. Bila menonton film atau video nampak juga peredaran musim. Melihat gambar tidak rupanya pernah sama dengan realitinya. Gambar terlalu kering untuk memberi makna. Tidak pernah memberi erti. Tandus dari segi perasaan. Kaku dan keras kejang.Tiada rasa naluri. Tiada rasa hati. Tiada rasa deria. Indah dan enaknya tidak dapat dikesan hanya dengan mata. Kulit dan roma tidak menjamah suhu dan iklim yang bertukar. Sanubari tidak pernah menyentuh keindahan musim-musim yang berlalu dengan ceritanya sendiri. Dengan beritanya sendiri. Warna dan bunganya sendiri. Sesungguhnya pengalaman peribadi itu sesuatu yang sangat berharga. It is a treasure of a life time. Benarlah kata bijak pandai, pengalaman peribadi sangat besar kesannya.
Fall 1985 baru sahaja beransur berlalu. Di hujung-hujungnya suhu semakin fall. Semakin lama semakin sejuk. Turun dan terus turun. Mulalah baju dipakai berlapis-lapis. Setokin dan sarung tangan mula dipakai. Tangan selalu di dalam seluar. Merasakan kepanasan tubuh badan. Berjalan selalu deras untuk memanaskan badan. Begitulah orang putih dengan langkah yang panjang dan deras. Bila berada di sana baru faham bahawa suasana keliling yang sejuk perlu ditangani dengan berbagai cara. Ada orang berjalan sambil berjogging. Ada yang berjalan laju. Ada yang berjalan sambil terhenjut-henjut. Menggerakkan badan supaya panas. Supaya hangat. Bukan keluar peluh. Tapi panaslah juga badan. Terasa hangat di dalam baju tebal yang berlapis-lapis. Panas dan sejuk adalah dua keadaan yang berbeza. Panas lebih santai dari sejuk. Jika sejuk semua tak jadi. Memeluk tubuh sahaja. Jika di rumah tidur memang paling sedap. Nyenyak.
Kali kedua menemui winter. Kembali kenangan kali pertama dahulu. Winter adalah sesuat yang asing pada kali pertama. Pada kali kedua semuanya sudah difahami. Ceritanya mula berubah. Namun pada umumnya ada yang tidak berubah. Bila keadaan semakin sejuk suara bising semakin berkurangan. Suhu yang menurun mengurangkan akviti di luar rumah. Perlahan-lahan keadaan itu merubah segalanya. Akhirnya suara yang di dengar hanya sayup-sayup ditangkap telinga. Semjua anak-anak berkampung di dalam rumah. Jika haiwan mereka hibernate. Kanak-kanak pula memerap untuk menikmati panas alat pemanas di dalam rumah. Mereka keluar untuk bersekolah sahaja. Bunyi bising hanya antara empat sisi dinding. Di luar rumah tiada suara kanak-kanak. Sejuk seperti salji. Sunyi seperti winter. Yang indahnya salji memutih. Terhampar lapang meliputi semua ruang yang terdedah. Dari bukit ke ladang. Dari dataran ke lambah. Semuanya salji yang memutih.
Jika siangnya sunyi, malamnya lagilah lebih sunyinya. Kesyunyian itu lebih terasa kerana malam yang lebih panjang dari siangnya. Dari pukul 4.00 petang hinggalah pukul 7.00 pagi esoknya hanya malam yang gelap. 15 jam yang malam. Di sekeliling adalah sejuk yang mencengkam. Kita di Malaysia belum pulang dari kerja. Pukul 5.00 petang masih terang benderang. Berpinar kena cahaya matahari petang. Kadang-kadang lebih perit dari tengahari. Petang yang ada pada kita manusia bersimpang siur dengan urusan petang. Pulang dari kerja. Pulang dari sekolah. Pulang dari padang. Dari gelanggang. Dari membeli belah. Dari bertandang ke rumah teman dan saudara mara. Atau pulang dari berekreasi dan menghirup udara petang. Di kawasan Khatulistiwa seperti kita semuanya perdictable. Kita maklum bila siang dan bila malam. Masanya selalu tetap. Variasai masanya tidak banyak berubah. Di hemispiar utara atau mungkin selatan keadaan itu sangat jauh berubah.
Peredaran bumi dan putarannya merubah musim-musim yang menunjukkan hanya satu kepasatian. Itulah tanda-tanda kebesaran Allah. Semuanya untuk manfaat manusia. Melaluinya manusia mengharmonikan akalnya. Menerima hakikat bahawa Allah menentukan segala-galanya. Kita yang sejarah keturunannnya sejak dari dahulu sudah Islam kadang-kadang terlalu take things for granted. Payah hendak menghargai anugerah Allah. Kita mudah lupa. Dalam pada itu kurang pula syukurnya. Lalu hidup kita dibosankan dengan rutin kebiasaan. Hal-hal yang tidak divariasikan. Adat resam yang diulang-ulang. Tetapi tidak banyak inovasi. Tidak banyak cabarannya. Tidak ada kelasakan. Terlalu predictable. Tidak pernah menanti sesuatu yang baru. Tidak pernah mengharap yang lain. Orang di Barat selalu expect something different. Setiap hari ada kelainannya. Semasa summer mungkin kedaan lebih predictable. Pada musim-musim yang lain semuanya perlukan ramalan. Perlukan prediction. Suhunya. Anginnya. Wind chillnya. Hujannya. Panas dan sejuknya. Kadang-kadang mereka bukan bercakap tentang minggu atau hari. Malah bukan jam. Kadang-kadang perubahan berlaku dalam masa beberapa minit atau beberapa saat. Kutub Utara terlalu dekat hingga mempengaruhi kehidupan mereka. Polar wind boleh sampai dalam beberapa minit atau saat dalam jarak beribu kilometer. Kuasa Allah. Tanda-tanda kebesaranNya. Allahuakbar.
Teknologi yang dibangunkan membantu mereka di sana. Amat membantu sekali. Kemajuan sains pula memacu keagungan tamadun mereka. Satelit membantu meramalkan cuaca. Perubahan suhu. Hujan dan angin. Kelembapan. Peralihan angin. Banjir. Ribut dan sebagainya. Hidup orang Barat agak hectic tetapi banyak seronoknya. Mereka sentiasa perihatin dengan ramalan cuaca. Ramalan itu pula untuk dua minggu. Setiap mingu dikemskini maklumatnya. Begitu juga ramalan tiga hari sebelum. Dua hari sebelum. 24 jam. Beberpa jam. Malah sejam yang akan berlaku. Ramalan cuaca kepada mereka menjadi rutin dan jadual yang pasti. Mereka tidak boleh merancangkan apa-apa aktiviti di luar rumah tanpa mengetahui ramalan cuaca. Yang istimewanya pula ialah ramalan cuaca sangat localised. Untuk kawasan setempat yang khusus. Tidak ada ramalan cuaca yang umum seperti di Malaysia. Di sana semuanya sangat localised. Kehidupan mereka sebenarnya juga localised. Termasuklah TV mereka. Akhbar mereka. Radio mereka dan banyak lagi.
Terlalu banyak yang dikenangkan tentang cuaca di US dulu. Kadang-kadang sukar memahaminya. Namun itulah hakikat hidup di tempat yang berbeza. Allah memberikan perbezaan supaya kita semua mensyukuri apa yang menjadi rezeki kita. Tidak sama tetapi natijahnya sama. Untuk kehidupan. Untuk menjadi hambanya yang soleh. Yang sentiasa mengabdikan dirinya kepada Yang Khaliq. Yang Maha Mencipta.
Dedaun pokok kebanyakannya sudah gondol di akhir fall. Bagi yang kekal daunnya akan penuhlah dengan snow. Hingga jika terlalu tebal akan ada yang sekah kerana beratnya snow. Tiada yang terlepas dari jatuhan snow yang ringan, putih dan cantik itu. Namun apabila sudah terlalu banyak ia membeku maka menjadi berat. Jadilah ais yang keras.
Suatu suasana yang suram. Snow di mana-mana. Sangat sunyi. Tiada bunyi haiwan. Tiada kacauan unggas. Tiada suara manusia. Hanya yang mungkin kedengaran angin winter yang menderu. Sangat lapang. luas dan sedikit mendamaikan. Asyik menikmati putihnya.
Snow yang sudah menebal di tanah. Nanti akan keras menjadi ais. Ketika itu snow yang lembut menjadi licin. Hanya yang bijak mengendalikannya sahaja yang boleh berpijak di atasnya. Boleh berjalan di atasnya. Boleh berlari di atasnya.
Bangunan itu tentu sibuk di waktu summer. Semasa winter kesibukan hanya di dalamnya sahaja. Keselesaan lebih pada suasana yang hangat dan panas.
Rakaman snow disuluh cahaya.
Kesunyian yang menghening. Bening yang selalu menghunjam di hati. Sayu mengimbau masa yang berlalu.
Gambar ini sangat simbolik kepada saya. Pintu pagar itu terbuka ke dalam. Namun ia membuka keluar ke suatu lapangan yang luas. Jangan sempitkan minda kita. Bukakanlah hijab masa. Di luar sana terhampar seluas-luasnya peluang dan harapan. Mudah-mudahan usaha yang istiqamah membuahkan hasil yang diredhai Allah. InsyaAllah.