Saya menulis tentang bas dan penjalanannya bukan salah eja. Saya maksudkan penjalanan sebagai routing. Arah perjalanan dan penjadualannya. Seperti telah saya katakan pengangkutan awam adalah sebahagian dari agenda penting ekonomi dan kemajuan negara. Termasuk juga teknologinya. Ianya bukan perkara remeh temeh. Bukan idea picisan. Bukan murahan. Di US umpamanya sesuatu pembinaan jalanraya mengambilkira unjuran jangkapanjang. Sebatang jalanraya yang dibina hari ini mungkin untuk jangkamasa 20 tahun. Baru nanti jika nampak ada masalah mula menjelang. Mereka jadi proaktif. Sudah menjangka kedatangan masalah. Sebelum menjadi parah, malah sebelum menjadi masalah, sudah dilaksanakan penyelesaiannya. Dicari alternatif untuk menyahkan masalah. Untuk mengurus hal-hal lain yang juga penting.
Kita di Malaysia banyak dilakukan kempen penggunaan pengangkutan awam. Kadang-kadang hanya pembaziran sahaja. Budaya belum ada. Amalan belum melekat. Intipatinya tidak diteliti. Dalam kehidupan kita banyak yang mesti dimulakan dari rumah. Semasa anak-anak masih kecil-kecil belaka. Paling lewat sewaktu usia anak-anak tujuh tahun. Begitu Islam memberi panduan. Tujuh tahun solat. Kita cuba naqlkan (bunyikan naqolkan) -pindahkan panduan tersebut ke dalam hal yang lain. Didik anak-anak supaya tinggi minat membaca sejak mereka kecil lagi. Sejak mrreka tahu mengenal huruf. Mengenal angka. Mengenal gambar. Mengenal warna. Boleh dimulakan seawal usia mereka setahun setengah. Jangan sekadar ajatr menari. Gelak sana gelek sini. Alihkan kepada hal yang lebih membina dirinya sebagai Muslim dan Muslimat yang hebat. Jangan biarkan anak-anak dengan kebiasaan lama yang adat beradat. Hana seronok dipandang tetapi nanti bila mereka membesar menyakitkan mata. Mencucuk mata. Menyilaukan mata. Memedihkan mata.
Latih mereka dengan ditunjukkan sesuatu huruf, angka, warna dan gambar. Belikan buku yang berkulit tebal. Latih untuk memegang. Latih untuk menyelak. Latih untuk meletak. Latih untuk membawa. Latih untuk membelek-belek. Bunyikan apa yang ditunjuk. Sebut hurufnya. Sebut angkanya. Sebut gambarnya. Sebut warnanya. Lakukan berulang-ulang kali hingga anak-anak itu boleh menyebutnya. Boleh mengenalnya. Boleh mencarinya. Boleh menunjuknya. Tingkatkan setahap lagi. Belikan buku-buku yang mengandungi suku kata. Perkataan yang mempunyai dua suku kata. Meningkat lagi yang tiga suku kata. Seterusnya yang mengandungi imbuhan di hadapan. Imbuhan di belakang. Ibuhan di hadapan dan belakang. Kemudian lanjutkan dengan cerita yang senang-senang. Prasekolah. InsyaAllah sebelum umurnya lima tahun dia sudah boleh membaca. Tidak perlu diajar menulis. Kemahiran itu akan datang sendiri bila dia sendiri mahir membaca. Mengenal huruf dan angka. Mindanya akan memandunya untuk mengetahui.
Orang Melayu mengabaikan hal ini. Bagi pasangan muda, berusahalah bersungguh-sungguh. Bina kehidupan yang melepasi tahap kemiskinan. Jadi sekurang-kurangnya golongan pertengahan. Beli rumah yang sederhana besar. Jika ada kemampuan yang terancang, beli rumah yang besar. Jika mampu menhhimpun wang, buat rumah yang besar. Kita kena keluar dari belenggu kemiskinan kerana kemiskinan mencambahkan banyak masalah kemiskinan yang bertambah-tambah. Semakin melemaskan. Bila sudah ada rumah yang agak selesa, pastikan ada bilik yang dinamakan perpustakaan. Jika boleh jadikan ia suatu perkara wajib. Suatu kemestian untuk setiap keluarga Melayu. Isilah perpustakaan keluarga itu dengan bahan-bahan bacaan yang boleh merangsang minda anak-anak untuk membaca. Supaya mereka keluar dari kepompong kejahilan. Kemiskinan. Kedaifan. Kejumudan. Kemunduran.
Perpustakaan itu gedung ilmu. Biarkan anak-anak berada di dalam gedung itu sesuka mereka. Ajar mereka cara menyususn bahan bacaan yang ada. Cara membaca. Cara menjaga buku dan majalah. Waktu mereka mengulangkaji, lakukan di perpustakaan. Waktu mereka membuat kerja rumah, lakukan di perpustakaan. Bahan-bahannya ditambah dari masa ke masa. Majalah setiap bulan. Latihan sebegini perlu untuk membiasakan mereka dengan membaca. Jadikan membaca sebagai amalan yang dimestikan. Mandatory. Jangan biarkan anak-anak termenung. Termangu-mangu. Mengelamun. Dalam perjalanan pastikan buku dibawa. Bila berada di mana sekalipun, bekalkan dengan buku. Pendek kata buku sentiasa ada di sisi. Di samping. Hanya dengan jangkauan tangan sahaja.
Begitulah orang yang bertamadun dididik. Buku adalah khazanah ilmu. Penjana pemikiran. Penerokaan yang dikongsi bersama. Pengalaman yang dikongsi bersama. Pencetus untuk pemikiran-pemikiran lain. Saya melihat hanya orang Melayu yang lemah dalam hal ini. Ibu-ibu yang mengandung termangu di pusat-pusat kesihatan. Membosankan diri mereka kerana menunggu giliran yang berjam-jam lamanya. Jika membaca surah Yasiin tentu berpuluh kali khatam. Jika membaca al-Quran tentu sejuzuk dua. Jika membaca majalah tentu dua atau tiga. Jika membaca novel mungkin habis setebal 300 mukasurat. Jka membaca buku tentu mendapat berbagai ilmu, maklumat dan fakta. Rugi, rugi dan rugi kerana tidak menggunakan masa untuk membaca. Anak yang dikandung tidak melihat ibunya menjadi kreatif. Tidak memberi input intelektual. Derianya tumpul.
Semasa menunggu bas tidak membaca. Menunggu keretapi tidak membaca. Menungu kapalterbang tidak membaca. Sayangnya masa yang terbuang. Kosong sekosongnya. Sibuk kerana tidak melakukan sesuatu. Tidak ada masa untuk membaca kerana lebih suka begitu. Amalan hidup yang serba serbi tidak kena. Berfikiran jumud. Membaca menjadi agenda yang sangat berat dan memberatkan. Membaca menjadi sesuatu yang menyeksakan. Menjadi azab jika digalakkan membaca. Salahnya ibu bapa. Salahnya rumah. Salahnya keluarga. Sepatutnya budaya membaca diterapkan dalam ilmu keibu bapaan. Semasa Kursus praperkahwinan dahulu. Menjangkau jauh ke hadapan. Perkahwinan bukan perkara remeh temeh. Bukan sekadar memenuhi tuntutan agama. Perkahwinan adalah membina masjid. Membina keluarga Islam. Membina negara. Keutuhan keluarga adalah keutuhan agama. Keutuhan negara. Keutuhan masyarakat. Keutuhan ummah.
Pengalaman saya di US dan di Canada sangat mencabar kebiasaan. Apa yang saya perhatikan semua agenda perjalanan direncanakan dengan betul. Semua agenda pengangkutan disempurnakan dengan betul. Di tempat-tempat bas berhenti dipamerkan jadual ketibaan bas di pondok atau di kedudukan itu. Kadang-kadang ada pondok menungu. Kadang-kadang hanya ada sebatang tiang sahaja. Pada tiang itulah ditulis jadual ketibaan bas. Semua pengguna boleh merancang dengan tepat setepat-tepatnya bas mana yang perlu mereka pilih. Jika mereka ingin menaiki bas pada pukul 2.00 petang, mereka boleh mula menunggu bas itu pada pukul 1.58 petang. Apa yang saya katakan ini adalah fakta kerana sewaktu saya di Toronto, Canada dahulu tempat bas berhenti itu betul-betul di hadapan rumah yang saya duduki. Saya boleh kunci pintu pada pukul 1.57, turun tangga, dua minit kemudian bas sampai. Sesiapapun melakukannya begitu. Ketiaan bas sangat menepati jadual. Dibudayakan begiti. Sudah menjadi amalan hidup. Falsafah kehidupan yang difikirkan sedalam-dalamnya.
Tiang berwarna merah itu adalah tempat bas berhenti. Di sebelah kiri tangga rumah. How convenient. Turun sahaja tanggu terus naik bas.
Jalanrayanya sangat luas. Sangat memudahkan. Agak jauh juga dari pusat bandaraya Toronto. Kena naik bas. Kemudian keretapi. Kira-kira 40 minit perjalanan. Tetapi jalanraya di hadapan rumah sangat luas.
Mungkin ada hubungannya dengan iklim. Dengan cuaca. Pada musim sejuk yang penuh dengan snow dan ais, penumpang tidak betah lama-lama menunggu bas. Sejuknya memang teramat sangat. Beku dan membekukan. Begitu juga pada musim hujan. Maka pemerintah memikirkan cara terbaik menolong rakyatnya. Maka mereka mendahulukan kebajikan rakyatnya. Jadual bas mesti ditepati. Dijamin tepat. Bukan sahaja tepat malah basnya dideretkan supaya ketibaannya berturut-turut mengikut jadual yang sudah tersedia. Hal-hal yang kecil begitu jika tidak diambil perhatian, kerajaan yang memerintah boleh bertukar dalam pilihanraya yang akan datang. Impaknya sangat besar. Kuasa rakyat. Kerajaan per;u memikirkan hingga perkara-perkara yang sekecil-kecilnya. Diterjemahkan dalam bentuk amalan harian. Amalan hidup.
Penumpang bas atau tram atau keretapi atau kapalterbang di negara maju tidak membuang masa semasa menunggu atau semasa berada dalam perjalanan. Budaya ini mungkin terlalu asing kepada kita. Jika kita biasa ke lapanganterbang, kedai buku mesti ada. Yang ramai di dalamnya ialah pelancong asing. Orang Malaysia hanya lalu di hadapannya sahaja. Atau membeli akhbar dan majalah sahaja. Jarang yang membeli bahan bacaan yang berat. Yang sarat dengan ilmu. Saya sarat dengan penemuan-penemuan baru. Kenapa? Dianggap bukan budaya kita. Bukan amalam. Bukan kebiasaan. Kita terlepas sesuatu yang sangat berharga. Yang lumayan hasilnya. Yang selalu membezaka antara orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui.
Orang barat umpamanya bila mereka naik bas mereka sudah tahu berapa lama mereka akan sampai di destinasi mereka. Mungkin 20minit. Mungkin 30 minit. Mungkin 5 minit sahaja. Pada ketika sebelah tangan mereka memegang besi penggayut, sebelah tangan lagi pasti menyeluk saku. Keluarlah buku. Ada yang baru dan ada yang sudah lusuh. Mereka terus mambaca tanpa mempedulikan orang di sebelah menyebelah. Itu budaya mereka. Berapa banyak mereka membaca? Berapa lama mereka membaca? Cuba bayangkan. Tidakkah nanti terlepas tempat berhenti? Terlajak stesen? Tidak mungkin. Kenapa? Inilah kebiasaan yang tidak ada pada kita. Amalan yang tidak ada pada kita. Kita tidak memikirkannyapun.
Dalam amalan, mereka menjaga sangat masa yang ada. Sangat, sangat penting. Mereka sangat peka dengan masa kerana pengalaman mereka menentukan segala-galanya. Walau sesaatpun tetap ada kepengtimgannya. Suhu dari panas boleh menjadi sederhana hanya dalam perpuluhan saat sahaja. Sekelip magta. Dari sederhana menjadi sejuk beku jauh di bawah paras beku hanya dalam masa beberapa saat sahaja. Bagi tentera peluru boleh datang terbang membunuh hanya dalam beberapa saat sahaja. Tidak sempat untuk merebahkan badan. Peluru sudah sampai. Ada kita kisah tentang pentingnya masa ini? Tidak terfikirpun kan? Bagi penupang bas kerana mereka sudah biasa menyukat lama perjalanan, mereka tahu berapa mukasurat yang perlu dibaca. Jika 10 mukasurat yang mesti dibaca, cukup 1o mukasurat mereka tutup buku. Masukkan dalam poket. Sesaat dua selepas itu bas berhenti. Turun di destinasi yang dihajatkan. Sangat cantik. Ngam kata orang Cina. Everything is just so beautiful. Perfect.
Aduhai! Bila agaknya kita boleh sampai ke tahap itu? Selagi belum nampak bayangnya maka kita akan terus menerus jauh tertinggal di belakang. Kemajuan yang kita ada banyak menjurus kepada kebendaan. Very materialistic. Tiada ramuan lain yang membina minda dan pemikiran. Tamadun dan budaya. Yang diperlihatkan ialah fizikalnya. Kita kidak membina roh ilmu kepada orang kebanyakan. Kepada orang kampung. Kepada orang Melayu. Orang Islam. Lalai dan dilalaikan. Hedonism yang banyak. Hiburan, gelak ketawa. Tidur lena. Yes! Yang lain-lain terhakis semuanya. Kembalilah kepada tabiat membaca demi agama. Demi keluarga. Demi masyarakat. Demi bangsa. Demi negara. Kita perlu mencari jalan-jalan yang lebih baik. Lebih lurus.