Antara contoh lipatan yang selari. Dikemaskan di bahagian hadapannya. Begitu juga di bahagian sisi kanan dan kirinya.
Haji Abas tidak boleh berkompromi mengenai kekemasan
dan kebersihan. Dalam dunia akademia selalunya orang berbicara antara sains dan
seni. Bagi orang kampung seperti Haji Abas aspek sians diserahkan kepada
pakarnya. Ia lebih selesa dengan seninya. Kepadanya seni tidak pula pernah
dibincangkan dengan terperinci. Tidak juga panjang lebar. Tidak akademik.
Lazimnya untuk melaksanakan yang positif dan baik-baik belaka ialah petua.
Panduan umum berdasarkan pengalaman masa lampau yang diturunkan dari satu
generasi ke satu generasi berikutnya. Pengalaman sebenar itu dianggap benar kerana
lazimnya begitu jadinya. Apabila prosedurnya dipatuhi maka jadinya seperti yang
dipetuakan. Walaupun banyak antara petua-petua itu sudah tidak terpakai namun
masih ada yang digunapakai. Masih ada manfaatnya.
Jika dalam dua bahagian, susunannya tetap dikemaskan juga. Biar redup mata memandang.
Membasuh pinggan mangkuk adalah suatu proses yang
perlukan penelitian. Ramai orang yang mencuci pinggan mangkuk menyangka bahawa
menyabun dan membilas sudah cukup bersihnya. Sebenarnya tidak begitu. Haji Abas
membasuh sesuatu alat mengambil masa yang agak lama. Membasuh sudu umpamanya
mungkin seminit atau dua minit. Sabunnya banyak. Disapu banyak kali.
Berulang-ulang. Sapunya lambat dan cermat. Pinggan pula apabila dibasuh diraba dengan jari untuk mengesan
tanda-tanda makanan melekat atau minyak yang masih melekat. Barulah dibilas
sebersih-bersihnya. Basuhan yang masih berminyak merosakkan peralatan ketika
disimpan. Baki-baki tanda makanan yang melekat tentu sahaja tidak enak
dipandang oleh tetamu yang dihidangkan makanan. Yang paling penting apabila
disimpan keadaannya tidak sesempurna seperti yang dijangka. Seeloknya sesudah
dibilas dilap hingga kering. Sesudah itu dikeringkan hingga sekering-keringnya.
Barulah ianya disusun dalam simpanan sehingga sampai waktunya diperlukan semula.
Prinsipnya sama. Menyidai di tempat terlindung atau menggantung pakaian dalam almari. Dari yang panjang di sebelah kanan hingga yang paling pendek di sebelah kiri. Jarak penyangkut baju juga sama antara satu sama lain. Jika saiz dan ukuran tidak dipertimbangkan maka boleh dibaca tingkah laku pemiliknya. Kelihatan berserabut. Tidak tenang. Tiada seni. Bagaimana orang lain pandang? Biasa sahaja bagi yang tidak perihatin. Jika susunannya seperti di atas, Haji Abas pasti senyum dan mengangkat ibu jari. Angguknya memanjang. Pujiannya melambung. Bermakna didikannya berjaya diturunkan. Dia berpuas hati kerananya
Biasa melihat ampaian menyidai pakaian yang dibasuh?
Berapa ramai antara kita yang perihatin akan susunannya. Tertibnya mengikut
saiz. Mengikut panjang dan pendeknya. Tentang hal ini Haji Abas boleh memarahi
anak-anaknya jika tidak mengikut kebiasaannya. Caranya menyidai kain sangat
rapi, kemas dan dipandang menyenangkan mata dan hati. Penuh dengan seni yang
menarik perhatian. Apa kehendaknya?
1
Susun pakaian dari yang paling kecil hingga yang
paling besar. Atau dari yang paling besar hingga yang paling kecil.
2
Susun dari yang paling panjang juntaiannya hingga yang
paling pendek. Atau dari yang paling pendek hingga yang paling panjang
juntaiannya.
3
Kelompokkan pakaian mengikut saiz. Deretkan dalam
urutan atau sekuen yang sama. Umpamanya singlet bersama singlet. Kain pelikat
bersama kain pelikat. Tuala bersama tuala.
4
Sepit kain dan bilangannya mengikut saiz dan berat
pakaian. Yang lebih besar dan lebih berat lebih banyak sepitnya supaya tidak
diterbangkan angin.
5
Juntaian sidaian tidak boleh terlalu dekat dengan
tanah. Dikhuatiri apabila hujan percikan tanah terkena pakaian yang tersidai.
Mungkin juga ada haiwan yang lalu di bawah penyidai seperti kucing, ayam atau
kambing. Mungkin juga anjing sesat.
6
Pakaian yang dijangka dimakan hari hendaklah disidai
di tempat yang terlindung dari cahaya matahari. Baju berwarna-warni, baju batik
dan sebagainya tidak boleh dijemur di bawah terik cahaya matahari secara langsung.
Yang memandang mata. Yang sejuk hati. Yang seronok perasaan. Setiap satu ada nikmatnya. Yang terbaik selalu diintai orang.
Pakaian yang sudah kering perlu segera diangkat. Selalu
diperhati jika keadaan mendung atau tidak. Jika hujan dijangka turun maka kain
sidaian diangkat lebih cepat supaya tidak ditimpa hujan. Sayang jika kain yang
sudah kering basah semula. Dilipat dengan segera. Haji Abas tidak suka melihat
pakaian berlonggok. Bukan prinsipnya. Dia tidak pernah mengajar begitu. Apabila
ada pakaian kering dia akan segera melipatnya. Prinsipnya sama seperti sewaktu
menyidai pakaian yang dibasuh sebelum ini.
1
Lipat yang bersaiz besar terlebih dahulu atau yang
bersaiz kecil. Kadang-kadang psikologi kita berlainan. Sebahagian orang
memulakannya dengan yang kecil. Orang lain memulakan dengan lebih besar.
2
Saiz lipatan hendaklah sama supaya cantik disusun.
3
Kelompokkan mengikut jenis dan kekerapan kegunaan.
4
Sususn dan simpan di dalam almari atau gerobok mengikut
turutan masa. Yang lama di atas dan yang baru di bawah. Pakai yang di atas
dahulu kerana lebih lama. Atau
5
Yang baru di atas dan yang lama di bawah. Apabila hendak
memakainya ambil yang di bawah. Kaedah ini menyulitkan jika tidak biasa.
6
Susunan hendaklah serapi-rapinya supaya nampak
benar-benar kemas dan sedap dipandang. Susun seperti di pasaraya.
Setiap jenias pakaian dikelompokkan mengikut kesesuaiannya. Umpamanya mini-telekung bersama yang sejenisnya. Digantung mengikut saiznya. Penyangkutnya pula pada jarak yang sekata. Nampak cantik tersusun. Sedap mata memandangnya.
Kagum dengan cara Haji Abas mengurus pakaiannya. Jika ia
menyimpan pakaiannya di dalam beg pakaian, ditatangnya pakaian itu satu
persatu. Dibetulkan lipatannya. Diperbetulkan kedudukannya. Dipastikan susunannya.
Dia tidak ada checklist (senarai semak) tetapi mindanya merakamkan
kesemuanya kerana sudah menjadi kebiasaannya begitu sejak dari muda lagi. Apabila balik dari berjalan jauh atau dari
kenduri kahwin banyak yang dilakukannya.
1
Ditanggalkan songkok, jam tangan, cincin dan cermin mata.
2
Diletakkan jam tangan, cincin dan cermin mata dalam bekas
khusus seperti kotak atau kopiah. Atau di atas sapu tangan. Disimpan setelah kering.
3
Songkoknya dijemur supaya kering dari peluh. Diletakkan
di atas kertas akhbar atau di atas dulang kecil.
4
Seluar dan bajunya disidai dengan elok.
5
Pada dasarnya setiap benda ada tempatnya. Begitu juga
pakaian. Masing-masing ada tempatnya yang tersendiri.
Tidak mungkin ada anak dan cucunya yang pernah melihat
Haji Abas cuai dalam menjaga pakaiannya. Seluar tidak pernah berlonggok. Pakaian
tidak pernah berlonggok. Pakaian terpakai
tidak dilonggok. Pakaian yang sudah kering tidak dibiarkan berlonggok. Malah jika
berada di rumah anak-anak sekalipun dia menolong Hajjah Aminah melipat pakaian
kering anak dan cucunya. Haji Abas terganggu jika rumah tidak kemas keadannya. Baik di rumah anak atau di rumah cucu atau di rumah saudara-saudaranya yang lain. Penampilan bukan
bermakna pada diri dan jasad sahaja. Ia meliputi persekitaran tempat tinggal. Luar
dan dalam rumah. Serba serbi yang boleh diurus. Yang boleh diusahakan.
Ajaran dan contoh tauladan yang unik dari Haji Abas memang
yang terbaik. Elok benar bagi sesiapa mengambilnya sebagai sesuatu yang baik. Terutama
anak dan cucu serta cicitnya yang menjadi pewarisnya. Ada tinggalan ilmu
mengurus diri dan rumahtangga yang boleh dicontohi. Untuk itu tanamkan beberapa
sikap dan sifat berikut:
1
Programkan masa untuk berkemas. Mulakan sesuatu yang
senang sebelum melakukan yang sukar.
2
Buang sifat malas.
3
Elakkan sifat tidak peduli.
4
Timbulkan minat untuk menampilkan yang terbaik.
5
Seimbangkan semua perkara. Jika penampilan diri di
luar rumah kelihatan hebat maka jangkaan orang ialah persekitaran rumahtangga
juga hebat sehebat orangnya.
6
Mulakan segala-galanya dengan segera. Ada kesegeraan untuk
memulakannya. Pantang Haji Abas ialah sifat bertangguh-tangguh.
7 Selalu berfikir di luar kotak. Lihat diri sendiri seperti orang lain melihat kita.
7 Selalu berfikir di luar kotak. Lihat diri sendiri seperti orang lain melihat kita.
Di jabatan kerajaan atau di kementerian dan institusi
pendidikan diterapkan budaya Jepun dalam mengurus hal-hal dalaman. Islam ada
budayanya sendiri. Orang Melayu ada budayanya sendiri. Haji Abas tidak pernah
sampai di Jepun. Tidak juga ke Eropah atau USA. Namun begitu ilmu mengemas
rumah setanding dengan teori dan amalan bangsa-bangsa lain yang dilabel lebih
maju. Kesemuanya kerana:
1
Amalan.
2
Kesungguhan.
3
Minat.
4
Perihatin.
5
Sifat bersih dan kemas.
6
Mematuhi ajaran agama.
Melakukan yang terbaik adalah satu kepuasan yang
tersendiri kepada Haji Abas. Kerana itu hatinya lapang. Fikirannya tenang. Kita
semua boleh mencontohinya. Mungkin lebih baik darinya. Syaratnya? Istiqamah.
InsyaAllah berjaya.