Monday, February 28, 2011

Garang Atau Tegas



Ramai guru kadang-kadang tenggelam punca. Pelajar yang ada di hadapannya mempamerkan 1001 macam karenah. Tingkah laku pelajar bukan kesemuanya berkenan di hati. Pelajar bukan tahu  masalah guru. Kepada mereka guru mesti dilayan semacam. Mereka peduli apa dengan keadaan diri guru mereka. Keletah mereka diteruskan tanpa mempertimbangkan ketahanan guru. Kebetahan guru. Keselesaan guru. Guru menjadi sounding board. Menjadi punching bag. Menjadi hitting wall. Nasiblah. Kerjaya guru memang begitu. Apa yang hendak dikesalkan. Bukan suratan tetapi pilihan hati. Kerana dulu tidak dapat membuat pilihan yang sepadan dengan hati nurani di dalam.

Tidak mengapa. Pilihan tidak semestinya yang muluk-muluk belaka. Setiap jawatan ada risikonya. Setiap kerjaya ada occupational hazardnya. Pilihlah. Yang dirasakan terbaik itu juga ada setbacknya. Tidak mungkin kesemuanya plain sailing.  Masa, tempat dan suasana menciptakan asakan dan desakan baru. Yang selalu mencabar kehadiran diri. Oleh itu akurlah dengan pilihan yang telah dibuat. Buka sedikit hati dan dada. Lebarkan dari masa ke semasa. InsyaAllah nanti akan terlihat hikmah dan panorama kerjaya yang lebih lapang dan luas. Seluas mata memandang. Seluas hati membayang.

Paling besar cabaran guru barangkali mencakupi hal-hal diri. Keinginan untuk menjadikan semua anak didik mengikut kata.  Mereka patuh arahan. Mereka akur dengan nasihat. Mereka percaya kata-kata guru. Mereka menerima saranan. Mereka merujuk bila ragu. Menjawab bila ditanya. Berhujjah dengan santun.  Bercakap dengan adab. Namun itu idealnya. Realitinya sangat berbeza. Selalu tidak congruent. Selalu tidak convergent. Keselarian yang sukar dicari. Apatah lagi bagi guru baru. Yang baru mencari tapak. Baru mula memasang kekuda. Bersilatlah di kelas dengan langkah-langkah sumbang. Gendang yang tidak tertari. Tari yang katanya lantai jungkang jungkit. Serba tidak kena. Berlatihlah. Carilah pengalaman. Memerhatilah. Banyak bertanya. Diskusi digagahi untuk mendapatkan resepi dan rencah bagi membina menu pengajaran dan pembelajaran yang serasi di hati.

Banyak strategi dan pendekatan yang boleh diguna untuk mejinakkan pelajar. Pelajar pula boleh jinak dalam beberapa kategori. Jika ada kimia antara guru dan pelajar, rapport sangat mudah dibina. Tiada masalah di dalam kelas. Jika dan jika rapport tidak dapat dibina maka guru perlulah melihat ke dalam dirinya. Melihat sekelilingnya. Melihat pelajar-pelajarnya secara individu. Kembalilah kepada psikologi yang telah dipelajari. How to deal with them individually. Perbezaan individu perlukan perhatian guru. Mereka bukan sekelompok manusia tetapi individu-individu yang berbeza dan berada pula dalam satu kumpulan. Mereka berada dalam satu kotak yang menyeksakan antara satu sama lain. Tugas guru untuk mengeluarkan mereka dari kongkongan perasaan dan psikologi itu. Kebanyakannya hanya persepsi yang salah. Tanggapan yang songsang. Konsep yang herot merot. Salah faham yang terbawa-bawa.

Guru memegang kunci ajaib. Malangnya guru selalu tersalah letak kunci. Bila perlu membuka pintu hati pelajar tersalah kunci yang digunakan.  Maka yang terlihat ialah watak-watak yang bukan selayaknya. Bukan itu yang ingin dihasilkan. Bukan itu hasratnya. Pelajar-pelajar itu menjadi asing. Sukar benar membawa mereka ke jalan lurus yang dihasratkan. Well, take stock. Nilai kembali peranan diri. Tanya kenapa berada di kelas itu. Cukupkah hanya dengan memandang tanpa melakukan sesuatu? Payah benarkah mendidik? You do it. You take the inisiative. Just do it. Jika gagal melakukan sesuatu, cuba yang lain. Cuba lagi dan cuba lagi.

Ok, now come to the point. Bagaimana hendak menjadi guru yang difahami. Guru yang dihormati. Guru yang disayangi. Guru yang dikasihi. Guru yang   sedia digurui. Pilihannya banyak. Ringkasnya dua. Guru yang disayangi dan dihormati atau guru yang digeruni dan dibenci. Kita tidak bincangkan kesan akhirnya nanti. Ada beberapa perkara pokok yang  perlu diambilkira. Ada masanya tindakan positif atau negatif memberikan impak yang positif. Pelajar tetap berjaya kerana kedua-dua pendekatan dilihat untuk membawa ke arah kejayaan. Namun begitu ada masanya kedua-dua pendekatan menggagalkan. Yang positif tidak memberi motivasi. Yang negatif pula membantutkan motivasi. Guru berada di persimpangan itu.

Mungkin saya telah laksanakan kesemuanya. Saya pernah menjaga disiplin pelajar dari sekolah menengah hingga ke politeknik dan akhirnya di universiti. Pada ketika yang sama saya memainkan peranan kaunseling. Both ends saya laksanakan. Pada saya mudah sahaja. Of course, if you know the way. Pertama guru hendaklah memahami dengan sebenar-benarnya peranan dan tanggungjawab yang wajib disempurnakan. Mengajar hanya satu aspek. Bagaimana guru mengajar counts. Bagaimana guru deliver counts. Bagaimana guru berinteraksi counts. Bagaimana guru membina kepercayaan kepada pelajar counts. Saya yakin pelajar melihat dengan mata hati mereka setelah menilai dengan mata kasar. Apabila guru berdiri dan membuka mulut pelajar dapat mengesan gelombang dan getaran yang datang dari guru. Gelombang dan getaran itu dinilai. Adakah guru itu ikhlas ? Itu yang paling awal. Adakah guru itu berlagak? Kedua yang dinilai. Adakah guru itu mengada-ngada? Begitulah seterusnya. Hinggalah pelajar membentuk satu konsep tentang guru itu dalam minda mereka. Sekiranya imej itu berkekalan untuk suatu jangka masa maka kepada pelajar konsep, persepsi terhadap guru itu will be fixed. Jika positif maka guru itu akan honeymoon di kelas itu. Jika tidak kelas itu akan menjadi living hell kepada guru.

Kedua. Segala tindakan guru hendaklah dalam spectrum adil atau tidak. Keadilan adalah sesuatu yang subjektif. Tetapi pelajar dapat  mengesannya. They have that intelligence. Perasaan halus yang sukar dimengerti. Mungkin datangnya dari gelombang dan getaran yang dihantar guru kepada mereka. Pandangan mata. Lirikan. Jelingan. Renungan. Tatapan. Kesemuanya dinilai pelajar. Maka guru hendaklah berlaku adil. Pandanglah mereka seorang demi seorang dengan adil. Jangkamasa yang diambil. Kekerapan yang diambil. Kesemuanya dibuat atas nama adil selain untuk mengawal kelas.

Ketiga. Mata guru semestinya digunakan untuk menikam qalbu pelajar. Menembusi pemikiran mereka. Menelusuri diri mereka. Pandangan mata mestilah arif tentang pelajar. Mata untuk mengawal. Untuk mendamaikan. Untuk menggetarkan. Untuk menggerunkan. Untuk mempamerkan kasih sayang. Belajarlah untuk meredupkannya. Dilihat santai dan melegakan. Belajar untuk membuat pandangan tajam. Menusuk, menikam, merobek perasaan pelajar. Timbul rasa serba salah di hati mereka. Gelisah kerana direnung tajam. Semakin lama tentu semakin mengharubirukan perasaan. Belajar juga untuk bersahaja. Nampak tidak memberikan response. Tidak ada tindak balas. Diam dan hanya memandang bersahaja. Layan pelajar secara ringkas dan padat. Jika mereka bergurau, tenung lebih lama. Tidak perlu bercakap. Tidak perlu membuat teguran. Tidka perlu marah. Save your words. Save  your soul. Belajarlah supaya mata guru nampak seperti tersenyum. Ada kenakalan di situ. Nanti ada pelajar yang tersipu-sipu. Maaf elakkan pandangan miang. (Rasanya bekas pelajar saya memahami istilah saya ini). Tanyalah mereka. Not to be disclosed. It has to be discreet.

Keempat. Jangan marah sebelum mengetahui kedudukan perkara. Jika sudah tahupun jangan marah. Ingatlah yang sudah berlaku sudah berlalu. Sudah lepas. Tidak boleh diundur. Tidak boleh dibetulkan. Yang boleh ialah menghalang dari berlaku lagi. Jadi beri kesedaran kepada pelajar yang mana salah dan yang mana benar. Tenggungjawabnya untuk melakukan yang benar. Mereka perlu ditunjuk. Mereka perlu dibimbing. Mereka perlukan asuhan. Diberi kesedaran. Dimengertikan. Mereka perlukan tunjuk ajar. Memarahi bukan penyelesaian. Marah tidak menghapuskan kejahilan. Tidak menghilangkan kebodohan. Pada kebanyakan masa ianya hanya kerja sia-sia. Marah tidak memberikan sesuatu yang impaknya besar. Nasihat dan tunjuk ajar yang ikhlas lebih banyak baiknya.

Kelima. Sebagai orang Islam kita kembali kepada Islam.  Banyakkan berdoa. Mohon supaya pelajar-pelajar menjadi orang-orang yang bersedia menerima pelajaran dan pengajaran. Yang selalu menambah ilmu. Yang membuka minda untuk menerima yang baru dan banyak. Kualiti dan kuantiti. Kekuatan  doa bukan untuk mainan. Allah sentiasa mendengar rintihan seorang guru. Mengadulah kepadaNya. Mohon petunjuknNya. Tambahkan pula dengan solat malam. Lakukanlah sekerap mungkin. InsyaAllah, akan Allah berikan ganjaran untuk menjadi guru yang disegani. Yang disayangi. Mudah-mudahan bukan menjadi guru yang garang dan dibenci.

Sebenarnya menjadi guru yang tegas lebih sesuai. Jika pelajar melihat sifat itu pada guru mereka tidak akan bermain-main. Arahan guru akan dituruti kerana mereka tahu akibatnya. Kadang-kadang kata-kata yang lembut tetapi tajam menghiris lebih ditakuti pelajar dari marah dan tindakan kasar. Pilihlah kata-kata yang bernilai tinggi. Di samping mereka rasa malu, mereka akan ingat istilah dan perkataan yang ditujukan kepada mereka. Dalam zaman sekarang ini  pelajar tidak hirau jika guru tepekik terlolong. Kepada mereka guru seperti itu sudah hilang akal. Mereka tahu guru itu gagal berhadapan dengan mereka. Tanamlah semangat kuat, teguh dan sentiasa positif untuk maju ke hadapan. Belajarlah untuk tidak merosakkan landasan yang baru hendak dibina. Selamat merubah keadaan. Another paradigm shift.

Kecindan Itu Apa?


Selalu saya katakan kepada peajar-pelajar saya bahwa guru adalah pelakon-pelakon yang layak menerima award. Mereka selayaknya menerima award itu kerana lakonan-lakonan yang berkesan di khayak audien mereka iaitu pelajar-pelajar. Setiap hari guru merencanakan skrip terbaik untuk lakonan hari esok. Sementelahan pula esok belum tentu kiamatnya. Begitulah untuk jangkamasa yang lama guru akan terus dengan lakonannya. Suatu hal yang barangkali jarang kita sedari ialah seorang guru boleh melakonkan apa sahaja watak yang diperlukan skripnya. Watak guru itu hanya pada ketika-ketika tertentu. Selainnya adalah watak-watak di luar dunia sekolah.

Jika bercerita kalah Tok Selampit. Jika mengajar Geografi kalah pelancong yang sudah mengembara di seratus buah negara. Jika mengajar sejarah seolah-olah dia datang dari zaman prasejarah. Jika mengajar Metematik kalah Al-Khawarithmi. Mengajar Sains kalah Albert Enstien. Bila membimbing pementasan drama kalah pengarah yang menang di Cannes. Bila berpuisi kalah Uthman Awang. Bila melukis kalah Leornado Da Vinci. Bila bercakap dia menjadi pemidato terbilang. Motivasinya kalah Dato' Dr. Mohamad Fadhilah Kamsah. Cakapnya memukau. Intonasi suaranya berirama. Bahasa tubuhnya memberi isyarat-isyarat yang dimengerti marahnya. Sukanya. Terhiburnya. Sedehnya. Kecewanya. Bangga dan keterbukaannya. Seluruh jiwa dan raganya untuk membangun modal insan yang diamanahkan kepadanya.

Jadualnya sentiasa berubah. Ada pagi. Ada selepas waktu rehat. Ada sebelah tengahari. Malah kadang-kadang pada waktu petang. Guru yang hebat tentu guru yang selalu ditunggu oleh pelajar-pelajarnya. Mereka selalu rindukan kehadirannya. Mereka damai menatap wajahnya. Ceria kelas kendaliannya. Bicaranya menusuk ke sanubari. Banyak belajar dan mensia-siakan waktu. Hadirnya membantu. Ketiadaannya  memberi sumber inspirasi. Ada sahaja yang memberi nilai tambah. Kealpaan tidak terjadi. Lupa selalu diingat. Jadualnya pada kelas akan datang sentiasa ditanda. Pastinya dalam hati pelajar ada keserasaian. Ada kimia yang terjelma.

Mengajar selalunya beban. Namun bagi guru yang memang guru, mengajar itu ibarat berbulan madu. Sentiasa indah belaka. Paginya indah. Siangnya indah. Tengaharinya indah. Petangnya indah. Malamnya indah. Tidak pernah difikirkan caca cela yang ada.  Cacat cela tidak dijadikan penghalang. Bukan cabaran. Bukan kekangan. Ianya hanya sesuatu yang lumrah. Pelajar-pelajarnya bukan anak-anak yang sempurna. Itulah tugasnya. Membimbing. Mengasuh. Membetulkan keadaan. Menghasilkan hasrat falsafah pendidikan negaranya. Harapannya yang menggunung tinggi ialah suatu hari nanti anak didiknya menjadi orang-orang yang berguna. Mewarisi kepimpinan. Mewarisi legasi bangsanya. Agamanya.

Waktu pagi memang waktu yang damai. Walaupun begitu sejuk pagi boleh melangsungkan rasa mengantuk. Sementelahan pula jika guru bersuara mendatar. Tiada intonasi. Tiada irama. Tiada tenaga pada suaranya. Vokalnya lemah. Suaranya menjadi penggalak rasa mengantuk. Selepas rehat tentulah lebih besar cabarannya kepada guru. Selepas makan pagi, perut pelajar penuh kekenyangan. Makanan dan minuman yang dalam proses penghadaman tentu menimbulkan rasa mengantuk. Jika suara guru seperti bunyi yang tidak memberi erti tentu sahaja mengundang mengantuk. Apatah lagi jika guru tiada keletah.  Tiada kudrat untuk melakonkan watak-watak dalam skrip hariannya. Sebelah tengahari tentu menyeksakan pelajar jika tutur kata guru juga gagal menampilkan yang terbaik untuk dirinya. Ia mestilah melakonkan watak-watak yang lebih menyerlah kerana tuntutan audien yang semakin hilang staminanya. Tenaganya semakin terhakis. Sebelah petang adalah tugas yang menggunung besar dan beratnya. Waktu santai dan rehat tentulah menyeksakan. Pelajar bukan sahaja berat perut, mereka juga berat mata. Segala-galanya menjadi berat. Tugas guru untuk meringankannya.

Tugas guru adalah untuk membahagiakan pelajar-pelajarnya. Jika guru itu merasakan bahawa mengajar itu sama indahnya seperti berbulan madu maka guru itu merasakan segala-galanya adalah mudah. Ringan. Santai. Suka. Ria. Ceria. Sikap ini membuatkan guru sentiasa cergas dan siaga. Semua yang dilihat adalah hiburan. Yang didengar adalah hiburan. Yang dirasa adalah hiburan. Yang disentuh adalah hiburan. Maksud saya bukan hedonism. Hiburan dengan erti kata mengajar itu menyeronokkan. Natijahnya  ialah guru itu memindahkan suasana diri dan hatinya kepada pelajar-pelajarnya. Kimia antara mereka mencipta suatu suasana yang santai. Iklimnya santai. Kelas itu menjadi santai. Dalam keadaan santai itulah guru boleh menjadi kecindan. Dia boleh melawak. Dia boleh berjenaka. Dai boleh beseloroh. Dia boleh mengusik sana dan mengusik sini. Semua orang berlapang dada. Yang pentingnya emosi terkawal. Stress terhindar. Guru tidak stress. Pelajar tidak stress.

Lihatlah sesuatu itu dengan rasa senang. Suka. Berminat. Ingin tahu. Kaitkan dengan suasana yang lucu. Yang dilihat menghibur. Pilih kata-kata yang  bunyinya lucu. Atau yang didengar lucu. Sebutannya didengar lucu. Begitulah juga ayat yang dibina, dibaca atau didengar lucu. Sebab itu guru mestilah orang yang  fasih berbahsa. Kosa katanya bertimbun-timbun. Berminat dengan bahasa peringkat tinggi. Istilah-istilah yang memberi impak. Tetapi tajuknya mestilah difahami. Konteksnya difahami. Bual bicaranya bertajuk. Ada isu yang berbangkit darinya. Itulah sebabnya suara menjadi senjata paling ampuh kepada guru. Mata pula seperti alat kawalan jauh. Mendisiplinkan pelajar dengan mata. Buka dan katupnya memberi erti. Jelingnya memberi makna. Renungannya menajam. Besar matanya mengundang pertanyaan. Kecil matanya memberi isyarat-isyarat tertentu.

Menjadi kecindan mestilah dari dalam. Kita suka. Jadikan orag lain suka. Cuma ingatan saya jangan sentuh hal-hal yang sensitif. Agama jangan diguraukan. Keturunan dan kaun jangan disentuh. Hal-hal politik pula hendaklah ditinggalkan di pintu pagar sekolah. Nanti bila balik diambil semula. Begitulah kesantunan seorang guru. Ada adab dan tata kelakuan yang mesti dipatuhi. Batas-batas yang mesti dipelihara. Dalam apa keadaan sekalipun guru tidak pernah terlepas dari kecenderungan yang membawa ke jurang bahaya itu. Sensitivity itu mesti dipelihara. Dijaga. Diagungkan. Kita dambakan keamanan. Padamu guru anak bangsamu diharap boleh digarap menjadi manusia yang tahap manusiawinya sangat tinggi. Kemanusiaan yang mengangkat kemanusiaannya.

Berlatihlah untuk membina kemahiran berkecindan. Latihan keras yang diperlukan. Santaikan diri. Kendurkan otot. Lentokkan leher. Banyakkan senyum. Lembutkan hati dan perasaan. Lihat sekeliling. Mungkin banyak idea yang mendatang. Mungkin banyak cerita yang boleh didendangkan. Ilham-ilham yang mengudang kecindan. Cubalah. Jika gagal, cuba lagi. InsyaAllah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.